Orang selalu kata banyak benar kebaikannya tapi tak ramai yang berani membincangkan keburukan berkahwin. Jadi, aku akan try list down kan semua keburukan pasal berkahwin yang ada aku alami selama 4 tahun ni dan sedikit penambahan berdasarkan pemerhatian aku kepada orang sekeliling aku. Aku tulis dari segi perspektif suami khasnya.
1. Untuk seorang lelaki, keburukan paling nyata selepas berkahwin adalah kehilangan kebebasan sebab masa kau banyak kena spend dekat family. Kau hilang kebebasan untuk keluar malam, keluar jalan-jalan, lepak dengan member dan bermacam-macam lagi.
2. Semua pendapatan suami adalah untuk keluarga. Kalau selama ni duit kau adalah duit untuk kau spend untuk diri sendiri, lepas kahwin duit kau adalah duit family. Duit untuk diri sendiri adalah duit lebih yang kau ada lepas kau dapat gaji yang berikutnya kalau kau makan gaji. Nak saving atau nak beli gadget untuk diri sendiri?
3. Sentiasa hidup dalam dilema. Kau nak spend masa dekat family atau kau nak jadi worker of the year? Budaya Malaysia menggalakkan kita spend lebih masa kat ofis baru dianggap rajin tapi kalau kau spend masa dekat ofis, kau tinggalkan family. Aku senantiasa pilih rumah. Ada member aku pilih ofis. Ini ikut orang.
4. Kau terpaksa jaga hati dua keluarga. Ini adalah benda paling susah nak dibalancekan kalau ada satu side yang jenis tak paham. Apatah lagi kalau mak mertua jenis nak anak lelaki dia sayang dia lebih dari isteri (sesuatu yang sebenarnya sangat reasonable sebab mak lebih penting berbanding isteri, tapi....tak ramai yang praktikkan) tapi sebagai suami kau nak jugak bawak anak bini balik jumpa mak bapak dia.
5. Ada banyak benda yang kau impikan kau terpaksa hold. Nak sambung belajar, nak tukar kerja lain sebab kerja kau macam haram, nak gi kerja oversea. Semua benda tu akan ada aje sebab yang membuatkan kau terpaksa tangguh dulu...apatah lagi kau dah ada anak. Banyak kes suami terpaksa tinggalkan isteri sorang2 jaga anak sebab kerja,sebab sambung belajar....satu benda yang aku tak sanggup nak buat.
6. Dah ada anak, satu-satunya masa kau free...adalah waktu kerja dan waktu anak kau dah tidur. Sebab itu ada sesetengah parents tergamak/terpaksa letak anak dia dalam kurungan.
7. Semua kerja rumah yang kau sepatutnya dapat buat dalam 5 minit, kau akan ambik 15 minit untuk siapkannya. Kau nak vakuum rumah tapi anak kau tengah tidur? Camne nak vakuum? Kau nak menyapu tapi anak kau pun nak menyapu jugak....takkan nak halang.
8. Sesiapa yang ada impian lepas berkahwin nak ada rumah yang layak masuk majalah hiasan dalaman rumah....diharap hold on impian tu dalam beberapa tahun. Rumah anda akan bersepah, dinding akan diconteng, barang merata2. Anak aku senyap2 je conteng dinding lepas tu bila kantoi dia gelak.
9. Hidup kau akan jadi rutin dan rutin kau akan ditentukan oleh anak-anak kau. Itupun hanya lepas dia dah umur setahun lebih. Bawah setahun....kau tidak ada rutin. Apa yang kau boleh buat hanyalah adapt dan tahan.
10. Benda paling penting yang kita semua kena sedar, dalam bab menjaga anak-anak ni, tidak ada waktu off untuk ibu tapi untuk bapak akan ada. Aku tak tau kenapa camtu. Anak aku dengan aku dia ok aje tapi dengan mak dia, 24 jam nak kena ada sebelah dia kecuali dekat rumah pengasuh. Aku dia siap lambai2 lagi time aku nak gi kerja.
