Januari 31, 2013

Aku, Kula Shaker dan Najwa Latif Serta Kejayaan Dewa Krishna

Masa aku muda dulu, waktu aku sekolah tingkatan 3, ada Tower Records kat Kl Plaza. Selalu juga aku ke sana dengar lagu baru yang susah nak dengar. Lagipun waktu tu kalau nak dengar lagu kena ada kaset dan walkman. Yang kaya ada la discman. Banyak jugak la kaset aku ada waktu tu. Paling aku sayang..kaset Nirvana "Nevermind"...yang mak aku belikan. Mak aku belikan....Bapak cool mak aku.

Untuk orang generasi aku, benda essential nak dengar lagu kena ada;

1. Pen untuk rewind kaset..pen kilometrico terbaik untuk ni.
2. Sekeping pintu untuk kemikkan bateri yang dah habis. (memang berkesan)
3. Walkman ...ada dua brand aje..Sony atau Aiwa yang famous.

Kalau kau tak paham apa aku tulis ni, itu maknanya kau muda lagi dan kau lahir zaman bateri rechargable berleluasa.Dalam banyak2 kaset aku ada, ada satu band nama dia Kula Shaker. Dulu band ni top jugalah. Dalam album Kula Shaker ni, banyak jugak lagu yang layan2. Sempat jugak aku jamming sebuah dua lagu diorang ni dengan member2 aku.

Mamat yang buat lagu Kula Shaker ni, dia agak obses dengan budaya hindu dan bahasa sanskrit. Jadi..adalah beberapa lagu yang kitorang tak paham tapi kitorang bantai nyanyi dan main.

Aku nak ingatkan, ini zaman sebelum internet went manstream. Apa yang kitorang belajar, kena carik sendiri semuanya. Dalam album tu ada 2 buah lagu, tajuk dia..Tattva dan lagi satu Govinda. Lagu ni la kitorang bantai jam bila dah boring main Nirvana atau Butterfingers.

Lirik dia....

Govinda jayya jayya..
Goppala jayya jayya..
Radha ramanna harri
Govinda jayya jayya....

Aku tak pernah tau apa yang kitorang sebut tu....zaman tu, bukan senang nak dapat reference..mcm sekarang.

.......

Tahun lepas, bila aku saja tengok2 koleksi cd wife aku, aku nampak la wife aku ada beli album yang sama tapi version cd.Aku pun teringat la balik kenangan zaman jamming dulu. Terus aku bukak internet search pasal band tu... dah berpecah lama dah. Terjumpa la pasal lirik lagu2 yg kitorang selalu jam tu.

Barulah aku sedar....

Selama ni bila kitorang jamming...kitorang sebenarnya sedang memuji keagungan Dewa Hindu. Entah2 dah berapa ratus kali kitorang mendoakan kejayaan Dewa Krishna.

Apa2 pun...aku rasa cool jugak la wife aku ada album yang sama.

Berjaga-jaga ajelah. Jangan jadi macam aku..main nyanyi ramai2 benda yang tak sepatutnya. Trend sekarang...layan lagu K-Pop. Apa dia nyanyi? Entah. Aku rasa K-Pop ni lebih kepada membuatkan perempuan rasa horny tengok sekumpulan pemuda androgynous menari serentak dan membuatkan lelaki yang layan video klip gadis2 korea naik nafsu syahwat. Lagunya tah hapa2....

Mungkin content lagu Korea tak melibatkan spirituality sangat.Tapi cek aje la.Korang hidup dalam zaman maklumat. Kalau tak ambik peduli apa korang nyanyi..bangang jugak la.

Nak selamat..layan lagu Najwa Latif.

Tapi untuk org2 mcm aku yg berotak kuning, aku nampak lirik lagu Cinta Muka Buku tu lucah...Part mana? Hehehehe...seorang gadis muda yang baru berjumpa dengan kenalan lelaki tapi dah berani pejam mata dan cuba apa saja...bukan ke itu sama macam intro SEMUA CERITA PORNO?

Seorang perempuan bawah umur yang merelakan dan berani mencuba....
Gementar tapi bahagia!
Lucah tu bai!

Dah la paedophile kalau jadi kes.

ps - bila dah besar..baru aku nampak cover album tu gambar apa...masa muda...semua benda jalan.


Januari 30, 2013

Cara Baru Bersentuhan Antara Couple Bukan Mahram Yang Tidak Memerlukan Sentuhan Kulit

Minggu lepas, aku tengah jalan2 sebab ambik motherboard aku kat kedai, nampak sepasang couple jalan-jalan.  Diorang berdiri agak jauh, ada gap dalam satu kaki antara diorang.

"At least ada gap..." fikir aku.

Tup tup...minah tu angkat tangan dan.............masukkan tangan dia dalam poket belakang seluar boifren dia.

"What the hell?" fikir aku terus terkesima.

Sebab kebetulan aku dengan diorang nak ke arah lif, aku pun jalan aje la belakang diorang selama seminit dua. Sepanjang ke lif, minah tu langsung tak tarik tangan dia dari poket lelaki tu. Aku tak nak membayangkan apa yang terjadi dalam poket tu, mungkin jari minah tu menggaru2.

Mungkin ini cara baru nak mengelak bersentuhan kulit dengan bukan mahram kot? Kalau orang tanya, berlapik ni bang oi! Masuk aje dalam lif, sebab dia ingat aku foreigner kot, dengan selambanya diorang gedik2 dan mamat tu cium pipi minah tu.

