April 10, 2013

Di Harap Nurul Izzah Dapat Berpakaian Seksi Supaya Anwar Ibrahim Diterima Orang-Orang UMNO

Kenapa ramai orang kata, "jangan judge orang lain" ? Kenapa tu? Aku tak faham kenapa tiap2 kali berlaku sesuatu yang tak berapa elok dekat orang atas kelakuan dia sendiri, alasan orang-orang kita adalah jangan judge dia, siapa kita nak judge dia atau the classic, "kau baik sangat ke nak judge-judge orang ni?"

Bila masuk court, kenapa bagi pulak Hakim judge kau kalau kau kena tangkap khalwat atau ditangkap minum arak? Apasal kau tak kata dekat Hakim tu, "Tuan Hakim, itu adalah tindakan peribadi dan hak saya. Tuan Hakim kalau boleh, jangan judge saya boleh tak?"

Fikirkan, even dalam Islam sendiri kita diminta untuk menilai pelakuan orang lain. Baik atau buruk. Sebab itu kita diberikan tanggungjawab untuk pupuk kebaikan dan cegah benda buruk ni. Kau nampak ada member kau khalwat, kau try tegur, dia boleh reasoning dan sound kau balik. Macam mana nak membantu melahirkan masyarakat yang elok camtu?

Orang Melayu panggil benda ni 'sibuk-sibuk. Jaga tepi kain orang lain. Suka masuk campur hal orang.' Mungkin cara kita judging tu kadang2 salah tapi pada aku, menilai tu tak salah. Kita hidup dan kita belajar daripada apa yang kita alami dan tengok. Sebab tu Islam ajar kau, kalau kau takde kuasa nak mengahalang kemungkaran ni....kau kena benci kemungkaran dalam hati kau. Judging kan?

Siapa yang buat kemungkaran? Manusia. Jadi sebenarnya, mana datang sikap "jangan judge aku please!" ni? Kau nak judge aku, judge la. Apa aku tulis, itu pandangan aku. Tapi aku takleh nak kawal apa yang kau rasa dekat aku. Ada yang suka, ada yang tak suka. Bukankah itu sama aje macam kau judge aku ni elok ke tidak?

Jadi, berpandukan kepada penerangan aku di atas, aku nak bertanya pendapat kau, perlukah kita judge Pemimpin kita berdasarkan kredibiliti dia memimpin keluarga dia dan bukannya sekadar judge ketokohan dia?

Pada aku, perlu la. Kau nak kahwin pun macam2 kriteria kau ambik kira. Nak yang lawa, beragama, ada harta sikit, ada kerja tetap dan kalau boleh ganas di ranjang.  Nak pilih menantu pun kalau boleh nak Ustaz, Ustazah, ada ilmu, hati baik dan bermacam-macam lagilah.

Tapi kenapa bila nak pangkah BN kau tak fikir benda2 camtu?

Pada aku, pemimpin yang aku nak bukannya sekadar pemimpin yang mampu pimpin negara. Kalau aku la, first thing yang aku tengok, berjaya ke tak dia laksanakan tanggungjawab nombor dua dia. Nombor satu, dengan Tuhan, nombor dua dengan keluarga. Berjaya ke tak dia bawak keluarga dia lebih dekat apa yang agama harapkan?

Kalau keluarga dia pun tak berapa terjaga, anak kaki clubbing, minum arak pakai seksi, bini boleh peluk2 dengan lelaki lain; macam mana aku nak ada kepercayaan dia nak pimpin aku? Kalau Ustaz Don punya bini pakai baju ketat tetek tersembul tapi still pakai tudung, kau nak ke dengar ceramah dia dalam TV? Konfem la tak ada orang nak dengar sebab dia akan dilabel poyo. Dia Ustaz tapi dia dia poyo, bini seksi. Tapi kenapa double standard dengan golongan2 agama saja? Adakah sebab golongan Ustaz ni beragama jadi expectation dia lain, lebih berat, jadi lebih banyak benda perlu dijaga dan sopan santun mesti dikekalkan.

Persoalan aku, kenapa standard yang sama tidak dikenakan pada Menteri? Mereka pemimpin kita tapi kenapa kita benarkan mereka begitu? Kenapa perlu aku pilih pemimpin yang mengabaikan keluarga diorang sendiri, padahal sebenarnya itu satu benda yang semua ketua keluarga kena jaga terlebih dahulu.

Kenapa Pemimpin orang Melayu tidak dipilih berdasarkan apa yang dia lakukan terhadap permintaan agama dia? Adakah ini kesan daripada pemerintahan sekular BN yang mengasingkan agama dengan politik? Walhal, kalau kau fikir betul2, politik sepatutnya jadi alat nak tegakkan agama, tapi kat Malaysia, agama jadi alat nak tegakkan kekuasaan politik. Seperti yang berlaku sekarang ni. Pemimpin saling kafir mengkafirkan dan tuduh lawan dia sesat....tapi anak bini terabai.

