April 19, 2013

Buruk Sangat Ke Wajah Kau Kalau Kau Tak Makeup, Kak?

Aku cukup pelik dengan satu benda. ; Kenapa perempuan perlu make up berbagai-bagai sampai rupa diorang dah jadi lain daripada wajah asal dia? Adakah sebab dia rasa ;

1. Ttak lawa jadi dia gunakan make up untuk tutup apa yang dia rasa ketidak lawaan dia?
2. Rasa wajah dia ada imperfection, jadi dia guna makeup untuk menutup jerawat contohnya?
3. Terpengaruh dengan artis2 jadi dia makeup sebab dia nak rupa ala-ala Najwa Latif?
4. Memang sengaja nak tukar-tukar wajah?
5. Memang rasa lemah dan rendah diri kerana wajah dia sedemikian. Jadi dia gunakan makeup untuk naikkan semangat dan motivasi diri dia?

Entah, aku tak tau kenapa. Tapi kalau kau fikirkan, kenapa lelaki takde makeup pulak? Adakah lelaki tidak peduli pasal wajah diorang? Tapi tolong, janganlah samakan dengan bau badan pulak ye? Bau badan datang sebab peluh. Muka kau pun berpeluh tapi aku tak pernah pulak nampak perempuan letak deodoran kat muka.

Aku rasa, perempuan yang bergantung kepada make up, untuk buat diri dia rasa cantik, adalah orang2 yang tak bersyukur dan tidak suka dengan apa yang dia ada.

"CILAKA PUNYA MANTOT! DIA BUAT LAGI! KEJAP LAGI MESTI DIA KUTUK MAK-MAK NIPS! "

Sabar.Sabar!

Kau harus sedar, aku tulis bukan untuk kutuk kau. Aku nak kau sedar yang kalau kau rasa diri kau tak cantik dan kau rasa low sebab itu....kau sebenarnya tak sayang dengan pemberian Tuhan. Dan ciptaan manusia yang paling sempurna adalah manusia. Ciptaan manusia yang sempurna dan cantik?

Perempuan.

Hawa dijadikan supaya Adam suka dan tertarik dengan Hawa. Hawa pakai Revlon ke? Hawa ada pakai Beauty Umaira ke? Mana ada! Naturally, perempuan takyah makeup pun lelaki dah suka! Adakah kau lahir-lahir aje ada make up kat wajah kau? Mana ada. Takde pun dalam Quran kata "Makeup lah, kerana makeup itu perlu untuk menaikkan seri wajah mu wanita dan Allah suka akan wanita yang mengenakan bahan kimia di wajahnya."

Itu semua bullshit marketing aje.

Kenapa kau perlu make up bermacam-macam? Cuba terangkan dekat aku apa yang kau tak suka sangat dengan wajah kau sampai kau makeup untuk tutup wajah natural kau? Sama jugak macam orang yang nak kahwin....makeup punya la tebal sampai muka dah nampak macam orang lain, habis semua orang puji kau "hui..cantik la kau hari ni Zah. Nampak macam orang bunian!"

Melambung-lambung lah jiwa kau hari tu sebab semua orang puji kau lawa.

Tapi mana pegi semua orang tukang puji tu bila wajah kau tak makeup? Yang pelik, kenapa sehari tu aje diorang puji kau? Hari lain kau tak lawa ke? Tak ke sedih kalau kau fikirkan.

Buruk benar ke wajah natural yang Allah kasi kat kau?

Makeup hanyalah temporary. Psikologinya diorang buat kau nak pakai makeup sebab diorang nak kau rasa lawa. Tapi kalau fikir-fikir, sebenarnya diorang buat kau pakai makeup sebab diorang nak kau beli makeup. Kau bukannya jadi lagi cantik lepas makeup pun tapi sebab masyarakat dunia sekarang ni "kalau makeup baru cantik" jadi ramailah yang terikut-ikut.

Kau pakailah apa-apa pun, sebenarnya, wajah kau still sama kan? Jadi, kenapa malu dengan wajah sendiri?
Aku prefer orang perempuan tak makeup. Aku suka wajah natural. Kalau kau dijadikan antara jodoh-jodoh aku pun, aku prefer kau tunjuk kat aku wajah sebenar kau. Bukannya wajah yang kena ada Maybelline atau Simplysiti baru nampak berseri.