Suami isteri nak buat macam tu? Jangan harap.

Apa-apa pun, at least...dia seluk poket belakang. Kalau poket depan macam mana? Boleh grip belalai sambil jalan2. Uuuuuuu....

Tak dosa maa! Tak bersentuhan kulit. Lagipun, ada benefit memastikan wallet boyfriend takkan terjatuh.

Mesti mamat dan minah tu antara yang akan mengamuk besar bila tau Kristian nak gunakan perkataan Allah dalam Bible.

ps - sebelum ada orang tanya, aku jelaskan, minah tu tak cun dan aku tak jeles.

Januari 29, 2013

Impian Melihat Proton Terbang Di Usia Tua

Tiap2 kali bila aku terima aje berita kematian saudara mara atau sahabat terdekat, aku akan teringat balik satu petang di mana pada ketika umur aku 13 tahun, baru balik main bola dekat padang, pakcik aku datang sekolah dengan adik2 aku dan inform aku bapak aku dah tak ada.

Bila kita dengar berita kematian, kalau kau dah matang, kau tau dan sedar apa yang terjadi bila kau dengar berita tu. Tapi aku waktu tu walaupun umur aku 13 tahun, serius shit aku tak tau nak react macam mana. Kalau aku pun tak tau nak react macam mana, apatah lagi adik-adik aku yang still sekolah rendah.

Kematian orang yang dekat dengan kau akan tunjukkan kau satu benda yang tak ramai orang ingat.

Walaupun sayang macam mana pun dengan seseorang, satu masa nanti ada dua aje benda akan jadi, sama ada kau mati dulu atau dia mati dulu.

Adik beradik aku menghadapi 2 kematian dalam tempoh 3 bulan sewaktu usia muda. Ada kawan aku, dia lahir tak sempat kenal bapak dia sebab meninggal time dia kecik dan masih tak paham cara dunia ni. Seorang kawan aku, satu family dia semua meninggal dunia kecuali bapak dia sebab kemalangan jalan raya...dan family dia,agak besar jumlah dia.

Bila-bila aje kita boleh mati.
Aku tengah menaip ni pun boleh mati...

Kalau kau tak pernah lagi mengalami proses menghadapi kematian orang terdekat dengan kau, aku bagitau kat sini...perasaan tu sangat2 lah sakit yang aku takleh nak eksprsei dengan perkataan. Bila kau fikir balik pasal mereka2 yang telah meninggal ni, kau akan rasa kosong dan ada yang akan fikir, apa yang akan terjadi kalau dia masih ada? Apa yang akan lain kalau dia hidup lagi?

Tapi aku rasa, pemikiran macam tu salah. Tak praktikal. Sebab benda tu adalah satu soalan yang kau takkan tau jawapan dia....the impossible question.Walaupun begitu, aku pun selalu sebenarnya buat macam tu. Normal la, kita memang selalu wondering dan teringat kembali "what if?"

Apa yang kita sepatutnya rasa bila menghadapi kematian atau teringat mengenai orang2 yang telah tiada ni adalah ingatkan diri kita, apa yang diorang wish kita rasa, apa yang diorang wish kita buat. Kalau selama ni bapak kau nak kau jadi orang2 baik, jadi orang2 baik. Kalau nenek kau yang kau kenal selama ni seorang perempuan yang lemah lembut dan tak pernah marah kau, jadi macam dia.

Bila kau teringat pasal orang yang sayang tapi dia dah tak ada, kau takkan teringat pasal keburukan dia, kan? Segala memori kau kena marah ke atau kena libas tali pinggang dengan bapak ke, semua tu jadi memori dengan kau....tapi memori indah. Sesuatu yang mengingatkan kau dengan dia, tak kiralah teruk mana pun memori tu.

Kematian adalah satu proses recovery yang sangat panjang. Tapi percayalah cakap aku, kau akan recover. Kau akan jadi lagi kuat.  Apa yang kita boleh buat..adalah pastikan, semasa kita hidup, kita jadi seseorang yang memorable. Supaya bila kita mati, orang ingat kita dan jadi lagi baik sebab mereka pernah kenal kita.

Aku hanya berharap, bila aku mati, orang last yang tengok aku, adalah orang yang kenal dan sayang aku.

Dan, aku harap, aku sempat tua, sempat dapat tengok kereta Proton terbang menggunakan teknologi roket hibrid, tapi still ada masalah power window, dijual dengan harga belasan ribu tanpa dikenakan cukai mengarut dan orang ramai mampu beli tanpa perlu berhutang 9 tahun.


Januari 23, 2013

Allah Juga Bersama UMNO Bro!

UMNO...UMNO.
Bila dah tak ada modal lain, UMNO akan recycle balik isu ;

1. Amanat Haji Hadi
2. Gerakan penyebaran Kristian di Malaysia
3. Bible Bahasa Melayu

Ni dah kali ke berapa isu ni naik. Aku dah lost count. Modus operandi UMNO senang ;

1. Tuduh
2. Kalau takleh nak tuduh, reka cerita
3. Tunggu yang tertuduh respon
4. Kalau ada yang respon...buat2 tak tau
5. Teruskan pretend yang isu diorang tu hangat dan sukses
6. Teruskan pretend yang solutionnya ada dalam tangan diorang

Kalau isu-isu ni tak jalan, UMNO akan ;

1. Keluarkan video lucah.
2. Putar balik isu liwat.
3. Main balik isu siapa bapak kepada anak sumbang mahram.
4. Bangkitkan isu mak mana yang tak mengaku dia ada anak.

