Mac 30, 2013

Ustaz dan Ustazah Kat Sekolah Tak Kerja atau Ada Yang Kaki Ponteng Sebenarnya?

Kecantikan dimiliki aktres terkenal, Rozita Che Wan, tidak perlu dipertikaikan lagi.

Meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun, wajah dan susuk badannya setanding anak dara di luar sana. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, pengacara Primadona ini dilihat semakin berani tampil dengan pakaian dan imej yang terlalu seksi.

Menerusi laman Instagram kekasihnya, Zain Saidin, ibu kepada dua anak ini dikritik hebat berikutan gambar yang dimuat naik agak keterlaluan. Mengenakan skirt pendek berwarna biru sehingga menampakkan sebahagian pahanya, aksinya yang manja bersama aktor Oh My English itu turut menjadi bualan. Malah, penampilan dan aksi mesra mereka dalam majalah Media Hiburan baru-baru ini turut mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

Tidak mudah melatah, aktres yang mesra disapa Che Ta ini tampil mempertahankan dirinya. Enggan mengambil pusing setiap pandangan mahupun kritikan yang diterima, Che Ta berkata, itu adalah hak masing-masing.

 "Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri. "Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya," kata Rozita kepada Zass, semalam. Che Ta juga sempat berpesan agar masyarakat jangan terlalu menjaga 'tepi kainnya'.

...............

28 Mac – Pelakon Rusdi Ramli tampil menjelaskan isu berhubung kontroversi sebuah babak di ranjang dengan aktres jelita Nora Danish dalam filem terbarunya yang berjudul "Mencari Cinta".

Mengakui melakonkan adegan itu, Rusdi berkata bahawa apa yang dilakonkan itu hanyalah sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran.

"Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah," ujarnya kepada Harian Metro. Tambah Rusdi lagi, dia tidak mempunyai sebarang masalah sewaktu melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora dan tidak menyangka adegan itu akan menimbulkan kontroversi di kalangan penonton.

................

PETALING JAYA: Pelakon Fazura berkata ada pihak salah faham mengenai pendiriannya yang enggan beraksi terlalu mesra dalam adegan sesebuah drama atau filem sehingga mempersoalkan gandingan terbaharunya dengan Shaheizy Sam.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 30, sesetengah pihak beranggapan selepas membuat keputusan itu dia tidak boleh bersentuhan dengan lelaki tetapi perkara itu tidak benar sama sekali. "Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon.

“Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki. "Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh."

......................

Bagaimanapun, Shirin yang pernah mengarah drama bersiri popular Ariana Mikhail, menegaskan karya sulungnya itu bukan filem lucah malah mengatakan tiada aksi ranjang. Apa yang dipaparkan katanya, adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Katanya, Mencari Cinta menunjukkan cara bagaimana sepasang suami isteri bersama di bilik tidur mengikut sunnah Nabi dan tidak sangka ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

“Mereka tidak seharusnya melihat karya saya ini pada satu sudut saja sebaliknya tonton dulu filem ini sebelum memberi sebarang pandangan. Apa yang saya paparkan dalam filem ini adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

“Saya juga terlebih dulu menapis beberapa babak yang dirasakan keterlaluan untuk mengelakkan ada babak kurang manis seperti suami isteri bercumbu kerana sedar ia pasti akan menimbulkan kontroversi. Terus-terang saya katakan, idea menghasilkan filem ini menerusi sunnah Nabi yang mana menyatakan bahawa bersikap romantis dan membahagiakan pasangan dengan belaian mampu mengikat kasih.

Lebih penting, apa yang mahu disampaikan menerusi Mencari Cinta adalah suami harus melayan isteri.

............

Cuba Anwar Ibrahim hina sunnah Rasulullah....laju aje ajak orang berkumpul.
Nota - Gambar Heliza sekadar hiasan.

Mac 29, 2013

19 Langkah Bagaimana Kawasan Orang Malaysia Diambil Alih Orang Asing

1. Terdapat satu kawasan perumahan yang baru naik. Ramai orang kita beli.

2. Tapi tak semua orang mampu beli. Ada jugak orang yang beli sebab dia nak buat duit. Jadi dia sewakan.

3. Margin sewa paling tinggi adalah sewa kepada foreigner, khasnya di kawasan2 kondo ni. Kalau sewa biasanya hanya Rm800-900, tuan rumah boleh sewakan dekat orang Afrika kondo diorang RM1500 sebulan sebab pada orang Afrika yang datang Malaysia ni...RM1500 ni celah gigi aje bayar sebenarnya.

4. Orang Afrika duduk kondo, orang Myanmar atau Indonesia duduk flat.

5. Pada mulanya bilangan diorang ni tak ramai tapi lama kelamaan akan bercambah. Khasnya orang Afrika. Sebab diorang suka carik port duduk setempat ramai-ramai.

6. Daripada satu rumah, jadi dua rumah, bila dah jadi dua rumah, dia nak jadi lima bijik. Lama kelamaan orang Afrika ini sudah boleh bentuk komuniti sendiri di kawasan perumahan yang mereka duduki.

7. Bila diorang dah duduk situ, diorang akan bawak budaya diorang. Satu, bising tak kira tempat. Dua, parti. Ni memang budaya diorang.

8. Orang Malaysia yang masih menetap kat situ lama kelamaan akan jadi annoyed. Bergantung kepada respon komuniti orang Malaysia kat kawasan tu, ada dua aje benda yang akan terjadi. Sama ada diorang pakat ramai-ramai tak sewakan lagi dekat diorang ataupun diorang give up...dan pindah.

9. Golongan yang give up dan pindah ni, dia tak ada choice lain. Kalau dia nak sewakan dekat orang Malaysia, tak nak orang menyewa kat situ, jadi dia pun terpaksa la sewakan dekat geng Afrika jugak.

10 .Last-last, akhirnya, satu kawasan tu penuh lah dengan orang Afrika sehingga membuatkan orang Malaysia jadi minoriti.

11. Impak dia sangat besar sebenarnya kalau benda ni terjadi. Harga rumah turun walaupun harga sewa melambung tinggi. Pengurusan bangunan pun malas nak ambik port dengan maintenance. Local nak menyewa tak ada, yang membeli lagilah tak wujud.

12. Aku dah nampak benda ni jadi depan mata aku sendiri. Dulu aku duduk Puchong dari tahun 2000 sampai 2005. Sampai ke satu tahap, orang tempatan sendiri takut nak pegi kedai sebab geng2 Afrika duduk lepak depan kedai sambil rev-rev kereta Waja bikin.

13. Ada jugak sampai ke satu tahap yang out of control macam kat Cheras kerana tempat tu dah memang jadi "permanent resident" diorang, diorang jadi besar kepala. Guard Bangladesh nak marah mamat Afrika? HAHAHAHAHAHA!Kau rasa berapa orang polis kita diperlukan untuk lawan seorang mamat Afrika kalau ada apa-apa berlaku?

14. Kalau berlaku apa-apa, cuba kau tengok balik mana2 kondo,apartment atau kawasan perumahan...siapa jadi guard? Bukan orang tempatan majoritinya. Kenapa kita mengharapkan dan bergantung benar dengan orang luar untuk jaga keselamatan perumahan kita?

15. Kenapa semua ini berlaku? Sebab ekonomi. Orang tempatan kebanyakannya tidak mampu menyumbang secara besar kepada ekonomi. Tapi orang2 Afrika ni digalakkan datang ke sini untuk hidup dan tinggal di sini dengan satu sebab.....diorang banyak duit dan diorang akan spend duit diorang kat sini. Kita beli Proton pakai loan 9 tahun, diorang beli Proton cash, eksiden beli baru. Spending power kita sangat berbeza.

16. Jadi, kenapa perlu menyokong lagi kerajaan sedia ada , kalau langkah yang kerajaan ambil sekarang ni hanya menganak tirikan rakyat tempatan?

17. Nak menunjukkan betapa pandainya diorang ni, sebab diorang tau spending power mampu membuatkan diorang hidup macam raja kat Malaysia tapi diorang still  berstatus "pendatang"...diorang kahwin dengan gadis local. Aku berharap ada pihak dapat korek statistik berapa kadar penceraian yang berlaku bila gadis local kita kahwin dengan orang Afrika ni.

18. Bila owner asal dah tau rumah dia takde value, dia let go payment. Payment sangkut, bank tarik balik. Rumah kena lelong. Sapa berani halau diorang dari rumah yang dah kena lelong?

19. Sampai bila? Kerajaan, apa cerita? Kenapa benarkan terlalu ramai? Kenapa mahu pangkah BN lagi?

Mac 28, 2013

Kerajaan Bakal Umumkan Cukai Pendapatan Tahun Ini Tidak Perlu Dibayar?

Putrajaya,28 Mac - Semua rakyat Malaysia yang diwajibkan membayar cukai pendapatan untuk tahun ini diberikan pelepasan istimewa oleh kerajaan. Dalam satu tindakan yang boleh dianggap mengejutkan, Lembaga Hasil Dalam Negeri telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi semua pembayar cukai pendapatan individu untuk tahun ini telah pun diberikan rebat istimewa dengan bersyarat.

"Dengan memberikan rebat kepada cukai pendapatan tahun ini, kerajaan Malaysia bakal kehilangan pendapatan hampir 40 bilion tetapi kerana keberkesanan dasar kewangan yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri sebulan lepas, defisit 40 bilion itu dirasakan satu nilai yang agak kecil dan boleh di perolehi semula menggunakan unjuran pelaburan asing dalam tempoh 2 bulan," jelas Datuk Dr Sharifah Jabeer, Timbalan Pengarah Unit Perolehan Maksimum Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Menurut beliau melalui data-data dan kajian yang diterima, oleh kerana peningkatan kadar isi pendapatan rumah yang mendadak sehingga hampir 250% untuk sesetengah keluarga atas inisiatif kerajaan dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi, kebanyakan pembayar cukai bakal membayar hampir dua kali ganda jumlah cukai daripada kadar biasa yang mereka bayar tahun lepas.

"Atas keadaan ini, besar kemungkinan nilai kutipan cukai yang terlalu tinggi kerana pendapatan bertambah berkali ganda, akan mengakibatkan kerajaan mempunya terlalu banyak reserve cash yang akan menjadi dormant," ujar beliau. "Situasi ini adalah satu keadaan yang kita gelarkan dalam ekonomi sebagai the stagnating effects of economic reserves yang akan mengakibtkan ekonomi negara jadi perlahan, lembap dan tidak meyakinkan."

