April 16, 2013

Kenapa Kau Masih Berdoa Walaupun Satu Pun Kau Tak Pernah Dapat?

Minggu lepas, buat pertama kalinya, rekod komen paling teruk yang aku dapat telah dipecahkan oleh seorang Anon. Aku tak tau siapa sebab dah namanya Anon. Tapi komennya macam ni;

"Selama-lama hari-hari puluhan tahun menangis dan meminta bercucuran airmata. Airmata siapakah itu ? Nik Aziz.... airmata siapa lagi? Hadi Awang...... lagi.. Dr Harun Din. Kamu semua solat tahajjud setiap malam mengigil-gigil dan menangis tatkala berdoa. Puluhan tahun kamu lakukan tapi aku hairan kenapa Allah Tuhanku tidak sayang sama kamu"

Yang best..dia ada penyokong;

aku suka puisi anon ni..tapi weh!! sapa kata Tuhanku tak sayang mereka.. kerana sayanglah permohonan dlm solat hajat mereka ditunaikan Allah..berapa byk solat hajat mereka? berapa bayak doa pecah perut mereka? beerapa banyk doa hancurkan Tun M? berapa banyak doa hancurkan bn dan pemimpin2nya mereka buat?sumpah laknat saiful? tapi bila sikit demi sikit tuhan tunjuk kebenaran hati mereka buta untuk terima semuanya.. hati mereka hitam busuk! yang di doakan sihat, selamat sejahtera.. yang mendoa makin terdesak..makin busuk lagi hancing!

Aku tergelak besar masa baca komen tu dan aku merasakan aku bertanggungjawab menjawab balik kepada komen yang aku isytiharkan " respon paling teruk dari pembaca yang aku pernah dapat." Jika kau adalah orang yang tulis komen tu, posting hari ini adalah untuk kau. Aku try jawab soalan kau tapi aku tak pandai sangat bab agama ni, tapi aku rasa aku boleh jawab persoalan kau.Kalau kau sybertrooper yang dibayar oleh pihak2 tertentu, aku nasihatkan kau gi carik kerja lain yang lebih mulia. Buruh kasar Indonesia pun rezeki dia jauh lebih baik berbanding kau, bro.

Aku ulang balik dan tegaskan, aku tak pandai bab2 agama ni tapi sebab agama aku Islam, aku try. Kalau aku salah, betulkan aku sebab aku rasa kalau suruh si Anon ni gi carik Ustaz (macam kebanyakan orang selalu buat) aku tak membantu langsung sebenarnya.

.............

Kenapa Allah jadikan BN kerajaan Malaysia? Kenapa Allah tak makbulkan doa Nik Aziz dan orang2 yang solat hajat dekat stadium ramai2? Kenapa Allah tak jadikan parti PAS sebagai pemerintah walaupun diroang yang berkobar-kobar nak mempertahankan agama?

Aku tanya kau balik ;

Kenapa Brad Pitt lebih banyak duit dari aku, dapat layan Angelina Jolie tiap-tiap malam, sebelum-sebelum  tu layan Jennifer Aniston, kereta lagi mewah, rumah lagi besar dan kebanyakan perempuan generasi aku tergilakan dia lepas tengok aksi dia menjinakkan kuda dalam "Legends of the Fall". Dah la sah-sah Brad Pitt hensem sikit aje dari aku. Mungkin bulu mata aku lagi lentik sikit berbanding dia.

Adakah kerana aku bandingkan diri aku dengan Brad Pitt, perlu aku stop berdoa mintak Allah murahkan rezeki aku hanya semata-mata sebab sebab Dia jadikan Brad Pitt ada segalanya? Perlu ke aku rasa Brad Pitt adalah pilihan Tuhan berbanding aku? Tak. Allah itu Maha Adil dan Maha Pemurah. Lagipun, Brad Pitt bukan Islam.(masa depan kita tak tau)

"Tapi, kenapa doa orang PAS solat hajat ramai2 tak dimakbulkan?" tanya kau.

Cuba kau doa mintak gaji kau naik. Ada ke kau terus dapat kenaikan gaji secara tiba-tiba? Mana ada. Semua benda kena usaha dulu. Kau kena jaga performance, kau kena rajin, maintain level kerja, effisien dalam kerja, Insya Allah akan datang la kenaikan gaji kau. Jadi teori tu sama la dengan apa yang orang PAS buat, solat hajat tu adalah satu cara untuk diorang luahkan permintaan diorang dengan Allah.  Walau bagaimanapun, kalau berdoa menangis macam mana pun tak usahakan, tak dapat la jugak.

Setiap doa kena ada usaha. Kau doa dilindungi Allah tapi kau bawak motor tak pakai helmet pun takde guna jugak kan?