11. Kadang-kadang, akan ada masa, kau rasa kau tak tahan. Kau nak lari, kau nak tinggalkan semua yang kau kena hadapi. Benda tu normal.Aku pun rasa camtu bila ada perselisihan faham dengan isteri. Memang aku nak lari. Semua orang akan ada rasa camtu sebab kita jadi frust hilang kebebasan, hilang segala benda yang selama ni kau nikmati macam keluar lepak-lepak, main game, layan Facebook 24 jam, tengok tv dan sebagainya. Just ingatkan diri kau benda tu normal. Dan keadaan akan jadi lebih baik kemudiannya. As long as pasangan kau ready untuk support kau.
12. Bila kau couple, syaitan tarik kau supaya buat maksiat. Bila kau kahwin, tiap2 masa syaitan cuba goda kau supaya ceraikan isteri kau. Benda kecik pun akan jadi isu macam tak sambut dengan senyuman bila suami balik kerja sebab tiap2 masa syaitan akan try ingatkan, "kat luar sana ramai perempuan lain. Kau deserve better. Kau tak sepatutnya hadapi semua masalah ni. Tinggalkan aje dia. Cerai aje. Kuasa ada dalam tangan kau."
13. Aku takleh nak bayangkan dunia ni macam mana kalau kuasa cerai ni diberikan kepada kaum wanita. Sabar wanita jauh lebih hebat dari lelaki tapi dalam bab cerai ni ada sebab kenapa kuasa tu jatuh kat tangan suami. Respek lah suami anda kalau dia ni orang2 macam aku, ilmu agama tak berapa cukup.
14. Untuk orang perempuan, masalah paling besar adalah ego bila ada kekurangan pada suami dan isteri mula merasakan dia better berbanding suami. Hakikatnya mudah...terima benda ni; seburuk2 mana pun suami kau punya kekurangan, dalam Islam tidak ada hakikat wujudnya kuasa sama rata antara suami dan isteri. Jadi kalau ada golongan feminist yang cuba menyama ratakan kuasa antara suami dan isteri, anda mungkin perlu belajar balik ABC.
15. Itu semua adalah masalah secara fizikal dan mental yang bakal kau hadapi selepas kau berkahwin. Memang berat perkahwinan ni. Memang berat. Tapi macam mana pun, semua masalah, dilema dan rintangan yang kau hadapi, kau takkan nak ganti dengan benda lain. Perkahwinan ni memang berat tapi ganjaran dia pun amatlah berbaloi. Apatah lagi bila kau ada anak. Rasa macam nak duduk rumah dan jadi suri rumah lelaki rasanya.
16. Satu tips kepada golongan suami, kalau ada terasa nak "ter-cerai" kan isteri sebab marah sangat, gantikan dengan perkataan "cibai."

58 ulasan:
1st lol..
ada benarnye..
sabar :) kalau nak ceraikan tu bawak bersabar
satu yang aku belajar jangan komplen apapun abaikan aje.. isteri membebel ke apa angap sebagai hiburan
kalau ko layan menyakitkan hati kau dan juga isteri ko
sokong Mantot!
Terima kasih dah luahkan semua ini. Sebahagian dari point kita boleh cross match...maklumlah kitakan golongan kurang iman dan tak pandai sangat agama.
dan satu lagi sebelum terlupa kawin ni sebenarnya kau bertangungjawab terhadap isteri kau.. dari hujung rambut sampai hujung kaki..
Tu Allah suruh isteri Taat kat Suami sebab, SUAMI yang BERTANGUNGJAWAB tangung semua dari segi nafkah pendididkan ilmu dan segala serbi.. Islam angap taraf isteri dari hamba pada zaman jahilliyah.. dan diberi ganjaran buat keTAATan ini.. besar pahalanya.. buat mereka..
Duduk rumah layan suami je pun pahala besar suami ni kena tangung semua huih kalau tak mampu semua segi adalah baik jangan berkahwin..
Lepas berkahwin memang saham naik ramai perempuan yang dulu tak pandang mula senyum syaitan pun mengoda.. hurm.. jangan ikutkan nafsu.. kelak anda lesu..
sebaik saja berkahwin sebaiknya set dengan isteri segala-galanya luar dalam dan apajua.. buat perjanjian memorundum etc.. dan sama-sama bina keluarga yang bahagia..