Sambil main isu ni hari-hari ; UMNO akan :

1. Declare diri diorang terbaik
2. Mengaku UMNO adalah pilihan Tuhan
3. Puji masing-masing
4. Suruh rakyat ingat sejarah
5. Ingatkan orang Melayu ini TANAH MELAYU

Kepada orang Melayu, UMNO main isu :

1. Isu Cina nak conquer Malaysia.
2. Isu DAP nak jadikan Malaysia macam Singapura.

Kepada orang Cina, MCA main isu :

1. PAS nak jadikan Malaysia negara Islam
2. Isu hudud

Last resort :
Diorang bangkitkan isu 13 Mei 1969....

Jom kita buat calculation sikit ;

1. UMNO kata orang Cina akan naik lemak kalau Barisan Nasional tumbang.
2. Malaysia akan jadi macam Singapura
3. Malaysia akan jadi negara Islam di bawak Pembangkang
4. Hudud akan dilaksanakan kalau PAS dapat bentuk kerajaan

Kita gabungkan ke empat-empat isu yang selalu dimainkan ni.
Kesimpulan yang aku dapat adalah ;

"Malaysia di bawah Pakatan akan jadi sebuah negara Islam di bawah pemerintahan seorang PM Cina
yang mampu menjadikan Malaysia macam Singapura, malah mampu melaksanakan sistem negara Islam
dan hukum hudud di negara kita."

Ini ikut kata Barisan Nasional lah, suara UMNO dan suara MCA, sebab ni adalah benda yang aku baca hari-hari dekat Utusan dan The Star. Not a bad choice, kan?

Walaupun diorang tengah bising pasal isu Bible BM dan kalimah Allah yang aku malas nak ambik port sangat sebab dah boring, tapi tak salah rasanya kalau kita ramai2 tadahkan tangan doakan agar terbuka pintu hati pemimpin DAP terima Islam.

ps - nak dekat pilihanraya nanti sudah pasti mangsa liwat atau mangsa liwat baru akan muncul kembali.
Kita tunggu dan lihat dan gelak.


Januari 22, 2013

Cerpen : Rina dan Rizal Bersarapan Cucur Udang dan Teh Tarik

"Abang, sarapan dah siap!" panggil Rina dari belakang rumah. Lalu dia keluar dari dapur sambil mengangkat satu talam besi berisi dengan cucur udang dan sos kegemaran Rizal. Bau air teh tarik satu jag yang sudah diletakkan tadi menusuk hidung dengan aroma yang wangi dan memanggil-manggil.

Rizal bangun dari sofa lalu melipat kemas akhbar yang baru dibacanya. Dia senyum melihat Rina lalu menarik kerusi, bingkas diduduknya. Jam pada waktu itu hampir jam 8 pagi. "Cucur udang special!" Rizal gembira apabila melihat Rina meletakkan pinggan berisi cucur udang dengan udang seekor-ekor jels kelihatan melekat garing.

"Jadi ke production hari ini?" tanya Rina sambil menuangkan teh tarik ke gelas Rizal. Rizal termenung seketika. "Ak aah, jadi. Baru pagi tadi produser mesej abang kata semua on..."

"Uhmm...so today is the day?" tanya Rina. Rizal berpaling memandang Rina, tersentak, tapi masih lagi mampu mengawal perasaannya. Tersenyum Rizal apabila melihat wajah Rina mencuka. "Jangan jeles la...I kan dah janji dengan you, you are the only woman in my life, forever and ever," pujuk Rizal.

"Yes, I tau..tapi..I just felt that adegan-adegan macam tu tak kena la dengan filem you ni," terang Rina. "I am sure you still ingat what happen bila the first time you kena asked to do ranjang scene in your film."

Rizal mahu menenangkan Rina tapi dia tak tahu apa yang perlu dikatakan. Bercinta dengan seorang anak seni, beginilah lumrahnya. Begitulah juga dengan dirinya, teringat kembali pada satu ketika dulu apabila adegan ranjangnya dalam filem 'Adnan Mat Fit 2' jadi kontroversi kerana masyarakat bertanya dan mahu tahu adakah Rizal dan artis baru meningkat naik, Julia Shandee, benar2 tidak berpakaian dan hanya ditutupi selimut.

"Hey..mengelamun pulak dia!" tegur Rina.

"Tak tak...you jangan risau. There is nothing that you should be worried about. You kan dah jumpa co-star I, Saadiah Mambo...you dah kenal dia. This is just work la sayang, she's very-very professional," pujuk Rizal. "Lagipun...you kan dah janji yang you will try and understand what I am doing is for our sake, right? I cari rezeki untuk kita, I nak beri you hidup senang," Rizal sedikit kecewa melihat reaksi masam Rina masih lagi belum pudar.

"Tit tit tit, tit." Telefon Rizal berbunyi menandakan waktunya untuk beredar sudah tiba. "Ok sayang, look at me..you know who I am kan? Trust me, sayang, " Rizal merenung tepat ke mata Rina. Rina lemah. Dia tau dia tewas dengan Rizal. Matanya, mudah membuatkan Rina cair.