Tambah beliau, "saya berpendapat, kerajaan membenarkan orang ramai tidak membayar cukai pendapatan tahun ini kerana kerajaan mahu orang ramai berbelanja dan hasilnya, saya pasti sangat positif kerana ini akan merancakkan lagi ekonomi kita yang sudahpun rancak."

Orang ramai yang ditemui memberikan respon positif kepada perkembangan ini.

Shamala Devi, seorang kerani yang mempunyai pendapatan RM6500 sebulan menyambut baik langkah kerajaan kerana ini bakal memberikan beliau wang lebihan untuk membeli rumah idaman beliau di Shah Alam. "Saya merasa sangat berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana rebat yang diberikan ini cukup untuk saya meletakkan wang pendahuluan untuk sebuah banglo idaman saya. Sudah terlalu lama saya menunggu kerajaan negeri Selangor mengotakan janji mereka untuk membina rumah mampu milik."

Lain pula ceritanya untuk Lim Hou Dong dan isteri, Sherry Liew Sien Weng yang ingin menggunakan rebat cukai yang diberikan untuk pembayaran perubatan ibu bapa mereka. "Sebagai seorang penduduk Pulau Pinang, kos perubatan di sini meningkat hampir 3 kali ganda selepas DAP memerintah. Dengan rebat ini dan kenaikan pendapatan isi rumah kami daripada RM8000 ke RM15,000 sebulan, kini kami mampu untuk berpindah ke Putrajaya bersama ibu bapa kami kerana di Putrajaya segalanya lebih murah didapati, tidak seperti Pulau Pinang."

Berita gembira mengenai rebat cukai ini bukan sekadar dirasai oleh pembayar cukai malah oleh golongan yang tidak perlu membayar cukai.

Aziz Kassim dan isterinya mencari makan dengan bermain alat muzik di tepi Pudu Sentral. "Sebelum kerajaan mengumumkan isi pendapatan rumah kita dah meningkat, tidak ramai orang yang mahu sedekah kepada kami tapi sekarang, Alhamdulillah, pendapatan kami mampu mencapai hampir RM120 secara harian. Bila ada kedengaran ura-ura tahun ni tak payah bayar cukai, ada juga seorang dua yang dah janji dengan saya, duit cukai tu akan disalurkan kepada kami."

Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan mengumumkan berita gembira ini esok melalui media di televisyen, radio dan internet. "Tunggu berita gembira dari saya, esok."

Update : Akaun Twitter Perdana Menteri telahpun dikemaskini dan mengesahkan cukai pendapatan tahun ini tidak akan dikutip sebagai hadiah istimewa Kerajaan Barisan Nasional untuk orang ramai.

Mac 26, 2013

Jangan Berebut Nak Lekas Dewasa Ya Adik-Adik!

Keputusan SPM baru aje diumumkan. Untuk majoriti student tingkatan lima, ini adalah masanya nak rasa macam mana dewasa.

Aku tak tau la budak2 zaman sekarang tapi zaman aku dulu, lepas aje SPM terasa bebas sket. Terasa macam dewasa. Dah habis sekolah lah katakan. Boleh buat suka hati! Kalau yang dapat result SPM ok, masing-masing dalam kepala dah simpan impian nak berpisah dengan keluarga sebab nak duduk sendiri, especially lelaki, sambung belajar sambil corakkan hidup sendiri. Aku tak tau budak pempuan rasa camne.

Semenjak dari umur kita satu tahun sampailah umur kita 25 tahun, kebanyakan kita adalah orang yang tak sabar-sabar nak jadi dewasa. Nak rasa kebebasan sendiri, nak kawal hidup sendiri danramai yang tak sabar nak buat keputusan sendiri.

Waktu aku kecik aku pun meronta-ronta jugak nak rasa kebebasan.

Nak jalan Alor Setar sendiri2 tak ada mak bapak ikut, nak gi main padang tanpa ada orang teman, nak bawak basikal ke mana2 yang aku suka. Impian masa budak2, aku rasa sama aje semua orang.

Aku tak rasa aku bertuah, tapi aku dapat merasakan kebebasan dari keluarga sejak dari usia muda. Walaupun begitu, aku still tak dapat rasa kebebasan mutlak sebab aku sekolah asrama penuh. Tapi aku dah rasa kebebasan untuk direct hidup sendiri sejak umur aku 13 tahun. Memang pada mulanya rasa takut-takut jugak, apatah lagi nak biasakan diri dengan hidup baru yang selama ni makan terhidang setiap masa, dengan tiba-tiba aku kena beratur nak ambik nasik lauk, masa yang dikawal cikgu dan waktu tidur yang sangat teratur tiap2 malam sebab warden suruh tidur kalau tak nak kena lempang.

Tapi aku bebas dari keluarga aku.

Waktu tu mula2 memang rasa seronok sebab first time rasa grown up tapi lama kelamaan bila family aku pindah balik Kedah masa aku tingkatan 2, nak harap ada orang jenguk aku pun jarang2. Aku rasa kosong gila hidup aku waktu tu. Apatah lagi bila aku tau, kalau mak aku datang melawat tu, benda tu ada deadline.6 petang mak aku kena balik tinggalkan aku. Dah tak jumpa lama dah ni, takkan takde boleh bagi lebih masa sket? Kadang2 rasa macam banduan pun ada jugak bila sekolah asrama ni. Lagilah pulak bila ada member2 yang family datang setiap minggu dan apa yang aku dengan kawan2 aku boleh buat adalah tengok dari jauh dan tumpang join makan kalau mak dia bagi lauk.

Lama kelamaan benda tu jadi norma dan aku penuhkan hidup aku dengan hisap rokok, keluar main game dan macam2 lagi aktiviti tak berfaedah. Aku start hisap rokok masa aku tingkatan dua sebab boring tak ada benda nak buat time weekend.

Sampai satu masa, aku tak sure umur aku berapa waktu tu, rasanya dalam 24 camtu, aku kira2 balik, satu2 nya waktu aku spend masa paling lama dengan family adalah bila aku lepas SPM. Itupun aku penuhkan dengan setiap petang aku keluar gi lepak tengok ex-player Kedah main bola kat padang dan telefon awek yang aku suka dekat public phone.

Aku ada kat rumah tapi setiap masa aku nak keluar, sebab aku nak isap rokok kat kedai sambil minum air teh ais. Kenapa manusia dijadikan bila dia dikongkong, dia perlukan kebebasan tapi bila diberi kebebasan dia mahu semula kongkongan tu? Haha. Indahnya manusia ni. Sangat misteri.

Adik-adik yang baru lepas SPM,

Aku sure ramai yang tak sabar nak keluar dari kongkongan mak bapak dan hidup ikut suka hati anda. Tapi percayalah cakap aku, sampai satu masa, bila semua benda yang kau nak buat kau dah buat, hati kau akan menangis nak balik duduk rumah.Macam aku.

Kadang-kadang, hati aku sebenarnya meronta-ronta nak balik duduk rumah dengan mak aku. Tapi aku tak boleh, sebab aku dah ada family, dah ada anak. Kalau aku balik duduk dengan mak aku, sapa nak jaga isteri aku, anak aku? Aku ada kerja yang aku kena fokus setiap hari. Aku ada lagi satu family yang aku kena jaga jugak, belah mertua aku.

Walaupun aku happy kahwin, walaupun aku suka hidup aku sekarang tapi satu2 nya benda yang aku menyesal adalah aku dapat hidup bebas terlalu awal. Aku dewasa cepat sangat sehingga membuatkan aku tak pernah ada dekat rumah. Dan bila aku ada kat rumah, aku tak nak duduk rumah!

Tua macam mana pun seorang suami, dengan mak dia, dia adalah budak kecik. Itu satu hakikat yang semua isteri perlu accept. Isteri takkan boleh menang dengan mak mertua dia. Kau jadi la perempuan yang paling terbaik dalam dunia sekalipun, takkan kau boleh menang lawan dengan mak suami kau.Tapi fair la, anak kau nanti macam tu la jugak dengan kau, kan?

Kadang2 aku wish aku dapat balik Kedah. Duduk rumah rilek2 goyang kaki tak ada masalah. Bangun aje tidur mak dah siapkan makanan. Demam ada mak tengokkan.Tapi aku dah sampai point di mana tanggungjawab jadi lebih penting berbanding emosi.

Jadi aku harap, kepada mana2 lepasan SPM atau siapa2 saja la yang tak sabar nak jadi dewasa secepat mungkin....sabar. Waktu sebelum kau dewasa adalah satu2 nya masa yang eksklusif kau boleh gunakan untuk spend masa kau dengan parents kau. Walau bagaimanapun,  golongan remaja ni, selalunya waktu tu la dia jadi tak sabar2 nak keluar rumah.

Bila bermacam tanggungjawab dah jatuh kat bahu kau satu hari nanti, time kau dah tak banyak masa nak spend dengan parents kau, kau akan terkenang balik perangai kau dulu-dulu. Dan kau akan ada rasa tertekan sebab kau tak dapat nak spend masa dengan mak bapak lagi suka hati kau.

Waktu lepas SPM dan lepas kau habis tertiary education adalah satu2 nya masa di mana kau boleh hidup sebagai seorang anak sepenuhnya.

Lepas2 tu, tak dapat bai.
Jangan lekas nak dewasa, ya adik-adik?

Semua anak lelaki memang anak mak. Tak kiralah dia dah berpangkat atuk sekalipun.

ps - sedekah Al-Fatihah kat baby dalam gambar tu. Dia mangsa rompakan paling kejam dalam dunia.Salah apa? Salah seorang budak yang nak besar terlalu cepat. 

Mac 25, 2013

Ulama Terkenal Ditanya "Kenapa Ramai Menolak PAS?"


Tiap hari menipu Melayu
Cipta pangkat gantikan Ulama'
UMNO kata mereka Melayu
Tapi pasaipa, ramai yang mamak?

Penang ada nasi kandar kayu
Kedah famous, mee rebus abu
Semua boleh jadi melayu
Jom pakat pindah dok Lahad Datu

Mac 22, 2013

Ikrar Bapa Moden Malaysia 2013


Bismillahhirahmanirrahim,
Saya (Sebutkan nama anda)

Hari ini berikrar,
Atas nama kebaikan dan faedah kepada masyarakat,
Ingin mempertahankan kembali
Kuasa menentukan jodoh anak kami
Daripada tangan pihak isteri

Jika kami dikurniakan anak perempuan,
Kami tidak akan menyusahkan urusan perkahwinan
Dengan harapan agar perkahwinan
Yang mengikut anjuran Islam sepenuhnya
Dapat dilakukan di Malaysia
Dan menjadi satu budaya masyarakat kita.