AKU CIBAIKAN KAU DENGAN TALAK 3. MCM TU?
Sorry pembetulan angap -> angkat taraf isteri dari hamba (pada zaman jahilliyah) kepada teman hidup suami dan ganjaran yang banyak dan besar.. Islam melindungi isteri dari dianiaya suami yang tidak bertangungjawab.. boleh minta dilepaskan etc.
Aku tak nampak list2 di atas sebagai keburukan. Apa yg dihadapi membentuk diri sendiri agar lebih baik, agar lebih dekat dgn Tuhan.
Kalau awal2 dah terpikir nak cerai, maknanya lemah la tu, sikit2 nak escape ikut perangai setan.
Jadik, tahniah bagi yg dah kahwin kerana anda telah diberi jalan utk lebih rapat dgn Allah.
17. dah ada anak nak buat projek susah ooo.. nak kena tunggu anak tido. kalau dapat anak yg jenis tido lewat layan kartun, memang stress le..
tak kira. nak kopi pes gak dalam blog. mohon kebenaran.
jangan sebut/detik langsung nak cerai.
bila marah rasa nak err ja, mengucap. pastu kelua rumah. balik beli aiskrim belanja bini makan.
nanti dia nak membebel pun serba salah sebab laki baik benau.
:( kadnag aku rasa macamana esok nak ngadap depan Allah.. bila di tanya pasal Mak, Pasal adik perempuan kaka, bini anak2.. erk.. Adeh..
apapun buat apa yang semampu dan sebaik mungkin
tak dinafikan, semua kau cakap tu betul dan fakta, tapi jangan kau lupa, semua tu ujian daripadaNYA. kau diuji sebab kau layak untuk diuji.
Itu perspektif suami.Sebagai isteri aku sgt tertekan bila keluarga mentua tak putus2 nak duduk sekali ngan kami.Memula adik ipar,pastu,melarat sampai mak mentua pun nak duk sekali jugak.Laki aku xleh buat apa sbb tu tggjawab dia.Aku lagilah xleh wat pape sebab sbg isteri,aku kene sedar kat mana kedudukan aku dlm idup dia.Betul kata mantot,kalo kuasa cerai ditgn isteri,dh lama aku menjanda.Jadi,aku cubalah terima keadaan ini seadanya walaupun kdg2 rasa nak mengamuk.Ini yg kita x nampak sblm kawen bilamana lepas kawen,ko kene terima peel keluarga mentua yg totally berfikiran dan berkelakuan lain dr cara kita dibesarkan.
Tapi kalau rasa ilmu agama tak berapa cukup, sama2la improve,takkan selama-lamanya sama je.
Dgr IKIMfm selang2 dgn BFM...tak gitu..nak baca dan attend ceramah agama mesti kita byk alasan kan,so start dgn audio.
Kalau agama jd sandaran dan tujuan, apa jadi pun lapang je hidup.InsyaAllah.
kata org kalau kawin ni dpt dua benda.
1)dapat anak
2)dapat sabar..heh heh
its part of life ada up n down,mcm roda. Bak kata omputih,if u hv 99 reasons to breakup but only 1 reason to stay put in a marriage (esp.kalau ada children)then that one reason is good enaf
omputeh mana yg kata...x sure lak
UAI ckp sediakan tempat tinggal adalah tanggungjawab suami utk isteri. Kalau tak selesa duduk ngn mentua, isteri berhak mintak duduk umah asing.
mantot gua paling respek dgn ayat....kalau ada terasa nak "ter-cerai" kan isteri sebab marah sangat, gantikan dengan perkataan "cibai." ..ini mmg legend
Pasal duit, keperluan seadanya, kurang sini sana aku boleh terima. Tapiiiiiii aku paling tak tahan bila dia tetap baik giler dengan bini org yg seopis dengan dia. Pasal datang bulan pun nak ngadu ngan laki aku, boleh chat sampai 4-5 pagi, gi main basikal, siapkan basikal, glove, helmet utk pempuan tu. Kau org boleh terima? Penyakit sejak 1998 sehingga sekarang. Hati aku dah takde dengan dia, aku bertahan kerana anak2. Kerana Allah....semoga Allah kuatkan hati aku.
