April 26, 2013

Awkward Agama : Dia Claim Dia Islam Tapi Bila Ditanya Bab Fardhu Ain Dia Suruh Rujuk Ustaz

Minggu lepas, bila aku tulis pasal jodoh dan kau kena yakin aje yang "orang baik untuk orang baik, orang tak baik dapat orang tak baik" ada beberapa orang yang mempersoalkan benda tu. Jadi aku letakkan mana aku dapat benda tu dan kemudian ada yang letak letak balik link satu explanations panjang yang merungkaikan apa yang sebenarnya maksud benda tu. Dengan harapan aku baca. Haha.

Aku secara jujur, aku cakap, kalau dengar ceramah agama yang sikit2 ada hadis, sikit ada penerangan panjang lebar, aku malas nak dengar. Bukan sebab aku tak suka, tapi sebab bila aku dengar ceramah, aku expect isi dia direct, simple dan senang nak paham. Kalau dia quote hadis dan baca tafsiran ayat Quran bermacam2 pun tapi cara penyampaiannya berbelit2...kurang kan minat kita nak dengar?

Sebab itu Azhar Idrus sangat refreshing. Dia direct...menghampiri kasar kadang2. Tapi untuk orang macam aku, itu lah dia cara yang berkesan. Sebab aku tak suka benda2 pasal agama ni dicomplicate. Hidup kita sudah sangat complicated hasil daripada pelbagai jenis distraction lain, benda pasal agama, aku nak dia simple dan mudah faham. Bila kita complicatedkan, kita jadi la macam orang kita sekarang ni.

Kenapa kita suka complicatekan hidup kita? Terlalu besar tajuk tu jadi aku kecikkan skop gunakan perbincangan pasal jodoh dan kahwin.

Jodoh. Kahwin. Sebenarnya benda tu simple aje kan? Apa benda yang wajib masa kahwin? Rukun nikah. Apa dia rukun nikah tu? Sepasang lelaki dan perempuan yang nak kahwin,Wali, Akad dan Saksi. Tapi apa yang orang kita buat sekarang? Kita letak beberapa step yang kita "mesti" kan. Mesti ada. Mesti buat. Mesti penuhi.

Sebelum kahwin ;

1. Mesti try couple
2. Dah couple, mesti dating.
3. Dah dating, mesti boifren belanja makan.
4. Dah lama couple, mesti ringan2 (sesetengah orang)
5. Dah nak kahwin, mesti propose dulu.
6. Dah propose, mesti kena set up proposal macam orang putih.
7. Dah propose, kena ada hantaran.
8. Dah siap hantaran, kena inform kat Facebook.
9. Mesti ada sesi photoshoot pre-wedding.

Time kahwin ;

1. Mesti grand.
2. Mesti ada pelamin.
3. Mesti makeup tebal.
4. Mesti ada keris.
5. Mesti ada karaoke.
6. Mesti ada tepung tawar.
7. Mesti tukar  baju ikut event.
8, Mesti ada photographer ikut untuk 3 hari.
9. Mesti itu, mesti ini.

Nak berkahwin ikut Islam ;

1. Berkenalan. Takleh dating.
2. Bertunang melalui ibu bapa wanita.
3. Kahwin ikut basic 5 rukun nikah
4. Malam pertama.

Kau nampak tak macam mana complicatednya kita jadikan hidup kita dan betapa senang sebenarnya hidup kita ni kalau kita ikut betul2 apa yang agama suruh?

Sebab itu aku cukup terkejut bila ada yang mempersoalkan mengenai ayat 26 Surah AN-Nur tu. Maksud ayat tu ; "Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."

Kau boleh baca sendiri apa benda kisah di sebalik ayat tu dan kenapa ayat tu diturunkan. Tapi lihat betul2 ayat2 tu dan buang segala emosi, buruk sangka dan apa lagi yang bersarang dalam kepala kau. Nampak tak kenapa ayat tu diberi dekat kita untuk baca? Kau tak perlu ilmu agama dalam2 pun untuk faham mesej paling ketara ayat tu.

Ayat tu nasihatkan kita supaya jadi orang baik! Itu ayat Quran. Kalau semua benda kau nak kena rujuk Ustaz, parah la kalau orang Melayu benda senang camtu tak reti nak fikir sendiri.

Kalau semua orang cuba jadi baik, pilihan jodoh dikalangan orang yang baik akan jadi lebih ramai. Kalau ada 3 laki dan 3 perempuan dan semuanya berusaha ke arah kebaikan, jodoh diorang adalah antara 3 orang dalam tu la. Tapi dunia ni tak semuanya macam tu. Ada orang baik dia rasa tak fair suami dia cilaka. Ada suami buruk rasa diri dia bagus. Ada isteri yang tah hapa2 tapi kuat complain pasal suami dia dekat orang ramai...kemudian pertikaikan ayat tu.