" Maybe...I boleh become a model again like before Rizal?" tanya Rina sayu. "Mungkin itu akan bantu kita," jelas Rina lagi. "Takpe, don't you worry about money, as long as I am here, I akan kerja kuat-kuat just for you," jawab Rizal.

"Ok, sayang, I have to go. Nanti marah pulak produser.." beritahu Rizal sambil melihat jam didinding.

Rizal menghulurkan salam lalu Rina menyambutnya. Tunduk Rina mencium tangan Rizal. "Take care ya, jangan nakal-nakal..." pesan Rina. "Don't you worry, I love you," kata Rizal sambil mencium dahi Rina. Rizal membuka pintu lalu melangkah dengan kaki kanan, "bawa berkat," fikir dia. Lalu enjin kereta dihidupkan. Pintu pagar dibuka dengan sistem automatik lalu kereta Rizal meluncur laju meninggalkan Rina keseorangan di rumah.

" Ya Allah, Ya Tuhanku...lindungilah Rizal. Berkatilah apa yang dia lakukan dan bukakanlah pintu hati dia supaya dapat mengambil aku menjadi isteri dia yang dia sayangi," pinta Rina dalam hati lalu menutup pintu rumah mereka berdua.

Januari 19, 2013

Weekend Post - Gadis Yang Degil dan Tidak Mahu Listen


Cik, orang tu suruh dengar, bukan posing.
Kalau tak nak dengar, nanti boleh ter-join demonstrasi jalanan.
Baru padan muka.

Orang gila aje gi demo ni.
Orang waras makan shark fin kat rumah.

Januari 18, 2013

Awkward Agama : Nafas Wanita Itu Jadi Kencang Melihat Gambar Suami Orang


Soalan :
Siapa sanggup spend RM9.90 untuk sebuah buku yang penuh dengan gambar suami orang lain?

Jawapan :
Orang gila yang mampu kerja untuk dapat duit.

Soalan :
Apa yang berlaku bila lelaki tengok gambar perempuan seksi?

Jawapan : 
Rasa ghairah.

Soalan : 
Apa yang berlaku bila ada wanita beli majalah di atas?

Jawapan : 
......Err.....rasa basah?


Januari 17, 2013

Siri 02 : Patrick Teoh dan Super Munafik

Mari kita berfikir sejenak.

Buang segalanya pasal politik dan tahi kucing sampah yang kita namakan ideologi. Tanya diri sendiri, "apa salahnya PAS Kedah wujudkan akta sambutan tahun baru Cina yang pastikan siapa2 saja yang terlibat dalam sambutan, tak kiralah dia Buddhist atau Kristian atau Muslim atau Sikh atau Atheist sekalipun, mesti berpakaian sopan.

Bukan ke common sense manusia adalah berpakaian sopan? Aku sendiri malu kalau aku keluar rumah orang boleh nampak nipple aku. Benda yang PAS Kedah anjurkan itu adalah satu benda yang aku sangat sokong. Kenapa perlu dibangkang, pada aku. Aku Melayu..jadi aku tak nampak apa salahnya di situ.

Tapi masalahnya, lepas isu tu keluar tempohari, kalau kau baca Utusan Malaysia hari2, kau akan nampak isu tu jadi permainan mereka nak melagakan DAP dan PAS. Apa kejadahnya itu?

Kita lihat konteks asal benda tu balik, nak buat persembahan, kenalah berpakaian sopan. Tak kiralah apa pun bangsa dan agama kau. Sebaliknya, isu ni dijadikan fokus oleh pihak pro kerajaan supaya orang2 Cina bangun dan bangkang apa yang PAS Kedah buat. Taktik menakutkan orang Cina supaya mereka gentar dengan imej Islam diolah semula.

Bagaimanapun,sebab ini Malaysia..the land of opportunity, wujudlah bunyi2 bising orang bukan Islam yang tak puas hati dengan arahan PAS Kedah tu. Kau bukan Islam, kau nak bising? Silakan. Aku tak ada masalah. Tapi cuba la tengok betul2 dulu, kenapa kau bising-bising? Sebab itu arahan PAS? Atau arahan tu mengganggu budaya masyarakat Cina?

Bila masa budaya masyarakat Cina menggalakkan pemakaian seksi? Aku rasa ramai orang bukan Islam yang bising sebab mereka takut dengan PAS, tapi terlupa yang ethic wise, kita tak sepatutnya berpakaian seksi. Itu satu hal. Tapi tujuan aku menulis hari ni bukan sebab aku nak persoalkan kenapa masyarakat bukan Islam tak suka dengan larangan jangan pakai seksi...diorang nak seksi, seksi la tapi the least that we could do, pemerintah yang Islam ni..adalah larang diorang. Betul? jadi, pada aku, PAS Kedah berada di pihak yang betul.

Sebab,sebagai pemerintah, yang beragama Islam...mereka kena buat macam tu. Tapi..yang memelikkan...

Kenapa kerajaan Pusat khasnya orang2 UMNO tak sokong apa yang kerajaan PAS Kedah buat? Jika mahu sangat menyatukan Melayu, benda2 macam tu la sepatutnya sepakat. Jika orang MCA dan DAP bangkit melawan, mana pemimpin2 UMNO yang berani bangun dan pertahankan apa yang PAS Kedah laksanakan?

Adakah sebab orang2 UMNO merasakan mereka bakal lebih beruntung jika memilih jadi neutral, membiarkan PAS bersendirian dalam bab2 berkaitan larangan macam ni dan mana tau, bila orang-orang Cina menyampah dengan PAS, mereka akan kembali pada MCA? Yang untungnya nanti Barisan Nasional.Sokongan orang Cina akan kembali kepada BN, wow, seronoknya.