Itu baru 4 tahun. Saya dah kahwin nak masuk 15 tahun. Antara baru kahwin hingga 10 tahun kahwin, biasa le bertengkar cuma lelaki kena banyak diam dan sabar. Jika kedua dua jadi api, itu yang berlaku perceraian. Lepas 10 tahun, bertengkar dah jadi lali je...
Mantot, buat entry pasal kahwin muda pulak. Nak baca pandangan ko pulak. Esp pasal couple muda yg sangat suka expose kesweetan mereka.
Tautakpeee. Aku sokong anon kat atas ni.
Aku pantang betul bila couple muda ni meng-expose-kan ke-sweetan mereka. Pikir ar pasal perasaan orang2 yang belum kahwin cam aku nih.
Haihh. Gambor kahwin nak yg daring2 aje. Ingat aku tengok takde perasaan ke, hah? Haishh geram2.
Hehe. Tapi komen aku ni keluar topik ar pulak.
Sedihla kalo suami sndr cakap mcm ni..
Cik siti,masalahnya mmg suami sediakan tempat tinggal,tapi keluarga mentua yg nak duduk ngan kami,kat rumah kami.Mak mentua sanggup tinggalkan bapak mentua sorg2 kat kampung semata mata nak duk ngan kami.
Camno tuh?
Janganlah mananggap semua itu adlh keburukan, tetapi anggaplah ia adlh ujian dari Allah. Bukanlah kesenangan, kemewahan @ kebebasan hidup yg dicari, tetapi hanya redha Allah, melalui melalui perkahwinan.
marah gaduh tu biasa la syaitan tiupkan rasa sakit hati.. dikedua belah pihak suami or isteri.. so timbul la pergaduhana.. hinga penceraian.. :)
banyakan bersabar lama-lama lali la.. :)
Satu yang aku nampak kita nak discus secara terbuka amat payah dan perit dengan orang yang kita sayang atau sayangkan kita.. bila kita cakap direct kelemahan dia akan kata kita salahkan dia.. :( So kena guna psikologi tahap gaban untuk buat dan motivate pasangan supaya berubah..
apapun bak kata prof Muhaya berubah dalam dalam diri kita insya'Allah kita akan merubah luaran kita.. dan orang lain.. So mulakan dari dalam diri kita..
Aku setuju dengan pandangan ni semua, walaupun aku perempuan. Aku rasa perempuan pun ada je rasa nak cerai bila lelaki buat hal, tapi ye la, takkan nak bercerai kerana benda macam tu kan?
Dan aku rasa xramai lelaki yang berani mengaku ni semua.
fuh... good lucklah aku ucapkan... bertabahlah...
t'baiklah bro.. most of them mmg btol. at least aku tau y bkn aku sorg je rase cmtu. t'baik!!
aku 100% dgn anon April 9, 2013 at 1:16:00 AM GMT+08:00 di atas dan 100% dgn ko tot... semua tu betul utk aku...
satu pon x btol..perkahwinan adalah sesuatu yang baik..x kira ape pon halangan n dugaan kita kne hadapi..klo x mampu nk pikul tanggungjawab len kali jgn kawen..jgn rendah2kan ape yg disarankan agama..hidup kt dunia nie hanya sementara, yg kita cri hidup kekal abadi kt akhirat nanti..klau kita mampu jlnkan tnggungjwb dgn sempurna kt dunia nie..in syaa Allah, akan dibalas dgn sebaik2 nikmat yang kita sendri pon xdpt bayangkan..so which one do u want? live happily in Jannah or live in ur own happiness in this temporary world?
delete komen aku? nmpk sgt org yg wt entry nie ase entry die salah..delete la entry nie..x btol langsung..
masa becinta bila begaduh sepak tiang lampu... bila da kawen begaduh jgn sepak anak tapi sepak dinding... haha
saya gi keje ari2 naik tren. bepeluk, becium psgn becinta tu sah lom kawen sbb klu da kawen jrg wat cmtu diklngan org ramai...
