April 22, 2013

Budak-Budak Solat Nak Buat Apa? Bukannya Wajib Pun!

Siapa sini anak dia sekolah petang? Ada ke? Kalau ada, cuba tanya anak kau, bila dia solat Zohor dengan solat Asar? Kalau anak kau jawab tak solat la....ada sesuatu yang tidak betul dengan kau.

Cuba tengok betul2 jadual persekolahan kita, cuba fikirkan bila budak sekolah rendah nak solat? Waktu rehat aje la tinggal. Zohor tak sempat melainkan zohor masuk betul2 awal. Asar petang benar lepas waktu rehat. Mengakibatkan budak2 terpaksa guna waktu rehat untuk solat.

Mungkin kita ambik benda ni macam tak penting, sebab budak2 sekolah.."apa sangat la solat.Budak2 lagi. Lagipun kalau bagi diorang masa solat, berapa orang la yang pegi solat...mesti lebih ramai yang main guli." Itu mentaliti kita Melayu ni...IC dicop Islam.

Apa yang kau boleh tengok sekarang ni adalah budaya budak2 sekolah rendah yang kelam kabut makan waktu rehat...kemudian gelabah pegi solat dan akhirnya lambat masuk balik kelas sebab solat punya pasal. Mengakibatkan dia ada terlepas kelas.

Mungkin pada kau benda ni kecik; tapi kenapa agama suruh mak bapak paksa budak umur 8 tahun ke atas solat? Kenapa sistem sekolah kita tak mampu nak terap benda tu? Even cikgu2 pun kadang2 terpaksa kelam kabut solat sebab waktu sekolah petang ni agak tak sesuai aturannya.

Mentaliti kita jadi tak kisah sangat pasal benda ni sebab dah budaya kita camtu. Kita accept budak2 takyah solat. Kalau diorang solat pun diorang solat main2. Gelak-gelak sambil cuit-cuit. Tapi tak ke kau rasa benda tu salah? Bukan ke sepatutnya kita mula galakkan budak2 sekolah solat dari sarjah satu, darjah dua ni?

Macam mana nak solat kalau waktu nak solat pun tak berapa ada.

Akhirnya, kita jadi la macam sekarang. Budak2 sekolah rendah takde rasa langsung tekanan nak solat sebab suasana dah bentuk kita camtu. Yang lebih teruk lagi, akan ada budak2 yang anggap solat tu menyusahkan dia sebab dia nak rehat dan dia nak main dengan kawan-kawan.

Dalam Islam, umur 1-7 tahun adalah waktu di mana kau kena didik anak dengan kasih sayang. Start umur dia 8 tahun, dia kena didisiplinkan. Macam mana kita nak terapkan budaya suka bersolat kalau budak2 sendiri terpaksa pilih nak solat atau nak rehat?

"Benda kecik aje ni, kan? Budak2 nak solat...alah..cincai2 dah la.Takyah la rombak sistem persekolahan. Menyusahkan aje, bukannya penting pun... " Itulah dia mentaliti kita.Aku harap Menteri Pendidikan baru lepas ni cuba masukkan unsur2 "galak budak 8 ke atas solat" ke dalam jadual persekolahan kita, dapat sparekan masa sikit dan wujudkan giliran Ustaz2 kena jadi Imam....sekolah petang budak2 bukan ramai pun.

Apa-apa pun, benda yang paling penting sekali yang kita kena ubah, adalah mentaliti kita.

Kita perlu ubah mindset supaya kita ambil serius jika ada kanak2 yang nak solat.  Bukan dengan kutukan, bukan dengan ayat "takpe, kau kecik lagi, tak wajib solat." Apa salahnya kita galakkan dia solat? Dia main pun main la. Kalau benda hari2 dia dah buat, dia akan kekalkan benda tu hari2. Bila dah kekal hari-hari solat, percentage untuk dia jadi tak senonoh berkurangan.

Barulah relevan agama dalam IC yang tertera Islam dengan cara hidup kita.



32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bab ni ak sokong sgt2...teringat zaman sekolah dulu..mg jrg makan time rehat sbb xsempat.. kdg2 zohor msuk lambat cket..tp nak g makan dlu pun xsmpat..nak beratur beli mknan pun da sekian..msuk class lambat kena mrah plak ngan cikgu...

lkjhgfdsa berkata...