Gejala suami berat balik rumah sendiri, sebab rasa isteri orang lain lagi lawa sangat berleluasa di negara kita. Mengikut kajian, 70% suami lebih suka tengok bini orang berbanding bini sendiri. Tapi nak buat macam mana, dah semua perempuan gemar sangat bermakeup lawa-lawa bila keluar. (fakta ini datang dari seorang Ustaz kat TV)

Kau sendiri tau apa fitrah manusia, laki suka perempuan hot, perempuan suka kelihatan hot. Tapi, kenapa seolah-olah wujud kontradiksi dalam fitrah dan ajaran dalam Islam? Maksud aku; fitrah manusia, lelaki suka tengok benda cantik dan perempuan suka jadi cantik, kan? Tapi....kenapa lelaki tak boleh tengok perempuan cantik yang bukan mahram dan kenapa isteri tak boleh berhias untuk orang lain?

Apa sebab camtu?

Sebab Allah berharap Dia jadikan manusia camtu supaya lelaki suka tengok isteri sendiri  dan perempuan suka berhias untuk suami. Itu rahsia fitrah kita. Tapi orang kita sekarang kita langgar ajaran, suami suka tengok bini orang, isteri hanya berhias bila keluar rumah. Tengok bini orang..."Humm..MILF....." sambil air liur meleleh. Balik rumah horny layan bini ajak "making love" padahal dalam kepala terbayang bini orang atau penyanyi K-Pop.

Jadi, kepada lelaki, galakkan isteri kau tak makeup. Dah la save duit. Lagipun, aku selalu wondering adakah wajah perempuan cepat tua berbanding lelaki sebab terlalu banyak chemical yang diletak kat muka masa muda? Senatural macam mana pun claim sesebuah produk kecantikan, wajah yang lebih natural  adalah wajah kau tak pakai makeup. Itu natural.

Kalau nak makeup jugak, makeup dalam rumah. Keluar rumah, takyah makeup. Pakai bedak sikit-sikit dah. Kalau isteri nak makeup jugak, kau cakap dengan dia, "kalau awak makeup membuatkan ada lelaki lain tengok awak, saya rasa tidak fairlah kalau saya tidak sama menikmati isteri orang lain."

Kalau kau adalah wanita yang memerlukan makeup untuk rasa diri anda cantik, stop. Anda tidak perlu. Itu semua adalah kesan daripada marketing dan tekanan masyarakat kepada wanita yang beratus2 tahun dah diajar, untuk wanita jadi cantik, mereka perlu bersolek.

Sebab itu aku pelik, punya la banyak gerakan mempertahankan wanita ni, tapi tak ada pun yang aku tau ajak wanita supaya be all natural. Semangat wanita? Ramai. Girl power? Ramai. Hak wanita dalam kerajaan? Ramai.

Tapi sehingga sekarang, semua wanita masih lagi diajar, kalau tak pakai makeup, "tak lawa lah kau, tak cantik lah kau, tak menarik lah kau." Untuk siapa sebenarnya? Untuk wanita itu sendiri? Atau untuk kepentingan syarikat peralatan makeup?

Kalau kau percaya agama kita sempurna dan kau adalah makhluk ciptaan yang sempurna, lose the makeup. Carik suami yang sayang kau bila kau tidak makeup.Dan carik suami yang kau rasa berbaloi untuk kau jaga diri cantik untuk dia. Janganlah jadi penagih. Kalau kau keluar rumah dan kau rasa tak sah tak makeup, itu maknanya kau dah addict nak makeup.

Lelaki ramai addict hisap rokok. Sia-sia kan merokok ni pada kau? Tapi perokok cuba justify yang merokok give him the satisfaction yang benda lain takleh bagi. Makeup? Apa kau dapat dengan makeup? Beritahu aku.

Mulakan hari ni. Keluar rumah tanpa makeup.