Kami berikrar,
Tidak akan menyusahkan mana-mana lelaki
Yang sudi menjadi menantu kami
Tidak akan meminta itu ini
Juga tidak bersaing bila nak berkenduri

Jika calon menantu ingin memberi,
Kami persilakan
Jika tidak mewah pemberian,
Kami masih alu-alukan.

Kami berjanji,
Akan memudahkan perkahwinan
Kerana perkahwinan yang paling baik
Adalah perkahwinan yang paling mudah

Jika kami mendapat tentangan
Daripada isteri kami, atau isteri-isteri kami,
Jika ada yang mahu berbelanja dan bermewah,
Dengan niat nak bermegah-megah,
Kami tidak akan marah
Tapi kami akan sanggah.
Kerana kami ini abah.

Tapi bukan semua wanita macam tu, kan?

Kami semua memahami,
Sebagai bapa,
Tugas menentukan jodoh anak,
Bukan ditangan isteri kami,
Tapi di tangan kami.

Dengan ikrar ini,
Kami berjanji.



Mac 21, 2013

Surat Khas : Suami Yang Baik Tak Bagi Isteri Buat Biografi Dan Jual RM150 Satu Naskhah

Ke hadapan Perdana Menteri Malaysia,
Muhammad Najib Abdul Razak.

Saya amat berterima kasih atas usaha yang telah cuba dilakukan oleh pihak PM untuk sekali-sekala cuba menyelitkan unsur-unsur keagamaan ke dalam ceramah politik anda, seperti yang telah dilakukan ketika membidas pihak pembangkang dengan menyatakan 7 jenis dosa yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

Sudah sekian lama saya berharap, pihak kerajaan dapat menyelit sedikit unsur-unsur keagamaan dalam politik tapi maaflah jika saya katakan, kebanyakan percubaan itu hanyalah seperti melepaskan batuk di tepi tangga. Bahkan, pada saya, bukan setakat macam batuk lagi dah, sudah seperti muntah di tepi tangga yang ada orang tengah naik. Ini kerana percubaan memasukkan unsur agama oleh pihak kerajaan seakan kelihatan tidak telus, dibuat-buat dan lebih teruk lagi, berniat jahat untuk memalukan pihak lawan.

Ah Jib Gor,

Saya menulis surat ini dengan berniat baik, tetapi caranya kasar mendekati jahat. Saya nak menegur sesuatu yang mungkin orang lain seperti mufti, Jamil Khir, seluruh pekerja Jabatan Agama Islam dan mereka-mereka yang sayangkan kerajaan sekarang tak berani tegur, buku biografi isteri anda haram dibeli dan haram dibaca. Saya bukan mufti, saya juga bukan ahli agama, tapi saya Islam dan saya faham apa hukum nya aurat isteri terdedah. Lebih malang lagi, dalam bab ini, aurat isteri Ah Jib Gor bukan setakat terdedah..malah telah pun dibukukan dan dijual dengan harga Rm150.

Lebih memburukkan keadaan, Pakcik Mahathir bin Mohamad telah pun secara sinis, mengesyorkan buku tersebut diletakkan di semua perpustakaan sekolah untuk ilmu yang bakal bermanfaat 100 ke 200 tahun. Dah macam level buku "The Art of War" karangan Tsun Zu nampaknya biografi isteri anda. Adakah selepas ini akan wujud soalan peperiksaan berkaitan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia pula?

Apa alasan saya mengatakan buku itu haram?

Sebab saya ada isteri. Saya ada keluarga. Bila saya sudah berkeluarga, saya bertanggungjawab ke atas segala apa yang dilakukan oleh isteri saya. Dalam Islam ada disebutkan, jika seorang suami membenarkan isterinya bertemu orang lain tanpa menutup aurat dan ini semua berlaku di bawah pengetahuan suami, suami yang merelakan itu diberikan satu gelaran yang tidak eloklah saya sebutkan di sini. Tapi asasnya, sangat tidak elok.

Jadi apabila seorang Perdana Menteri mahu menuding jari mengatakan pihak itu berdosa, pihak ini berdosa dan kemudiannya menyebut diri sendiri dan pihak kerajaan sebagai terbaik kepada semua, bukankah itu satu tindakan hipokrit? Masalahnya, anda juga membenarkan isteri sendiri berpeluk dengan Lee Chong Wei, berpeluk dengan lelaki Hindustan, bersalaman dengan orang ramai, membukukan wajah dan tubuh badan di dalam buku yang dikatakan dijual untuk kebajikan...adakah Perdana Menteri sendiri tidak nampak apa yang tidak kena di situ?

Semua benda yang baik perlu bermula dari rumah. Semua lelaki adalah pemimpin, sama ada dia pemimpin negara atau pemimpin rumah.Bagaimana anda mahu meyakinkan saya yang Barisan Nasional adalah parti yang memperjuangkan agama kalau benda2 seperti itu pun pihak kerajaan sekarang kelam kabut? Bagaimana saya mahu sokong sebuah kerajaan yang sibuk mencari aib musuh tapi aib sendiri yang terpampang depan mata, dapat dilihat semua orang tidak ditutup rapi? Itu bukan cara betul, itu cara hipokrit.

Jika apa yang pihak kerajaan itu betul, adakah Malaysia sebenarnya ditimpa bala yang sangat besar? Kerajaan kata, pemimpin yang isterinya elok, anak-anaknya baik, keluargnya dijaga itulah keluarga yang haprak, yang liwat, yang homoseks. Dipihak kerajaan pula yang dikatakan dipihak yang benar, kita dapat lihat isteri pemimpin tak tutup aurat, anak-anak togak arak, kaki perempuan, pemimpin mencarut, budaya samseng.

Adakah itu bala besar Allah kepada Malaysia, yang majoritinya Islam? Adakah ini azab Allah kepada rakyat Malaysia? Rakyat biasa sentiasa terpaksa hidup dalam keadaan tidak pasti. Terpaksa membuat keputusan berdasarkan 'hearsay' atau dalam erti kata lain, berita yang tidak diketahui pokok pangkalnya. Pilih kerajaan berdasarkan kepada mana satu yang "kurang jijik." Dikurniakan dua puak pemimpin, satu pihak kononnya imej baik tapi belakangnya homoseks, satu pihak lagi senantiasa kata mereka bagus tapi akhlaknya tak mencerminkan pegangan mereka.

Ini azab Allah pada kita.
Sebab kita dipimpin oleh pemimpin yang hanya guna agama, bila dia perlu.

Jadi, saya minta ; TOLONG JANGAN SEBARKAN BUKU BIOGRAFI ISTERI ANDA KE SEKOLAH-SEKOLAH KALAU ANDA SAYANGKAN ISTERI ANDA. TOLONG HENTIKAN JUALAN DIA, TARIK BALIK DAN TAK PERLU PUN SEBENARNYA BIOGRAFI DIA TU.

The only one who should be reading about and seeing the Prime Minister's wife, is the Prime Minister only. Isteri Perdana Menteri hanyalah untuk tatapan mata anda dan tidak eloklah kalau disharekan bahana tu ke seluruh negara. Bahana itu bukannya saya bermaksud empunya badan, tapi wabak dosa tu kita share ramai2 kalau buku tu terus disebarkan. Semua orang ada share dalam tu sebab anda PM, dia isteri PM, kami rakyat bawah anda. Walk the talk. Kalau berani sebut pasal dosa pembangkang, dosa sendiri pun perlulah diawasi.

Bagaimanapun, saya ingin memaklumkan, saya masih akan tetap memangkah pembangkang. Sebab saya percaya, akhlak Lim Guan Eng jauh lebih baik berbanding kebanyakan pemimpin UMNO. Itulah Malaysia yang saya harapkan.

Harap maklum.

Sekian terima kasih.
Mantot

Mac 20, 2013

Jika Anwar Seorang Gay, Bukan Bermakna Aku Perlu Pangkah BN, Kan?

Sehari dua ni, kalau kau ikut kes saman Anwar Ibrahim kepada blogger UMNO, kau pun tau apa respon dia kepada saman Anwar Ibrahim. Dia ugut nak dedahkan lagi video Anwar Ibrahim liwat remaja Sabah.

Betul atau tidak Anwar kaki liwat? Kita tak tau melainkan si blogger ni keluarkan video Anwar yang dia kata dia ada. Aku harap dia keluarkan. Aku harap kali ni jelas kelihatan itu Anwar Ibrahim dan dapat kita dengari remaja tersebut menjerit merintih panggil nama "ANWAR!ANWAR!YES!YES" masa tengah diliwat. Aku dah bosan. Bosan dengan politik "tidak tahu menahu" ni. Semua benda konspirasi.

Adakah kalau terbukti itu Anwar Ibrahim aku akan sokong Barisan Nasional? Tak. Perlu ke kau sokong Barisan Nasional semata2 sebab terbukti orang dalam video tu adalah Anwar Ibrahim?

Tak.

Kau tak wajib sokong Barisan Nasional. Sebab kalau itu adalah keaiban dia, itu urusan dia dengan Tuhan. Benda itu dosa dia yang dia nak simpan sorang2...siapa kita nak carik bukti tunjukkan dia tu gay? Sebab niat tangkap hidden camera tu bukannya niat nak menyelamatkan umat Islam dan bukannya ada kaitan dengan agama pun. Niat penangkap video tu hanya satu, nak jatuhkan Anwar Ibrahim.

Adakah kalau Anwar Ibrahim seorang gay dalam diam, ia bakal menjatuhkan negara? Tak. Tak ada effect pun. Tapi kalau kau benarkan orang yang sanggup cari perkara yang mengaibkan orang, pasang perakam video senyap2 dan sebarkan kepada orang ramai video lucah gay liwat...orang tu la yang sebenarnya memberi kerosakan dekat negara.Anwar salah...tapi tu dosa dia dengan Tuhan yang dia kongsi dengan remaja yang dikatakan dia liwat.

Memang salah dia gay. Tapi kalau benar kerajaan ada kaitan pasal intipan seks luar tabii Anwar, bendanya sama aje.Kerajaan pun salah. Matlamat tak menghalalkan cara.

Kenapa tak buat report polis? Kalau Anwar layan pelacur,liwat bontot budak, gi report polis kalau kau ada bukti video. Kau boleh report polis sebab apa yang Anwar Ibrahim buat adalah satu jenayah. Melanggan pelacur, jenayah...meliwat..juga satu jenayah. Tapi apa yang diorang buat? Simpan video senyap2..keluarkan bila perlu.Padahal..sebenarnya, apa yang diorang buat tu, ambil hidden kamera juga adalah satu jenayah.