Betul. Dulu aku sekolah petang masa sekolah rendah tahun 1998 tak silap, sekolah mmg tak heran aku solat ke dak. Cuma nya sebab kawan2 aku time tu jenis rajin solat, so aku pun solat gak ar, walopun cuma ikut-ikutan.

Hehe.

Tapi masa sekolah menengah (tahun 2001), sekolah aku tu mmg ade break time zohor, lepas tu baru rehat. Cuma asar je la solat kat rumah, tu pun mmg dah akhir waktu. Huhu.

Tanpa Nama berkata...

Anak aku ada kafa petang balik sekolah memang suruh mandi solat dulu baru makan dan pi Kafa balik..

Tapi Kafaa bukan setiap hari tak macam aku dulu setiap hari kena pi sekolah agama.. tapi tu pun anak aku habaq penat huh.. Nak buat macamana nak dulu abah lagi penat jalan kaki pi balik tapi Alhamdullilah.. Allah bagi rezeki dan kehidupan yang baik..

Tanpa Nama berkata...

Time aku sekolah rendah kt trg thn 84 dulu setiap kelas wajib pergi solat kt surau. Budak2 yg senior jd imam. Kdg2 cikgu sendiri. Siap ada kelas gosok gigi tiap2 bulan lagi. Skrg x tahu lah mcm mn. Anak kecik lg.

Tanpa Nama berkata...

Masa aku sekolah petang dulu, sekolah aku bagi 2 kali rehat.. rehat kedua khas utk solat Asar.. Aku ingat semua seolah pun macam tu.. Tak semua yer?

Tanpa Nama berkata...

Itu dulu..saya guru .saya tahu .di sekolah waktu zohor akan sembahyang berjemaah. cuma kat rumah je ramai yang tak solat .bila tanya kenapa tak solat? mak n ayah tak suruh pun.paling malang mak ayah dier pun tak solat.

Mat Tempoyak berkata...

sekolah rendah aku kat kelantan dulu-dulu ada surau. sekolah memang menekankan solat untuk murid-murid.

acik berkata...

masa zaman aku sekolah,,,baru je dalam 2002,,sekolah aku akan bg masa untuk solt zohot,,and solt asar solt kar rumah,,,heheh tp biasa la zaman muda2,,yg mmg xpernah di tekan pasal kepentingan solt,,,so aku x pernah nk amik berat pasal solt,,,,and bila da bsr skit da fhm knp solt tu penting,,bru aku jg solt dengan betul

aienurz shuhaimi berkata...

aku dulu skolah rendah and menengah kat terengganu..

bila masuk waktu solat zohor, semua budak diwajibkan pergi surau.. mana-mana budak perempuan yang period, kene kuarantin kat 1 kelas ni lepas tu ada cikgu yang dtg check, sama ada betul ke tak dia period.. macam mana cikgu tu check, aku tak pasti pulak..

sebab, aku dulu jenis yang malu bila period.. even aku period pun, aku akan tetap bwk telekung g skola dan pergi ikut jugak orang solat kt surau.. kikikikiki..

macammana pun, aku memang bangga jadi anak terengganu.. bila keluar je dari negeri terengganu (untuk further study kat negeri lain), soal solat semua bergantung kat diri sendiri sebab takde galakan pasal isu solat kat tempat tersebut.. huhu..

Dah lupa Nick berkata...

Nice post. Aku harap bila tiba masanya anak ko sekolah(skrg dia baru 1 tahun lebih kan?), ko sendiri apply apa yg ko tulis. Jangan harap Mak2 je yg pantau (sebab lazimnya, begitulah).

Tapi aku yakin, bila PR start memerintah 6 Mei nanti, semua umat Islam akan mejaga solat masing2.

ayahman berkata...

Amin

Tanpa Nama berkata...

betul, pendedahan tentang kewajiban solat, menutup aurat semua patut buat at this very young age.

aku dulu mak bapak jenis tak kisah, sekolah lagilah, aku telingkup telengkup dia dulik hape. bila dah sekolah menengah, baru nak merangkak rangak hafal doa tahiyat.

sedih. malu jugak dengan diri sendiri. memang patut kita ni diajar dari awal.

