April 12, 2013

Awkward Agama : Kenapa Ramai Budak-Budak Sekarang Muka Diorang "Punchable" ?

Cikgu Zaman terus menulis di papan putih. Hatinya berang betul melihat kelakuan Azlan. Sudah berbuih mulut dinasihatinya remaja itu tapi remaja itu langsung tak endahkan tegurannya.

Azlan berdiri mencuka. Hatinya panas. Sangat panas. Sudah la semalam kekasihnya minta putus, hari ini baru aje masuk waktu kelas kedua sudah diarah berdiri atas kerusi. Ada mulut yang sedikit ketawa. Rakan-rakan dia hanya mampu tunduk. Ketua kelas mereka hanya mampu menggelengkan kepala. Azlan betul-betul panas hati hari tu.

"Hoi jahanam!" Satu kelas senyap.

"Hoi lancau!" Cikgu Zaman berhenti menulis. Dia berpaling ke belakang. Dia kenal suara siapa itu. Azlan. Kawan-kawannya cuba menenangkan Azlan yang sudah memburai kemarahannya. "Pukimak punya cikgu.." cakap Azlan perlahan. Cikgu Zaman berpusing memandang Azlan.

"Kenapa ni Lan? Apa lagi yang awak tak puas hati dengan saya?" tanya Cikgu Zaman tegas.

"Kalau kau tak bagi aku turun, aku rogol bini kau.." jerit Azlan. "Ya Allah, apa ni Lan?" Haris, ketua kelas cuba menenangkan keadaan.

"Woi bapok, kau pegi mampos. Kaki jilat bontot aje kau ni," Azlan turun dari kerusi. Wajahnya merah saga. Cikgu Zaman melangkah mendekati Azlan. "Kau ingat aku tak tau rahsia kau?" bisik Azlan.

"Rahsia apa ni Lan? Apa awak merepek ni?" tanya Cikgu Zaman terpinga-pinga.

"Kau ingat aku tak tau apa kau buat setiap hari?" jawab Azlan sambil sengih. "Kimak punya manusia...dia sendiri tak betul nak nasihatkan aku."

Cikgu Zaman terkejut mendegar ayat Azlan. "Apa awak cakap ni Lan?" tanya Cikgu Zaman. "Gelabah ke bang?" Azlan sengih. Sudah lama dia menunggu saat ni. Saat dia mencapai kebebasan sebenar.

"Lan...kau bior betol bro? Kan kita dah janji hari tu? Nak dekat SPM dah ni..." pinta kawan-kawannya. Azlan penuh dengan emosi. Nasihat langsung tak didengarinya. "Cikgu..boleh cikgu ikut saya sekejap?" minta Azlan kepada cikgunya sendiri. Cikgu Zaman terpinga-pinga. Mereka keluar sebentar, satu kelas meluru keluar melihat mereka. Cikgu Zaman dan Azlan berjalan seiringan ke satu jarak yang agak jauh dari kelas mereka. Beberapa saat kemudian, mereka hilang dari pandangan. Kedengaran bunyi orang menjerit.

Habis semua kelas meluru keluar apabila kedengaran suara kuat menjerit sakit. Ramai yang nampak Azlan terbaring. Seolah-olah ditumbuk oleh Cikgunya sendiri.

"Cikgu dah gila ke?" tanya Azlan. Cikgu Zaman tunduk lalu mencekak kolar baju Azlan. Mahu saja dihumban budak itu supaya kepalanya terhentak di simen. Wajahnya bengis tidak simpati. Diayun tangannya dan bertubi-tubi wajah Azlan dilanyak oleh buku limanya.

"Cikgu, sudah cikgu, bawak mengucap!" jerit beberapa orang cikgu lain yang berlari ke tempat kejadian. Pengetua, Cikgu Basir hadir. Wajahnya sugul melihat Cikgu Zaman meradang. Darah merah mengalir membasahi baju putih Azlan."Ya Allah,Man. Kenapa ni Man?" Cikgu-cikgu lain membuat sekatan supaya tidak ada orang lain masuk campur. Cikgu Basir melangkah ke depan mendekati mereka berdua.

Cikgu Zaman tunduk sayu. Di atas rumput ada sebuah telefon pintar. Pengetua mengutip telefon tersebut. Ditekan butang ditelefon dan kelihatan gambar seorang perempuan tidak berpakaian mengangkangkan kaki. "Ya Allah!" Cepat-cepat Cikgu Basir memalingkan mata. "Kenapa awak bawak gambar lucah dekat sekolah ni? Dah la gambar lucah orang Melayu? Tak malu ke?" Tanya Cikgu Basir kepada Azlan senyap-senyap. Tidak mahu orang lain dengar.