Sebab tu kot takde report polis dibuat oleh orang yang bertanggungjawab pasang kamera tu kat situ?

Pandang benda ni dari segi Islam...kau ada kat tempat kejadian. Kau ada cukup mata yang mampu jadi saksi. Kenapa tak cekup? Kalau betul niat nak menegakkan agama, panggil orang Jabatan Agama, inform diorang; "Anwar Ibrahim akan liwat budak, layan pelacur sekian2 masa jam ni minit ni,sila join kitorang tangkap dia." Cukup mata, cukup saksi...aku takde masalah kalau kau hukum Anwar Ibrahim.Tapi pastikan pendakwaan kau cukup, saksi yang bertauliah ada. Ni balik2 yang keluarkan cerita...orang yang kelihatan tak berapa senonoh.

Masalahnya, masyarakat kita dari dulu, sampai la sekarang, suka create ketidak stabilan. Kita cukup suka simpan rahsia orang untuk digunakan pada masa terdesak. Kita tak suka setel masalah sebab kita suka simpan masalah untuk kepentingan diri, bila kita ditimpa masalah. Ini budaya Barisan Nasional.

Budaya macam ni aku rasa boleh lah dibuang jauh2.Mewujudkan masyarakat yang suka blackmail orang lain bila ada orang yang tersilap langkah. Cuba nilai diri sendiri sekarang ni...kau suka tak kalau kau dengar ada orang yang kau tak berapa gemar jatuh? Apa kau rasa kalau ada Ustaz ditangkap khalwat? Apa kau rasa kalau ada jiran kau yang selalu cakap pasal agama kena tangkap khalwat?

Majoriti kita akan fikir,"HUH! Nasihat orang pandai!Macam mana nak percaya!" Aku juga sure, even kat luar sana ramai yang pernah marah dengan aku sebab aku kutuk ibu2 NIPS harap aku jatuh. Pernah jugak ada yang doakan aku cerai berai dengan isteri sebab dia tak suka apa aku tulis. Nature Melayu memang busuk hati, dengki sama sendiri. Sampai bila?

Jadi, sampai sekarang, aku pegang benda ni bab politik; Aku tak percaya Anwar gay dan kaki pelacur, sebab tuan punya penyebar tak dapat nak buktikan itu Anwar. Aku diajar oleh agama aku macam mana nak bezakan fitnah dan kebenaran. Selagi fitnah kekal fitnah, aku tak boleh percaya fitnah. Tuduhan adalah tindakan yang betul tapi pastikan bukti yang lengkap ada.

Selagi benda tu status dia "tuduhan" atau lebih buruk lagi "fitnah," aku takkan percaya benda tu. Kalau aku tuduh kau seorang perogol, aku la yang kena buktikan kau memang perogol. Kalau Anwar gay sekalipun, itu dosa yang dia try tutup. Bukan salah dia, ada orang yang cuba bongkar kehidupan maksiat Anwar.

Persoalan paling penting : Adakah dia layak jadi pemimpin negara selepas ada pihak sahkan, dia memang gay?

Pada aku, walaupun dia gay, dia jauh lagi layak pimpin negara berbanding orang2 yang jalankan kerja intipan dan rakam video Anwar meliwat , kerana, Islam tak pernah halalkan kerja2 intipan dan kau bukak aib orang tetrutup, yang dia sebenarnya tanggung antara dia dengan Tuhan. Bagaimanapun, memang aku rasa tak sedap nak bagi dia jadi PM, kalau betul dia gay. Jadi aku harap, kalaulah rumours ni betul, berundurlah secara terhormat.

Selagi benda ni rumours, kita ambik dia rumours. Jangan jadikan rumours sebagai panduan hidup kita. Bila kita ada kuasa nak mencegah orang Islam lain dari melakukan benda tak elok, kenapa kita biarkan, malah kita gunakan pulak peluang tu untuk jatuhkan dia? Itu bukan cara Islam. Itu cara Barisan Nasional. Kalau betul Anwar gay...tangkap dia on the spot red handed. Bawak dia gi Pejabat Agama..sekolahkan dia.

...............

Kenapa aku perlu sokong Barisan Nasional walaupun terbukti Anwar gay? Tak ada reason. Barisan Nasional masih juga parti yang mempertahankan upcara merosak akhlak. Bukannya bermakna bila Anwar gay, Barisan Nasional adalah pilihan terbaik untuk aku.Ada ramai lagi orang yang tidak gay dalam Pakatan yang lebih layak memerintah berbanding dengan orang2 sekarang yang memperjuangkan politik style haram ni. Liwat haram...intip orang liwat semata2 sebab nak jatuhkan dia pun haram.

Lastly aku nak bertanya ;

1. Apa hukumnya kau tengok video lucah? Haram kan.

2. Apa hukumnya kau tengok video lucah Anwar Ibrahim semata2 sebab kau nak tau kerajaan mana yang patut kau pilih? Still haram kan, walaupun niat kau baik?

3. Jadi, adakah masa pilihanraya nanti ,kau akan pangkah dan pilih kerajaan, berdasarkan kepada perbuatan haram kau?

4. Tak kiralah dia gay, kaki kongkek sekalipun...tak ada siapa boleh justify pasang hidden camera tangkap aktiviti dia. Sebab benda tu haram.

Walaubagaimanapun, artikel ini hanya relevan jika blogger UMNO tu benar2 keluarkan video yang dia kata dia ada. Aku tak rasa Anwar Ibrahim akan tarik balik saman dia. Sama-sama la kita tunggu. Awnar gay atau tidak, tetap tak akan mengubah decision aku yang Barisan Nasional perlu diubah.  Selagi penuduh tak punya bukti sahih dan laporan polis dibuat, selagi tu aku anggap semua benda yang menimpa Anwar ni fitnah.

Lagipun, yang menuduh tu pun perlu keluarkan saksi.
Kalau benar niat baik, mana saksinya?

Mac 19, 2013

Budak Perempuan Mengandung Kerana Tertidur Sebelah Poster Pemimpin Pembangkang

Semalam on the way nak gi Aeon. Aku dalam kereta tengah drive. Wife aku kat sebelah. "Tadi kat sekolah baru tau, ada student saya yang dah mengandung," cerita isteri aku.

"Woah! Cepat betul budak tu kahwin. Kamu mengajar dah berapa tahun? 9 tahun camtu kan? Laju budak2 sekarang 21 terus kahwin.." cakap aku. "Bukan...bukan..." terang isteri aku.

"Budak tu baru form one."

Kaki aku tertekan clutch membuatkan enjin sedikit stalling kerana terkejut. "WHADDEHEL? Dia kahwin awal ke?" Anak aku dengan tiba2 memandang aku.

"Tak..." Isteri aku tunduk. "Dia memang dah lama menghilang sebelum ni...tiba2 muncul balik nak ambik UPSR, nasib baik sekolah bagi ambik," jawab isteri aku. "Habis UPSR...tak tau la apa jadi kat dia."

"Macam mana boleh tau dia ada anak?" tanya aku berminat kerana naturally, aku suka bergosip.

"Ada cikgu hantar anak dia dekat nursery...terserempak dengan student ni, tapi takde la dia tanya apa-apa dekat budak tu," beritahu isteri aku lagi. "Tapi lepas tu cikgu tu tanya pengasuh nursery tu, dia kata tu anak dia. Balik sekolah barulah terbukak cerita, rupa2 nya dia menghilang sampai hampir tak ambik UPSR sebab termengandung.."

"PERGHH! KE MANA PERGINYA BUDAK2 NI MASA AKU SEKOLAH RENDAH DULU? KENAPA MASA AKU SEKOLAH DULU PALING GEDIK PUN BUDAK PEMPUAN SEKELAS AKU BUAT, ADALAH KATA KONEK BUDAK LELAKI LAIN KECIK?" fikir aku kuat-kuat, tapi dalam hati sebab nak jaga maruah keluarga.

"Nak tau apa benda paling disturbing?" tanya isteri aku dengan wajah menyeramkan. "Apa dia?" Lampu bertukar hijau.Aku memasukkan gear satu dan kereta meluncur perlahan.

" Dia addict dengan sex. First time dia rasa sex masa darjah 6, terus lepas2 tu dia ketagih nak buat lagi...." jawab isteri aku slow2 tapi dalam bahasa inggeris kononnya supaya anak aku tak paham padahal, aku sure anak aku sebenarnya sudah mampu menafsirkan bahasa inggeris sebab tiap2 hari duk tengok Disney channel.

"..Memang disturbing..." fikir aku. "Tah sapa bapak budak tu tak tau la.." kata isteri aku sambil menekan butang radio.

Kesunyian malam dipecah alunan lagu2 boring BFM.

" Aku sure, kalau ada orang BN tau siapa budak perempuan tu, mesti diorang akan kata, ini Anwar Ibrahim punya anak luar nikah beserta tuduhan dia seorang paedophile," fikir aku sambil kereta terus meluncur laju. 

Mac 18, 2013

Muka Isteri Perdana Menteri Jauh Lebih Cekang Berbanding Rock Melon


Aku tak rasa Rosmah Mansor ada buat botox kat muka dia.

Jadi aku rasa ni adalah kerja seorang designer yang baru belajar pakai Photoshop dan tak dapat nak kawal diri, kerana terlalu teruja jumpa Photoshop. Sehingga membuatkan muka Rosmah Mansor nampak macam pakai botox.


Sedih pulak aku tengok walaupun aku tak suka dia ni. Designer amatur mana la yang disuruh buatkan kulit buku Rosmah Mansor jadi lagi tegang dan licin berbanding kulit bayi? Kau tengok kulit baby tu pun ada kedut bai!

Ni la amatur punya kerja.

Bercakap pasal amatur...hari tu ada rancangan "Conversation With PM kat TV3." Aku tengok dengan family aku. Nak muntah rasanya tengok rancangan tak ikhlas, tak jujur camtu. Tengah2 rancangan tu anak aku yang baru nak belajar bercakap, tanya aku dengan ayat yang sangat fasih...membuatkan aku terkejut, "Abah..Abah..macam mana TV3 kata rancangan ni live, tapi bila penonton tanya ada keluar subtitle soalan dia?"

Aku kaku sebentar. Hal bangang macam tu pun kebanyakan penyokong UMNO pejam mata sebelah sebab pada diorang, Pemimpin UMNO ni sempurna. Muka kacak, badan ketak, zakar besar, kaki gagah, hati baik. Takde kekurangan.

Aku pun jawab la...