Cuba la kau tunjuk ayat tu dekat suami kau, isteri kau yang kau tak puas hati dengan dia. Tengok respon dia. Kalau respon dia adalah "kau ingat kau baik sangat?" itu maknanya, dengan kau sendiri ada something wrong.

Kesimpulannya, jadi baik. Kalau kita semua berusaha ke arah tu, Insya Allah jodoh kita dan paling penting  jodoh anak2 kita datang dari orang yang baik sebab orang keji ni dah berkurangan.  Kenapa perlu complicatekan pemikiran? Kenapa perlu susahkan semua benda dengan bermacam perkara tak perlu? Yang paling pelik, masa kahwin baju "mesti" cantik. Tapi baju kahwin yang "mesti" cantik tu la terdedah sana-sini. Suami pun sengih aje memanjang sambil usap2 keris duk bersanding atas pelamin.

Yang "mesti" kena buat dan diberikan perhatian. Yang "Wajib" diabai dan tak ambik peduli. Itulah dia perangai sesetengah Melayu sekarang. Benda senang pun tak dapat nak difikirkan sebab duk ambik kira emosi dan kemahuan sendiri. Last2 semua benda pasal agama, jadi complicated.

22 ulasan:

Unknown berkata...

macamana pulak kenduri kawin tot? bukan wajib ke? tp bersederhana la mksd aku..bkn membazir..

Tanpa Nama berkata...

Kenduri kahwin atau menghebahkan/ memberitahu perihal perkahwinan, utk elak fitnah.

I like your post.

aitotyati berkata...

well said!

Tanpa Nama berkata...

Part yang paling best, part yang malam pertama tu

Kah kah kah

WAK berkata...

Islam di akhir zaman adalah ASING,dan beruntunglah siapa yang duduk di dalam ASING itu... (lebih kurang maksud)

Tanpa Nama berkata...

aku setuju sgt dgn ko mantot..& aku pasti ramai gak yg setuju...tp bila time dieorg nk kawin je, semua lupa...maka terikut la dgn budaya melayu skrg ni...utk majlis yg beberapa hari je, beribu2 habis, hutang sana sini....kalau yg mampu pun, biar la cara yg sederhana....bukan ke nabi suruh bersederhana dalam kehidupan kita...

Tanpa Nama berkata...

TU la masalahnye syaitan berbisik "macam la kau baik sangat" hati yang tercemar iakan dan jadi la gaduh..

cungkil kesalahan masing-masing kelemahan.. jadi defensif.. gedebak gedebuk..

So bila orang start kelaur macam tu memang ada masalah hatid ia.. diam jangan layan atau curah minyak pada api.. :)

robad66 berkata...

dah lama follow cursing malay tapi ni baru 1st time nak komen....terbaeekk la bro....aku suka gaya penyampaian kau,macam aku tgh dok depan kau dgr kau cakap.....teruskan bro....mohon izin share tulisan bro di wall saya...

eric berkata...

Rahsia.

eric berkata...

Rahsia.

eric berkata...

Rahsia.

Aril berkata...

Aku x setuju kalau ada ustaz bagi fatwa tanpa nyatakan hadis atau ayat Quran, dgn alasan supaya org mudah faham.

Islam dibina bina atas dalil (hadis& Quran) dan hujah. Oleh itu, setiap hukum dan fatwa dari seseorang mesti disandarkan pada dalil yg kukuh. Masyarakt mesti dididik (walaupun tahap pendidikan dia hnya UPSR sahaja) supaya meminta dalil atau hujah atas setiap dakwaan dan fatwa.

Sama juga spt urusan duniawi, setiap dakwaan mesti ada rujukan dari journal, kajian atau buku berkaitan.

Menerima sesuatu dakwaan/fatwa tanpa dalil akan mewujudkan masyarakat yg mls berfikir, jumud dan taksub.

Adi Zhaf berkata...

yup zaman sekarang lebih materialistik..nak kawin duit..betul lah tapi jangan lah sebabkan nak grand niat nak kawin tu tepakse ditundekan..sebaiknye lau duit da cukup untuk kahwin - kahwin je terus =)

Hani. S berkata...