"Itu gambar anak saya cikgu.." Cikgu Zaman menggeletar pabila menyebutnya pada telinga Cikgu Basir. Cikgu Basir menepuk dahi.

"Dah puas kau tumbuk aku Cikgu? Hahaha.Anak sendiri bohsia pun tak tau!" Azlan bangun dari jatuh. Semua rahsia kau aku dah tau la bodoh! Bapak bodoh, perangai macam anak haram! Anak pulak bohsia...sesuai sangat la tu." Cikgu Zaman hanya mampu menggeletar menahan sedih bercampur marah. Mahu dipancung kepala si Azlan pada ketika itu tetapi perasaan kecewa melihat anaknya sedemikian rupa membuatkan dirinya hanya mampu kaku di situ.

Cikgu disiplin hadir sambil berlari-lari anak. "Cikgu Ahmad, tak apa. Ini kes pelajar dengan guru. Biar saya selesaikan," jawab Cikgu Basir kepada guru disiplin. Beliau mengangguk tanda setuju. "Mari kita ke bilik saya," ajak Cikgu Basir kepada Cikgu Zaman dan Azlan.

Pelajar-pelajar mula tertanya-tanya apa yang terjadi. Rakan-rakan Azlan hanya mampu mengeluh kerana sedar walaupun apa yang Azlan lakukan adalah keterlaluan, Cikgu Zaman mungkin akan dikenakan tindakan disiplin. Mungkin juga mereka bakal hilang khimdat guru untuk menghadapi SPM yang tak lama lagi.

Sejuk udara di bilik Cikgu Basir. Biliknya dipenuhi dengan poster-poster motivasi diri dan sijil-sijil yang pernah diterimanya sepanjang kariernya. "Saya rasa awak bertindak keterlaluan.." jelas Cikgu Basir. Azlan tunduk. Wajahnya langsung tidak ada rasa kecewa walaupun Cikgu Zaman sedang teresak-esak di sebelahnya.

"Saya terpaksa laporkan apa yang terjadi ni ke pihak polis. Azlan, apa yang terjadi antara awak dengan anak Cikgu Zaman itu antara awak dengan pihak polis nanti,tapi apa yang terjadi tadi, saya akan ambil tindakan mengikut bidang kuasa saya," terang Cikgu Basir.

"Cikgu..." panggil Azlan. "Apa dia?" tanya Cikgu Basir.

"Boleh saya berbual dengan cikgu berdua sahaja?" tanya Azlan, sopan. "Man, harap maaf,mintak tolong kerjasama cikgu." Cikgu Zaman melangkah keluar sebentar. Raut wajahnya sugul tidak bernyawa. Hampir 10 minit Cikgu Zaman termenung keseorangan sambil diperhatikan oleh kerani-kerani sekolah yang buat-buat sibuk menaip, padahal mereka ingin sangat nak tahu apa yang terjadi.

Azlan membuka pintu lalu keluar dari bilik pengetua. "Turn kau pulak bapak tak guna!" Herdik Azlan. Cikgu Zaman melangkah longlai sambil imej anaknya terus melekat diimaginasi. Tidak disangka-sangka anak perempuannya sebegitu. Entah sudah berapa kali diceroboh oleh Azlan, tidak diketahui pula.

Cikgu Zaman duduk. "Saya minta maaf sebab lama pula perbincangan tadi Cikgu. Beginilah, lepas mendengar kisah dari si Azlan tadi.." Cikgu Zaman merenung lantai.

".....Saya rasa tindakan terbaik untuk pihak sekolah adalah untuk buat siasatan hanya diperingkat sekolah. Tapi untuk apa yang terjadi tadi, saya akan serahkan kepada Lembaga Disiplin Pejabat Pendidikan Daerah. Kita tunggu respon dari pihak Nazir sekolah nanti,"

Cikgu Zaman terkejut. Dia tak sangka sekelip mata berubah kedudukannya. "Kenapa cikgu?"

Cikgu Basir mengelap peluh didahi walaupun suasana dingin. "Saya takut reputasi sekolah terjejas. Lagipun kalau boleh saya mahu Azlan ambil peperiksaan SPM ni.."

"Macam mana pula dengan anak saya Cikgu?" tanya Cikgu Zaman kecewa.

"Cikgu..." Serius wajah Cikgu Basir. "Jika cikgu ingin bawa kes ni ke balai, cikgu boleh buat. Tapi.." Suara Cikgu Basir terhenti.

