April 02, 2013

Golongan "Rakyat Didahulukan" Tidak Perlu Sistem Keselamatan Kereta Yang Baik, Kerana Ajal Maut Di Tangan Tuhan

Ada sesape yang percaya dengan berita Najib bagi airbag percuma semalam? Ramai sebenarnya. Tapi aku malas nak paste kat sini. Yang aku tak tahan, penyokong UMNO pun ada. Siap bersyukur dengan Najib. Apa kejadahnya bersyukur dengan Najib?

Mintak maaf la aku mereka-reka cerita camtu. Selalunya aku tulis dengan niat, niat aku selalunya baik tapi kalau korang tak boleh paham apa aku cuba tulis, seperti yang selalu terjadi, mari aku terangkan apa benda yang aku tulis semalam dengan terperinci.

Kenapa aku tulis cerita2 camtu? Itu adalah harapan aku. Aku berharap agar Kerajaan sekarang bagi airbag percuma dekat semua kereta. Bukan sebab gula-gula pilihanraya tapi sebab kerajaan patut tanggung kalau ada yang mati atas jalan raya kerana air bag dia tak ada.

Kau mesti tanya aku, "kenapa kerajaan pulak perlu tanggung? Salah dia lah bawak kereta macam cilaka!"

Kau ingat semua eksiden jadi sebab emosi orang yang tak sabar ke? Aku cakap kerajaan patut tanggung kesalahan kerana kita sebenarnya mampu pakai kereta yang safety dia lebih baik. Kita sebenarnya mampu. Benda ni bukannya effect penyokong Pakatan aje..orang UMNO pun sama bang.

Tapi kenapa kita jadi tak mampu? Cukai.
Cukai yang menggila!

Kalau kau tanya mana2 bapak, even yang pangkat menteri sekalipun, nak ke tak beli kereta yang safety dia bagus? Semua jawab nak. Cuba tanya menteri kenapa rakyat2 dicukaikan melampau? Sebab kerajaan perlu ada modal. Tapi menteri mampu la beli kereta yang safety bagus. Petani? Nelayan? Penoreh getah yang ambik upah toreh getah orang lain?

Cuba tanya menteri, kenapa rakyat terbeban dengan cukai yang tinggi tapi kalau nak safety yang bagus kita kena top up duit sendiri? Tanya la.

Kenapa kerajaan tak nak tanggung cost installation safety features tu? Kenapa Kerajaan tak nak kurangkan sikit duit cukai yang dikutip tiap2 kenderaan untuk pastikan safety equipment kenderaan tersebut lebih baik? Kata rakyat didahulukan. Pura-pura la kot sebenarnya slogan tu sebab dasar cukai sekarang, orang yang mampu aje dapat good safety features, orang yang tak mampu pakai kereta yang "asal ada kereta." Barebone. Basic. Kena langgar dengan motor pun ada risiko boleh mati.

Padahal sebenarnya, kita semua deserve better sebab kita sebenarnya mampu afford better. Ini bukannya pasal hal nak pakai kereta lagi mewah. Ayat orang2 UMNO nak justify cukai ni selalunya berbunyi, "pencacai Anwar ni diorang nak cukai turun sebab nak kereta BMW murah."

Bodoh orang2 camni. Ketuk kepala dia.

Aku ulang lagi sekali.
Bodoh orang2 camni. Ketuk kepala dia.

Aku merungut pasal "kenapa setengah family berpendapatan rendah kena pakai Perodua Viva padahal diorang sebenarnya deserve better." Safety better..kereta better..tapi dasar kerajaan sekarang membuatkan diorang terpaksa pakai kereta yang satu2 nya safety features dia adalah tali pinggang keledar.

Kenapa kerajaan tak ada rasa baik hati nak kurangkan cukai kenderaaan dan implementkan safety features dalam semua kenderaan? Kenapa kita perlu bayar untuk safety features sedangkan tiap2 kenderaan yang kita beli...kerajaan dah top up berapa percent cukai ke atas kereta tu? Rugi ke kerajaan kalau kurangkan sikit kutipan cukai dan gunakan wang tu untuk rakyat dapat airbag dan ABS? Walaupun sekarang dah wajibkan ada dua airbag tapi setakat itu aje la yang wajib. ABS mana? EBD mana? Cukai still sama percentage dia kan.

Kau cuba tengok Perodua Viva paling cikai sekali...660cc. Harga RM24 ribu tapi alarm pun tak ada. Selalunya siapa yang beli kereta murah ni? Orang yang tak berapa mampu. Nyawa orang yang tak berapa mampu ni tak sama ke dengan nyawa orang yang mampu pada kerajaan kita ni? Kenapa tak voidkan saja sikit cukai dekat model ni dan letakkan aje la safety features untuk orang2 yang tak mampu?

