April 15, 2013

Manusia Bertopengkan Kuda Zebra dan Harakah Sebagai Ice Breaker


Satu benda yang orang duduk bandar kena terima adalah, macam mana hebatnya pengiklanan yang mengatakan produk di pasaraya sangat lah fresh, kau pegi jalan kat pasar tani kampung, barulah kau sedar orang bandar ni sebenarnya makan makanan yang dah lama.

Aku agak jeles tengok orang2 yang duduk pekan2 kecik ni mampu beli barang yang jauh lagi berkualiti berbanding orang2 yang beli barang dekat pasaraya. Dah la lagi murah.

Pasaraya punya barang fresh...suck gila babi. Sayur pun layu aje. Kalau nampak fresh pun sebab baru spray air. Fresh sintetik. Ikan, ayam, daging...semua label aje "Fresh" tapi pembohong semata2. Tak ada level fresh yang lebih fresh melainkan kau tengok sendiri depan mata kau penjual ikan cekik ikan sampai mati. Itu fresh. Sadis, tapi fresh.

Jalan punya jalan, aku jumpa balik satu gerai yang bukak wakaf Quran untuk diedarkan ke seluruh Malaysia. Satu lot , RM5. Hari tu aku dah sedekah RM10 untuk dua lot. Semalam aku sedekah dua lot lagi. Aku sekarang dalam proses nak sedekah sikit-sikit sebab aku cukur dulu rambut anak aku sebelum akikah dia setahun lepas, jadi ada tuntutan agama yang galakkan kau bayar ikut nilai berat rambut anak kaudikalikan dengan harga perak. Tak wajib tapi apa salahnya, kan? Lagipun, rambut anak aku, berapa gram la sangat? Tapi benda ni tak wajib. Even akikah tu pun tak wajib.

Sambil duk baca akad dengan abang tu, dia perasan aku pegang Harakah kot. " Orang mana ni dik?" tanya dia. "Kedah bang," jawab aku.

"Tak balik ngundi?" tanya dia lagi. "Kena balik. Kedah 50-50, lagipun PRU ni penting, " jawab aku.

"Tu la. Sini ni pun Alhamdulillah la dah jadi 50-50. Kalau tak sebelum ni...." kata dia sambil geleng2 kepala, merujuk kepada masyarakat Negeri Sembilan yang agak hardcore BN dia.

"Semalam, tak gi ceramah?" tanya aku. Sabtu malam tu ada ceramah Pakatan dekat pekan Kuala Pilah. Abang tu geleng. "Saya kerja kerajaan, saya takut sikit nak pergi..." kata abang tu.

"Boleh tahan ramainya, saya pun terkejut tengok," beritahu aku. Memang ramai malam tu, aku rasa dalam 5 ribu, 6 ribu yang datang. Untuk Negeri Sembilan, itu sesuatu yang agak mengkagumkan.

"Harap-harap kali ni dapat la menang sikit, tak banyak pun tak apa dekat Negeri Sembilan ni," jelas dia. "Lepas Bersih hari tu, dah melampau sangat kerajaan ni. Dah tahap belasah orang ramai, perguna polis..adik saya kena.."

"Kena apa tu?" tanya aku.

"Dia kena belasah ramai-ramai dengan polis. Polis seret muka dia dekat bahu jalan..habis tersagat muka dia..." terang dia. Nak kata marah pun ada jugak bunyi dia tapi dia sengih aje." Saya cukup pelik kenapa diorang tak ada nombor polis dan tak pakai name tag.."

"Keluar papernya benda lain, semua salahkan orang ramai," kata aku dalam bahasa yang cuba sedaya upaya cakap nogori. "Ada saya jumpa seorang Ustaz yang kena belasah beramai2. Sempat la berborak dengan dia tanyakan cerita. Seram jugak la mendengarnya."

Tengah khusyuk cerita2, aku pusing carik wife aku. Nampak dia tengah beli peria. Banyak pulak barang yang dibawaknya.