Macam biaslah, aku ada part setuju ngan kau, tapi ada sedikit aku nak tambah.Bab dengar ceramah sedikit-sedikit letak dalil tu kau tak suka dengar, itu pendapat kau sendiri kalau tak nak dengar, suka hati kau.
Tapi kalau kau kata benda tu mengcomplicated kan perkara tu, itu aku tak setuju. Ada sebab kenapa ulama' sampaikan ilmu macam tu, penuh dengan dalil dan hujah sokongan. Sebab tu orang belajar agama tinggi-tinggi, bukan takat sekolah rendah agama untuk mampu bergelar ulama(orang2 yang berilmu), sebab nak belajar agama bukan senang mcam tu.
Target audience pun menentukan cara penyampaian ilmu, kalau UAI tu memang target dia orang biasa yang majoritinya sederhana ilmu agamanya. Eloklah dia sampaikan macma tu. Tapi aku percaya UAI masa dia nak belajar ilmu agama dia bukan dengar yang direct terus, dia mesti belajar buka kitab, dengar kuliah dalil kiri kanan.
Aku faham maksud kau, tapi tu ah aku nak tambah kat sini, ada sebab kenapa tafsiran dan penerangan satu ayat tu dalil dia banyak, sebab memang perlu.Bukan saja2 nak complicate kan benda. Dan ada sebab kenapa kita kena rujuk ustaz terhadap perkara agama, sebab yang sama kenapa kita rujuk doktor dari saja2 orang biasa.

Tapi aku setuju dengan kau bab kita kena baik baru dapat jodoh yang baik. dan aku setuju dengan kau kalau benda setakat rukun solat, rukun islam, rukun iman tu, kalau takat nak senaraikan kita kena tahu, kita boleh senaraikan. Tapi aku boleh jamin bukan semua rang boleh bagi dalil bagi tiap benda2 tu. Sama macam bila tanya orang biasa kalau sakit kepala, paling kita orang biasa boleh cakap, pergi minum air, banyakkan rehat makan ubat panadol, tapi doktor dia boleh bagi reason kenapa kita sakit kepala atau entah2 ada tumor ke apa dia boleh tolong diagnose kan. Imam Syafi'e, Imam Ahmadi, dan yang lain2 tu bukan senang2 nak keluar kan pendapat dan mazhabnya, begitu juga dengan para ulama dalam mengeluarkan pendapat dan penerangan.

Selamat mengundi Mantot.

Tanpa Nama berkata...

Aku faham maksud ko Mantot..
memang Islam ni mudah sebenarnya..
Tapi sebab manusia ni pelbagai..
So pelbagai jenis la pulak kaedahnya..

Hadis penjelasan etc tu as for reference dalam sesuatu hukum.. dan ramai orang suka Ustaz Azhar Idrus sebab dia direct.. bagi kesimpulan.. kalau orang tanya sesuatu masalah.. dia ada juga bagi rujukan hadis etc.

Dia ni bagus sebab dia ada juga bagi corss refernece dari pelbagai mazhab.. Jadi kalau suatu hukum tu mempunyai pandangan lain dari ilmuan lain dia habaq.

Islam tu sesuai untuk pelbagai jenis dan lapisan untuk ahli mathematik leh jadi pelbagai rumus dalam quran.. untuk berfalsafah ada untuk bersajak puisi juga ada.. untuk jenis suka mengkaji pun ada..

untuk orang awam just simple straight to the point aje la kan.. :)


susumanis berkata...

suami isteri cermin masing masing, kalau rasa suami jahat cuba renung masa silam, pe silap diri,kadang kita rasa x buat maksiat mcm pasangan buat tapi kurang ajar gan mak bapak, kadang x kaki pukul cam laki, tapi dedulu nak laki main bomoh cara islam..sure de sebab, cari dan cari sure jumpa sbb tiada yang benar melainkan apa yang tercatat dalam Al Quran, surat cinta abadi dari Allah swt utk semua hambanya

Tanpa Nama berkata...

antara alasan orang tak puas hati pasal" jodoh yang baik adalah utk org baik dan vice versa" adalah

abis tu npe isteri firaun asiah yang kuat imannya

abis tu nape nabi luth dapat bini yang kafir


tapi orang2 nih lupe, npe tak tgk nabi muhammad, cmne bini dia, anak2 dia. sume soleh2 belaka.

kan nabi dah cakap" perumpamaan aku dengan nabi2 sbelum ini adalah seperti seorang lelaki yang membina bangunan kemudian memperelok dan mencantikkannya kecuali batu bata di suatu sudut.ketika manuasia lalu disekeliling banaguana itu berkata, cantik kalau ada batu bata disudut ini. maka akulah batu bata itu dan penutup segala nabi"

simply put, nabi muhammad diturunkan untuk penyempurnaan agama. agama2 dibawa nabi2 sebelum masih belum complete.

so, nak compare, compare la dgn nabi muhammad, takyah la nak compare dgn jodoh2 masa zaman nabi lut ke hapa ke. kalau agama dulu dah complete asal tak ikut je kitab sebelum nih. stil quran jugak yg lengkap kan.

tu la baca hadis nabi tanak

Tanpa Nama berkata...