selepas bernikah saya ajak isteri dudok dirumah yang telah saya sewa[belum berkemampuan nak beli rumah lagi].maklumlah tidak pernah berpisah ngan keluarga apatah lagi ibunya,maka keluarlah hujah hujah yang bercanggah ngan akur janji sebelum bernikah.menambah pulak mertua bersuara ngapa nak bazir duit dok ghumah sewa kan elok dok sini ngan mak.ibu saya pulak berkata tak apalah bawalah berbincang baik baik bagilah masa utk dia faham.beri masa ngan mukalah saya dudok dah hampir tiga tahun dok ngan keluarga mertua macam ikan sardin.satu hal pulak saya memendam perasaan,bab kewangan selalu saya tidak pernah mengungkit kalau saya beri ibu saya rm300,ibu mertua pun rm300 tidak termasuk duit dapur untok kesemua keluarga yang dudok bersama.saya sudah tidak larat bilamana isteri buat perangai,suatu hari dia menudoh ibu saya mata duitan sedangkan belum pernah ibu saya meminta sebarang bantuan dari saya semasa bujang sehinggalah sudah berumahtangga.walaupun keluargaku hanya orang kampong menoreh getah dan mencari rezeki mengambil upah.oleh kerana dah tak tahan saya pun bungkus kain baju terus keluar rumah.saya diberitahu keluarga mertua telah pun berjumpa keluarga saya dikampong memujok merayu supaya saya kembali kerumah mereka.ibu saya menasihati saya kalaulah kerana bantuan rm300 itu menjadi perbalahan dan menudoh ibu mata duitan tak payahlah saya memberinya lagi,ibu redha.saya bersemuka dengan keluarga mertua serta isteri,mereka masih mahu saya tinggal bersama mereka.keputusan saya muktamad,dudok berasingan.suatu hari bapa mertua datang kepejabat,meletakkan kata dua lepaskan atau balik semula kerumah isteri[keluarga mertua].bohonglah kalau saya kata tidak cinta serta sayangkan isteri akan tetapi saya lebih sayangkan syurga dibawah telapak kaki ibu.kata kata akhir saya kepada bapa mertua dibalas dengan ketegasan lepaskan anaknya.selepas setahun bekas isteri sah menjadi isteri kedua pada seorang jejaka yang sudah berkahwin mengaku bujang.
No 10 tu sgt la benarrr...hahaha..gelak aku bacer
kalo laki aku nk keluar, anak aku siap lambai-lambai..
bila time aku nk praktikkan, hurmm..bergegar grill rumah dibuatnya..huhu
no 10 tu? sama la macam anak aku wife komplen tak menang tangan kat rumah baru nak rehat tido balik kerja dan si kecik kacau nak suruh buat susu jangan tido la ape..
mungkin naluri anak ngan ibu rapat kot.. dan 9 bulan kau dok dalam perut ibu.. So sangat dependent kat ibu.. Apa-apa ngadu kat ibu minta ibu buat itu ini..
10 tips utk Mantot dan semua yang nak bahagia dlm rumah tangga.
1. beri puji kepada isteri
2. dengar pendapat isteri
3. penuhi hajat isteri, bukan semua tp mana yg mampu
4. anggap pasangan seperti diri sendiri-pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri
5. isteri bukan pembantu rumah-kerja isteri adalah wanita yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suaminya dengan sebaiknya yang akan dijamin syurga
6. isteri juga manusia
7. ingat tarikh penting
8. bantu isteri ringankan tugas
9. bawa isteri berehat
10. ciuman khas untuk isteri
peliharalah kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka.
semua ni POYO
semua ni salah ANWAR
bila dah ade anak aku rasa rindu nak bujang bila anak aku nak bergayut je dgn aku(letih tahap gaban nak layan weh..).tp bila dah keluar umah tinggalkan anak,start kereta je aku dah mula rindu anak aku...
aku kalau nak marah n membebel kat suami aku,aku sms je sbb aku tak reti ckp direct mesti nak nangis..bile die balik konon2 nak tarik muka,betapi lum sempat aku tarik muka aku,die dah pujuk aku dulu,cthnya ajak p jalan2,terus hilang semua yg aku nak marah...
walau ape keburukan suami kau,kau x kan snggup nak bermasam muka lame2.sesungguhnya syurga isteri terletak di kaki suami..