Kemudian ingatkan diri anda, lelaki juga ada masalah yang sama. Kami dipressure untuk accept yang zakar yang lebih besar adalah zakar yang dimahukan perempuan. Siapa zakar kecik, tak power. Berapa banyak iklan makeup dalam TV? Sangat banyak. Berapa banyak iklan besarkan zakar kau boleh nampak dalam TV? Tak ada. Tapi dalam majalah banyak gak.. Cuba kalau ubat dan alat besarkan zakar boleh keluar dalam TV, kau bayangkanla betapa tertekannya lelaki2 ni.

Aku rasa iklannya lebih kurang camni, kau bayangkan Fahrin Ahmad sambil ada model pempuan peluk dia kononnya bini dia...."Selepas menggunakan Abang Power dan mengalami kenaikan sebanyak 3 inci panjang dan 2 inci lebar, isteri saya sentiasa melekat dengan saya. Sehinggakan hendak ke pejabat pun susah! Gunakanlah Abang Power!"

Kalau aku tengok iklan camtu pun aku rasa rendah diri dan nak mencuba. Padahal aku punya ok aje sebenarnya, kan? Itulah situasi perempuan Melayu hadapi sekarang. Bukak TV iklan kata kau tak lawa sebab kau tak pakai produk kecantikan. Inilah mentaliti yang dicipta supaya kita terus teringat mengenai "kekurangan" diri kita.

Tapi Islam dah ajar kita, kita tak perlu pun rasa rendah diri.
Itu semua anugerah, kan? Buat apa kejar lawa sintetik?

49 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku rasa geli tiap kali pkai make up..so aq decide not to buy any cosmetic product

MateKaji berkata...

betul tu mantot, lepas ni saya pun tak mahu pakai mekap lagi :)

"eh, pernah ke aku pakai mekap?"

Hahaha, bagus jugak jadi lelaki ek. Tiada perasaan nak bersolek dan tiada member yang akan beri 'peer pressure' kalau kita tak bersolek. Bahkan kalau tka mandi sehari dua pun tak ada orang tahu...

Tanpa Nama berkata...

perempuan memg suka berhias....

kueh bakar berkata...

ok la najwa latif...
kang najwa muhyidin haru pulak..

hahaha

Tanpa Nama berkata...

Isunya skrg ko bengang sbb asyik terangsang tngk bini org lain bermekap? Tapi ko sendiri kata pompuan natural tanpa mekap lebih cun. Jd, patutnya ko hanya terangsang kpd bini2 org lain yg tak bermekap. Ko nak bini2 org lain ni mekap atau tak? Mana satu sebenarnya ni? Bercanggah weh...

wootwoot berkata...

tah pape conclusion anon ats ni. serupa org xde akai habak kt hang

Tanpa Nama berkata...

tapi realitinya, kote kecik tak leh cecah g-spot, yang boleh membuatkan bini ko inzal kemaluan, or lebih hebat, boleh squirt! kahkahkah

Size does matter. try buat kajian, tanya pompuan.agak2 apa outcome? nak yg 4 inci atau yg 10 inci? tu pasal ramai pompuan malaysia terjebak dengan awang hitam.muka tak hensem, bau badan cam setan! hahaha

Tanpa Nama berkata...

hahahaha inzal, squirt. komen anon atas tak boleh blah.

suria lekatlekit berkata...

walau takde sampai macam opera cina tp aku kalau nak keluar calit2 jugak la. Terus terang rasa serabai pulak kalau keluar muka kosong jer.. paling2 pakai yg basic iatu bedak. Kang sememeh je muka keluar.. laki jalan pun jauh sedepa dari kita lak. Pada pendapat aku elok la biar nampak kemas sikit muka jangan sampai selekeh punya nak nampak natural. Kalau kau dah jenis natural beauty.. tak calit apapun lawa, tu memang kelebihan la. Bagi kami2 ni yg atas pagar.. kang x calit apa2 kang nampak macam zombie lak kena la calit sikit bedak. Sikit ja.. tak berubah sangat pun dari muka asal.. cuma nampak kemas sikit ja la muka tu

Terbaru >>Perisai Wajah yang menghalang Penuaan.Jom tengok
FLIGHT MURAH >>TIKET FLIGHT KE JAKARTA RM1 JE. CEPAT SELAGI PROMOSI ADA
RETIS >>PELAKON AZEAN IRDAWATY DI DOAKAN MAMPUS
PRU13 >>Video Panas Selangor menjelang PRU13

Tanpa Nama berkata...