"Bang, saya mintak diri dulu. Tu isteri saya nak angkut barang," kata aku mengundur diri. Aku  hulurkan salam lalu bangun beredar. Dalam hati aku, penjawat awam perlu jadi lebih berani, lebih lantang bersuara menyuarakan pendapat mereka. Lagipun sepatutnya, jawatan mereka bukannya dipanggil pekerja gomen...mereka di bawah sektor awam. Jadi mereka bukan government servant, mereka public servant. Penjawat awam!

Tapi orang kita gelarkan mereka ni, pekerja kerajaan. Lama kelamaan sampai ada yang ingat mereka pekerja kerajaan Barisan Nasional! Hahaha.

Bila muka seseorang kena seret dekat bahu jalan oleh polis....untuk bersangka baik, aku assume, mungkin polis cuba melakukan eksperimen; sama ada boleh atau tidak menukarkan seorang manusia menjadi seekor zebra menggunakan teknik tenyeh muka atas cat putih dan hitam yang berselang-selang.

Aku berharap dapat jumpa adik brader tu sebab aku nak tanya dia, "PRU ni nak pangkah parti mana?"

Agak-agak aku, jawapan dia camni; "BN LA BODOH! DIA NAK TUKARKAN AKU JADI ZEBRA! KITA KENA BERSYUKUR LA! TAKBIR! SYUKUR PADA BARISAN!"


14 ulasan:

mr edz berkata...

terima kasih pada kerajaan BN, khas kepada Tun M kerana anda kereta proton mahal. tapi boleh jual kat saudi murah. saya telah ditipu.

cewek.medusa berkata...

jadi tenuk la, pun hitam putih. bajet zebra tu cute la?
Mr,edz, dgr cite bkn stakat murah, kualiti pn jauh lebih baik. Aku pn balik mengundi @n.9

Tanpa Nama berkata...

ada sorg penjawat awam lelaki kat tempat aku ni,jawatan penolong pengurus asrama je..gred 27 je kot...tp belagak nak mampus..macam pegawai besar sgt...dulu dok langgan utusex,tp kan utusex ni mengarut je bc..jd xlanggan la..lepas tu terus kata kita ni kerja kerajaan kena la sokong kerajaan...macam !@#$% je ayat dia tu..standard macai mmg cmtu la..aku benci dia tu...jantan xdak teloq mmg cmtu...dah la pendendam..sanggup burukkan orang bawah sbb nak tunjuk bagus dengan orang atasan...aku rasa dia lelaki paling pelik sekali penah aku jumpa...

Tanpa Nama berkata...

gua nampak chegu bard kena belasah dan gari kat lorong TAR time bersih tu. mcm kna serbu ngan hyena kawan tu...padahal time tu perhimpunan pun dah habis, on the way nak balik dah. siap terajang gerai kat tepi tu, kunun peserta bersih yang buat sedangkan gerai tu duduk elok je sebelum tu. cm gampang.

tipu pilihanraya, kita turun jalanraya.

Tanpa Nama berkata...

Jap2, aku xfaham mantot tulis, sarkastik...bunyik mcm mantot xcaye je brader tu sokong pakatan?haha..cm brader tu purak purak..haha

Tanpa Nama berkata...

Aku masih ingat masa kecik kita ditiupkan patriotisme.. cintakan tanah air cintakan Malaysia.. Masa tu TAKDA KERAJAAN BN. Yang ada KERAJAAN MALAYSIA.. :)

Rasanya start munculnya UMNO BARU, selepas UMNO lama tak sah oleh mahkamah dah diharakamkan. Tun Mahathir menjenamakan Kerajaan Pemerintah sebagai KERAJAAN BN. It's works.. berkesan dalam mempengaruhi kakitangan kerajaan mencelarukan pemikiran yang Kerajaan Malaysia ni Kerajaan BN.

Mungkin juga untuk menghalalkan apa yang BN buat dan dana seperti harta benda kerajaan Malaysia sebagai medium dan hakmilik BN. Supaya tiada dipersoalkan.