Benda2 macam ni adalah salah satu sebab kenapa PAS takkan bergabung dengan UMNO. Sebab sedar tak sedar, walaupun ramai pemimpin2 yang kerajaan cuba ketengahkan berjuang pasal akidah dan agama, tapi bila bab benda2 basic macam menyokong apa yang PAS buat agar selari dengan tuntutan Islam..UMNO menikus dan tunggu peluang.

Aku harap ada orang UMNO yang bangun support PAS dalam benda ni dan kemudian laksanakan larangan yang sama dekat negeri2 bawah BN.

Kenapa? Sebab majoriti orang kita orang Melayu. Orang Islam. Kalau kita tak dapat nak enforce cara2 Islam dekat negara kita walaupun kita yang perintah negara, then what's the point of governing?

Ini adalah sebab kedua kenapa aku rasa kita perlu tukar Kerajaan sekarang. Aku tak kisah kalau DAP nak mengamuk sampai berguling-guling nak bantah apa yang PAS buat sebab itu adalah adat dalam pemerintahan dan aku sebenarnya lagi gemar pemimpin yang sama2 bertelagah daripada ramai2 pakat hangguk aje.Tidak banyak kebaikan dapat terhasil daripada sistem kipas bontot dan angguk-angguk.

UMNO, mana inisiatif anda sendiri?

Kata Islam,pejuang agama, bangsa dan negara....tapi bila PAS buat satu undang2 yang selari dengan agama, mereka tunggu peluang nak burukkan PAS supaya orang ramai khasnya mereka2 yang terkesan dengan larangan PAS agar kembali mengundi mereka.

Sifat itu, pada aku, adalah satu sifat munafik yang sangat munafik. Super munafik barangkali.

Sekarang ni, ramai orang yang hangat dengan Patrick Teoh. Aku dah tau dia macam mana sebab aku selalu baca blog Niamah dia,jadi aku tak terkejut, dia memang anti Islam sket.

Cuma, aku terkejut bila larangan PAS ni jadi panas dan PAS Kedah kena attack kaw-kaw dalam The Star semenjak beberapa hari lepas, orang melayu senyap bila mula2 MCA kutuk PAS dan kemudian DAP pulak bantah PAS. Bila si Patrick Teoh ni mula hentam PAS dan agama, semua pakat bising. Mana korang sebelum ni?

Tak ada pun yang bangun dan kutuk kerajaan Pusat sebab tak sokong apa yang PAS Kedah buat bila PAS kena hentam dengan orang Cina. Mungkin, sebab korang takut kalau larangan tu jatuh dekat korang satu hari nanti , wahai orang Melayu?

Kutuk agama satu hal, tapi itu bab lainlah. Tapi, orang Melayu membelakangkan persaudaraan agama atas dasar politik...itu sesuatu yang aku harap orang UMNO dan PAS boleh ubah. Kita tak sepatutnya bersatu hanya untuk hentam orang bukan Islam yang kutuk Islam. Kita sepatutnya bersatu laksanakan Islam bukan hanya untuk orang Islam, tapi juga untuk orang2 bukan Islam, tak kiralah kau UMNO atau PAS atau PKR atau DAP.

Jadi, dalam bab menyambut tahun baru Cina dalam sebuah negara yang diperintah oleh orang2 Islam, kenapa hanya di Kedah aje wujud guideline kena berpakaian sopan yang selari dengan Islam?

ps - larangan tersebut dah ditarik balik. Islam, sekali lagi rebah di bumi Malaysia, yang bangga dengan masjid indah dan mewah.

Januari 15, 2013

Never Argue With Stupid People, You Stupid Fool, I Want To Save A Family of Mosquito From Danger

Hopefully sekarang, semua orang dah tengok video ikrar ramai-ramai budak UUM menentang demonstrasi dan "perbahasan" antara seorang lecturer dan student.

Apa yang aku boleh katakan dekat sini, bila aku tengok video tu semalam, aku rasa nak menangis. Aku nak menangis bukan sebab aku sedih tengok orang macam tu wujud, aku dah dapat terima hakikat orang2 penyokong pencacai Kerajaan memang macam tu pemikiran dia.

Aku menangis...kegembiraan.

Sebab orang ramai macam aku, yang tak ada peluang bersuara menyampaikan pendapat kita, telah sebulat suara menggunakan internet untuk menyuarakan pandangan kita.

Aku juga gembira sebab golongan orang2 pencacai macam si Sharipah ni satu masa dulu disanjung, tapi sekarang dia kena herdik. Orang ramai sudah berani melawan walaupun bukan masa kejadian tu terjadi.

Aku gembira sebab dengan terpaparnya perangai2 pencacai macam ni, tak payah kempen pun tak apa sebab dah jelas dan terang, orang2 yang disayangi dan diangkat oleh kerajaan sekarang untuk jadi pemimpin adalah orang2 macam tu.

Walaubagaimanapun, aku sedih. Sedih sebab budak2 Melayu dalam tu tak melawan. Balik2 orang2 Melayu berharap bangsa lain yang take initiative. Melayu hanya sekadar menjerit dari jauh. Nak melawan pun hanya sekadar "boo" dari belakang. Yang menyokong si Sharipah ni pulak ramai dalam dewan. Macam ni ke budak2 yang dapat masuk IPTA punya level?