"Jadi, Tot, adakah kau ingin mengatakan Tuhan lebih menyayangi Barisan Nasional?"

Aku tak tau. Ini tak ada manusia boleh jawab. Tapi pada aku, kita takleh ambik benda tu direct camtu aje. Anggapkan jugak seperti "Kenapa Allah jadikan orang Kafir kuasa besar dunia sekarang? Adakah Allah tak sayangkan orang Islam? Adakah Allah tak nak dunia ni penuh dengan orang Islam?"

Suruhan Allah SWT adalah menegakkan Islam, meramaikan umat Muhammad. Allah nak satu dunia kita penuh umat Islam. Allah nak Brad Pitt jadi Brad Pitt bin Abdullah dan Angelina Jolie jadi Angelina Julia binti Abdullah. Kita perlu tegakkan agama Dia kat bumi ni. Tapi kalau Dia bantu kita jadikan automatik semua orang Islam dan semua manusia alim dan baik, macam mana dia nak nilai kita?

Buat apa kau ambik exam kalau kau dah tau kau akan lulus cemerlang secara automatik?
Dunia ni exam kita. Kita dibagi kuasa, kita dinilai. Kita tak diberi kuasa pun, kita dinilai.

kita kat dunia bukan untuk hidup senang semata-mata. Kita orang Islam sebenarnya ada kat dunia ni untuk hidup dan menghadapi ujian. Kalau dapat hidup senang, itu bonus. Tapi kita juga dah diajar, kalau kita dapat sikit kita terima. Kita syukur. Tapi bukan syukur dengan BN, jadi segala ayat yang Bn guna untuk kempen seperti "mesti syukur dengan nikmat kerajaan" tu salah, pada aku. Dah dekat dengan nak jadi Tuhan.

Kalau kau tengok balik nilai2 Islam ni, makin kaya kita, sepatutnya makin syukur, makin rajin solat dan doa serta makin rendah diri la. Bagaimanapun, sedihnya, realiti orang Melayu makin kaya dia jadi makin sombong, makin bongkak dan makin takbur.

Tak percaya?

Cuba fikir balik apa kau rasa kalau kau ada terdengar kisah seorang Melayu kaya tapi dia rajin berderma, rajin solat dan tidak menunjuk-nunjuk, malahan kereta Proton aje dia pakai? Berpusu-pusu lah orang Melayu share pasal kisah ni dekat Facebook sebab ramai yang kagum dengan kisah dia dan nak share sebagai renungan bersama.

Kau jadi kagum dengan dia kan? Takyah tipu. Kau kagum, sebab kau rasa walaupun kau tau dia kaya, dia still kekal sifat baik dia. Persoalannya, kenapa kita kagum?

Sebab kes tu rare, ganjil.

Tak nampak apa masalahnya di situ? Kita kurang contoh yang baik sebab itu bila ada seorang dua yang rendah diri dan menepati ciri2 Islam, kita sangat gembira. Sama seperti orang yang angkut tray lepas makan kat KFC, pelik tak tengok? Sifat baik sangat jauh dengan kita sebenarnya walaupun kerajaan claim kita ni "friendliest country in the world with a diverse and multi cultural people."

Jadi, untuk menjawab persoalan adakah Barisan Nasional lebih diberkati berbanding parti Pembangkang yang setiap bulan solat hajat tapi tak pernah dimakbulkan Tuhan...aku cuba jawab sebaik mungkin di bawah ini;

Dalam agama kita, kita diajar meminta pertolongan daripada Dia dan kita dah diajar untuk buat solat hajat, solat istikharah dan berdoa setiap hari supaya Allah dengar permintaan kita. Soal Allah makbulkan atau tidak doa, itu terpulang kepada Dia. Dia yang aturkan hidup kita ni. Even doa Nabi pun pernah ditolak Allah SWT.

Jadi, sebagai seorang Melayu Islam yang diletakkan di dunia untuk menghadapi godaan dan dugaan, aku selalu nampak dua benda yang sangat obvious.

Di satu pihak, mereka suka anjur konsert hiburan dan festival belia di mana laki perempuan bercampur, artis Korea datang dan ajak orang Melayu terkinja-kinja macam beruk mat yeh, ramai2 menyanyi lagu IM4U sambil bergoyang2 buah dada. Mereka ni kaya, banyak duit dan pegang kuasa. Selalu puji diri sendiri dalam TV. Masih lagi membenarkan majalah Mangga diterbitkan untuk menjana pemikiran kritis masyarakat dan membangunkan akhlak orang ramai.