gaduh ngn bini ke tot? baik2la balik,lps tu mst lagi syg dan terlanjur..hehe
Tot...aku setuju sgt point no 2 hang...hahaha
Aku pun camtu gak.tambah2 kalau laki ko jenis segan (malas) nk tlg jaga anak time aku nak masak ke,melabur saham dlm bilik air ke.sampaikan time masak aku dukung anak aku sambil potong bawang,time dia ada lak tu.kalau dia keja time tu xpela.anak aku lak jenis merap (taknak duk sorang2,kena ada aku atau ayah dia)..mmg tension..rasa nak je aku ckp aku nak balik umah mak aku.aku mmg jenis tak reti nak membebel,laki aku makan sepah2,bela burung 7,8 ekor dalam umah sampai satu umah bau taik burung,aku still leh sabar.sebab aku tau aku dah pilih dia sebagai suami aku,kekurangan dia adalah kekurangan aku jugak.kalau nak rumah tangga bekekalan,jalan tebaik ialah terima seadanya pasangan masing2.kalau gaduh,formula yg penting sblm tido kau dah settle kan,jgn tido dengan perasaan marah,sedih,etc dan jangan bawa kemarahan,sedih,masalah tu keesok hari.
-in shaa Allah.
macam ni la agaknya apa yang ayah aku rasa lepas kawen dulu..
Yes, aku setuju. Aku start dekat dengan agama pun melalui audio. Pastu sikit-sikit aku bergerak ke surau. Dengar ceramah agama, usrah. Kehidupan aku sekarang pun dh ok. Alhamdulillah :)
No.13 tu serious aku tak setuju. Dah tahu tak cukup ilmu agama, pergilah cari. Takkan nak tunggu kena suap? Sampai bila nak duk dalam keadaan jahil? Kalau si isteri tu cukup ilmu agama, kalau si suami tu follow, x ape la jugak. Tapi mostly memang tak follow. EGO. Bukan ke lelaki dilahirkan untuk jadi pemimpin? Jadilah pemimpin yang hebat. Bukannya dedah aib sendiri.
tak paham..kenapa aku suka entri ni.mgkinkah sbb ada beberapa perkara yg sama dgn apa yg aku fikirkan
aku nak sentuh bab kebebasan diri jer..bagi aku, selagi ko tak puas hidup single better jangan kahwin dulu..bila ko dah ready nak level up hidup ko dari single ke kahwin, then baru ko kahwin..macam aku, serius aku cakap, aku tak puas lagi hidup single..in fact, hidup aku sendiri pun belum mula lagi..masih struggle gila2 nak habiskan study..habis study nanti, aku nak fokus diri aku dulu..nak capai, buat semua benda yang aku nak..aku sendiri pun nampak ada lelaki yang dah kahwin tapi still ngan single lifestyle dia..free, weekend habis ngan member2..jarang ngan family..apakah kegilaan ini? so pendek kata, single FTW!
Alahai ceteknya fikiran si penulis ni...pandanglah jauh sikit bro...kita kahwin bukan sebab seks sahaja...kalau kau kahwin sebab seks, maka kau tak kan terfikir tentang tanggungjawab pada isteri,anak2,keluarga...kita kahwin sebab ingin sama2 melakukan kebaikan untuk ke syurga...kau ubah matlamat perkahwinan kau, aku rasa sure kau akan pandang semua ini sebagai positif...salamun alaik =)
lama xbukak page kau tot...aku lupa cane nk share post ko...
Aku dah baca post ko ni beberapa kali dah, dan aku fikir satu demi satu point. Adakah aku rela berkorban kebebasan aku untuk kahwin? Tidak sama sekali. Nak berkahwin pun nak kahwin dengan siapa? Perempuan yang aku suka? Takde. Tak jumpa lagi. Umur aku dah nak mencecah 35. Aku nak sambung belajar lagi. Aku nak ke luar negara. Nak buat PhD at least 5 tahun. Aku tak mau dibebankan. And for what? Tidak ada perempuan yang aku suka pun. Kawan2 aku umur 23, 24 semua dah kahwin. Lelaki yang lebih awal kahwin. Aku tak pernah kisah. Dah 35. Still don't care. And I feel like I've won the game. Tak payah pikir pasal mertua, pasal lampin, pasal balik raya mana. I'm FREE. I'll never give that up.