Aku jugak sedih sebab si Sharipah ni tau dia Islam dan dia tak sempurna tapi dia tak ada perasaan malu. Dia tak malu nak admit benda tu terang2 tapi dia tak cukup malu untuk tutup aurat dia. Macam kebanyakan wanita Melayu sekarang punya mentaliti, tau malu tapi tak cukup malu. Tak ada ke budak2 Melayu yang berani bangun tanyakan dia,"kata Islam, kenapa tayang rambut?" Nak jugak aku tengok apa dia nak jawab.

Bagaimanapun, aku gembira.

Benda2 macam ni yang si Sharipah perjuangkan adalah benda2 yang sekian lama dilatih dalam masyarakat kita. Jangan persoalkan, duduk, diam, dengar..listen, listen, listen....jangan bantah. Siapa latih kita jadi macam tu? Kerajaan Barisan Nasional. Kalau nak bantah jugak apa perlu buat. Keluar Malaysia. Jangan duduk Malaysia. Jangan belajar UUM. Siapa selalu guna hujah macam tu? Pencacai UMNO. Lalu menunjukkan, Sharifah Zohra Jabeen adalah seorang pencacai.

Cakap lah apa sekalipun,Sharifah Zohra Jabeen itu adalah imej orang-orang UMNO dan cermin kepada UMNO. Dia orang Barisan Nasional, Barisan Nasional disokong oleh orang-orang macam tu.

.............

Satu benda yang paling sedih pada aku adalah, kalau itu aje hujah yang mampu dikeluarkan oleh seorang "lecturer", itu juga dengan jelas menunjukkan level di mana tahap education kita sebenarnya. Aku boleh accept pencacai takde hujah sebab diorang "just a pencacai" tapi "lecturer tahap pencacai"? Teruk benar ke lulusan universiti sekarang ni?

Nak tak nak, dia sebenarnya sedang represent imej orang Islam dekat orang2 lain...

Menakjubkan. Sangat2 menakjubkan.
Cuba kita tanya balik si Sharipah ni..siapa pencetus anarki sebenarnya?

ps - Pihak pembangkang, mintak tolong, jangan syok sendiri dan angkat Bavani sebagai wira dan bakal calon pilihanraya. Biarlah dia belajar dulu. Samalah jugak macam si Adam Adli tu. Sudah2 la mempopularkan "idola instant."

Januari 14, 2013

Orang Gila dan Bodoh Aje Pergi Perhimpunan Shamsidar Hari Tu!

Sapa pegi Perhimpunan hari tu? Korang pegi sebab apa? Apa faedahnya kau dapat pegi perhimpunan tu? Kenapa ramai benar yang pegi sana tapi sebenarnya just sekadar buang masa?

1. Organizer kata, tak ramai yang claim duit sagu hati RM150 untuk orang biasa dan Rm700 untuk ahli2 parti politik. Kenapa tak ambik? Kan ramai petugas start hulurkan duit pukul 2 lebih? Bukannya susah pun, kalau kau ahli parti politik, tunjuk kad keahlian. Kalau kau orang biasa, kau hanya perlu angkat tangan dan mintak.

2. Yang bawak budak-budak...ni lah jenis mak bapak tak guna. Kau ada anak, kau jangan la bawak dia pegi tempat camtu. Kau bawak dia pegi tempat2 yang selamat, macam Jom Heboh atau ujibakat rancangan Idola Kecil. Itu baru contoh ibu bapak yang baik. Mak bapak yang bodoh aje bawak anak-anak pegi tempat macam perhimpunan Shamsidar ni. Apa kelas setakat dengar lagu Ito? Apa barang setakat dengar sajak orang tua berjanggut? Budak2 kena ajar berhibur dari kecik. Bodoh betul la mak bapak zaman sekarang ni.

3. Aku dengar-dengar cerita, dekat stadium, Shamsidar Taharin di bawa berarak pusing satu stadium sebab nak semua orang sokong dia. WTF? Lagi memelikkan, Anwar pulak yang dukung Shamsidar. Organizer perhimpunan pulak bangga betul bila satu padang Stadium Merdeka penuh dengan saudara mara Shamsidar ni. Semua orang yang duduk atas padang tu semua kaum kerabat dia aje.  Orang2 biasa, kena duduk jauh, duduk kat luar, berhimpit-himpit. Ni baru jadi pembangkang, belum lagi naik jadi kerajaan.

4. Tu yang semayang ramai2 dekat tepi stadium. Apa kejadahnya semayang? Buat apa kau semayang kalau kiblat pun tak betul? Yang solat tu pun solat atas tanah dengan keliling kau ada pempuan duduk, apa bendanya? Ni ke Islam yang PAS agung-agungkan? Islam atas tanah. Kalau solat ala kadar, baik tak payah solat langsung bodoh.

5. Sampah merata-rata. Belah-belah puak pembangkang ni memang dia nak jadikan satu Malaysia ni macam Kelantan agaknya. Sampah merata-rata, busuk, hanyir, tikus banyak. Kalau kau jalan2 dekat Kelantan kau boleh nampak sampah berselerak merata-rata sebab Majlis Perbandaran tak cekap jalankan tugas, jadi boleh nampak la mentaliti peserta2 perhimpunan Shamsidar ni sama la mentaliti diorang. Mentaliti orang kampung.