"Itulah dia Pemimpin UMNO ni sayang. Semuanya fake. Soalan yang kita nak tanya pun, dia yang kawal, dia kena approve dulu. Kalau kita terus pangkah BN, itulah dia masa depan Malaysia. Drama swasta pun kadang2 pelakon dibagi kebebasan untuk olah skrip dia sendiri.."

Anak aku terus menangis.


Dia cukup risau pasal masa depan dia.
Dia sedar, kerajaan sekarang adalah kerajaan yang menyanjungi ke-amaturan.

Mediocrity dalam kerajaan adalah sesuatu yang sangat sinonim.


Mac 15, 2013

Awkward Agama : Hikmah Penyebaran Ajaran Kristian di Malaysia Kepada Orang Islam

Benda yang aku suka baca adalah mengenai mentaliti orang Melayu di Malaysia dalam bab beragama; khasnya, bab kita takut benar dengan perkembangan agama Kristian. Semalam aku layan video tunjuk mcm mana orang Kristian kat Malaysia buat crusade, pengakuan melayu masuk Kristian, video father ajak jadikan Malaysia negara Kristian dan paling penting, perbandingan antara statistik masjid dan gereja yang ada kat Malaysia.

Isu paling kerap kedengaran ; gereja paling besar di Asia Tenggara bakal terletak di Bukit Jalil. Statistik paling popular dijaja ; penganut Kristian hanya ada 8-9% daripada seluruh penduduk Malaysia, kenapa perlunya pelbagai tempat,peralatan dan gereja semata2 hanya untuk tampung 8-9% penganut Kristian ni?

Tak logik, bukan?
Automatik kita marah sebab orang Melayu mana yang tak terasa, kan?Kita Melayu.
Mengamuk adalah our way of life.

Tapi masalah yang aku rasa paling pelik ;

Kenapa...Kenapa....Kenapa.. Dengan beratus masjid yang ada, dengan azan berkumandang setiap hari, dengan 60% majoriti orang Melayu itu orang Islam, siap ada TV Al-Hijrah, radio IKIM dan pelbagai jenis lagu nasyid yang berkumandang setiap hari....kenapa tak ramai yang bukan Islam mahu peluk Islam di Malaysia? Kalau ada pun tak seramai orang Melayu yang murtad senyap-senyap.

Padahal, di negara Eropah, Islam adalah agama yang paling berkembang bilangan pengikutnya.
Tapi di Malaysia, situasi terbalik pulak yang jadinya.

Aku pelik dengan benda tu.
Bagaimanapun, aku ada baca pasal minah Muslimah dekat UK, dekat Perancis, struggle nak pakai tudung, struggle nak kekalkan imej Islam, berjanggut dan sebagainya. Tapi masyarakat kita, mana yang membukak menayang tu, itulah yang kita syorkan. (Khasnya oleh Kerajaan Barisan Nasional! )

Aku selalu rasa tiap2 benda ada hikmah dia, ada sebab dia.

Jadi, cuba bincangkan...kalau kau berani, cuba bincangkan, apa hikmah penyebaran agama Kristian di Malaysia kepada orang Melayu? Selama ni, kita selalu nampak keburukan , kita mudah salahkan mubaligh Kristian semata-mata. Cuba pandang dari segi lain...kenapa Kristian ni tersebar luas di Malaysia? Apa positifnya benda ni kepada orang Melayu yang Islam?

Semua benda ada hikmah dia, even penyebaran agama Kristian. Kau prefer nak nampak atau tidak hikmah dia...itu terpulang kepada cara pemikiran kau.

Bacaan Lanjut
Telegraph UK
Deutsche Welles



Mac 14, 2013

Kadang-Kadang Bila Layan Propaganda, Ini Yang Aku Bayangkan

Kuala Lumpur, 29 Mac - Kerajaan Malaysia hari ini telah berjaya meluluskan satu pindaan terhadap Perlembagaan Malaysia apabila sistem Demokrasi Berparlimen yang telah digunapakai sekian lama, bakal digantikan dengan sistem Demokrasi Satu Malaysia.

“Sistem sedia ada yang digunapakai sekarang mempunyai terlalu banyak ancaman, jadi saya dan Raja-Raja Melayu bersetuju untuk menggubal sedikit perlembagaan Negara agar sistem baru diperkenalkan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Muhammad Najib bin Tun Abdul Razak.

“Oleh kerana sitem demokrasi sekarang mempunyai dua pihak iaitu pihak kerajaan pusat dan pihak pembangkang, agak bahaya jika sistem pembangkang terus diwujudkan kerana ini mengganggu pihak kerajaan, khasnya orang-orang lebih mahir, seperti kami, dalam membuat keputusan yang dapat menguntungkan rakyat,” sambung beliau lagi.

Sistem baru yang bakal diperkenalkan selepas pilihanraya ke 13 nanti bakal melenyapkan pihak pembangkang dan akan digantikan menjadi satu sahaja badan iaitu Kerajaan Pusat 1Malaysia dan semua wakil rakyat yang bukan dari parti pemerintah diwajibkan menukar keahlian parti jika mahu terus kekal dalam Kerajaan.

“Terlalu banyak urusan tertangguh hanya kerana pihak pembangkang terlalu gemar berpolitik. Kami mahu beri BR1M, mereka kata tak payah, kami mahu hulur bantuan mereka kata pancing undi, jadi ini adalah jalan terbaik untuk Malaysia,” Najib Razak memberikan penjelasan.

Datuk Seri Ahmad Najib Razak dilaporkan telah pun menemui Permaisuri Elizabeth untuk mengambil kira pandangan beliau berkenaan isu itu kerana Kerajaan British yang telah memperkenalkan sistem demokrasi di Tanah Melayu. “Dia suka, dia setuju,malah dia kata go for it,” ketawa Najib Tun Razak ketika berbicara.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dilaporkan sedang berada di Mindanao, Filipina atas urusan peribadi tidak berjaya dihubungi oleh wartawan kami. Wartawan kami hanya sempat menembual bekas pembantu peribadi beliau iaitu Datuk Saiful Bukhari Azlan. “Ini adalah langkah yang paling tepat untuk memacu Malaysia ke arah Wawasan 2020. Lagipun, Datuk Mohd. Najib Haji Razak adalah orang paling layak menerajui Malaysia, bukan Anwar Ibrahim, bukan Wan Azizah, bukan Hadi Awang dan sudah tentulah bukan ayah saya.”

“Saya harap rakyat Malaysia dapat menerima keputusan ini dengan hati terbuka. Kita sudah berada di satu era yang memerlukan globalisasi yang mampan dan sistem pembangkang merupakan satu sistem yang sepatutnya dilunyaikan dalam membawa Malaysia ke satu taraf yang lebih baik,” ujar Datuk Seri Najib lagi. “Saya mahu rakyat bersama dengan kami, Barisan Nasional, kerana apa yang kami mampu berikan, adalah kurniaan Tuhan Yang Maha Esa.”

“ Hanya Barisan Nasional yang mampu memberikan rahmat. Jadi, kenapa perlu kita bazirkan duit rakyat untuk bayar pihak pembangkang? Bukankah lebih elok , selepas ini, kita dapat salurkan wang peruntukan yang sedang diguna untuk pihak pembangkang ,diberi kepada rakyat?” Tanya Datuk Panglima Nik Najib bin Razak lagi

“Kenapa perlu susahkan diri dengan sistem sedia ada, kalau jalan mudah adalah rakyat hanya perlu percayakan saja Barisan Nasional dan berikan saja Barisan Nasional mandat memacu Malaysia,” tanya beliau sebelum mengakhiri perbualan kami.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Yusof telahpun mengumumkan Barisan Nasional adalah pemenang dan bakal pemenang kepada semua pilihanraya umum Malaysia yang akan datang termasuklah pilihanraya umum ke 13.

“Perlembagaan baru menyatakan, selagi ada bulan mengambang dan selagi bintang berkelip, Barisan Nasional sahaja satu-satunya parti yang boleh memerintah Malaysia. Perlembagaan baru ini juga menyatakan hanya Barisan Nasional yang boleh memilih sama ada hendak atau tidak melepaskan keistimewaan itu,” beritahu beliau.

“Bolehlah saya bersara sekarang dengan tenang,” ujar beliau ketika memasukkan kad perakam waktu di pejabatnya buat kali terakhir.

Mac 12, 2013

15 Langkah Bagaimana Melayu Halau Melayu Keluar Daripada Kawasan Yang Sudah Membangun

1. Katakanlah, kau seorang yang nak beli rumah.

2. Tapi kau tak mampu sebab rumah mahal sangat.

3. Kau pun decide, takpelah, beli ceruk2 sikit. Rumah pun harga berpatutan.

4. Kau pun beli satu rumah teres dekat area Semenyih, RM280 ribu.

5. Pada kau, berbaloi la Rm280 ribu, kau kongsi loan dengan pasangan kau buat joint loan.

6. Lepas 3 tahun, kau terfikir tak nak duduk rumah teres lagi. Nak upgrade. Anak makin ramai dan buas.

7. Kau decide nak beli rumah semi-d, dengan syarat kau jual dulu rumah teres kau.

8. Kau pun tengok market price rumah kau sekarang berapa.

9. "WOW! DAH NAIK JADI RM480 RIBU! LAGIPUN SEKARANG DAH ADA TESCO! DAH ADA HOSPITAL! TAHUN DEPAN NAK ADA LRT! "

10. Kau pun plan nak jual. Sebab lot kau bukan lot bumi, sapa2 pun boleh beli. Lagipun permintaan berlambak sekarang.

11. Kau pun letak RM520 ribu (negotiable).

12. Ada beberapa couple Melayu telefon, tanya2 kalau kau nak jual RM350 ribu ke Rm380 ribu, tapi majoriti akan beli guna loan bank, jadi proses dia lama sket. Kau kata kena tunggu dulu.

13. Ada couple Cina nak beli RM480 ribu.

14. Kau jual dekat couple Cina tu. Sebab kau nak beli semi d harga Rm520 ribu. Kau tak nak rugi. Lagipun harga jual still tak kira berapa balance loan yang tinggal still perlu diselesaikan.

15. Couple-couple Melayu yang nak beli rumah kau, akhirnya mencarik rumah untuk diorang beli, makin jauh ke dalam ceruk. Makin jauh daripada bandar.

16. Macam mana harga rumah nak turun kalau semua orang yang beli rumah nak harga rumah dia naik?

17. Sanggup ke kau take a hit dan tanggung kerugian, untuk pastikan orang Melayu yang mampu beli rumah kau? Atau dalam bab ni, money talks?