Lagi satu pihak selalu anjur solat hajat tapi tak pernah dapat permintaan mereka. Kadang2 anjurkan konsert hiburan, ada la Ito Blues Gang nyanyi sikit atau A.Samad Said baca sajak. SAPA NAK TENGOK? BELIA MANA SUKA! BELIA MAHU PSY WALAUPUN TAU SATU AJE LAGU DIA SEBENARNYA! Diorang ni jugak selalu doakan supaya dapat bertukar kerajaan tapi dah berapa tahun doa tak makbul-mabul jugak. Duit tak ada jadi selalu kena kutip derma.

Lihat dua pihak tu baik-baik. Itu perpecahan Melayu sekarang ni. Kau rasa, aku berat sebelah ke tulis camtu? Salah ke cara aku terangkan Barisan Nasional atas tu? Kalau salah dan tak tepat, tolong betulkan manalah tau ada yang tak betul kalau ada yang tak setuju?

Tak ada. Ok, bagus. Apa dia doa Rasulullah yang tidak dimakbulkan?

Rasulullah minta semua umat Islam bersatu dan tidak akan berperang antara satu sama lain. Allah SWT tolak doa tu. Kita akan berpecah. Kita akan bertelagah.Aku tak ada masalah langsung nak bertelagah pasal politik kalau point dua2 side betul.

Satu side cadangkan pelajar sekolah punya baju kurung kena tukar biru gelap sebab baju kurung putih see through bila berpeluh. Tapi satu side lagi bangkang dan cadangkan supaya baju kurung warna hijau lebih sesuai sebab Nabi suka warna hijau. Tapi kerajaan counter balik; warna biru gelap sesuai sebab nampak kemas dan  kain biru gelap mudah didapati. Ini baru contoh kerajaan terbaik! Aku nak undi pun susah sebab dua2 perjuang benda yang betul. (walaupun contoh aku remeh tapi ko paham la kot)

Orang Melayu balik2 modal dia seks,cina dan duit.
Repeat dan rewind. Sekali sekala selitkan Kristian.

Untuk doa jadi makbul, kita kena usaha. Allah takkan bagi umat Islam sesuatu nikmat tanpa ada dugaan dia terlebih dahulu. Jadi, solat hajat adalah satu bentuk usaha. Meminta rakyat undi dengan bantuan duit atau konsert yang melalaikan belia sambil puji diri sendiri bukan cara usaha betul pada aku.

Allah tidak memakbulkan doa bukan bererti Allah tidak sayang.
Allah sebenarnya suka kita doa, jadi Dia nak suruh yang berdoa tu doa lebih kuat lagi.

"Kalau dah dapat jadi kerajaan sampai terlupa nak ajak orang ramai solat hajat kang macam mana, nanti diorang jadi sama aje macam BN ni?" tanya kau.

Kalau kau dah sedar yang kerajaan sekarang tak menjurus ke arah agama, malah menyimpang jauh kadang2, kenapa perlu takut nak ubah dia? Sebab tak terjamin? Pakatan Rakyat tak terbukti boleh memerintah? Takde guarantee Malaysia takkan bankrap dan kucar-kacir? Takut Cina naik?

Tak sangka pulak aku ada orang dalam Barisan Nasional yang mampu tengok masa depan.
Hebat2 belaka.

52 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ikut logik macai,,adakah doa orang palestine yg dijajah berpuluh tahun tidak dimakbulkan sebab mereka salah, israel betul?

Tanpa Nama berkata...

sokong anon 1
tak dan nak tulis panjang nk kene kejar bas lulz adios

EarKix berkata...

Makbulnya doa tu urusan Allah swt. Semakin banyak kita berdoa di samping kuat berusaha, semakin sayang Allah swt terhadap kita. Kalau berdoa tu sentiasa jadi makbul, nanti akan terbentuklah masyarakat yang pemalas dan suka meminta-minta. Usaha dan tawakkal tu yang penting sebagai 'carry mark' dalam 'big exam' di dunia ni.

Tanpa Nama berkata...

luls

Tanpa Nama berkata...

semua pasal duit..tp sapa buat duit???

D-doa
U-usaha
I-ikhtiar
T-tawakal

bila manusia bertuhankan kuasa..
FTG...!!

cik ayu berkata...

gambar tu mcm tak bleh blah je.. hehe

Tanpa Nama berkata...

Allah memmakbulkan doa kita dengan 3 cara:
1) Dia dengar dan terus memakbulkan
2) Dia dengar tapi menangguhkan pemakbulan kepada masa yang lain yg menurutNya lebih baik
3) Dia dengar tapi memberikan sesuatu yang lain yang lebih baik

kita merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik.

anoni - br nak start

Tanpa Nama berkata...