Proton Preve Malaysia comparekan dengan Proton Preve Australia. Mana better safety dia? Australia. Orang Malaysia cukai still kena, tapi kenapa compromisekan safety rakyat? Orang Malaysia tak layak ke ada side airbag dalam kereta ni? Kenapa kita dicukaikan tapi bila safety nak upgrade kena top up harga kereta?

Itulah sebabnya aku tulis benda semalam.

Aku frust dengan kerajaan Malaysia sekarang sebab diorang cakap tak serupa bikin. Rakyat didahulukan bullshit. Dalam bab cukai kenderaan dan safety features ni, dek kerana cukai, safety features dijadikan satu opsyen kepada yang mampu. Yang tak mampu hanya putih mata aje la.

Kita bawak kereta elok2 kalau lori nak langgar pun akan jadi jugak, apa protection untuk orang yang tak mampu, kerajaan?

Tak ada siapa nak compromise safety features kereta tapi ada antara kita yang terpaksa compromise, sebab kita tak mampu. Kalau tak faham apa itu compromise, maksudnya, korbankan.

Golongan yang tak mampu tapi terpaksa beli kereta sebab nak angkut anak bini, cukai still dikutip jugak kan?Apa diorang dapat balik dari pihak kerajaan sendiri? Kalau ada yang mati sebab kereta dia tak ada airbag, safety features, brek huru hara bila emergency dan sebagainya, kerajaan la yang kena tanggung.

Sebab kerajaan buatkan benda2 tu jadi tak affordable pada diorang.

Nota - Walaupun baru2 ni kerajaan cuba wujudkan akta wajibkan ada airbag dan sebagainya tapi maaflah...asal bukan dacing pada aku PRU13 ni.

26 ulasan:

AzmanV2 berkata...

Di Malaysia sekarang ni, nak selamat kena jadi orang kaya, nak sihat kena jadi orang kaya, nak anak pandai pun kena jadi orang kaya.

Laici berkata...

bersyukur la ada gak kereta kat malaysia ni...kalau tak, kena naik beca,beskal, jogging kat highway.. ahaha ~ayat macai

Tanpa Nama berkata...

Nak jadi kaya pun dah kena cukai tak kaya kaya.. tengok PCB bulan2 geram jadinye.. Bisness sendiri kot then tipu cukai kot boleh kaya.. atau pasang cable.. tu company rm2 pun leh dapat kontrak juta-juta.

sistem yang diwujudkan memebntuk sistem rasuah.. dan nilai masyarakat.. seterusnya sosial keseluruhannya..

Tanpa Nama berkata...

Kalau taknak byar cukai,taknak bersyukur dgn apa yg kerajaan bagi skrg, keluar dpd malaysia-(ayat macai). Cukuplah 56 tahun memerintah..dh terlalu lama rakyat menderita..kali ni kasi tukar kerajaan sblm jd lebih parah

Tanpa Nama berkata...

gi mampos dgn BN. kalu BN menang sekalipun, aku xnak tgk muka najib lagi. gila annoying muka dia ngan suami dia si badak sumbu kuala pilah tu.pasal dek diorang nilah negara jadik kucar kacir, x tentu arah dibuatnya. pasal diorang ni lah!

Tanpa Nama berkata...

"Kereta lama" buruk (kerajaan BN) kasi tukar dengan "kereta baru" (kerajaan pakatan) utk safety yg lebih terjamin.. P/s: tukar kereta boleh..takkan tukar kerajaan tak boleh? Hendak seribu daya

Tanpa Nama berkata...

sebab apa aku nak pangkah pkr tahun ni..??..sebab selama 55 tahun merdeka masih kerajaan abaikan rakyat ..semua projek untuk rakyat dibuat asal boleh je..dari pembinaan bus stop..yang boleh keras punggung ko duduk..(atas palang besi..pastu tempat x cukup ..hujan tempias..)..sekolah jangan cakap la..bandingkan ngan sekolah singapore..dari segi environment..building..dan juga silibers..jalan raya...berlubang ..pastu bila betulkan bukannya dia korek basenya dulu ..setakat tampal je pastu lubang lagi..pastu tengah2 jalan ada manhole..bila tar mendap manhole tu tersembul dari jalan..ini sikit je..contoh aku buat..kalau ada macai yang bising ..satu je ayat.. setiap rakyat pilih kerajaan membina untuk taraf hidup yang lebih baik..bukan naik taraf bagi dia dan kroni dia

Unknown berkata...

berapa kerat sangat org kita yg aware bab bab technical or safety measure or cukai cekikdarah tu information tak jelas or x readily available malah malas nak digest info pun.kita pun x biasa sangat fight for what we deserve. Org kita pecaya kerajaan dah buat yg trbaik utk rkyt. Yg kaya beli keta mahal yg kurang pandailah budget not bec they made an informed decision.