18. GILA KE APA KITA NI? KERETA 60 RIBU, AFFORDABLE! RUMAH RM320 RIBU, AFFORDABLE! MAKAN KAT LUAR SATU FAMILY RM80, AFFORDABLE! Untuk sebuah negara yang claim gaji purata kita adalah RM1500....mentaliti kita ni mentaliti orang gila sebenarnya.


Mac 11, 2013

Benarkah Dosa Berjalan Selepas Mati?

Salam,

Saya rasa kebanyakan anon2 di sini yg beri komen yg baik2 faham sesangat SARCASM tu - don't insult their intelligence. Pada yang cakap bongoks, slow, lembab etc etc balik rumah cermin diri sendiri, siapa yg sebenarnya tak faham..... gunakanlah forum ni untuk kesedaran diri sendiri - carilah ilmu utk perbaiki diri sendiri

Utk semua yang menulis di alam maya ni, auditlah diri sendiri dan penulisan anda...adakah membawa org ke arah kebaikan atau ke arah dosa (termasuk yang membuat komen2). sebelum kita di aduit di padang mhsyar nanti - Ingat, sekali anda menulis, pahala atau dosanya (bergantung pada apa yg ditulis dan niat si penulis) berlipat ganda, dan akan berterusan walaupun penulisnya dah tak ada lagi di dunia ini

..........

Aku selalu nampak orang menulis camtu.

Apatah lagi ramai benar yang sebarkan isu dosa dedah aurat dekat Facebook yang berterusan walaupun kau dah mati. Kalau aku yang terlepas pandang atau aku tak perasan, boleh tak sapa2 tolong aku?

Tunjukkan dekat aku dari mana korang dapat tau yang apa saja dosa yang kita buat dekat dunia ni, cthnya kau tayang gambar kat Facebook tapi kau tak sempat delete sebelum kau arwah....adakah kau masih lagi tanggung dosa kau lepas2 tu? Tunjukkan pada aku, bukti menyokong benda ni.

Betul ke ada penggandaan dosa selepas mati? Pada pemahaman aku, ada 3 aje benda kau carry forward lepas kau KO ;

1. Amal jariah kau
2. Doa anak2 kau
3. Ilmu yang kau ajar dan bermanfaat

Aku tak pernah baca yang kita juga perlu carry dosa ke alam barzakh tapi, benda ni tersebar luas. Kalau kita dah mati nanti, ada Malaikat datang confirmkan kau punya amalan, betul? Jadi kalau kau lulus jawapan kau yakni kau tak memperduakan Allah dan kau tak pernah memperduakan Muhammad, Rasulullah dah kata, dia akan maafkan kita. Kau mati sebagai Islam, kau akan tetap dimaafkan.

Aku rasa, bila kita dah mati, mesti ada cut off point dosa, jadi apa yang sampai dekat kau nanti2, hanya 3 benda tu aje.Kalau kau tengok, benda2 tu sebenarnya benda2 baik aje. Kita Islam bai. Islam ni perfect. Macam mana nak bagi peluang dia taubat kalau dia dah mati? Kan taubat aje yang menghapus dosa? Melainkan anak dia doakan dia. Tapi kalau kau mati bujang camna? Takkan lah dosa kau bertambah2 hanya kerana kau terakam porno amatur Melayu, ada mamat tengok dan horny buat modal onani guna video kau,tapi masa tu kau dah meninggal dan kau single tak pernah kahwin.

Kau berdosa ke kalau camtu walaupun kau dah mati? Dosa tu bukan ke jatuh dekat yang tukang tengok aje ke kalau dia sengaja tengok dengan nafsu? Lagipun, semua orang tau, 3 benda tu aje yang kau bawak ke mati nanti. 3-3 tu benda elok2 aje, kan?

Keyword dia adalah; "dosa" adalah kesalahan yang dilakukan atas dunia ni, kan? Jadi, sila ajar aku, apa bukti kita percaya dosa berjalan lepas kita menghembuskan nafas terakhir. Betul ke pemahaman yang wujud ni? Atau masyarakat kita sebenarnya main tibai aje percaya apa benda yang dirasakan menepati syariat Islam?

Kalau kau kenal Ustaz, tolong tanyakan. Kalau kau berilmu, tolong huraikan.
Kalau kita salah selama ni, mungkin kita boleh betulkan.

Kalau betul, tak ada masalah kan?

Mac 08, 2013

11 Kebaikan Tidak Memakai Tudung Bagi Muslimah Malaysia

1. Anda tidak perlu membuang masa memakai hijab atau tudung. Lama! Boifren takyah tunggu lama. Suami pun takyah nak marah2.

2. Anda tidak berasa panas. Iklim Malaysia yang berbahang mampu membuatkan pemakai tudung tidak selesa.

3. Jika anda mempunyai rambut yang cantik beralun, semua orang dapat melihatnya.Apatah lagi jika anda mewarnakan rambut anda, sayang jika hanya anda dan family anda yang melihat.

4. Tidak akan ada orang yang menuduh anda cuba tutup kesan love bite boifren dengan tudung.

5. Penjimatan duit yang agak banyak kerana harga tudung sekarang bukan murah. Tak masuk lagi duit nak kena beli brooch.

6. Nak ambik wuduk senang. Nak solat senang. Sarung aje telekung. Habis aje solat, bukak dan teruskan kehidupan.

7. Tak perlu risau tudung dipakai senget atau tak sama tinggi.

8. Jika anda ke Amerika, orang tempatan tidak akan takut dengan anda.

9. Cakap telefon senang. Henfon boleh terus kena dengan telinga.

10. Anda tak payah seterika tudung. Save time, save electricity, mesra alam.

11. Awek bertudung naik motor dengan boifren? BITCHES! Awek free hair naik motor dengan boifren? Biasa aje.Masyarakat akan accept kau naik motor dengan boifren.

..............

Sayangnya, ada satu aje keburukan tidak memakai tudung ;
Anda tidak diterima untuk menyertai ruangan di majalah Hijabista.

Tapi pada aku, kalau sekadar pakai hijab semata2 untuk tayang kat orang lain dan nak berfesyen2 semata2, tapi dalaman diri tu sebenarnya hanya seorang gadis yang kononnya cool dan rasa urban sebab pakai tudung bermacam style dan mengharapkan ada orang lain cakap dia cun sebab dia mampu pakai tudung bermacam layer,bermacam kaler...tak rugi kot tak dapat masuk majalah Hijabista.

Jadi sebenarnya, tak ada langsunglah keburukan tak memakai tudung; di dunia yang fana ini.

Update : Bapak ah ramai boleh percaya benda ni dan menyokong aku tulis. Kepada yang menyokong benda ni, aku jelaskan, aku sarkastik semata2. Gila kau nak menyokong gadis tak pakai hijab ni? Walaupun aku suka tengok cleavage tapi aku tetap perjelaskan kat sini, cleavage yang terbaik adalah cleavage yang tidak kelihatan.

Perempuan yang terbaik, adalah perempuan yang kita tak nampak kulit dia. Macam lauk nasik campur, kalau tak bertutup, banyaklah lalat yang hinggap, kan?

Aku sarkastik sebab bila aku tulis "sila tutup aurat" ada orang bangkang, aku tulis "silalah jangan tutup aurat" ada pulak orang yang sokong. Aku assume dia ni orang yang sama, hahaha




Mac 07, 2013

9 Perkara Mengenai Lahad Datu Yang Boleh Kita Aplikasikan Dalam Diri Kita

1. Kenapa bila dalam bab Lahad Datu, ramai yang mampu berfikir dengan lurus tapi bila bab peserta perhimpunan Bersih diberitakan meninggal dan kena belasah, geng2 penyokong kerajaan kata "padan muka." Sebab korang rasa terancam jadi korang takut? Bapak tak profesional korang ni atau sebenarnya korang ni simpati jenis memilih? Ni perangai Melayu? Busuk hati?

2. 3 minggu rundingan dijalankan dengan penceroboh bersenjata. 1/2 jam diberikan kepada peserta perhimpunan Bersih untuk balik sebelum ditembak dan diterajang. Akhirnya, mahkamah kata, tak salah join Perhimpunan Bersih. Ada kerajaan mintak maaf? Ada polis mintak maaf? Mana konsistensi? Macam mana orang macam aku nak hormat dengan kerajaan?

3. Mintak tolong Kerajaan jangan gunakan frasa "Kami akan pertahankan Putrajaya" setiap kali rasa kuasa goyah. Kita hidup dalam sistem demokrasi. Rakyat yang pilih siapa masuk Putrajaya. Hormatilah perjanjian dan perlembagaan.Kalau kalah pilihanraya negeri, takyah la nak beli2 calon supaya masuk bebas, tak kiralah Pakatan atau BN. Kalau tak suka penceroboh Lahad Datu sebab diorang tak respek perjanjian dulu2, aku juga berhak rasa marah kalau Kerajaan tak respek sistem demokrasi dan respek apa keputusan pilihanraya.

4. Aku sure orang2 Melayu yang sama, yang mendoakan penyokong Bersih mati, dipanggil anjing dan sebagainya adalah orang2 yang simpati dengan anggota2 polis yang terkorban. Apa kejadahnya orang camni? Tak konsisten, berpuak2. Kau Melayu Islam ke? Tak ada akal ke nak berfikir secara baik? Kau hanya mampu berlaku baik kalau kau takde rasa terancam ke?

5. "The herd mentality" amat jelas dalam cara orang Melayu berfikir. Kes Lahad Datu, semua orang ajak lupakan politik sebentar. Habis kes Lahad Datu,aku sure kita akan kembali kepada cara pemikiran biasa. Yang sokong BN kata Pakatan salah, yang sokong Pakatan kata BN salah. Dua-dua side rasa dia betul.Aku tau benda tu naturally akan berlaku...tapi aku hanya harap kita konsisten dalam dua benda aje ; jangan sokong benda salah dan jangan buat benda salah. Kalau pemimpin parti kau suruh kau buat benda yang salah, jangan buat.Kalau kau polis diarahkan bom orang lain tanpa sebab munasabah, jangan buat.

6. Benda yang paling penting bukannya jaga maruah negara. Benda yang paling penting adalah jaga maruah diri sendiri, bila kau jaga maruah diri sendiri, automatik kau akan jaga semua benda lain. Kalau kau askar dan kau dilatih untuk menurut arahan, jangan gadaikan maruah untuk laksanakan arahan yang korup dan tak berlandaskan agama. Polis pun sama.Dapat arahan suruh bom orang lain? Persoalkan.