Dah nama pun berkahwin..kalau tak ready jgn kawin..mmg akan ada time kita akan dpt marriege blues...benda tu normal la..apa pun perkahwinan ni atas dua pihak. Apa ingat suami jer rasa nak lari? isteri? tak kesian kat dia..isteri pun kena keje gak..ingat balik kenapa kita berkahwin..dan tak akan terkeluar perkataan cibai kat mulut.teruk benor bunyinya...
wow....realistic post here~
Terima lah suami n isteri tu seadanya....susah senang bersam..yang paling penting solat kena jaga..tanpa solat semua akan tunggang langgang...serahkan pada Allah..insya Allah semua akan selamat..amin
Seriously? Its 'cibai' after all the many years been thru together?from 'i love yous' till "aku terima nikahnya bla..bla.." then pity your wife, she must had a hard time to accept the truth,struggling to keep her good nature to shine through. If not, she would have kill u while sleeping or just poison you... i guess she must have read this with tears of rage upon her face.. what happen to the sanctity of marriage?everything has reduced to 'cibai' is it? Im not gonna comment how u pick a cursing word, its just that, what kind if muslim are you? May your heart be guided...
Alangkah bagusnya para2 suami seperti korang memahami keadaan seorang isteri..kesian aku berlakikan suamiku..blk keje nak kemas rumah sambil jaga anak..dia kuar melepak sampai 12 mlm baru balik..tak ingat anak bini nak makan..rumah sepah baju tak basuh kene marah..nak membantu sebulan skali kot baru nampak usahanya tu pun tak tau knp mood rajin dtg..
hahahah...part no 8 tu sgt kena dengan I skrg..wakakaka
mse akad nikah dh di bgtau kn.. tanggungjawap suami besar. untuk sare keluarga.. mmg suami ade kuase veto. tpi kne ingt jugk. isteri seperti ibu sendri. sebesar pengorbanan ibu kite mcm tu jugk isteri.. mengandung 9 bulan 9 hri. bersalin bertarung nyawa untuk penyambung zuriat. bangun malam tak kire mase... melayan suami.. masak untuk suami.. melakukan kerja2 rumah yg jugak tak ade had mase untuk diri sndri jugk.klu kite tgok bulan puase isteri jugk yg sibuk n mmg paling sibuk melakukan kerja2 rumah. time cuti pun kadang2 tak pernah rehat.suami pun kene tgok semue tu dri segi segle aspek.klu di letakan seminggu lah kerja2 rumah melayan anak... psti dh merungut kn.. seorg isteri xpernha merungut sbb die tau itu tanggungjawp die. syurga isteri di bwah tapak kaki suami. jdi sme2 mmbantu jgn bebankn semuenye pade salah satu pihak sahje ok :)
I sokong u 100% lol. 💪 i pun sedang mengembara dunia. Bebas seperti burung. Tak perlu fikir lampin, pam susu untuk bayi, duit pampers hahahah. Nak beribadah pun senang. ✌ bulan depan merantau seluruh Belgium. Yesssaaaaaa!! 😍 teruskan cita2 anda buat phD. Never settle! Rezeki masing2. :)
Hi Bujang Senang, yes i sokong you 100%. Kita nak berkahwin bukan sebab orang lain kahwin kita pun hegeh2 nak kahwin. Pasal freedom tu sangat2 betul. I pun sedang mengembara dunia. Bulan depan insyaAllah nak jejak ke negara yang ke 30 yg akan i lawat. Iaitu Belgium. Tak perlu susah payah pam susu utk bayi, risau bayi conteng tv, nak upload gambar bayi sedang main tepung, beli pampers bayi, fikir pasal hal skolah budak. Nak beribadah pun senang. 80% kawan2 sekeliling pun banyak mengadu pasal perkahwinan dorang. Sebab kahwin awal. Sebenarnya masing2 x ready, tp xtahan sangat dah agaknya. Tolong la. Not everything is about sex. I am living my life as a traveler. I couldn't be happier. Keep on living your dream encik bujang senang. Never settle. Amin.
Catat Ulasan