April 27, 2013

Aku Syorkan Jumaat Depan, Semua Khutbah Jumaat, Pemimpin UMNO Ajelah Sampaikan

Kita dah sampai di satu tahap di mana khutbah sendiri telah dimanipulate untuk mempengaruhi minda. Untuk sebuah kerajaan yang selalu kata agama asing, politik asing...ini adalah sesuatu yang sedikit hipokrit rasanya. Tapi apa yang JAKIM cuba lakukan sekarang bukannya cara yang betul mengadunkan politik dengan agama..tapi lebih kepada menggunakan agama sebagai alat kepada politik. Banyak isi khutbah syok sendiri dan menunjukkan kebesaran Barisan Nasional.

Beberapa Contoh ;

Khutbah "Menepati Janji, Membawa Harapan"

1. Yakinlah bahawa menepati janji dan berkata benar merupakan bukti kesempurnaan dan keadilan seseorang pemimpin itu kerana bukan semua pemimpin mampu mengotakannya dan hanya pemimpin yang bertanggungjawab serta sayangkan rakyatnya sahaja mampu menunaikan janjinya.

Come on JAKIM. Semalam kau bercerita mengenai sistem demokrasi yang "Islam" tapi kau cuba mempengaruhi orang ramai supaya skeptikal dengan pihak yang tidak terbukti menepati janji. Kalau satu pihak tidak diberi menepati janji macam mana dia nak memenuhi janji?

Lagipun, "bukti kesempurnaan" ? Agak menakjubkan. Sama menakjubkan seperti konsep "Maha" yang dilabelkan ke atas Sultan2 sebelum ni.

2. Justeru sebagai rakyat yang bijaksana, kita hendaklah bersyukur di atas segala nikmat ini dan menghargai pihak pemerintah dan bandingkanlah keadaan kita dengan umat Islam di negara-negara jiran.

Bro, please...sure nak compare dengan Brunei?

3. Percayalah, ketaatan kepada pemerintah negara hari ini yang terbukti sentiasa mempertahankan agama Islam terutamanya dalam isu Kalimah Allah dan berjaya membela nasib rakyat sangatlah dituntut.

Ini ayat paling direct politically motivated.

Khutbah "Kesahihan Pemerintah"

1. Oleh itu, mimbar ingin menyatakan bahawa demokrasi yang diamalkan di negara ini dalam pemilihan ialah sepertimana yang berlaku di zaman khalifah Abu Bakar al-Siddiq RA dan Umar al- Khattab RA, dimana mereka diputuskan oleh Jawatankuasa Syura dan kemudiannya diadakan pemilihan umum untuk mendapat sokongan rakyat. 

Jawatankuasa Syura kita adalah ahli Parlimen. Sistem pentadbiran kita diambil daripada British. Kita adalah negara sekular. Mungkin caranya nampak sama, tapi spirit dia lain. Baca mengenai keburukan sistem Westminster ni dan kenapa ia tak selari dengan Islam. Sistem ini melahirkan pemimpin yang bermentaliti sama ada you are with us, or against us. Tidak mampu melahirkan pemimpin yang ambil kira pandangan dua2 pihak untuk dijadikan pertimbangan. Ada ke PM kita pernah setuju dengan pihak pembangkang? Ada. Itupun lepas Manifesto Pakatan keluar. Tiba2 boleh pulak Kerajaan turunkan harga kereta...sebelum tu kata negara akan bankrap.

2. Oleh itu, langkah-langkah berikut perlu diberi perhatian iaitu: Pertama: Tidak mudah menerima hasutan dan fitnah daripada musuh-musuh Islam dan pengkhianat negara bahkan semakin kuat kita bersatu mempertahankan dasar, kedaulatan dan prinsip demokrasi negara.

JAKIM, tolong jelaskan siapa pengkhianat negara? Siapa musuh2 Islam? Mudah kalau nak sebut tapi khutbah perlu clear dan jelas, pada aku ini satu percubaan yang menghampiri fitnah tapi fitnah yang tidak jelas. Jika JAKIM sendiri hendak orang ramai serkap jarang dan assume "pengkhianat negara" adalah parti pembangkang, mana semangat Islam kau kat situ?

Khutbah "Pemimpin Berwibawa Negara Sejahtera"

1. Strategi memanipulasi emosi dan menjanjikan kuasa kepada rakyat adalah doktrin yang telahpun berjaya digunakan oleh pihak musuh untuk menjatuhkan beberapa negara Islam. Ia bermula dengan mewujudkan bayangan palsu kepada pemerintah yang sedia ada dan seterusnya bayangan palsu itu dijadikan persepsi supaya dipercayai oleh rakyat yang akhirnya ia dimanipulasi untuk menjatuhkan negara dan pemerintah. 