Maka jentera kerajaan digunakan oleh BN sewenang-wenangnya, dari peruntukan awan kepada badan khas kerajaan, Bahkan Biro penerangan Malaysia pun DiBNkan.. meniup kesetiaaan kepada BN semata-mata.

Bagi kakitangan yang selesa dan juga rakyat yang berjaya diBNkan mereka melihat Malaysia dan BN tu sama.. jatuh BN seperti jatuhnya Malaysia.. Padahal jika kita baca balik tata negara pembinaan kerajaan Kerajaan Malaysia bukan hak milik BN.. :) Kerajaan Malaysia bukan Kerajaan BN.. dan harta benda milik kerajaan Malaysia tidak sepatutnya digunakan oleh BN dengan sewenang-wenangnya.. kerana hasil pendapatan Malaysia dari semua tak kira rakyat dan parti..

Jadi pemberian BR1M dan seumpamnya bukan dari duit poket BN tapi dari LHDN yang mengutip cukai.

jadi sebenarnye PR tidak melawan BN tetapi melawan kerajaan kerana Bn telah mengawal jentera2 kerajaan Malaysia hasil penjenamaan Kerajaan BN..

jadi saya pernah berfikir untuk apa buang masa buat pilihanraya buang duit.. kan elok buat satu je parti.. revolusi pemerintahan Malaysia.. :) kalau Kerajaan Malaysia ni Kerajaan BN.. :)



Unknown berkata...

Ape yg gua paham, jgn takut sokong pakatan terutama skali utk kakitangan awam. Pastu, kasi undi kat pakatan utk parlimen putrajaya. mayb sayur segar tu dr kelate.hehhe...

Eray Majid berkata...

syukur tak kene tempat masalah juga. ramai juga yang aku jumpe, kata mesti mensyukuri apa yang BN aka UMNO dah buat untuk melayu. aku? apakah..??

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/04/shaklee-halal-habis-tu-unsur-bb.html

Unknown berkata...

label fresh does not equal quality fresh Fresh can mean not salted not fermented not dried canned or cooked- agak aku le

ngundi karang kalau terqueue satu baris jgn tego aku ye xnak org pndang serong lak - aku org gomen. Kedah Sejahtera!

Tanpa Nama berkata...

Ko g nogori ke tot?bini ko org nogori ke tot?

Kalo bini ko org nogori, dr kualo pilah lak, mesti bini ko lawa

Kt nismilan org pempuan kolo pilah byk yg lawa2..wlpn dorg mencarut 'poie mampuih'pun...dorg ttp lawaa

Bak lagu pengakap den blaja maso skolah dlu

'badan kocik, bukit cantik xpenah lihaaaaat...trang tang tang'

Khairi Mohd berkata...

terima kasih pada kerajaan BN, khas kepada Tun M kerana anda kereta proton mahal. tapi boleh jual kat saudi murah. saya telah ditipu.

****

Kah kah kah. Bukan awak sorang, tapi ramai terpedaya. Bukan tertipu tapi terpaksa.

Unknown berkata...

Bapak aku kerja sebagai "Penjawat Awam" lebih 30 Tahun disektor "Kerajaan" tp sekali pon die x penah malu atau takot nak serlahkan diri die ...macam² dah die penah kene tukar jabatan (Bos Kroni) , kene bahan ramai² (Macai) ,kete pecah dlm kompleks kerajaan sbb penuh stiker bulan siap conteng gune marker kat cermin lagi pon penah ..ramai btol org² "kerajaan" ni x gemar ngan die sbb ade pegangan cam tu ...tp ape die kesah ...die hadap gak ...mane tumpah nyer kuah kalau x ke nasik kan ...walaupon skang banyk btol anasir² luar bley split otak aku ni tp bulan tetap bulan kalau x , x gune lah aku kecik² dah penah rase air acid dorg tu an .. ;)

Tanpa Nama berkata...

ape kurang ajo sgt nih?

akusayangmalaysia berkata...

Sarcasm lu mmg mantap la bro