@wootwoot, aku tulis balik la. Macai Mantot mmg cenggitu. Sikit2 kata org lain takde akai. Bleh...

Montot tulis pompuan yg tak mekap tu lawa. Dlm masa yg sama dia claim terangsang melihat bini org lain yg bermekap. Kalau terangsang, maksudnya pompuan yg bermekap tu lawa jgk la. Ada paham?

Mango berkata...

ala,perempuan suka dipuji..tu jer sebab, dia suka suami dia puji, dan lebih suka bila orang lain puji..pakai makeup tebal,eye shadow bagai, pastu kawan tambah2 lelaki kat ofis tegur

"eh,lisa, cantiknya kau hari ni..pandai kau make up"

"amboi,cunnya dye..berseri2 hari ni"

tak pun "wah..comei muka u makeup eh,ala artis gtu..kalau u tak kwen lg,i dh ngorat"

dan sebagainya...komfirm2 perempuan tu suka gilaa la bila kena puji, dan akan teruskan ber make up hari2.



ingt la wahai kaum hawa, Tabaruj

haram bersolek berlebih2..tambah2 niat nak suruh orang puji,orang suka

shida idris berkata...

ini aku x setuju sbb ko bukan perempuan, so aku paham.
meh aku bgtau, perempuan naluri dia mmg sukakan kecantikan dan sentiasa nak nampak cantik.

bukan setakat mekap beb, baju pun kitaorang nk matching, kalau baju kosong sangat, kitaorang tambah lace (bg yang mampu) ataupun kurang-kurang pakai tudung corak sbb x nak nampak plain sgt

aku plg jeles ngan org x der masalah kulit sbb bg aku org mcm ni xperlu mekap. kulit aku pulak mmg penuh parut jerawat.

x salah pun mekap asal jgn melampau sbb dia akn buatkan ko lg nmpk fresh. and yes mekap boleh buatkan wajah ko nampak lain dan lebih cantik jika ko pandai.

zaty's shop berkata...

mmg la laki yg dah kawin tu suka tengok bini orang .tepat sekali!!!..sbelom kawin ngan bakal isteri dia tu,dia terpikat ngan muka yg cantik dgn mekap tu..bila dh kawin bru tau wajah sebenar isteri dia..cari la lain lak..dh mnyampah tgk muka yg hodoh

Tanpa Nama berkata...

tak kisah la artikel ni dari laki ke, tapi apa point mantot cakap ni betul. Tapi naluri perempuan memang dia akan ada perasaan nak 'bersaing' dengan perempuan lain, ce tengok akak2 dengan jabatan kerajaan, contohnya. Semua kebabom walaupun jawatan rendah je. Hhaha. Bukan nak kutuk, aku perempuan gak tapi tak ada masa nak mekap2 sebabnya nak semayang lagi, leceh la. Melambatkan. Aku pakai bedak n lipstick untuk elak muka nampak pucat, itu je. Kang nampak pucat orang banyak tanya pulak. Yang penting kemas dan tak selekeh. Tak ada niat pun nak tarik perhatian sesiapa.
Tapi bahaya mekap ni dia akan buat kita rendah diri bila tak mekap, rasa insecure.

- Winter X -

Unknown berkata...

ce ko makeupkan skit header ko tu. Biru ke merah ke, tmbah ijo pun k gak..

Tanpa Nama berkata...

Suami saya tak suka wife dia tak mengenakan sebarang mekap. Sekurang2nya ada lipstik untuk tak nampak pucat.

Semua lelaki nakkan isteri kelihatan cantik, tak kisah di luar rumah atau di dalam rumah. Ada ke lelaki nakkan isteri rupa mayat hidup dan membosankan? Dats y la timbul isu laki suka tengok bini orang.

-Wakil isteri Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

saya tak pernah mekap langsung dan saya tak pernah kesah untuk bermekap dan yakin pada diri saya seadanya. alhamdullillah, dpt suami pun jenis tak suka perempuan mekap. so keluarga bahagia & seadanya :)

Tanpa Nama berkata...