Tahniah tuan punya blog..walaupun mengaku kurang arif dengan agama tapi jawapan MANTAP..tak payah nak komen apa2 lagi..cuma satu nak tambah Penilaian manusia atas pencapaian tetapi penilaian Allah atas usaha..teruskan berdoa dan berusaha. Ada banyak cara Allah kabulkan doa kita..yang paling syok Dia tunaikan di akhirat kelak.

maun berkata...

Allah suka mendengar orang yang berdoa kepadaNya...Doa itu kepala ibadat..Orang yang beribadatlah yang sentiasa berdoa..kerana dia tahu hidupnye milik Allah...orang yang tidak berdoa adalah orang yang takbur dan sombong..percaya hanya usahanya..DOA ITU MELAMBANGKAN KEFAQIRAN DAN KEHAMBAAN

Tanpa Nama berkata...

terbaik mantot -keep it up, only 1 thing, really hate IM4U song, like rubbish like pok jib.....

Tanpa Nama berkata...

entry terbaik ahhh...triple like

Tanpa Nama berkata...

Ada orang takot nak tukar kerajaan baru atas sebab takut jadi hura-hara dan kucar-kacir.

Aku pelik manusia pesen nie. Ada ke kerajaan yang naik nak menjahanamkan pemerintahan dia sendiri? Mana ada. Dia tahu dia nak kekal lama, jadi dia mestilah tadbir baik2. Alasan macam nie serius alasan bebal.

Megah Angkasa.

Tanpa Nama berkata...

pastikan semua mengundi...!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

saya pun pelik dengan kawan uitm saya yang sangat takut dengan pertukaran kerajaan,,,,dan pagi tadi uitm ada kan brainwash besar besaran utk staff lecturer dan student,,,oh maiiiiii

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

Allah lebih tahu apa yang terbaik & bila masa yang terbaik untuk makbulkan setiap doa hamba Nya. Dia takkan memberi secara terus apa yang kita minta.. contoh kita minta duit, duit tu tak terjun dari langit jatuh tepat batang hidung atas sejadah lepas selesai je ko doa tapi mungkin Allah bagi kita kelapangan hati.. Kebahagiaan hidup & ketenangan jiwa.. dengan semua tu kita mampu mencari rezeki dengan senang & tenang, Insya Allah dari situ datangnya duit untuk kita keluar dari kesempitan hidup. Kalau minta emas keluar setompok emas kat depan muka memang kita pun pelik jugak kan?? sebab tu Allah maha bijaksana.. dia tahu nak memberi apa yang kita minta dengan cara bagaimana & melalui apa.. totally aku rasa komen Anon tu sedikit bodoh

Sensasi >>ARTIS YANG PERNAH MENJADI PENARI BOGEL SUATU KETIKA DULU
Info >>Sarapan ni sedap di dengar, baik untuk emosi. Jom tengok

hani berkata...

Rasanya,doa doa tu sudah ada yg dimakbulkanNYA tp tak semua.Get it?Sudah berpuluh thn Malaysia dipegang oleh BN hampir secara total,tapi 2008 mencatat sejarah,PR memenangi 4 negeri dimana 2 darinya ialah "lubuk emas"buat kerajaan.Tapi,Allah blm nak bagi semua supaya pembangkang lebih berusaha.Benda yg susah nak dapat ni biasanya lebih dihargai.Bila senang dapat,hmmm,paham paham ajerlah.
DIA tak kabulkan semua supaya kita tak lalai.Teruskan berdoa.
Point yg sgt bagus mantot!

Tanpa Nama berkata...

Anon yg ko tembak tu rase diri perfect kot. Bagus entry ko ni utk sedarkan die tu. Aku suka komen kat ats yg sebut psl palestin. Yups! Kenapa palestin jd mcm tu sedangkan satu dunia umat islam berdoa supaya palestin dibebaskan tapi kenapa tak bebas2 jugak?

Tanpa Nama berkata...

salam mantot dan semua.

aku faham apa yg kau cuba sampai dlm entri ini dan sekaitannnya.

bagi mereka yang menyangka bahawa BN disayangi Allah kerana berpuluh-puluh tahun memerintah. Pendapat korang amat-amat tersasar dan wajar kita melihat semula.
1) kita lihat cara/taktik BN mendapatkan kemenangan. Well semua al-maklumkan
2) sepanjang pemerintah mereka. apakah hukum Islam menjadi paksi pemerintahan. sistem demokrasi-menjadi neraca timbang untuk meluluskan hukum-hukum Islam.