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Saya setuju dgn artikel ni...sek memang tak memntingkan solat murid2nye...malah ada guru yg marah murid yg sembahyang...saya nak kongsi penglaman saya...thn lepas dua org anak saya sek ptg (sek rendah sekitar selangor)...waktu zohor saya surh anak saya solat waktu rehat..waktu asar masa class free atau waktu balik..nak solat kat umah takut tak sempatk sbb jam..masalahnye anak saya sering kene marah dengan ustazah yg jaga surau..dan juga beberapa org guru yg lain..saya memang tak paham betul dgn ustazah ni...kenapa dia marah sgt dgn murid yg g smayang pun saya tak tahu..yg tak pegi semayang tak marah pulak...pernah anak saya dan kawannye didenda berdiri dibelakang surau sbb semayang selepas waktu sekolah..macam2 lagi perkara yg dibuat oleh ustazah kat budak2 yg nak g semayang...sepatutnye sbg pendidik kena lah bg galakan pada pelajr2 ni utk bersolat...bukan kita takut2kan atau marah lagi...harap pihak yg berkenaan amik serius perkara sebegini...

Hanz Edison berkata...

negaraku negara is-slamber. kena ingat tu. bukan negara islam tp IS SLAMBER.

Tanpa Nama berkata...

undila BN. x payah solat. takde kena paksa-paksa. barula best!!!

Tanpa Nama berkata...

Aku sebenarnya tak setuju, meh aku terangkan kenapa. kalau nak baca la. sebagai orang Islam, kekuatan kita ialah retention, campak la di mana2. Cara hidup kita tetap macam tu. Kalau budak2 tak solat, aku akan salahkan mak bapak terus. Kalau mak aku dulu, dia cakap sekali je, solat kerana Allah melihat. Surau di mana2. Arwah Yasmin Ahmad dulu, akan sentiasa solat secepat mungkin tak kira masa. Even dia tengah meeting dengan sesiapa pun, mat salleh ke apa ke, dia akan cakap, excuse me, I have to pray, please proceed like there,s nothing, dah dia akan ke belakang sikit dan solat (mengikut orang2 yang kenal dia). Aku paling pantang juga kalau ada appoinment pukul 4 tapi datang lambat setengah jam sebab alasan belum solat. Apa orang tu buat dari pukul 1:30 bila masuk waktu Zuhur? Agama aku ialah kekuatan aku, di mana aku sama dengan orang lain tapi aku boleh manage masa aku untuk Tuhan aku. Kalau nak membentuk disiplin, lebih baik kau bagi anak kau bekal makanan supaya dia tak membuang masa pergi kantin dengan masa yang terhad sambil jalan beramai2 dan bersembang lepas tu bagi alasan tak sempat.
Laila

Tanpa Nama berkata...

Saya guru sekolah petang.. sekarang ini di sekolah saya mengajar memang ada waktu khas untuk solat zohor dan asar. Pelajar non muslim diminta berkumpul di dewan untuk membuat ulang kaji semasa menunggu pelajar muslim solat.

Ron berkata...

Setuju sangat ngn artikel nie
sebab tue, kita pengundi mesti mengubah kerajaan !
Takbir ! Takbir ! Takbir !

Hujan Malam berkata...

setuju sangat!

DRshairah berkata...

waktu sekolah rendah saya start pukul 8am abes pukul 3pm.. Waktu tengahari kami ada berhenti makan dan solat zuhur.

Seronok sangat sebab kami diajar makan dalam dulang ramai2 di kantin, and sembahyang jemaah di surau. Muallim dan muallimah pun sama2 ada di surau. Yang jadi imam biasanya muallim, tak pun budak2 darjah 5 and 6. Cuit2 and jeling2 time sembahyang tu memang biasa, budak2 kot

tapi seriously mende tu buat saya rasa best, and alhamdulillah, saya aware ttg waktu solat sampai sekarang

p/s: kalau lah aku tak sekolah agama dulu, mungkin aku bukan aku sekarang

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa yang buat fitnah kata Ustazah marah sebab solat memang berdosa la. Xpernah lagi sepanjang aku jadi guru, ada murid kena marah sebab solat. Sekolah petang memang ada jadual solat mengikut kelas. Bohong sangat la kalau kata murid tidak solat.

Tanpa Nama berkata...

di sekolah rendah juga ada program Kem Bestari Solat dimana murid2 diajar cara2 solat dan cara mengambil wuduk. waktu matapelajaran agama, murid2 akan dibawa ke surau untuk solat zohor dan asar berjemaah bersama ustaz atau guru.

Tanpa Nama berkata...

Di sekolah rendah juga ada guru JQAF yang akan membimbing murid untuk solat berjemaah di surau. Tuduhan anda adalah tidak benar sama sekali. Kamu bukan guru, apa yang kamu tahu.