Biar la anak dara je yang bermekap nak carik calon suami hahaha

Para isteri bermekap kat rumah je berhias untuk suami berganda-ganda pahala dapat.. kalau nak pahala la kalau tak mau suka korang la.. tuhan dah bagitau tak mau ikut sudah.. jgn ikut sangat bisikan syaitan dalam hati yang memudaratkan tu..

Ada orang cakap women put fake lashes fake boob fake make up to find a real man? lol..

Tanpa Nama berkata...

Utk kefahaman saya lah, maksud yg cuba disampaikan beliau, mentaliti masyarakat kita ni dah disuntik dgn di luar bercantik2 tp di dalam rumah depan suami selekeh. Sebab tu lah ada suami yg bila diluar baruu kemain suka tgk wanita lain, tidak pd isterinya. Ye tak dinafikan fitrah wanita tu memang suka bercantik2. tapi nak cantik tu berpadalah.. biarlah kena pada tempatnya, orangnya dan masanya. hidup ni untuk penuhi nafsu ke, penuhi iman dan jiwa kita?. Suami ni percayalah kalau isteri ni buat sebaik mungkin utk dorang, bercantik2 hny utk suami, insyaAllah mmg suami akn terima isteri tu dgn seadanya. Finally dia akan cakap takpe u tak make up pun cantik. Kita tgk la pendakwah2 di luar sana, idaklah bermakeup sakan kat luar, tp alhamdulillah kebanyakannya rumah tangga mereka sangatlah harmoni sampai bepuluh2 tahun.

Tanpa Nama berkata...

Tapi kuar umah mmg kena pakai sunblock..moisturiser...kalo tak cpt berkedut,doktor pon ckp camtu..kalo taknak pakai purdah,heh

Makan kena jaga,bermula dari dalam,so tak struggle la dgn make up..Jadi suami2, kalau wife nak herbalife ke vitamin ke,belikanla,jgn kedekut pulak ye..

Kdg2 bila nk solat,org2 yg mekap ni buang mekap,aduihh terkejut den...pucat,dgn kening yg dah mcm takde...
Apa yg Allah jadikan tu mmg dah lawa, cuma kena pandai jagala badan pemberian Allah ni...

Tanpa Nama berkata...

emm.. mantot suka kritik orang pompuan.. cer kritik lelaki sekali sekala.. nk dengar gak

Aslina berkata...

Pakai sunblock je kot. Haha. Pastu skang baru pandai pakai eyeliner. Sunblock is a must sebab pakai purdah org halau kuar premis. Huhu. Tapi skang ade bb cream. Semua dlm satu. Sesuai la utk pemalas mekap mcm aku. Haha...

Bb cream + lipbalm + eyeliner. Dah bleh kuar jejalan cuci mata kat shopping mall. Kikiki...

Tanpa Nama berkata...

mantot, alang2 citer pasal lelaki dan rokok, boleh tak buat satu entry pasal rokok ni?



TQ.

f1f12003

plain83 berkata...

seperti nickname aku, aku mmg plain... aku mmg x suka make-up sbb ianya membazir masa n duit.. tp aku kenakan jugak la lipice dan perfume ckit, supaya x nampak pucat mcm org nak pengsan low glucose n supaya bau badan dapat di'mask' oleh bau lain yg synthetic ^^

insan hina berkata...

semasa diploma saya ada kawan yang dia mengaku if dia keluar tanpa make-up dia akan rasa rendah diri,reason nya sebab dia mempunyai kulit wajah yang penuhd dengan jerawat,dan bila die memakai make-up baru la dapat menutup wajah nya yang penuh dengan jerawat,,kesian sebab dia da jadi sangat ketagih kepada make-up

dan saya pun sama saje seperti kawan saya tapi bkan sebab saya banyak jeratat,kulit saya bersih saja,,cuma rasa nak cantik di depan semua orang,saya akan memakai eyeliner lentik2,dan kebetulan anak mata saya brown,akan nampak lebih menyerlah bila pakai eyeliner dan saya sangat suka bila dipuji ,mula dari eyeliner,pegi ke eyeshadow blusher lipstick,semua nya,sampaikan saya tak solat semata2 nak menjaga make-up,,sangat sedih

and now saya sedar,itu semua palsu,dan saya tinggalkan semuanya dan mula menjaga solat walaupun ada yang kata muka sangat dull tanpa make-up, ,tapi bagi saya ,saya selesa berjalan tanpa make-up,,,senang nk solat xbuang masa,,

ok sekian

Tanpa Nama berkata...