Bagi aku ada sebab kenapa BN memerintah lama (dengan izin Allah)
1) memberi anggotanya peluang untuk terapkan Islam
2) memberikan pengajaran kepada org luar akan keburukan BN yang angkuh untuk menerapkan Islam
3) memberi silibus kepada parti Islam khususnya bahawa bukan kemewahan yang umut hendaki tetapi adalah ISLAM

ayuh, kita Palestine bagaimana gerakan al-Fatah yang konon menjadikan perisai umat Islam disana. Akhirnya, kekuasaan mereka dicabut dengan izin Allah kepada Hamas. Begitu juga di Mesir. Tidak mustahil akan berlaku di Malaysia! kerana apa? Asasnya umat sudah mahukan Islam sebagai aturan perlembagaan negara.

Perasan tak korang, UMNO sudah mula berteriak dan berbicara mengenai Islam? kerana mereka sudah mendengar suara keramat(rakyat). Tetapi sayangnya mereka dah terlambat.

Wallahulam
reset_root

Tanpa Nama berkata...

yang dapat kontrak bawak permpuan K-pop tu anak ismail sabri, Dafi. 2 juta bawak K-pop. alahai umno.

gadis semasa berkata...

well said.

plain83 berkata...

entry yg ohsem bro mantot, tersenyum aku baca...

Tanpa Nama berkata...

Lagi satu, orang yang Allah bagi nikmat tapi nikmat tu hanya menjauhkan diri dia dari Allah, tu namanya Istidraj.
Org alim selalu doa mintak jauh dari keadaan ini.
Cth macam Allah bagi ko nikmat kaya,bisnes kencang, dok banglo,bini cun, keta himpot tapi semua tu buat ko lupa diri dan bongkak.
Maksud lain, tu nikmat yg Allah bg kt org zalim. Tp kita jgnla label org lak kan.

Kdg2 bila kena ujian kita rasa Allah tak syg kita padahal Nabi Muhammad adalah insan yg plg byk diuji.
Setakat kita doa tak makbul lagi tu apalah sgt kan. Yang penting usaha,itu yg Allah lihat.
People look at the presentation, Allah looks at the intention. tak gitu..?

Aku terbaca komen anon tu, aku mcm..apekah kesengalan ini...
tp aku cuba sangka baik, mungkin dia saje nk bako line..hihi..

Muhamad Hafizee Haris berkata...

patutnya allah bagi umno perintah dunia, kerana dalam berita tiada cacat celanya. perfectionist! ABU

Tanpa Nama berkata...

mner cik anon/en. anon yg memberikan 2 komen tersebut, sila la balas entry mantot ni kalu ko brani...hua....hua.......hua......

Tanpa Nama berkata...

Allah tak makbulkan doa makhluknya sbb Allah nk dgr makhluknye merintih,menangis,meratap utknya...kalau smua doa Allah makbulkan maka akan huru hara lah dunia sementara ini...

Allah lebih mengetahui lagi...

Tanpa Nama berkata...

bagus la blog ko nih bro, pelbagai jenis orang baca....belah BN, pembangkang pun baca.

Bile baca komen pun, macam2 ada...ni menunjukkan rakyat malaysia bebas untuk mempunyai pandangan masing² tak macam korea selatan; semua orang puji presiden dia - Kim Jong Un hensem dari brad pitt,taff tahap dewa-kalah sazali bina badan tu... dia punya perut ramping lak, kerengge pun nangis.

Teruskan usaha anda!!!

Saya Pilih Mengundi!!!

Tanpa Nama berkata...

dalam geng2 aku yang rapat(semua kira educated la), dalam wazzap group tu ade 20 orang - semua belah pembangkang - 100% pembangkang

kat opis gomen nih, dari 90 orang staf, hanya 5 orang je yang dikenalpasti sebagai BN tegar - 5.5% BN, 94.5% pembangkang.

Bile pergi kursus yang melibatkan kakitangan dari negeri2 lain, borak kedai kopi - time rehat minum pagi...ade 25 orang+3 fasilitator (pegawai tinggi kerajaan)=28...semua menghala ke pembangkang - 100% pembangkang

aku pikir, kat mana sebenarnya peyokong tegar BN atau OKU - Orang Kuat Umno nih berada?

Tanpa Nama berkata...

Manusia Istidraj? Manusia Yang Lupa Daratan

Walaupun dia membuat maksiat, tapi dia merasakan Allah menyayanginya. Manusia seperti ini kadang-kadang memandang hina kepada orang-orang yang suka beramal dan ke masjid. Apatah lagi orang yang selalu ke masjid itu hanya berselipar jepun atau berterompah kayu, sedangkan dia naik kereta jenis mewah.