So how?

Tanpa Nama berkata...

Kereta ni murah je tapi tax dan AP yang mahal.. tu yang safety keselamatan jadi optional..

Misalnye kau boleh beli kereta 2nd Singapore hand mini cooper (04) hanya RM24k ajer tapi nak bawak masuk nak legalize (insurans) kena tambah bayar 24k hanya untuk AP.. Gila boleh beli sebiji lagi 2nd mini cooper.. jadi bayangkan harga kereta baru.. :) berapa banyak pemegang Ap ni untung sebab ada AP saja..

kalau Ap ni dimansuhkan memang harga kereta boleh turun banyak.. dan Malaysia ni sebeanrnya kaya-raya walau kereta mahal harga 300% dari nilai pasaran tetapi bila jenguk jalanraya mewah banyak merc bmw ferari pun ada berlambak kat Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

tu la kerajaan ni memang jahanam gile..55 tahun memerintah memang x buat ape...tgk korang ni semua... sekolah dihantar pegi skola cikai... belajar silibes tah ape2...smpai pandai mengeja..boleh membace...ade kemampuan mempunyai laptop..mampu plak online ke alam siber... korang2 n i survivor bus stand keras punggung.. tp seb baik bus sampai..
korang survivor jalan tar tampal huru hara compare dengan org di indonesia yg jalan merah...
korang melayu yg survive hidup dengan payahnye di malaysia..kalau di singapore pasti kamu berjaya (tangan letak kat bahu, mata ke atas)... ohh untuk yg atas sekali
-kesian kawan2 saya yang menderita ini...

just azura! berkata...

banyak soalan kau ni mantot.. penat aku nak fikir jawapan dia. heh..

Tanpa Nama berkata...

anon 4:24PM tu. jenis orgnye, kalau anak dia dpt UPSR 4A 1D, anak jiran dpt 5D dia akan puji la anak dia, bagusnye kau anakku, nasib baik xdapat 5D mcm anak org sebelah. bertuah anak dia

Tanpa Nama berkata...

Merungut 24 jam. Tu la keje ko mantot & pencacai2 mantot sekalian. Sb tu sampai bila2 pun ko akan di situ gak, sb keje ko merungut! bukannya nak berusaha lebih tambah pendapatan etc. Ko sorang je la yang betul, orang lain suma salah!

Tanpa Nama berkata...

Anonymous April 3, 2013 at 9:08:00 AM GMT+08:00

Tu macam kata kat diri sendiri aje..?

Kalau tak boleh tegur nak perbaiki lebih baik.. adalah baik macam listen listen listen and obey ajer la.. tak perlu ada otak la macam tu jadi binatang lagi bagus..


Mantot berkata...

rupanya aku dah sama level dgn Anwar..dah ada pencacai.

baik aku berhati2 takut2 kalau ada yang pasang hidden kamera dalam bilik aku.

tapi first thing first, aku kena check dulu latar belakang assistant aku yang telah diappoint utk aku. bahaya!

Tanpa Nama berkata...

klau cter psal kereta, smpai ble pn x akn abs. nnti ble kereta dah murah, sume org mampu pkai kereta yg bgus, timbul lak complain jem la, parking xde, parking cekik darah, minyak mahal, pencemaran udara dan bnyak lagi yg boleh di komplain. Pada ak kurang kn harga kereta ni short term solution jek.. sbb masa depan nnti akan timbul bnyak msalah lain.

M'sia especially KL, kne kawal penggunaan kereta (bkn x leh bli lansung, cuma kawal penggunaan kereta) dan digantikan dgn public transport. Maybe sound ridiculous to be done in Malaysia, tp it has to be done for the future

Tanpa Nama berkata...

Betul Kereta mahal pun banyak orang pakai kereta dah dan jalan pulak jemm..

Public transport ni ntah bila agaknya nak jadi efective macam Singapore..