Disebabkan mekap bukan bestfriend aku, so every time aku dipaksa utk bermekap, confidence level aku drop menjunam.

Aku rasa muka aku sangat fake.

BTW aku penah pegi inteview tanpa mekap. Dan aku fail inteviu tersebut. Even masa aku kat u, aku diajar antara salah satu tips utk succeed dlm inteviu adelah pakai 'sedikit' mekap dan menyingkat tudung.

Masa tu aku rasa macam nak keluar daripada seminar room tu. Sangat tak boleh terima. Kami kaum wanita didiskriminasi sehingga begitu sekali.

hew hew hew hew... sampai sekarang aku tak kerja...

Tanpa Nama berkata...

hehehehe , apela , kalaw depan kamera memg kena mekap, even nak buat muke pucat pown pakai mekap ,

hehehehe ,

ak tgk kat u ak nih berlambak muke natural , okei je ,

kadang trase nak pakai , kadang trase nak pakai ,

takleyh gak cakap semua yang pernah bermekap tak bersyukur ,

ade saje suker2 , hahahaha

paling kuat pown , perempuan pakai bedak , lipstick ,

bukan semua duk mekap heavy tuh ...

keliling kaw memg perempuan kuat mekap ek ??

hehehehe ~ susah lak kaw ... keh3

Tanpa Nama berkata...

Hmm kalau lah the whole world baca encik punya entry ni mesti bagus...bukan make up je. baju, seluar, palazzo lah peplum lah pun sama je. butik butik online skrg buat kami kaum perempuan nak beli. kan ke bagus pakai jubah hitam aje keluar rumah. hmmm....

Tanpa Nama berkata...

Hah betul tu anon di atas. Masalahnya pempuan ni semua tak sedar yg diorang ni dah kena 'tipu' dan dah kena 'eksploit' dgn penjual2 mekap & baju2 bagai tu.

Nak2 blogger2 femes semua dok promot benda2 tu. Dah la mahai nak mampos. Diorang anak datuk, anak nenek bagai boley ar beli, aku ni anak orang kampung jew mana mampu..

So nak taknak kena gak tingkatkan keyakinan diri walopun tanpa mekap dan peplum.

Ron berkata...

Power mantot artikel nie .
Hawa pun ko kritik , Adam pun ko kritik .

Perempuan pressure nk nampak cun + lawa
Lelaki plak pressure nk zakar panjang dan besar

Dunia2 ... Semua nie .. poyo !!!

Tanpa Nama berkata...

Ala, muke aku nie kira ok la. Tk make up g kdai mamak pon masih ada gak lelaki toleh2 tgk. But, other half aku ttap tgk pompan lain. Tgk porn lg. Tk phm. Aku bknnye selekeh ke tk pandai bergaya. Sakit kuat ar tu mamat.

Tanpa Nama berkata...

Kekadang ade jugak isteri2 yg bermekap nie sebab suami dia yg suruh :) Apo nak dikato.. X ikot kang, dia cari lain. So xleh la nak kata pempuan nie bodoh sbb terpengaruh ngan media/iklan dsb ;)

Admin berkata...

Aku pkai bedak selapis je...tp tu pon sebab aku nk tutup pores2 aku besar gile. sedih tol.

Tanpa Nama berkata...