“Alah, siang malam ke masjid, ke surau, tapi basikal buruk pun tak ada. Tengok aku. Aku nak ke kelab malam dengan kereta mewah. Walaupun aku tidak pernah sembahyang, tapi Allah sayangkan aku. Kalau kau sikit ibadat, tentu kau juga akan kaya macam aku.” Katanya sombong. Inilah jenis manusia yang tidak sedar akan dirinya sendiri. Dia melakukan maksiat pagi petang, siang malam, dia sangka Allah sayangkannya.

Maka mereka yang berpendapat sedemikian, baik mereka yang mengaku muslim, lebih-lebih lagi orang yang sudah nyata kafirnya, berterusanlah mereka menggunakan nikmat pemberian Allah yang berupa harta kekayaan, kebesaran, pangkat dan kuasa mereka untuk melakukan penindasan dan kezaliman serta maksiat (derhaka) kepada Allah yang berpanjangan.

Sesungguhnya mereka tidak faham dan tidak sedar sama sekali bahawa pemberian nikmat itu adalah istidraj daripada Allah. Dengan pemberian nikmat yang tidak diredhaiNya itu mereka akan lalai dari mengingati Allah. Akhirnya mereka akan menemui kehancuran dan kemusnahan.

Kadang-kadang Allah S.W.T memberikan manusia nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semut itu dengan dua sayapnya.” (Daripada kitab Nasa’ibul ‘Ibad)

Anai-anai misalnya, kalau tidak ada sayap selamatlah dirinya. Dia akan duduk diam di bawah daun atau merayap di celah-celah batu. Jika Allah hendak membinasakannya, Allah beri ia sayap. Anai-anai kalau sudah bersayap namanya akan berubah menjadi kelkatu. Otaknya menjadi otak kelkatu. Kelkatu, bila dapat nikmat dia cuba nak lawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, dia cuba hendak melawan Allah.

Tanpa Nama berkata...

Sokong mantot... 2 ekor Anon yg memperlekehkan hukum Allah... makbul@tidak bukan tugas manusia, tp doa mereka akan disimpan di pdg mahsyar. Takut doa2 kamu plak tak diterima... di akhirat manusia akan lbh byk berdoa dan merayu kerana azab Allah sgt pedih bagi mereka yg engkar.. subhanallah...

Sri bulan...kjg

kaihnsn berkata...

mantot,

yang pernah aku dengar kalau pasal kenapa bukan islam ramai yg dapat nikmat dunia adalah sebab hak mereka hanya di dunia. jika mereka berusaha mereka akan dapat denagn izin Allah. bebeza dengan orang Islam di mana mereka mempunyai hak di dunia dan akhirat. jika tak dapat di dunia InsyaAllah mereka akan dapat habuan di akhirat.

pesoalan mengapa umno dapat habuan menjaga malaysia selama kita medeka ini dan pas tidak itu hanya Allah yang tahu. kalau pun doa pemimpin pas tidak diterima tak semestinya umno itu lebih baik. buat umat melayu yang sempit otaknya cuba baca balik sejarah peperangan bani umaiyah dengan abbasiyah. ada yang berani cakap umaiyah lebih baik dari abbasiyah? jangan lingkupkan pemikiran anda yang hanya umat melayu saja pilihan Allah dan tiada umat islam sebelum Malaysia lahir. itulah gunanya sejarah untuk kita belajar dari umat yang duluan dari kita.

adam berkata...

terbaik encik mantot~

kenapalah ada yang pertikaikan doa tak diterima Allah...?

Itu urusan Allah. bawa-bawalah menginsafi diri dan kebesaran Allah yg sedia ada ni. jgn riak dan takbur wahai anon oiii...

theorangelily berkata...

kena ingat dalam bismillah maksudnya 'dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih'
pemurah Allah untuk semua manusia.. sbb tuh ade org yang x beriman pon Allah bg kesenangan
pengasih Allah hanya untuk hambaNya,antaranya nikmat iman

seperti yang saudara di atas sebutkan... nikmat yang diberi kadang2 merupakan ujian utk manusia, kdg2 manusia tuh lalai dan jadikan dia lebih jauh dr Allah....

Khairi berkata...

Berjela jawapan mantot. syabas.

"Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?"

Allah maha kuasa, dia boleh cipta sebijik lagi bumi dgn kun fayakun - jadilah bumi... bling!!

Tapi dalam penciptaan langit dan bumi, ada masa. Dan selepas ditetapkan masa, Quran sebut Allah bersemayam di Arasy.

That point of time, penciptaan lengkap. Bergerak ikut masa berkembang hingga jadi susunannya seperti sekarang. Ini console paling power Allah bagi dekat manusia, agar manusia berlumba2 dengan keseronokan dunia.