The first step dalam melahirkan masyarakat yang lebih baik adalah memastikan ketua keluarga melaksanakan tanggungjawab masing-masing terlebih dahulu. Kalau ramai yang skip tanggungjawab asal dan terus jump nak jadi menteri..apa pulak result dia? Negara pun sama la jadi tak senonoh. Menteri cuba cakap pasal agama tapi anak tengah berpeleseran dengan pakaian seksi menampakkan peha gebu. Apa kejadahnya pemimpin sebegitu?

Katakanlah, Nurul Izzah buang tabiat bukak tudung, pakai skirt, duduk terkangkang. Atau isteri Nik Aziz peluk Aaron Aziz bila berjumpa. Aku nak jugak tengok apa ahli tegar UMNO punya pandangan kalau benda tu betul2 berlaku. Sekarang ni pun kalau kau cuba Google "isteri Nik Aziz."

Aku tunggu...seriously, cuba search.
Apa result dia?

Semua benda tak elok keluar dan masalahnya, semua benda tu BANGANG2 BELAKA. Sehingga isteri Nik Aziz solat tak bertelekung pun jadi isu. Padahal, perempuan boleh aje solat takde telekung...ASALKAN dia tutup aurat. Tapi bila part pemimpin dia...senyap aje. Cengkerik punya suara lagi kuat. Itulah dia ahli tegar UMNO dan penyokong mereka. Fatwa boleh direka asalkan menang Tuan dia.

Jadi, mereka keluarkan frasa "Siapa kau nak judge orang lain?" untuk membolehkan isu2 yang nampak kecik, tapi sebenarnya sangat signifikan dalam menilai nilai seorang pemimpin ni, disenyapkan. Sebab tu lah masyarakat kita selama ni dilatih, pilih menantu bukan main lama. Beli rumah, punyalah survey dulu keburukan kebaikan. Nak beli kereta pun kalau boleh nak test drive berkali-kali. Kahwin pun kalau boleh nak yang terbaiklah serba serbi jasad dan rohani.

Tapi time pilihanraya, lain pulak. Aspek yang paling penting, asal jaga Melayu, asal BN. Boleh dapat BR1M. Nanti dapat laptop. Senang pulak pemilihannya. Aspek kerohanian tu campak jauh2. Padahal, kita sebenarnya pilih pemimpin kita tu dan kita akan kena jawab kenapa kita pilih dia. Bukan ke semua benda yang kita buat, akan dinilai? Jadi, mana yang kita pangkah masa pilihanraya pun malaikat catit ni bang.

Jadi, kalau aku tanya kau, kenapa kau pilih dia sebagai pemimpin kau, padahal dia sendiri tak mampu nak pimpin family dia, kau nak jawab apa?

Memang kita tak boleh expect kesempurnaan sebab kita semua memang ada salah silap, tapi bila aib dia terbuka besar-besar dan pemimpin kita tu tidak kisah dengan aib dia yang terpampang luas, macam mana aku, orang biasa, nak dengar cakap kau bila kau nak cerita pasal adab dan agama? Macam mana aku nak percaya yang kau boleh pimpin aku, walhal keluarga kau sendiri kau tak mampu nak pimpin?

Bukti ada depan mata. Sama ada berani nak mengaku atau tidak, itulah bezanya seorang rakyat prihatin dan seorang pencacai tegar.

ps - mana dia fatwa JAKIM atau Ulama Pondok Kelantan haramkan semua watak lelaki berpakaian wanita dalam rancangan lawak dekat Astro Warna? Nak menegakkan hukum kena fair dan adilla. Semua aspek kena tegur bai.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Tuan Hakim, itu adalah tindakan peribadi dan hak saya. Tuan Hakim kalau boleh, jangan judge saya boleh tak?"

Judging dlm court tak boleh samakan dgn judging orang lain membuta tuli di luar court.

Memang judge tak salah. Judging menjadi salah bila kau judge + hukum/jatuhkan hukum ke atas orang tu(luar court).

Paling simple - "Si polan tak bertudung. Sah ahli neraka! "

Contoh atas paling lazim - otomatik menghukum padahal, Allah saja yang tahu mungkin dia akan diberi hidayah. Lebih teruk, orang yang sibuk judge+hukum orang lain menerima dosa instead.

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong ko tot!

Tanpa Nama berkata...

Dah memang ahli neraka semua tu yang tak bertudung/ menutup aurat nak buat camne? kene la terima hakikat. Hidayah bukan turun suka-suka nak cari orang tertentu, hidayah tu dah lama ada sejak zaman nabi, kita ni sebagai manusia yang banyak salahnya tinggi egonya kene cari hidayah tu sendiri...