7. Apa yang kau dapat cabar orang suruh pegi Sabah berjihad? Kau yang suka mencabar orang tu kau nak pegi ke? Aku tak nak pegi. Aku keyboard warrior. Mungkin kau tak tau, jihad tu amatlah besar maksud dia. Kau pegi kerja sebab kau nak carik rezeki baik untuk keluarga tu pun jihad bai. Tak perlu kau berperang untuk selamatkan negara untuk claim kau sedang berjihad. Kita orang Islam. Benda first sekali yang kau perlu jihadkan bukan pasal negara, bukan pasal parti. Tapi jihad dengan Tuhan, kemudian dengan keluarga kau. Dah setel benda tu, kau nak jihadkan benda2 lain..gi lah. Niat perlu betul, baru boleh kira jihad. Bini tak tutup aurat..kau nak pegi jihad buat apa?

8. Kita semua ada tanggungjawab kejar keadilan. Tapi apa yang aku nampak, keadilan yang kita kejar tu, berpuak-puak. Kalaulah Nik Aziz Nik Mat ditangkap mencuri di pasaraya dan ramai orang nampak jadi saksi dan tuan punya barang tak nak maafkan dia sebab tau dia mampu beli, potong la tangan dia. Jangan la selamatkan dia semata2 sebab dia Tok Guru orang PAS. Yang tak menyokong dia pulak, diharapkan jangan la kata padan muka, hanya sebab kau tak suka perjuangan dia.

9. Media ajak kutuk Tian Chua...ramai2 pakat join sekali. Hari tu ajak attack Mat Sabu, ramai2 attack Mat Sabu. Beberapa minggu sebelum ni Nurul Izzah. Sampai bila orang Melayu? Sampai bila?

............


Orang Melayu, kita selalu cuba selamatkan geng yang sekepala dengan kita sambil carik jalan macam mana nak jatuhkan orang yang berlawanan ideologi dengan kita. Dalam kes Lahad Datu, kerajaan kena transparent. Paper Harakah dan Suara Keadilan semalam, besar2 tulis, semua insiden tu terjadi sebab Kerajaan Malaysia ada langgar janji dengan penceroboh.

Kalau tak betul dakwaan tu, saman dan pertahankan diri anda. Kalau betul...tak ke sayang ada anggota kita mati semata2 sebab mempertahankan kepentingan politik orang2 ni?

Mainan politik, orang biasa jadi mangsa. Katakanlah, memang betul...insiden ni jadi sebab kesan Projek bagi IC dekat pendatang oleh UMNO, kau akan pandang benda ni dari aspek lain dan surely kau akan lagi bertambah simpati dengan mereka2 yang terkorban. Dari awal lagi pandangan aku...mudah benar diorang menyusup dan mudah benar diorang ke sana ke mari hanyalah satu kemungkinan....penceroboh ni warganegara kita.

Kau nak tau kenapa? Sebab Utusan dah update.
Kau tengok link ni. LINK

Keluar apa? Keluar ni kan?


Padahal berita asal dia ni.


Tak percaya?

Tengok apa address website Utusan yang aku pastekan dalam imej tu, yang tajuk dia "Datuk Mohamad Zainal dilantik tu." Cuba jugak cek apa address yang ada tu? Nampak tak address dengan berita lain2. Ada pertukaran kat situ.

Ingat, semua kejadian ada dua side cerita dia. Kau tak boleh ambik just one side of the story semata2 sebab itu side yang setuju dengan pandangan kau. Islam ajar kau satu benda yang sangat penting. Kau dapat tangkap pencuri, kau takleh nak belasah dia terus. Kau tanya dia dulu, kenapa dia curi, tak mampu ke dia beli barang tu? Kenapa dia susah? Kenapa dia sanggup mencuri.

Tapi macam biasalah, ini semua kerja Anwar Ibrahim.
Arghh..aku lapar. Aku salahkan Anwar Ibrahim gak membuatkan aku lapar!

Al-Fatihah dekat siapa2 pun la yang terkorban.
Mana2 yang seksa mayat tu, mintak Allah bagi petunjuk dekat dia.



Mac 06, 2013

Islam Sama Islam Perlu Adil, Islam Sama Bukan Islam Pun Perlu Adil

Selepas penyerahan diri penceroboh Lahad Datu semalam, aku memang eager betul nak tengok TV. Saja aje la nak tengok apa menteri2 kita nak komen. Buletin Utama semalam, ada ruangan pasal Najib menceritakan kesedihan dia jumpa dengan family anggota polis yang terbunuh. Najib juga menceritakan bagaimana anak lelaki anggota tersebut kata "abah,bom, abah,bom" dengan muka menahan pilu yang amat sangat.

Kemudian muncul pula segmen Rosmah. Ada tunjuk Rosmah pakai selendang hadiri pengebumian, ada tunjuk Rosmah try tenteramkan ahli keluarga dan macam2 lagilah, maklumlah Rosmah adalah seorang yang sangat multi tasking. Berbadan besar tapi lincah.

Ada jugak segmen tunjuk Hishamuddin Hussein berucap, lepas tu Zahid Hamidi. Dua orang ni aku tak ambik port sangat sebab tak kelakar. Aku prefer berita pasal Najib dan Rosmah. Lagipun, kalau aku tengok muka dua orang ni lama-lama, aku naik marah.

Komen2 semalam yang aku terima dengan jelas menunjukkan yang ramai orang kat luar sana yang telah dapat berfikiran matang dan bersatu dalam menentang ancaman kepada negara. Matang betul komen2 korang attack aku sebab aku hanya suggest satu benda yang sangat harmless, baca Al-Fatihah dekat pejuang Sulu yang mati. Bukannya kena keluar bajet apa pun. Kau jugak yang dapat pahala walaupun kau tak sama niat macam aku suggest.

Peristiwa semalam dengan jelas menunjukkan dalam bab kedaulatan negara, ramai orang yang kat luar sana yang mampu keluar daripada kepompong kepartian dan berfikir secara rasional. Kekalkan benda tu bila bercakap pasal politik lepas ni.

Dah alang2, serentak dengan kemunculan kematangan dan perubahan mentaliti yang telah ditunjukkan ni, aku rasa, ini adalah waktu paling sesuai untuk kita, rakyat Malaysia, mintak kerajaan Malaysia panggil Setev Sharibuu, bapa kepada Altantuya Sharibuu, mangsa pembunuhan kejam dua orang anggota polis, datang ke Malaysia.

Bapak Altantuya perlu diberikan penghormatan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia kerana kes ni bukan main-main. Dua orang anggota polis telah meletupkan seorang wanita bukan warganegara Malaysia di Malaysia. Jika aku bapak Altantuya, aku nak tau apa sebenarnya yang terjadi dan yang paling penting...kenapa anak aku dibunuh?

Diharapkan agar dapatlah kita rakyat Malaysia beramai2, yang sudah matang dan mampu melangkaui semangat kepartian agar bersatu dalam menggesa Kerajaan Malaysia memberikan closure kepada Setev Sharibuu. Anak kau kena bunuh tanpa ada apa-apa penjelasan, kau mampu duduk diam?

Aku quotekan la komen pertama yang diletakkan semalam oleh Anon ;
"Sebab mereka BUKAN BAPA / SUAMI / ABANG / ADIK / ANAK/ KELUARGA kau, Mantot. Tu sebab kau BERANI berkata begini. Semua ni hanyalah sekadar kata2 yg KONON KAU yang paling memahami 'apa yg pejuang rasa'. 
Andai kata yg terkorban ialah BINI / ANAK kau, aku jamin kau takkan tulis entri yg serba defensif terhadap pembunuh berketurunan Sulu ni."

Bagus. Ini adalah semangat diharapkan. Kau paham apa yang Setev Sharibuu rasa. Makin ramai orang paham apa yang Setev Sharibuu rasa dari 2006 sampai sekarang.

Aku tak paham. Sebab tu aku tulis macam semalam. Tapi janganla berhenti di situ saja. Bukak minda tu lagi besar. Ada beberapa lagi persoalan yang aku pasti rakyat Malaysia berhak tahu dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu dalam mendapatkan penjelasan terbaik dan jujur daripada Kerajaan Malaysia.

Aku pun nak sangat tahu kenapa Sirul dan Azhar bunuh Altantuya. Apatah lagi bapak dia.

Cuba bayangkan, ada Buletin Utama versi Mongolia, tapi Perdana Menteri dia dalam tu kata dia jumpa Setev Sharibuu sambil Setev Sharibuu teresak-esak menangis. "Anak, bom. Anak , bom." Mesti sayu satu Mongolia tengok...
Jom la kita ramai2, tak kira parti mana kau sokong, pro atau anti kerajaan, minta keadilan untuk Setev Sharibuu. Suarakan permintaan anda sehinggalah Setev Sharibuu dapat bertemu Perdana Menteri dan dapat penjelasan yang mampu memberikan dia penutup kepada benda ni.

Kalau kau nak kejar keadilan, kau takleh nak prejudis.Semua orang perlu dapat treatment sama. Darjat atau pangkat kena tolak ke tepi.

Dan aku rasa, kalau kerajaan kita sekarang berani face on selesaikan misteri kes Altantuya, sokongan rakyat kepada kerajaan sekarang akan kembali bersinar. Win win situation untuk semua pihak, rakyat kembali dapat menaruh kepercayaan kepada kerajaan sekarang, kerajaan dapat kembalikan imej diorang yang aku rasa memang dah tercalar balar pasal kes Altantuya ni dan kepada bapak Altantuya, sekurang2 nya dia dapat move on dan tidak tertanya-tanya lagi.

Kes Lahad Datu dah selesai dengan gemilang, tahniah kerajaan...lepas ni selesaikan misteri Altantuya. Kembalikan kepercayaan orang ramai kepada pentadbiran sekarang. Aku tengok PM kita cukup sedih bila dia cerita pasal anak beranak hilang ayah tu. Dia tentu faham, apa yang dialami oleh Setev Sharibuu.

Masalahnya, aku tengok kerajaan sekarang mengelak betul bila Setev Sharibuu datang nak bertanya soalan. Ini hal antara dua negara, bukan jenayah local. Dah la melibatkan polis dan bom C4.

Apa kata, cuba selesaikan permasalahan dia, mana tahu, untung2 menang 2/3 pilihanraya, dapatlah halang Pakatan ke Putrajaya?

Come on penyokong UMNO. Berapa lama lagi kita nak hidup dalam spekulasi? Masyarakat yang penuh dengan spekulasi, tak transparent...akan melahirkan orang yang banyak jerangkung dalam almari.