Berdoa bukan boleh mengubah material, tetapi spiritual.

Dunia ini ada hukum dia, seperti konsep bernoulli pada sayap, gravity pada jisim dan energy conversion pada turbine untuk membolehkan kapal terbang meluncur di udara. Hukum2 fizikal ini Allah kasi untuk kita manipulate dan win. Kalau doa korang boleh bling bling kan kereta keluar dari udara, kau akan dapati dunia ini tidak lagi seronok.

Tanpa Nama berkata...

syabas Mantot.
semoga Anon berkenaan tersentuh hatinya dan diberi hidayah oleh Allah untuk kembali ke pangkal jalan.
Prof Muhaya cakap, setiap kali kita tengok orang2 yang jahil yakni buat dosa, kita patut rasa kasihan dengan dia. kerana boleh jadi dia tidak tahu akan kebenaran dan yang paling teruk lagi dicabut oleh Allah hidayah daripadanya. Ingat. Doa senjata orang mukmin. wassalam.

f1f12003

Tanpa Nama berkata...

Semoga kita diberi HIDAYAH.. Allah kurniakan kemakmuran kepada Firaun tetapi dia kufur nikmat malah tidak diberi hidayah..

Biat kita miskin papa kedana asalkan kita dekat dengan Allah dari kata kaya raya mewah harta melimpah ruah tapi jauh dari Allah..

Syurga adalah untuk orang yang berusaha dan tidak sempurna iman seseorang tanpa diuji.. mungkin doa tidak makbul disini tapi kita masih ada akhirat untuk Allah menunaikan janjiNya..

jangan la cemburu mereka yang senang mewah di dunia kerana belum tentu mereka akan senang di akhirat kelak..

wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

sorry off topic,
dengar cerita terdapat bantahan nk buat mega projek kat penang tu.katanya membazir dan konon tak mendatangkan manfaat kpd rakyat.
tapi kalu projek tu kerajaan punya, bole je...approve je..
"ko buat bole, aku buat tak bole" umpamanya.

tapi at the same time aku syukur berada di bumi malaysia. Semuanya cukup, jalan raya cantik, bangunan shoplot pun cantik. kemudahan asas kita mmg bagus.Aku baru balik dr bandung. Bila tgk keadaan jalan raya diorang sedih sgt. masa 2007 aku pegi pun macam tu, tahun 2013 pegi pun mcm tu jugak. sedih tgk keadaan kemudahan asas untuk rakyat disana. Tp aku enjoy pegi sana. sbb urut kaki sana murah.

mana yg bagus kerajaan sediakan untuk rakyat aku sokong, aku respek. Tapi bila part rasuah atau kes yg melibatkn org besar tu aku tak respek. Mentang2 title tan sri, datuk, tutup kes je semuanya.

susumanis berkata...

kalau semua doa makbul on t spot tu dah mcm kat surga la anon oiii. ko tahu x dunia ni penjara untuk muslim, sorga olok olok untuk kafirun dan sewaktu dengannya sbb dunia ni sekojap jer, x ramai tahan 100 tahun da kojol, kat sana kekal abadi sehh,,semua benda dapek tapi even aku sendiri pun kadang lupa pasal ni, nak gak kejor dunia, k lets blame setan n kuncunya k..ok tu je bai jual roti..bai bai tunggu..hahaha

Cucuq Jagung berkata...

suka lagu im4u. bw masa aerobic jd brsemangat giler. msti kak mah pun setuju

Tanpa Nama berkata...

salam,

boleh la rujuk ayat Al-Quran surah Al-Fajr ayat 15-16.

(15)(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"

(16)Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"

Tanpa Nama berkata...

hujah yg amat tepat dan bernas.bakal sorang lagi Rafizi.

Tanpa Nama berkata...

hidup mustafa ali!!

Tanpa Nama berkata...

1 je aku nk komen.yg lain aku setuju.pas nk kn negara islam.tp sekarg lbh ke arah negara kebajikn.dap xnk negara islam.2 hala tuju yg brlainan.apa pndpt ko mantot sbb ko ada sbt utk memilh parti yg mmprjuangkn islam.

Tanpa Nama berkata...

hidup umno...

Tanpa Nama berkata...