Tanpa Nama berkata...

saya selaku ahli anonymous malaysia..menyatakan persetujuan terhadap kata saudara2 anonymous diatas.. Hidop anonymous!!

Md izzle berkata...

Terbaik tulisan..dari hati..tahniah

jreng berkata...

apsal lu taknak sebut anak muhyeedeen direct?

haha bagi aku, dia mmg tak layak dapat undi dari aku :)

Cucuq Jagung berkata...

iman x dapat diwarisi...(lagu raihan)
Manatau pm ki ta solat tungngtebalik tp anakisteri xnak ikut. ..ketokohan n power pulak, ha! itu diwarisi

Tanpa Nama berkata...

Anak azmin ali berbikini apsal ko x komen? Serius aq ckp osetat2 pas mmg ske tgk wnta seksi,osetat badrol amin cap ayam

Tanpa Nama berkata...

Nabi kata sampaikanlah walau satu ayat

Kita tak sempurna dan itu kita kena berwakwah tegur menegur supaya betulkan diri dan orang lain.

Masalah bila EGO dan HATI dikuasai nafsu dan syaitan maka keluar la pelbagai alasan seperti "Macam la kau baik sangat nak tegur orang".

Persoalannya kalau kita kena tunggu orang taraf nabi nak tegur maknanya takda sapa la yang bersuara dan menegur untuk kebaikan dan yang lalai akan terus lalai dan alpa..

Tanpa Nama berkata...

Nak beli kereta pun kalau boleh nak test drive berkali-kali. err, nak kawen, test bakal bini berkali-kali tapi tak jadi beli lagi banyak kot...

shashinka photography berkata...

menilai dgn menegur x sama kot.menuduh dgn menasihati pun x sama.hati2 dengan segala tindakan kita.tkt pahala yg dikejar x dapat,dosa pula yg datang.ustaz sy pernah berkata "kurang berfikir banyak masalah, sentiasa berfikir kerjanya mudah,jadi berfikirlah dengan ilmu sebelum anda bertindak".Wallahualam....

Tanpa Nama berkata...

Menilai bedsarkan ilmu kalau rasanya tak berpadanan maka menegur menjadi kewajipan. Kalau tak nilai menegus semberono tanpa ilmu lain pula jadinya.

Tapi Mantot sedangkan nabi Nuh pun tak dapat nak selamatkan anak dia lagikan kan kita yang bukan nabi hehe. Tapi kita kena berusaha la macam nabi Nuh baru serahkan kepada takdir Allah :) sebab Hidayah itu milik Allah kita hanya boleh berusaha.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin pas lain aku tak tau. Tp bab isteri nik aziz tu, aku dah terpegi umah dia secara tak sengaja. Aku bkn org kelantan tp keje kt pantai timur.Aku tersalah tgk hr cuti, raya haji ke-3 g KB igt nk bt urusan rasmi, tp rupenya cuti.Otw balik ternampak signboard Pulau Melaka yg dr dulu aku nk tau ape yg ada kt sana (bygkn seorang prmpn masuk simpang dgn tiba2,haha..tp bg signal la)...

Kebetulan dh zohor, aku solat dulu. Lps solat org2 kt situ ajak mkn kt umah nik aziz sbb rupenye diorg bt korban raya ke-3, langkah kanan la..aku dh la mmg lapar,hehe...

Gamble melangkah sorg2, dh la pakai seluar, sume org pon pakai bj kurung,segan aku, tp semua org pn mengajak aku masuk walaupun mmg mcm total stranger ntah celah mana,haha..seb bek aku tak pakai ketat2..

G amik mkn kt bhgn dapur belakang, dapur umah nenek aku pun lg besar kot. Meja aku mkn ada sorg makcik ni mcm kukenal...aku pon lyn je sembang nk cover segan,haha..dia lyn aku mcm mak2 lyn anak mkn,tanya keje mana semua..Bila igt balik, eh itu Tuan Sabariah, isteri nik aziz,org kata nk tau suami tgk isteri ek...walau takde gamba, tp hr tu tetap jd kenangan sampai bila2...Tersalah hr dtg KB rupenya nk terpegi rumah itu...

Yg Nik aziz aku mengenali dia melalui film 15msia tajuk The Tree,tgkla kt youtube,yg KJ pon ada berlakon tu...dia cite psl pokok je, tp sungguh terkesan kt hati. Agaknye dulu byk tgk tv mainstream, imej dia pn mcm kabur kt mata aku.
Dah keje sini aku dh boleh fhm org kecek kelate tganu. aku rasa rugi btl org kelantan terengganu yg tak hayati ilmu ulamak dr pantai timur,siap tu ada yg boleh kutuk2 lg,adoii sedih. Yelah org luar kotla susah nk fhm kalau loghat pekat sgt.
Prof Muhaya pun kata dia beli kaset Nik Aziz dan dgr dari 1991. Itu yg menjadikan dia hari ni, dia yg kata camtu,aku dgr kt IKIM.
Dulu aku tensen keje sini(ye lah aku org KL kann,haha..)skrg mcm syukur pulak, byk benda yg aku dpt belajar dan ubah diri.