Mac 05, 2013

Golongan Mana Mati Syahid, Polis Malaysia atau Askar Kesultanan Sulu?

Semasa aku menulis sekarang ni, pasukan keselamatan negara tengah mengebom kampung di mana penceroboh negara menyorok. Apa akan jadi aku tak tau, tapi bunyinya memang agak ekstrim bila jet pejuang pun di bawak masuk untuk bom dari udara. Agaknya semalam evacuation dah berlangsung.

Bila cek laman sosial, banyak orang yang menyatakan sokongan kepada pihak pertahanan negara atas tindakan mereka untuk menghalau penceroboh. Jadi ramai la jugak kawan2 aku yang sebarkan gambar2 anggota polis yang terkorban sambil diajak beramai-ramai baca dan doakan allahyarham yang telah selamat kembali kepada-Nya.

Bagaimanapun...sebagai seorang Islam, kenapa kita sendiri tidak adil dalam benda ni, maksud aku, kita prejudis? Kenapa tidak ada rakyat Malaysia yang beragama Islam mengajak orang lain sama2 mendoakan mereka yang telah meninggal dunia dari kalangan penceroboh?

Sebab mereka penceroboh, jadi tak layak di "al-Fatihah" ke?

Kita, golongan bawahan, adalah golongan yang mudah dimanipulasi. Apatah lagi kalau kita ni kurang berpelajaran. Akal tak berapa mampu nak berfikir cara lain, jadi apa yang kita buat selalunya dikawal oleh orang-orang yang nak ambik kesempatan..yakni politician yang hanya tau suruh orang pegi tembak...tapi bila disuruh pegi tembak sendiri...dia sakit perut.

Apa kau rasa kalau aku katakan, mereka2 yang menceroboh Sabah itu merasakan perjuangan mereka itu adalah perjuangan yang benar dan mereka tahu, jika mereka mati, mereka mati syahid?

Mereka penceroboh, pada kita la. Tapi pada mereka, mereka bukan penceroboh. Pada mereka, mereka pejuang yang ingin menuntut kembali hak mereka. Betul atau tidak apa yang mereka perjuangkan, wallahuallam. Aku sendiri tak boleh nak verify dengan kau kalau kau mintak bukti, perjuangan aku nak ajak orang ramai jangan pangkah Barisan Nasional ni betul atau tidak....tapi aku percaya, apa yang aku buat ni betul.  Samalah seperti perjuangan "penceroboh Lahad Datu" ni.

Akan ada orang lain kata apa yang aku buat ni tak betul, kan? Tapi yang pentingnya...aku percaya apa yang aku buat ni betul. Samalah jugak macam kau, kau nak sokong Rosmah Mansor, sokong la. Sebab pada kau benda tu betul. Kau percaya Anwar peliwat? Percayalah. Kau percaya Melayu perlu bersatu hati dan benci dengan orang Cina sebab orang Cina akan naik lemak dan jadikan Malaysia macam Singapura? Teruskan.

Penceroboh Sabah rasa perjuangan dia betul, perjuangan syuhada. Kita sebagai rakyat Malaysia tak boleh nak deny tu. Sebab benda tu terpulang pada Allah SWT. Allah aje yang tau siapa yang berada dipihak yang benar, kita, Malaysia..atau mereka, orang Sulu. 8 orang anggota polis kita meninggal, pada aku mereka syahid. Orang2 yang meninggal sebab mereka memperjuangkan Kesultanan Sulu...aku jugak percaya mereka syahid.

"Tak adil la camtu..kau ni dah mengkhianat kedaulatan negara!
Kau takde pride Malaysia langsung ke Tot?" jerit kau.

Yang meninggal ni semua orang Islam dan kita sebagai orang Islam, kena mengharapkan mana2 orang Islam lain dapat ke syurga, walaupun perjuangan dan pandangan kita berbeza. Mereka2 yang telah meninggal, mereka yang sedang berperang, tak kiralah dari pihak Malaysia atau Filipina hanyalah askar dalam satu peperangan. Askar yang menurut perintah....macai. Kuli.

Tak salah rasanya kalau kita sedekahkan Al-Fatihah bukan hanya untuk anggota polis kita yang terkorban...tapi juga untuk pejuang Kesultanan Sulu yang telah tiada.

Kau tak setuju dengan aku sebab kau kata mereka yang salah, mereka yang ceroboh, takpelah. Orang Sulu jugak boleh kata Malaysia yang ambik tanah diorang dulu. Siapa betul? Kita tak tahu. Mereka percaya mereka betul. Kerajaan kita percaya kerajaan kita betul. Siapa tahu golongan mana yang betul? Yang penting, semua orang perjuangkan apa yang dia percaya.

"Dia" aje yang tau, jadi kita ni, sedekahkan la Al-Fatihah dekat siapa2 pun la yang terkorban, tak kiralah orang Malaysia, Sulu atau Filipina.

Yang jelasnya, Islam tembak Islam. Islam tembak Islam balik. 

Mac 01, 2013

Awkward Agama : Jemputan Terbuka 24 Jam Sehari Tujuh Hari Seminggu Sepanjang Tahun

Rashid duduk melepaskan penat. 

Anak keduanya, Hasli sedang bermain di tengah ruang tamu. Alat mainan bersepah membuatkan rumah pangsa Rashid yang kecil jadi makin mengecil. Anak sulungnya Habibul pula sedang leka mewarna buku warna Boboiboy yang penuh dengan lukisan conteng-conteng.

Rashid sengih lebar. Sumber kegembiraan dia adalah datang dari keluarganya. Walaupun hidup mereka tidak mewah, tapi berbekalkan kudrat yang masih ada, Rashid terus menggembleng tenaga mencari sumber rezeki untuk membesarkan keluarga.

Zaleha sedang sibuk memotong bawang di dapur. Kedengaran bunyi hilaian ketawa kanak-kanak yang berlari-lari di sekeliling koridor rumah. Pintu rumah yang terbuka membuatkan hilaian mereka jelas didengari Zaleha.

Zaleha memgang perutnya. Kandungan 4 bulan dalam perutnya itu belum tahu jantinanya. Dia harap anak itu perempuan kerana sudah terlalu lama dia ingin mahu memakaikan anak sendiri dengan baju ala tuan puteri dalam kisa dongeng, Dia bersyukur dapat dua anak lelaki tapi naluri wanitanya mengharapkan dia ada seorang anak gadis untuk jadi peneman satu masa nanti.

"Abah! Abah! Tengok Aboi lukis apa!" pinta Habibul. Rashid memeluk anaknya lalu mengangkat dia ke atas sofa. "Cantik....tapi abah tak tau apa Aboi lukis ni?"

"Abah ni, Aboi lukis kita la...ni Aboi,adik,mak, ni abah. Kan Aboi dah lukiskan abah puya misai ni," terang Habibul. Rashid sengih melihat lukisan cakar ayam anaknya. Memang jelas dan terang Habibul anaknya, bertangan bangku.

Hasli merengek minta botol. "Bang, tolong buatkan susu untuk Asli," pinta Zaleha dari dalam dapur. Rashid bingkas bangun. "Air panas ada?" tanya Rashid.

"Dah, baru aje masak tadi," jawab Zaleha. "Abang, mintak tolong ke supermarket kejap, belikan kacang panjang dengan minyak masak."

"Sayang betul la kedai si Raju kat bawah tu dah tutup," kata Rashid, sambil membuka pintu almari mengira apa lagi yang tak cukup. "Ni Asli punya susu dah nak abis ni..." Rashid menggoncang bekas kedap udara itu.

"Dah alang-alang, beli aje la sekali," Zaleha berkata.

Rashid mengambil kunci motor lalu menyarungkan helmet di kepala. Dia membuka pintu grill. "Bang, bang! Jap!" Zaleha menjerit dari dalam dapur.

"Belikan kangkung," kata Zaleha sambil tersenyum. Rashid mengangguk.

"Abah! Nak ikut!" Habibul menjerit. "Takpe..abah pegi kejap aje ni," Rashid menjawab. "Alaaa!" Habibul merengek. Hasli terpinga-pinga.

"Nanti abah belikan Aboi buku Boboiboy tau!" pinta Habibul.

"Iye..abah beli,tengokkan adik tu. Mak nak masak.." beritahu Rashid lalu mengunci pintu grill.

Rashid melangkah ke arah tangga. Duduk di tingkat 2 sudah agak menyeksakan tanpa ada kemudahan lif. Paling seksa bila pulang membeli barangan keperluan. Nak tercabut tangan Rashid mengangkat barang-barang. Tapi dia sudah biasa. Cuma kadang2 hatinya jadi sangat risau mengenangkan Zaleha yang kena naik turun tangga apabila pergi dan pulang bekerja.

Rashid sampai di bawah. Dia nampak Nikman tengah mengelap motor. Di angkat tangan tanda menegur. "Gi mana Shid?" tanya Nikman.

"Gi beli barang. Kau tengok bola semalam?" tanya Rashid.

"Tengok. Cantik gol Safee semalam," ulas Nikman.

"Striker nombor satu negara tu!" Rashid gelak besar. Dia bangga lihat pasukan Johor meningkat naik kembali. Zaman kegemilangan bolasepak Johor diharapkan kembali bersinar. Dia punya harapan agar dapat satu hari nanti membawa anak-anaknya ke stadium menyaksikan perlawanan di sana, menghangatkan stadium untuk mengimbau kembali zaman mudanya, bila Stadium Larkin senantiasa penuh dengan lautan manusia.

Rashid duduk di atas motor. Enjin motor dihidupkan. Rashid memacu motorsikal Honda EX5 nya merentasi barisan motor yang sarat memenuhi kawasan letak motorsikal di situ. Sampai di persimpangan, Rashid berhenti kerana lampu isyarat merah.

Rashid angkat tangan kepada kaki lepak di kedai kopi kawasan itu. Dia tidak punya banyak masa untuk diluangkan bersama mereka berbincang hal politik kedai kopi. Masanya habis untuk keluarga. Untuk menemani anak-anaknya. Dia tidak mahu anak-anaknya susah seperti dia. Ada keluarga tapi terpaksa bawa satu keluarga naik motorsikal ke mana-mana. Panas hujan habis mereka dah redah.

Lampu isyarat bertukar hijau.

Rashid kembali memulas minyak. Ada kereta kuning memecut mengejar lampu kuning dari arah depan. Berdentum kuat. Habis dilanggar Rashid dan motornya. Tercampak Rashid mencium jalan. Retak kepalanya kerana terhantuk atas tar.

Kereta kuning itu berhenti untuk seketika, kemudian terus memecut tak ingat dunia.