A.B.U

Tanpa Nama berkata...

hidup spender besor!

ctfza berkata...

bagi aku sekarang ni pas dengan umno hala tujuan sama je.. tak ada nak tuju hudud pun. yg lain2 elok umno dari pas. umno sekongkol cina mca dan india ic. pas sekongkol cina dap yg dah tau dari dulu memang gila ricist.keadilan aku malas nak ulas.

pas dulu dengan pas sekarang jauh beza. aku dulu sekolah agam. pernah terpengaruh dengan ustaz2 sokong pas. tapi dengan pas yg mmperjuangkan agama melebihi bangsa sekarang ni aku kata baik aku pilih umno walaupun umno perjuang bangsa no satu diikuti agama.

umno dalam bn adalah parti yg dominan. pas dalam pakatan bukan parti yg dominan. dari sini ko agaklah sendiri yang mana yg mampu perjuangkan islam lebih baik lagi?

Tanpa Nama berkata...

Sebab tu aku benci BN. BN ajar anak2 Islam kita membenci Islam. Tapi depa dok perjuangkan kalimah Allah. Kalimah ja mau, ajaran Islam tak mau pulak ikut. Rosak anak2 melayu disebabkan UMNO BN. Lim Guan Eng tu lagi bagus dr org Islam dalam BN, beliau hormati Ulamak bukan macm geng2 BN yang sanggup hina Ulamak disebabkan politik. Pandai pulak si najib tu tu tegur Tok Guru tentang 7 dosa besar. tak dan habis cerita bab dosa besar tok guru, Allah hantar ribut mai. Walhal, anak2 ngn isteri sendiri tak habis tarbiah. Tu pun masih rasa bangga dan tak takut. Ini bukan tahap berani dengan manusia, ini berani sampai mencabar Allah. Ya Allah Kau berikanlah kemenangan kepada Islam. Jatuh BN Musnah BN

EarKix berkata...

kalu tak setuju dengan isu kalimah Allah diguna oleh agama lain, haramkan jerlah.. kuasa kan ada.. kuatkuasa ker peraturan yg ada.. ni bukan nak isytihar apa-apa pun, semakin nak buruk kn org lain jer

Tanpa Nama berkata...

Sekali lagi kelihatan kebodohan dan kejahilan sekutu BN .

Mantot ko punya konsep amat tepat sekali .

sekaranh orang kafit menguasai kuasa veto dunia
kuasa nuklear di tangan orang kafir .

so dari kesimpulan macai2 BN , orang Islam x perlu nk doa dh .. sbb last2 orang kafir jugak yg menguasai dunia pada masa nie .

kalo macam nie mentaliti pemimpin negara kita , seyes lemah ... hamba kepada duit @ harta
no money , no talk . woii BN ~ Puiiii !

Tanpa Nama berkata...

Sekali lagi kelihatan kebodohan dan kejahilan sekutu BN .

Mantot ko punya konsep amat tepat sekali .

sekaranh orang kafit menguasai kuasa veto dunia
kuasa nuklear di tangan orang kafir .

so dari kesimpulan macai2 BN , orang Islam x perlu nk doa dh .. sbb last2 orang kafir jugak yg menguasai dunia pada masa nie .

kalo macam nie mentaliti pemimpin negara kita , seyes lemah ... hamba kepada duit @ harta
no money , no talk . woii BN ~ Puiiii !

ManusiaHairan berkata...

ctfza said...

umno dalam bn adalah parti yg dominan. pas dalam pakatan bukan parti yg dominan. dari sini ko agaklah sendiri yang mana yg mampu perjuangkan islam lebih baik lagi?

=====================================

komen kamu agak bagus, tapi satu soalan, selepas 55 tahun, ape usaha umno yg merangkap parti dominan dlm bn "yg mampu perjuangkan islam lebih baik lagi"?..membiarkan ank mempunyai saham dalam kilang arak?,membenarkan pembinaan pusat judi kt Genting?..

Kamu sndiri meletakkan bangsa dlu dr agama, itu namanye perjuangkan islam lebih baik?..dalam kubur xtanya apa bangsa kamu... :)

WOW!!..very2 the "islamik" one...

Tanpa Nama berkata...

Salam. .sye kgum dgn pnulisan blog ini..yee kte x bleh mnilai ssorng dri doa nye smata mata..itu sirr Allah. .doa x slah. .tpi jgn fkir mkbul atau x. .yg pnting iklas smasa bramal hnya krana Allah. .
Sbenar nye bila kte brdoa dn bramal..bkn kte yg brdoa dn bramal. .jdi siapa. .erti doa mlah bramal ialah memohon..tpi pde siapa kte mohon. .siapa. .
Mse kte brdoa atau bramal. .siapa yg brdoa dn bramal. .adakah kte. .dn adakah doa dn amalan kte tu 100% milik kte. .sdah psti tidak. .knapa. .krana kte tidak wujud. .siapa yg wujud. .sye tidak mahu crite bnyk disini. .krana tkut ade yg blur nnti. ..maka jika ada klapangn cri lah guru yg mursid. .Allahuakbar. .