Suami pun sengih aje memanjang sambil usap2 keris duk bersanding atas pelamin.

keris yang mana ni tot? keris tajam ke 'keris' tumpul?

kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa ramai tak paham point aku.. Mari aku terangkan buat orang yang MAHU BERFIKIR dan mengkaji keseluruhan Al-Quran ayat-ayat Allah.. bukan hanya ambik satu ayat dalam Al-Quran dan buat kesimpulan.

betul isteri yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya tu umum.. :) dan kebiasaannya Allah temukan dan pasangkan manusia sebegitu.. tu majoritinya.. itu yang diterangkan dalam ayat An-Nur.. memang betul..

Walaubagaimanapun.. kadang Allah tak bagi macam tu ada sebab jadi kena fikir dan kaji.. lebih mendalam..

1) adakah ianya ujian buat kita? menguji keimanan kita? Manusia diuji dengan pelbagai jenis ujian bedasarkan kemampuan masing-masing.. Allah maha mengetahui.

2) adakah ianya peluang bagi kita untuk mendapat pahala? membentuk dan memimpin isteri jadi baik. Ingat pintu taubat sentiasa terbuka jadi orang yang kita kenal jahat mungkin boleh bertaubat atau akan bertaubat dan menajdi sebaik-baik manusia kita kenal. Ramai sahabat nabi dulu orang kapir ada yang panas baran ada juga yang jadi pembunuh tetapi datangnya Islam memberi hidayah kepada mereka untuk menjadi insan lebih baik...

3) mungkin kita ini tidak la baik mana yang kita fikirkan.. :) jadi muhasabah diri bersihkan dan jadi baik dan bimbing isteri keluarga kita jadi baik..

Jadi jangan la sempitkan aqal kita bila sesuatu jadi tidak menepati apa Al-Quran kata.. sebab kita mungkin terlepas ayat-ayat lain dalam Al-Quran..

Al-Quran itu buat panduan buat semua umat buat semua makhluk Allah.. bukan mausia saja bukan untuk orang-orang Islam saja..

Allah itu maha mengetahui setiap sesuatu.. Mari la kita kaji Al-Quran dan bermala berbuat baik semoga kita mendapat balasan yang baik.. InShaAllah..

Tanpa Nama berkata...

Al-Quran itu untuk semua.. bukan untuk orang yang dah sedia baik untuk orang jahat nak jadi baik pun ada untuk orang baik nak jadi jahat pun ada peringatan dan sebagainya..

Saya yakin Al-Quran untuk semua ianya tetap ada tak kira situasi dan keadaan apa kita lalui semua ada dalam Quran. Cuma kita mahu melihat dan mengajinya atau tidak.

Jadi panduan untuk suami baik dapat isteri baik ada.. untuk suami baik dapat isteri jahat pun ada ada isteri dapat suami buruk pun ada.. cuba la buka dan kaji keseluruhan Al-Quran.

Panduan dalam Quran juga untuk semua termasuk orang kaya orang miskin orang sihat orang sakit orang nak mati semuanya ada..

Tak caya? Sila kaji dan belek Al-Quran dari awal sampai akhir anda akan temui segala macam panduan yang sesuai untuk kita.. dan untuk memudahkan kita lagi sila semak juga hadis kerana hadis juga bersandarkan Al-Quran menjelaskan lagi Al-quran. Kalau hadis dan Al-Quran tak paham sila beleh terjemahan dan tafsir Al-quran dan Hadis yang telah dibuat oleh golongan cendiakwan Islam.

Insya'Allah anda akan temui segala jawapan kepada persoalan anda.

plain83 berkata...

secara semulajadinya manusia dilahirkan baik dan cenderung untuk ke arah kebaikan... yang menjadikan manusia itu jahat adalah syaitan dan iblis yang sememangnya kerja mereka menghasut anak2 adam sekalian... oleh itu marilah kita berbuat baik dan memperkukuhkan iman dan akidah kita selagi masih ada masa...

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa satu yang dekat dengan kita ialah hati. Ini adalah tempat perasaan, jiwa dan emosi setiap manusia. Hatilah yang mendorong manusia untuk jadi baik atau jahat.

Mari kita bersihkan hati kita dari dihuni oleh rasa benci kianat hasad dengki dan segala macam sifat busruk iblis dan syaitan..