"Tapi apa Cikgu?" tanya Zaman berang.

"Azlan kata kalau perkara ini sampai ke pihak polis, dia akan sebarkan gambar anak perempuan cikgu," jawab Cikgu Basir.

"Ya Allah.." Sayu hati Cikgu Zaman.

"Sabar Cikgu, tapi..... bagaimanapun, sebab kes tumbuk menumbuk tadi berlaku di kawasan sekolah, saya terpaksa buat internal investigation tapi pihak nazir akan tetap dimaklumkan," terang Cikgu Basir. "Lagipun, saya tak mahu media tau benda ni, kita pun tahu siapa ayah si Azlan tu."

"Humphh..." Cikgu Zaman mendengus.

"Mulai esok, cikgu akan digantung kerja sementara penyiasatan dan keputusan dilakukan. Mintak tolong berikan kerjasama kalau pihak sekolah atau lembaga disiplin telefon untuk dapatkan maklumat," beritahu Cikgu Basir. "Cikgu boleh balik ke rumah sekarang."

Cikgu Zaman longlai menolak pintu. Macam mana dia mahu menghadapi keluarganya. Apa perlu dia katakan pada anaknya apabila anaknya pulang dari sekolah nanti? "Mira, kenapa bagi si Azlan dara Mira? Kenapa bagi budak lelaki tangkap gambar Mira sebegitu?"

..............

Azlan melangkah bergaya ke dalam kelas walaupun bibirnya pecah dan bajunya merah kesan darah. Semua orang tertanya-tanya kenapa dan apa yang terjadi. Azlan duduk dikerusinya yang terletak di belakang sekali lalu tersandar, sengih kerana puas.

"Lan Togak, lu kasi setel pakai gambar awek lu ke? Yang lu pegi tayang gambar si Mira dekat bapak dia kenapa bro?" tanya Hasanudin atau lebih dikenali sebagai Hasan Miguel.

"Puas hati aku, berlagak sangat. Menangis anak haram tu tadi. Puas hati gua," lagak Azlan menjijikkan, tapi rakannya semua bertepuk tangan. "Hei pondan, kau pandang2 belakang tu pahal?" herdik Azlan kepada ketua kelasnya. Cepat2 ketua kelas memandang ke depan."...Tadi guru besar nak bawak kes ke polis. Aku terpaksa guna secret weapon aku," bisik Azlan.

"Kau dah gila ke Lan? Kan kita dah janji video tu kita nak tayang kalau dia ada carik pasal dengan kita?" tanya Hasan Miguel lagi.

"SPM dah dekat dah bro! Lepas ni dia mana boleh sentuh kita lagi dah! Lagipun aku tak tunjuk pun, aku cakap aku ada bukti dia selalu dating dengan cikgu praktikal tu...." cerita Azlan, bangga berbaur suka hati.

"Dah tua pun nafsu liar bro. Nak gak carik gadis muda ni," terang Hasan Miguel. Azlan sengih lebar."San, lu ada dunhill?"

Hasan menepuk beg. "Ada lagi, tapi tak banyak..cukup la nak celebrate."

"Jom!" ajak Azlan melangkah bangun."Cantik, port biasa?" Hasan Miguel bangun menurut disertai oleh Joe Kambing dan Yoe Unta. "Ciow dulu semua!" kata Azlan sambil membuat gaya seperti seorang konduktor orkestra menamatkan persembahan.

"So sekarang ni, awek mana pulak lu nak try Lan? Mira dah off limit. Berair la kepala lu sehari dua ni?" tanya Yoe Unta, sambil tangan menyeluk mencari lighter yang disorokkan dalam beg.

"Takpe. Aku ingat nak stay single dulu, betina Mira tu kalau lu nak sebat, lu sebat.Aaku ingat malam ni aku nak celebrate, bapak aku ada bagi dua ratus. Jom singgah 7-E dulu beli six pack," jawab Azlan.

"Alhamdulillah!" Sahut kawan-kawannya sambil tangan diangkat tanda bersyukur yang amat sangat..

21 ulasan:

juruteknik cabuk berkata...

realiti zaman sekarang..macamana nak hadapi realiti kehidupan zaman sekarang..takutnya.

mr edz berkata...

hassan miguel? sedap nama tu...