Justeru, selari dengan perkembangan semasa ini, maka mimbar menyeru seluruh umat Islam agar berlaku adil dan bijak dalam menentukan kepimpinan dengan mengambil kira ciri-ciri yang telah di sebutkan tadi. Yakinlah, negara yang diperintah oleh kepimpinan yang berwibawa dan konsisten akan menjamin segala dasar dasar dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan beramanah lagi adil serta saksama. Sebaliknya, kestabilan, keselamatan dan keharmonian negara tidak akan dicapai jika negara diperintah oleh golongan yang tidak mempunyai sifat sedemikian.

Ini adalah penutup khutbah ni. Lihat bagaimana mereka cuba mengawal pemikiran orang dengan perenggan pertama tu. Ini ke sistem demokrasi Abu Bakar As-Siddiq?
.............

Khutbah untuk 19 April 2013 yang bertajuk "Bahaya Lidah" adalah yang paling balance dan fair. Sebab dalam itu tidak langsung wujud perkataan kerajaan. Khutbah tersebut juga menyeru kepada kedua-dua pihak dan yang lebih penting lagi, khutbah tersebut menyeru ;

a. Jangan mendedahkan keaiban seseorang atau menyebarkan keburukan seseorang atas alasan demi kebenaran

b.Janganlah mengelar seseorang dengan gelaran yang buruk terutamanya sesama umat Islam kerana ianya boleh mendatangkan dosa dan membawa kepada kefasikan.

c. Jauhilah dari berprasangka buruk kerana ianya mendatangkan dosa, seandainya sesuatu berita itu sampai kepada kita, maka hendaklah ianya disemak terlebih dahulu tentang kesahihannya.

d. Janganlah kita mengintip dan mencari kesalahan orang lain. Ingatlah bahawa Islam menyuruh mencegah kemungkaran seiring dengan suruhan melakukan kebaikan.

...............

Khutbah bukanlah alat politik. Khutbah juga bukanlah alat untuk menghukum pihak masjid yang tak nak mendoakan Sultan.  Khutbah should be fair dan non partisan. Kenapa perlu ditumbangkan aje kerajaan Barisan Nasional ni? Khutbah dah dikawal diorang untuk sampaikan mesej yang diorang nak. Lama kelamaan khutbah akan jadi macam RTM, TV3 dan orang ramai pun malas nak dengar khutbah.

Kalau kita dah malas nak dengar khutbah, apa jadi dengan masyarakat kita? Nik Aziz bagi khutbah ada dia sebut suruh sokong PAS? Kenapa JAKIM pulak yang berebut2 guna khutbah untuk jadi senjata politik? Kenapa biarkan diri dikawal? Kalau ada tekanan menteri suruh masukkan mesej2 yang diorang nak sampaikan, solusi dia senang, suruh pemimpin UMNO sendiri la bagi khutbah.

Tapi jangan la tipu diri sendiri kalau dalam hati ada terasa,"eh..kelakar la pulak kalau dia ni yang bagi khutbah.."

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Husam pg surau wat ibadah,pastu berta'aruf dgn makmum, jawatankuasa surau kena panggil Jawi... adil la sangat kan? dgn sebab surau tu takder menjemput Husam pun..nk msuk rumah Allah pun kena ada jemputan rasmi??

Cucuq Jagung berkata...

religion has become a close cmpanion to politics
especially in this crucial time of need
preach the rakyat to fear God
thru a government tht is the Lord

...an inglis pantoon

mecha_praline berkata...

thah's why aku suka pendapat maza pasal better negara sekular dari negara islam yang menggunakan agama untuk manipulate rakyat demi kuasa.

Tanpa Nama berkata...

Smlm akak aku g ceramah kt belakang PICC,selamba ayam dia g sorang...Otw tu mmg ramai yg pegi, akak aku kata mcm org nk g semayang jumaat tp terlambat,lampu merah pn langgar..hehe...

Nik aziz aura dia mmg lain, bile dia dtg, org takbirr..meremang bulu tengkuk, dia kata..

Husam pn bg speech, byk bg fakta, dia tak kutuk BN dan tak cerca peribadi. Speech dia teratur je.

kbye.

Tanpa Nama berkata...

aku nak sangat ibrahim ali bagi khutbah pasal dah bosan tengok maharaja lawak...jakim arrange kan pleaseee

Tanpa Nama berkata...

Mungkin dah terlalu lama rakyat didik dengan fitnah.. dengan media masa semasa. dari berita harian utusan rtm tv3 etc.. ustaz dan imam pun terpengaruh lalala..


baik media masa cetak rtm tv banyak buat berita spekulation.. macam berita seroang dato di tangkap atas rasuah lepas tu hitamkan muka lol.. Apa motif keluarkan berita kalau tak bagitau apa siapa dan apkebendanya.. mewujudkan spekulasi dan fitnah dari penbaca atau penonton..

Berita yang jelas bagitau biasanya berkaitan keburukan pembakang.. pasal nik aziz, pasal anwar muka surat depan pun boleh cover..