6. Najib berjaya kumpul 15 ribu orang dekat Tesco Semenyih. Kita semua tau dalam Malaysia, luas kawasan kebanyakan pasaraya Tesco adalah jauh lebih besar berbanding Stadium Merdeka jadi secara logiknya, Tesco mampu memuatkan lebih ramai orang dalam satu-satu masa. Dalam jangkaan aku, berdasarkan gambar2 yang aku tengok dalam TV dan Berita Harian serta estimation aku sendiri lepas aku pergi sana (sebab nak dapat RM700) , jumlah sebenar peserta yang tiada kena mengena dengan Shamsidar Taharin adalah lebih kurang 257 orang, itupun masuk member2 aku sekali. Selebihnya adalah saudara mara Shamsidar.

7. Perhimpunan Shamsidar ini berjaya bukan kerana kecekapan penganjurnya. Perhimpunan ini berjaya kerana Kerajaan Barisan Nasional memahami kehendak rakyat. Jadi, buat apa tukar kerajaan? Kita kekalkan kerajaan sekarang, masalah air akan selesai. Kita perlu beri mereka mandat baru untuk memastikan masalah air akan selesai. Hanya mandat baru boleh memastikan masalah air selesai. Mandat sekarang ini...tidak apalah jika masalah air tidak selesai.

........
Apa yang ditulis di atas adalah apa yang aku tulis kalau aku ni Pencacai BN. Seronok jugak jadi pencacai. Kena kuat pakai imaginasi.

Dengan nada serius, aku tulis kat sini, segala apa yang kau dengar atau baca atau tengok dekat mainstream media mengenai Perhimpunan di Stadium Merdeka hari tu adalah bohong semata-mata. Memang ada mak bapak bawak anak-anak tapi apa bezanya bawak ke situ dengan bawak anak-anak pegi sambutan Tahun Baru? Dah la waktu malam, banyak mat rempit. Tapi aku dah sampai satu tahap di mana aku jadikan segala bullshit hebahan Barisan Nasional sebagai bahan lawak, sebab Barisan Nasional sudah terlalu lusuh dan hancing...aku dah give up dengan Barisan Nasional.

Dah tak ada isu...isu bawak anak dijadikan point utama. Tidak lebih 10 tahun penjara kalau didapati bersalah bawak anak pegi perhimpunan? Kah Kah Kah Kah! Bangang.

Kenapa nak pangkah Barisan Nasional? Mereka hanya warlord2 Melayu yang masih lagi cuba menggunakan politik style lama yang dah lapuk ditelan zaman. Kepada sesiapa yang tanya ada tak Pakatan bagi BR1M,PR1MA atau rebate henfon macam BN....aku just nak cakap...kalau tak ada Pakatan Rakyat...Barisan Nasional takkan buat benda2 macam tu.

Malaysia perlu pembangkang yang kuat. Kalau bertukar Kerajaan nanti (sesuatu yang aku suggest korang try) sila pastikan Pihak Pembangkang waktu itu juga kuat.

Kerajaan tak bermaksud Barisan Nasional dan Pembangkang tak semestinya Pakatan Rakyat. Ubah minda anda sekarang. Kita sudah ada alternatif yang cukup kuat dan apa yang kita, orang2 biasa perlu pastikan adalah, siapa2 pun yang naik jadi kerajaan, pastikan punggung mereka senantiasa panas dan tidak selesa, dalam menjamin kesejahteraan negara.

Lagi 3 bulan nak pilihanraya, Barisan Nasional masih lagi memperbodohkan rakyat dengan berita-berita palsu dan putar belit. Macam mana orang tak menyampah?

Januari 11, 2013

Awkward Agama : "Liza, I just Nak U Peluk Dia, This Is For Art You Know!"

Kalau kau ikut apa aku tulis dari awal, korang mesti tau aku cukup tak suka bakal suami isteri bergambar pre-wedding. Kita pun tau, bila dua orang lelaki perempuan tengok mata masing-masing lebih daripada beberapa saat, ada perasaan lain yang bakal muncul dalam hati diorang. Perasaan tu, tak eloklah...

Yang memelikkan, bila dah kahwin, takde pulak nak tengok muka laki bini lama2. Hahahaha.

Tapi kalau kita tengokkan, budaya masyarakat kita sekarang bergambar pre wedding dah jadi satu keperluan meraikan perkahwinan. Jadi kita boleh dapat lihat bakal2 pasangan Melayu ni berpeluk, berpegang, bertentang mata sebelum mereka kahwin. Yang ganjilnya (pada aku la) masyarakat kita ni suka pulak tengok benda2 macam tu. Kau boleh tengok benda ni dalam blog-blog gosip bila2 ada aje selebriti nak kawin dan postkan gambar pre-wedding diorang, bersorak lah masyarakat kita dan bila ada orang kata benda tu haram, kena kutuk la dia kata dengki, jeles dan busuk hati.

Yang kau pegi puja orang yang tak berapa ada perasaan malu kenapa?

Aku tak nak tulis panjang-panjang, tapi kalau kau nak tau apa hukum bergambar pre-wedding, kau boleh carik jawapan dia. Ustaz Azhar Idrus dah jawab.

Tapi trend zaman sekarang ni terlalu ramai orang yang mampu beli DSLR, membuatkan semua orang nak jadi photographer wannabe siap offer service ambik gambar wedding orang. Berebut2 orang kita buat benda tu sebab ingat dia dah tere gila la tangkap gambar sudu dengan background blur lepas tu ada watermark.