Tanpa Nama berkata...

mmg layak kena terajang

Laici berkata...

realiti budak2 sekarang.... dari gambar2 budak2 yg gangster pukul ketua kelas tu, bermanja, rapat ngan awek bagai..dah tak dapat bayang kalau dah buat perkara bukan2...kalau tingkatan 3 dah berani dukung,,peluk pegang2 awek...rasa2 lama2 apa dorang blh buat? syaitan asyik tiup nafsu..


aku simpati ngan mak bapak cam cikgu zaman tu....kadang2 mak bapak dah usaha yg tbaik didik anak2,tapi persekitaran yg kotor dan contoh2 kt tv,filem, akan halang,susahkan mindset anak2 utk jadi baik..

Tanpa Nama berkata...

Tiba2 aku rasa sedih menghayati watak cikgu azman tu... Tapi yang mira gi kasi dia punya dara pada Azlan bakpenya? Cikgu tu mcm takut jew..

Tanpa Nama berkata...

seyes weiii aku takut nk menghadapi realiti masa dpn membesarkan anak zmn skang..

Unknown berkata...

cikgu zaman masih x berubah nampaknye. Dulu transfer 24jam dari sek.lama kes bw budak form 6 khlwt dlm kete kancil. Sjk ade kete baru ngajo sek.baru buat hal ngan ckgu prktikal lak...tu yg ank isteri frust tu

Pendidik perlu terdidik sblm mendidik ank-ank didik...eh sedap lak bunyinye

-thethinker- berkata...

cikgu basir laa yg ada link ngan cikgu praktikal tu.. pasai tu dia nak cover lan togek..

Irfa berkata...

# aku baca

Xeno berkata...

Macam fuckoff je perangai budak-budak sekarang. Dengan cikgu biadap. Bila pegi TS buat tarian ska kat tengah-tengah dataran cam jakun

Tanpa Nama berkata...

"Alhamdulillah!" Sahut kawan-kawannya sambil tangan diangkat tanda bersyukur yang amat sangat.. - pandai bdk2 ni bersyukur, pandai abg ajib asuh..

Tanpa Nama berkata...

Perghh gile sakit dowh kena situasi macam cikgu zaman tuh..kena pulak si azlan ada upper hand dalam kes ni..aduh sakit2..serius lepas baca kisah ni menguatkan lagi sebab untuk aku stay single for the rest of my life I guess? benda2 macam ni la yang aku takut..at least by staying single, you save yourself from semua masalah2 teruk macam kat atas..Single FTW!

Tanpa Nama berkata...

Kalau aku jadi Zaman. Aku siat kulit budak Lan tu. Pastu aku tayang depan kawan-kawan dia.

Soal kena tangkap, gantung belakang kira, janji syaitoonnn bertopengkan manusia dihapuskan.

Bila dalam penjara boleh buat permintaan terakhir. Main gitar sambil guard rakam suara.

Zonkers berkata...

Aku cukup kagum dengan bakat story telling ko Mantot.

Aril berkata...

Adakah cerita ini ditulis berdasarkan kisah benar? Kalau btul, aku rsa dh x sanggup nk hidup kt dunia ni lg...

Tanpa Nama berkata...

ibubapa skg ni terlalu memanjakan anak. tp salah ke memanjakn ank?? ntah aku pon xtahu mana silapnya...

Nitro berkata...

teringat aku tentang GTO macam mana dia ajar budak2 yg ugut dia tu..

Tanpa Nama berkata...

Ujian umat zaman sekarang (Nabi Muhammad S.A.W) kurang ganas dan zalim berbanding dulu.. Zaman dulu nak beriman sebut nama Allah je pun kena siat kena rejam kena bakar..

Tak caya ? Buka baca Quran kisah2 nabi.. tapi kalau tak caya Quran tal dapek nak tulung lar..

Mungkin kisah budak dii atas agak zalim dan kejam memerasugut cikgu tapi masih tidak berapa kejam.. Mereka berani kerana dibiarkan tanpa tindakan sewajarnya juga kerana kelemahan pemimpin iaitu cikgu dalam cerita di atas..

Ramai pemimpin punya kisah gelap dan rahsia ini menjadi modal yang digunakan oleh orang2 tertentu dalam mengugut dan mengaut keuntungan..

Aslina berkata...

Serious kdg2 aku tatau apa yang bebudak camtu pikir... Kat rumah, menipu mak ayah... Kat skolah cari pasal dengan cikgu, ada pasangan, berzina plak tu.

Dorang tak pikir masa depan ke??

Citer ko real la mantot. Buat drama laku nih. Hehe

CheguBaru berkata...

tak terkejut. budak sekolah rendah pun dah pandai cemolot belakang surau.Ini kisah benar.

Tanpa Nama berkata...

To my dear aslina majid

Awak comel. Nak kenal boleh??

Megah Angkasa

(Maaf tuan tanah, off topik kejap)