Sang Merah berkata...

owh ada pula risau jalan jem...maka kita naik kan lg cukai...nk best lg kita jgn bg kete2 cikai kt atas jln raya...hanya taraf porsche ke atas ja boleh ada atas jlnraya...lg krg kenderaan atas jln....y golongan2 bwhan hanya blh naik public atau kaki aja....dan public transport mesti 24jam kot ada y nk terberanak kul 3pg.....xpn anak2 3-6 org y dh kena grak ke sekolah seawal 6 pagi.....

p/s: korg ada pikir ke cner ayah kepada 6 org anak y hanya memiliki sebuah motosikal cabuk nk ke sana sini? xda sape pn nk memaksa seseorg itu beli kereta sama ada kereta itu mahal atau murah....cuma HARGA MESTI BERPATUTAN.....DUTI EKSAIS 20-105% tu bayar untuk apa?

Tanpa Nama berkata...

wahai sang merah,

aku xde pn ckp harga cukai kne naik, sume org ptt mampu mmpunyai knderaan sendiri. x sume tmpat kte leh pergi gunakan public transport, dan mmg tak selesa pn berkongsi kenderaan ngn org lain..

But the keyword is 'kawal penggunaan kereta'. kte hidup dlm society yg too dependent to own transport.

waktu ble yg jem? sudah tentulah time org nk g kje n balik kje dan kawasan yg bnyak opis la plg teruk jem.. kt Kokdiang x jem kn? sbb x bnyak office kt situ. ni KL, tmpat plg padat ngn org dlm Malaysia ni. So kawal penggunaan kereta time peak hours.. Malas lak nk cter mcm mne nk kawal, kang ak wt buku kang... haha..

Tanpa Nama berkata...

bila ckp psl Anwar, ttiba mantot ckp pasal pembantu yg di appointed sbb bahaya!

adakah mantot sudah mula percaya video Anwar itu betul? yg maksudnya pembantunya yg memasang kamera tersebut? haha

Tanpa Nama berkata...

Dah dah dah Parlimen dah bubur hari ini (walau kalau ikut lama dah bubar hahaha)

Sila bersedia untuk mengundi.. :)

Tanpa Nama berkata...

Aku doa PR menang sebab aku tau jasa BN hanya untuk kroninya sahaja. Tak taula pasai apa masih yg tak terbuka minda dok kata nikmat yg ada pd kita hr ni BN yang bagi. Sbb tula BN tak mau rakyat celik agama sbb bila celik agama mula nampak apa yg songsang dlm BN. ABU

Tanpa Nama berkata...

macai2 ni suka sangat ungkit pasal jasa. diorang tak faham malaysia ni macam syarikat. kita semua board of directors. najib tu kita pilih untuk uruskan negara, gajinya dibayar dengan kutipan cukai rokok, kereta, dan sebagainya. belum masuk kutipan dari jualan hasil bumi macam balak ngan minyak.
harapan kita negara dapat naik setaraf negara dunia pertama. tapi yang jadinya hutang negara makin meningkat. paras capital flight nombor 2 tertinggi di dunia. tanah rakyat sabah sarawak dijual dengan harga rendah pada saudara mara.
tak dengki ke tengok negara2 lain yang asalnya lebih kecil dan miskin boleh diuruskan dengan baik sampai jadi kaya raya dan mewah? nak ke kita jadi macam indonesia yang kaya sumber tapi rakyatnya miskin? macam mana nak kembangkan agama islam kalau dunia pandang kita sebelah mata je?

Riochan berkata...

Bersyukurlah boleh pakai viva. Kat Afrika kena jalan kaki g amik air--Ayat Macai Pure.

Ps:Mtk maaaf eeh abg2 afrika..

Tanpa Nama berkata...

masquerade

bersatu hati please,pikir sedalam2 nya tentang apa yg anda dpt hari ini.jgn banding dgn negara yg tidak ada ape2 tp banding dgn negara maju sbb kita dlm proses ke arah negara maju. Rakyat perlu berfikiran dgn lebih terbuka dan luas,tgk negara jepun atau eropah kenapa mereka blh maju. minda rakyat perlu dimajukan dahulu.

sekian

Tanpa Nama berkata...

Public transport..... Ahhh, klu aku mentaliti europe@negara maju len, da bungkus public transport kt msia... Hahahahaha... Seb bek aku mentaliti melayu sejati "xpe la lambat cket"... Klu public transport dikawal selia ngan baik, harga kete murah tahap karipap pon org xkesah... Kenape org lebih memilih guna kenderaan prsendirian? Cbe bfikir dari pelbagai sudut... Aku salah sorg pngguna public transport yg setia, tp bile jejak kaki kt singapore, wauuuuu... Korg tgk la sndiri... Bnyk sgt nk tlis... Tu blok jepon n negara2 maju lain...