Tanpa Nama berkata...

byk budak2 suka ambil alasan solat nak tipu keluar kelas.selalu budak2 pompuan la.tp tgk muka la lau nak marah pun.lau yg mmg kaki suka angkat buku mmg x berapa nk bg.

sgt setuju dgn mantot.paling baik secara jemaah sblm mula kafa.still,yg kaki culas ttp akan cr peluang melarikan diri dari apa2 saja benda baik.

Tanpa Nama berkata...

Aku dulu sekolah kat negeri Johor. Dulu sebelah pagi sekolah akademik. Sebelah petang, sekolah fardhu ain. Sekolah fardhu ain ini wajib. Masa batch aku, dan sebelum (senior), dan dan 1 selepas (junior). Waktu persekolahan kita orang sama iaitu Sekolah pagi darjah 3, sekolah petang darjah 1. Selepas itu, Jabatan Agama Negeri Johor selaraskan waktu persekolahan, jadi sekolah pagi darjah 1-sekolah petang darjah 1.

Sepanjang persekolahan aku sesi petang. Terdapat 2 sesi; 2.00ptg-4.30ptg dan 4.00ptg-6.00ptg. Untuk sesi pertama adalah budak-budak darjah 1-3 sahaja. Manakala sesi kedua untuk pelajar darjah 4-6 sahaja.

Waktu solat?
Memang diberi waktu solat iaitu solat Asar. Kebiasaannya dapat solat berjemaah dengan budak-budak sesi pertama. . Zohor? Of course budak-budak sesi pertama dah solat zohor dan makan, dorangkan balik sekolah pagi pukul 1 ptg. Budak darjah 4-6 (tingkatan 1-3) balik sekolah pagi pukul 2 ptg.


reset_root

Tanpa Nama berkata...

hurm...selain skolah kbgsaan, mmg mak ayah kena hantar anak pi skolah aagama. mmg nmpk dorg penat...tp kalau rasa diri sendiri tak dpt nak ajar anak2 ttg solat, eloklah beri pendedahan agama sket kat luar...

skolah agama mmg akan ada solat berjemaah.

-Mak-

Tanpa Nama berkata...

aku ada soalan mantot. antara tudung dan solat mana lebih penting? andai kata kanak2 yang dah akhil baligh disuruh bertudungn dan solat, mana satu ko prefer buat dulu?

-tulat

Tanpa Nama berkata...

Wahai Tulat,

tudung ni antara part aurat dan menyekat pandangan sesama manusia.. tak sepenting Solat.. sebab solat ada orang ke takda ke sibuk mana pun kena solat wajib..

Kalau takda orang tak perlu pun nak tutup aurat lol :) nak bogel ke apa pon boleh lol..

Apapun jangan confuse aurat tu BUKAN tudung tetapi aurat wanita adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan..

Hadramawt Kingdom berkata...

Agreed!

Tanpa Nama berkata...

aku sekolah rendah kat u.k
waktu break sgt lama siap leh makan, main dan semayang
budak2 melayu siap solat jemaah lagi.
balik mseia, hancusss

satu lagi, aku kat sna sekolah kerajaan ek, bukan private

Hanz Edison berkata...

aku sekolah kat KL dari kecik sampai besar. sekolah rendah 6 bulan pg, 6 bulan sesi petang. sekolah menengah ting 1-2 petang, ting 3-6 pg. x pernah aku tgk sekolah aku sediakan masa yg khas untuk solat. zohor ke asar ke, xde. nk solat kena masa rehat atau minta pelepasan g solat. sama yg mantot cakap. kdg2 cikgu x bg kata habiskan kelas dia dulu. itu sekolah aku, sekolah2 lain pun aku tgk sama je. so apa mantot ckp tu btol. mgkin la sekolah korang baik sikit, dpt guru besar m cikgu2 yg mementingkan hal ni. TAPI ADA TAK KEWAJIPAN UNTUK PIHAK SEKOLAH SEDIAKAN MASA SOLAT??? xde kan. yang ada cuma masa kelas n masa rehat. so tgk balik dasar pendidikan kita.

norinaomar berkata...

terima kasih atas entry ini..
tapi maaf ye, di johor sekolah agama petang ada masa untuk solat asar..murid tahun 1 sampai 3 masuk pukul 2 sampai 3.30..memang sempat solat..kalau yang tahun 4 sampai 6 masa solat asar,guru2 dia buat solat asar berjemaah..masuk sekolah agama semula kalau nak tahu realiti..terima kasih