Cuma utk org/pengikut Pas,tlgla jgn maki walaupun pihak lawan maki kamu. Makian kamu hanya memburukkan imej Pas dan nampak kamu ni sama je dgn lawan kamu. Tuntutla ilmu dan jgla akhlak. Nik Aziz tu ckp bahasa rakyat dan loghat dia pekat. Kesian dia selalu statement dia diambil sekerat2 dan kena spin.Tp dia ckp dia maafkan sbb taknak byk urusan kt Padang Mahsyar.

alamak pjg la pulak..haha

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
Dah memang ahli neraka semua tu yang tak bertudung/ menutup aurat nak buat camne? kene la terima hakikat. Hidayah bukan turun suka-suka nak cari orang tertentu, hidayah tu dah lama ada sejak zaman nabi, kita ni sebagai manusia yang banyak salahnya tinggi egonya kene cari hidayah tu sendiri...

April 10, 2013 at 2:57:00 PM GMT+08:00

Aku tak setuju betul anon yang bagi statement kat atas ni. Cuba dalami lagi ilmu agama anda. Jangan terlalu cepat meletakkan hukum, sebab hukuman tu milik Allah. Neraka ke syurga hanya Allah yang tahu.

Tanpa Nama berkata...

Tu la...kalo suke sgt perkataan neraka tu haa sebut MENEMPAH TEMPAT KAT NERAKA...tp ckpla book boleh cancel kalo ko menutup aurat...molek la sikit. Dan jgn lupa doakan dia berubah.
Kdg prmpn yg tak tutup aurat ni dia jd defensif dan malu bila org ckp camtu...cuba la ckp baik2...kita ni boleh sampaikan je, tak leh paksa org...

Khairi berkata...

Dah memang ahli neraka semua tu yang tak bertudung/ menutup aurat nak buat camne? kene la terima hakikat. - Anon April 10, 2013 at 2:57:00 PM GMT+08:00

Hehe. Kira tudung ni faktor besar masuk neraka la ye.

Ramai orang cari Tuhan, bila jumpa, dia ingat Tuhan fikir macam dia. Kalau dia bodoh, Tuhan yang dia cuba potray akan turut nampak bodoh.

Cuba tengok bagaimana Einstein describe tuhan yang dia percaya macam mana.

Cuba baca Quran, Nabi Muhammad potray Allah macam mana.

Satu hadis popular bila seorang perempuan mengandung datang mengaku berzina, Nabi berpaling muka dan suruh perempuan tu balik. Kenapa Nabi tidak terus menghukum atau at least tanya, awak ada saksi ke?

Orang Melayu banyak Islam tapi tak mengenali Islam sebenar. Kita belajar Islam yang kurang tepat. Kita fokus hukum pada benda remeh temeh, sedand hal lebih penting kita pejam, atau mmg bodoh sampai tak nampak.

Khairi berkata...

IKLAN...

Pilihanraya ke13 - Pakatan Rakyat VS Barisan Nasional - Subsidi gas Petronas, TNB dan IPP

Tanpa Nama berkata...

Islam seseorang bermula dari 2 kalimah syahadah.. ianya kunci penting bagi setiap umat Islam..

Kita perlu mendalami 2 khalimah syahadah. Apa dalam khalimah syahada yang kita lafaz setiap hari? Sedar tak kita berjanji dengan Allah setiap hari dalam solat kita? tahiyat awal dan akhir?

Tiada tuhan yang disembah melaikan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Maknanya kita kena bertuhan Allah dan mengakui Muhammad itu pesuruhNya juga bermakna perlu mengikut segala suruhannya. Al-Quran dan sunnah.

Tapi cuba lihat diri kita adakah kita laksanakan apa yang kita ikrar dan janji setiap hari? Kaum keluarga Islam kita? sahabat handai? masyarakat? adakah kita laksanakan apa yang kita IKRAR dan JANJI setiap hari? Kalau tak adakah kita ni Islam?

Tepuk dada tanya la iman kita betul ke kita ni Islam.. Kalau apa kita buat melangar IKRAR dan JANJI kita adakah kita ni ISLAM? Adakah apa kita buat ni sebenarnye cara Islam?

buka balik buku panduan kita.. InsyaAllah kita tidak akan sesat.

Tanpa Nama berkata...

nak nilai family Azmin boleh???

Princess Riya berkata...

Ini post lama kan? Cam aku dah baca jew..

ROSLI ALI berkata...

cantik dr pandangan islam lain cantik dari pandangan nafsu lain maka fikir2lah