One nak natural ya. Kalo natural muka licin takpela, ni muka penah bekas jerawat, open pores, mata eye bag, bibir Birat.....lagi nak natural? Hehehehe

Tanpa Nama berkata...

lepas baca artikel psl makeup and some other male-female difference articles, mantot ni macam tak gemar sgt dgn perempuan yg ada opinion and buah fikiran ke? because it seems like it. yes, opinionated women can be intimidating, they can be over the top and some are just too much. but ada yg bernas, smart, make sense and still menjaga ciri2 keagamaan dan common sense. a touch of liberalisme to complete the whole modern woman theme. i'm just saying you don't have to be scared of opinionated women, you can disagree, but don't treat them like diorg tu tak make sense dgn opinion diorg. i know this comes out of nowhere, but from reading your articles, a lot of female-related articles seem a little..outdated. i like reading your political articles but i have to disagree with the female articles simply because i feel like, with women there's only one way and it's the mantot way. if a single guy like you is out there and i have to marry him, i'm getting some kinda firm brilliance, but he won't listen to my opinion because he limits so much to women. like women can't just win or at least make a point. Allah swt buatkan perempuan ni dgn akal jugak so dia boleh jadi perempuan yang berlandaskan ciri2 islam, yg positive and modern. and alhamdulillah my husband is understanding. instead of making me feel like i'm too much with my opinion, he makes me feel like i complete him. i might be rambling on, but hope you get my gist.

and one last thing, perempuan bermakeup bukan utk jadi orang lain. those who do, do not know the meaning of makeup. this is 2013. just sayin.

Tanpa Nama berkata...

pakai make up, pastu tak cuci muka bersih2, naik jerawat berketul2, tak guna juga, kan...??
makan ubat kurus, kurus~ pastu naik tangga ke tingkat dua jer pun, mengah2...tak guna juga, kan...??
pakai ketat2, pastu bila cuaca panas, ketiak dengan belakang baju basah....tak guna juga, kan...??

lelaki pun sama juga...ada sekarang niy yang pakai make up, gel dan spray rambut bagai~

xsalah pun pakai make up, pakai lah, just jangan berlebihan~

Rasulullah pun sangat menjaga ketrampilan...
Rasulullah tak pernah tinggalkan cermin dan sikatnya bila bermusafir~

so xde masalah pun nak grooming diri tapi make sure kita xjadi orang lain, jaga solat, jaga kebersihan, kemas, jaga pemakanan, cukup~
cantik itu akan datang sendirinya bila kita jaga perkara2 yang penting ini~

Tanpa Nama berkata...

Wei,laki pun pakai makeup gakla,yg ko gelabah x masal ni ape kehek!! Ko x caye laki pakai makeup?mmg ko ketinggalan la wei..apekate ko beli majalah k pop,pastu ko cari kat situ.senang citer.ko search kat google.belambak artis laki korea pakai..lagisatu,org nk kawin biarla die pakai makeup.ko masuk nerake jahanam ke kalo pengantin pakai makeup? Ini smua sialshit!..balik kubur la ko.gi mampus!!

Tanpa Nama berkata...

saya perempuan dan setuju 100% kata awak..tp kan,kan bagus semua laki cm awak..xpandang makeup/ fashion wanita..awk tau punca perempuan suka makeup bukan semata2 rendah diri..tpi sebab ada diantara dorang over confident la,rasa xsyok kalu keluar xmakeup dan ini dinamakn kepuasan diri..dan ada dia antara dorang terasa 'PANAS' tgk kawan dorang lawa pas pakai produk kecantikan yg buat laki cair tgk..awak just bg opinion base half men puny opinion...awk taw sy xsuka makeup,,last2 bila ambik pic dgn kwn sy yg pandai makeup dan post kt FB,,ramai laki2 puji kwn sy cantik..hbs xrendah diri ker sy?? bukan semua laki tgk kecantikan dlmn jer, ade yg suka muka ala2 model sb tu ramai perempuan suka makeup..hny yg betul2 bijak jer xpilih rupa..yg lain EGO..nak tyg kt kwn2..

Tanpa Nama berkata...

Komen di atas ni agak tepat. Lelaki selalu kata tak suka perempuan mekap tebal, tp kalau ada dua perempuan, sorg mekap cun dan sorg tak mekap, yg mekap juga dipuji lawa dan menarik. Yes its in women's nature to compete with eo sebab lelaki nak yg cantik je.. tp syukur la klau ade lelaki yg look beyond physical beauty. Besides, bukan semua ppuan natural beauty, bukan semua kulit putih gebu mulus licin manis dll. Tbh perempuan nmpk quite dull kalau tak mekap langsung, nmpk kurang kemas. Unless natural beauty, untung lah. However, tak perlu la mekap tebal2 yg sampai kulit nmpk berkilat ala2 porselin tu, menyampah pulak, cukuplah sekadar menaikkan seri wajah dan nmpk lebih menarik.