Mimbar pun dah start jadi macam tu.. dari mengajak orang mendekatkan diri kepada Allah ianya mengajdi alat untuk mendekatkan diri kepada kerajaan kepada parti.. alahai.. kepada manusia..

jadi siapa yang peralatkan agama?

Tanpa Nama berkata...

khutbah kat masjid negara semalam pakai tok arab and bahasa arab kan??? manusia malaysia ni semua paham arab ka??

Tanpa Nama berkata...

HAAHAHhAHAH....
tot.... apasal pula kau yg terasa bab menepati janji & membawa harapan?? Nampak sangat bang nuarr kau tak menepati janji kan... ehh silap.. bak kata T.S Khalid, Manifesto Bukan Janji...

Pastu pasal isu kalimah Allah.. da jelas PR x mampu pertahankan. Dewan Ulama Pas (syura) kata hanya utk org Islam, sekali bang nuar ko kata utk semua hahahaha...

So sbb tu ko butt-hurt ngan khutbahkan... walaupun isi dia benar :)

Tanpa Nama berkata...

esuk masa kutbah jumaat saya cadangkan kita berdiri beramai ramai (ini tak batalkan jumaat) jika teks khutbah terlalu politik

azmie berkata...

minggu dpn tak bole, org ameno dtg bulan

haizam lah berkata...

aku rasa ni khutbah yang dibaca 1st time Husam datang solat jumaat ke mesjid putrajaya 2 mggu lepas..mesti khatib muda tu tersipu2 malu nak baca..

Tanpa Nama berkata...

Saya dulu kagum dan sokong UMNO untk bangsa melayu dan agama tapi setelah bergelumang dengan umno saya tak nampak perjuangan mempertahankan bangsa melayu dan agama..

Majoriti bila masuk dapat jawatan dalam minda mereka adalah duit duit duit projek projek.. lebih teruk ada sangup menipu dan menikam kawan demi untuk kesenangan sementara.. lupa pada perjuangan bangsa dan agama.. Masalah juga bila ustaz dan ulama pun dua kali lima..

Tetapi masih ada yang sokong umno dan percaya kepada perjuangan bangsa dan agama yang umno bawa kerana mereka tidak melihat kedalam umno sendiri.. tidak melihat tanah rezab melayu yang digadai.. tidak melihat penyelewengan dan rasuah.. sementara ramai yang sokong hanya kerana kepentingan peribadi projek duit dan kemewahan yang diperoleh..

Maaf saya tidak sokong UMNO seterusnya BN kerana mereka sudah berubah selepas kemewahan dan kemakmuran yang diperoleh.. Saya juga harap PR tidak mengikut jejak langkah BN. Kalau tidak akan ada orang atau parti lain akan gantikan kamu..

itu hakikat yang benar jika kamu tahu dan mahu berfikir..

Tanpa Nama berkata...

aku xtau mcm mane pemimpin skrg nk menjawab kt akhirat kelak...aku xnak sbb salah undi nnt aku pun dpt saham kt sana...
umno skrg dok pong pang ckp dorg la wira islam padahal isteri masing2 pki x cukup kain...dok tonjol rambut, buat MLM untk dosa...xkesian ke kt suami dia nnt kt akhirat?

Tanpa Nama berkata...

Ralph LaurenAdditionally, patients who are unhappy with their smiles can try Snap on Smile for an affordable, non-invasive, and completely reversible smile transformation that can get them feeling better about their smile in as little as two weeks. Snap on Smile offers patients a simple, life-changing solution for patients of all ages.[url=http://www.cheaptomsbuy.com]Cheap Toms sale[/url] TOMS coupons are distributed online by the company on various websites and public can make use of those codes by just browsing them on the search engine and avail special offers.These codes can aid in purchasing shoes by the way of certain percentage off or free delivery etc. This is very amazing way of charity.There can also be some expired coupons so it is important to go through the complete details. In any case a person gets an expired coupon code, he should speak to the company and get it renewed. Many manufacturers of all kinds, including shoes, have different ways of advertising. Some have eye catching web sites or fabulous and imaginative shoe designs. [url=http://www.cheaptomssite.com]Cheap Toms[/url] Toms Shoes For You With Fashion Style [url=http://www.tomsfans.com]Cheap Toms[/url] The folks at Nike thought it would be great if they could include chips that would record a runners progress with not only GPS technology and display it on their web site Nikeplus. It's a great incentive and allows those who can't get to the race to follow their favorite runner or runners without leaving their office spaces.
Relate Artcile

[url=http://lawforum.takbb.com/newthread.php?fid=2]offerwonderful toms men shoes for cheap price[/url]
[url=http://paying-hyip-online.com/forum/index.php?topic=33.new#new]buynice toms women shoes for cheap price[/url]

Tanpa Nama berkata...

dh macam zaman mustapha kamal artartuk. bila khutbah, mesti nak puji dia melambung2.