Tanpa Nama berkata...

ntahla lelaki nie slalunye lain di mulut lain pule di htinye sb xnk disoal byk2 nan pmpn..nk sdpkn ht pmpn..sy suke makeup,tp xbole makeup sb alergik kosmetik..tgk jela org makeup..laki nie konon2 aje xske pmpn makeup..

Deep woman berkata...

aku jenis pkai makeup jgk,just tk tebal,..pling segera aku makeup compct pow n lips. biase +eyeliner..
😁ap pn.make up tu pnting supye muke nmpk lbih fresh ckit.. klu kulit aku ni gebu gebas gle mmg definitely aku tk mkeup la.tpi aku slalu suke tgk muke aku sndri kt crmin,rse cntik dtmbah pula senyuman especially pg n mlm..huhu.hurm..btw.klu org mmg da cntik natural..berdri pulak sblh aku.msti la rse lg down..sbb tu prmpuam klu boleh dia pn nak sama cantik ngn org len gak..Nasib la si dia lg suke aku tk pkai makeup/natural make up.

Unknown berkata...

Boys also make up what! You should know that. Actually salah ke girls make up herself? Berdosa Besar ke?

Pearl V-TA berkata...

Sekadar lip gloss/lipstick & bedak takde masalah. Untuk nampak lebih kemas dan tak pucat. Make up tak salah langsung dik nurin sabrina. Cuma jangan berlebihan.

Ustazah fatimah Syarha pun ade sentuh Bab berhias. Boleh rujuk fb/buku/blog ustazah.

http://pearlvta.blogspot.com

Teja berkata...

Terbaiklah.. Kak suka baca.. Teruskan ye Mantot

Tanpa Nama berkata...

My husband said org yg makeup2 ni utk org tak cantik je..

Tanpa Nama berkata...

Adohai..pakai makeup tu utk memikat lelaki ke?

jim berkata...

Kalau bagi pendapat aku pulak nak pakai mekap ke tak nak pakai mekap ke tu ikut cara masing masing.Kalau orang tu kulit memang dah bersih dan mulus memanglah diorang x pakai mekap pun x apa.Tapi ada jugak yg ada masalah kulit jadi x slh kalau diorang nak pakai makeup utk tingkatkan confidence diorang.Bayangkan kalau diorang ada pembentangan kerja x kanlah nak tunjuk muka sememeh jer.Org menilai kita memanglah bukan hanya daripada paras rupa tapi tak salah kalau ko nak bagi tanggapan yg positif kat klien.

ves berkata...

Org nk pkai makeup g lantak lah, aphal kau bising plak?? Duit dia bro, bkn duit kau.. Suami org suka usha bini org?? Yg brmsalah tu adlh si suami th sndri, bkn bini org yg brmasalah sbb brsolek2 bagai.. Klau iman ofcoz kau xkn trgoda tgk kcntikn bini org, tpi klau iman tahap bwah kaki aq je hurmmm xyah sembang kencang nk salahkn org prmpuan yg brmakeup k.. Tu mnnjukkn lelaki yg ad msalah, bini org melawa apsal plak kau yg trgoda bagai?? Pstuh nk salahkn kaum hawa sbb makeup, pdahal iman sndri xkuat n asik trgoda je tgk bini org.. Banghal..

Tanpa Nama berkata...

Ramai yang Acah2 perfect.. Aku share pic pengantin tuh sebab Make Up Dia Cantik...Mua dia plak hebat.. aku share supaya korang tau yg teruk mcm mne pun muka..ttp boleh nampk cantik dengan make up.. takyah nak Kate Fake bagailah.. yg penting laki depa terima seadanya.. takyh jadi manusia yg sendu.. menyampah ngn org buta Mekap ni.. hangpa yg acah2 Flawless tuh esok lusa khawin jangan pkai mekap!!..bangun tido terus akad nikah..naik pelamin ngan muka yg natural beauty tuhh ... puihhh!!