Aku just nak tanya korang, wahai photographer2 pre wedding, yang suruh couple peluk2, yang ajak couple bersentuh pipi, pegang2 tangan dan menghelakan nafas dekat pipi masing-masing...

1. Kau rasa apa hukumnya kau jadi photographer camtu?
2. Kau rasa, apa status rezeki kau?

Letakkan konsep ni dalam semua konteks. Fikirkan sekali apa status rezeki ;

1. Film director yang suruh pelakon dia buat adegan ranjang
2. Pereka fesyen yang reka fesyen mendedahkan aurat

Dalam dunia yang sangat mementingkan nilai pendapatan, pernah tak kau nilai apa sebenarnya yang kau buat atau selama ni, kau hanyut dan kau hanya nampak berapa nilai yang kau dapat? Mungkin dari situ kita boleh dapat apa sebab sebenarnya, kita ni terlalu menghargai hiburan.

Januari 10, 2013

5 Benda Yang Aku Rasa Aku Beli Sebab Marketing

Ini adalah 5 barang yang aku pakai yang aku tak tau kenapa aku pakai, tapi rasanya aku pakai sebab terpengaruh dengan iklan.

1. Deodorant



Deodorant dicipta pada tahun 1940 dan cara penggunaan dia secara chemically agak mudah,  kelenjar peluh kau akan diblock mengakibatkan kau tidak berpeluh atau kurang peluh keluar kat situ. Cuma, aku tak pernah rasa ada beza nya pakai atau tidak deodorant ni. Peluh, memang ada, lagipun berpeluh tu kan natural system badan kita, jadi aku selalu terfikir, kalau kita tak berpeluh, apa sebenarnya effect dekat kita?

2. Shaving cream



Semenjak beberapa minggu ni, aku cuba shave tanpa menggunakan shaving cream. Apa hasilnya? Adakah ada apa-apa perbezaan? Tak ada. Kadang-kadang aku fikir, satu-satunya kegunaan shaving cream hanyalah  sebagai indicator area mana aku tak shave lagi.

3. Fabric Softener


Seriously....ada beza atau tidak? Jujur dan ikhlas aku tanya, towel yang kau basuh tu jadi gebu ke macam dalam TV kalau kau pakai softener?

4. Pencuci Pakaian/ Botol Bayi



Kalau kau dah jadi bapak nanti kau akan jumpa benda ni. Mahal gila. Pencuci baju dia, sebotol RM20. Pencuci botol dia, brand Pureen,  sebotol berapa belas tah, ada rasa oren.Mula-mula dulu aku try la jugak tapi sekarang ni aku dah malas sebab aku tak nampak benefit dia. Basuh pakai air, bilas betul2, sama aje.

Alang2 tu, aku sebut sekali pasal baby bottle steamer. Kita ni malas benar ke nak masak air dan rendam botol dalam tu untuk sterilkan botol?

5. Susu



Ini akan menimbulkan kontroversi.

Memang bagus bagi anak minum susu, tapi susu badan still the best. Aku tak persoalkan pasal susu formula, kau nak bagi, bagi, aku pun bagi lepas anak aku 6 bulan, tapi aku sangsi dengan claim2 yang dibuat manufacturer. Membantu pertumbuhan anak? Mencergaskan minda? Menguatkan pertumbuhan tubuh badan? Susu formula digunakan secara widespread hanya selepas tahun 1950. Tapi zaman kita ni, ada pelbagai jenis susu ikut pering pembesaran. Aku comparekan ingredient dia dengan nutritional value dia, lebih kurang aje.

Orang yang hidup zaman sebelumada susu formula, ok aje, sihat tubuh badan siap boleh pegi berperang. Takde pun diorang memerlukan DHA dan Ganglinuroksida untuk membantu tumbesaran.

Perihal susu pulak....aku tak tau apa benda yang diorang jual dalam kotak tu. Diorang labelkan benda tu susu, freshmilk, full cream milk, low fat milk...kenapa aku rasakan kebanyakannya hanya macam air gula berperisa? Tak masuk lagi bab Projek Susu Sekolah. Kau tau susu apa dibagi dekat budak2 untuk Projek Susu Sekolah? Susu kotak Dutch Lady perasa Cokelat. Itu bukan susu. Itu air gula berperisa coklat.

Extra - Barangan Dettol



Kalau kau survey, semua produk Dettol mesti double harga barang lain. Tak kiralah sabun, antiseptik atau apa saja. Tapi cuba tanya diri sendiri, kenapa bila sebut barangan Dettol kau rasa yakin dengan keberkesanan dia? Betul kan kau rasa camtu. Kau yakin dengan barang Dettol, sebab tu kau sanggup bayar lebih untuk produk dia.

.............

Ada banyak lagi produk yang aku rasa tak perlu pun tapi sebab marketing power, kita ambik benda2 tu sebagai essential item.

Pada kau, apa lagi benda2 yang memenuhi kriteria ini?

Januari 09, 2013

Siri 01 : Bra dan Panties Gadis Europe Di Putrajaya

Kalau kau rajin jalan2 dekat Alamanda sekarang ni, kau akan nampak ada satu kedai yang tengah renovation. Aku tak sure belah mana, tapi rasanya dekat tingat atas. Alamanda ada berapa tingkat la sangat.

Nak buat renovation? Buat lah.

Tak ada masalah pasal tu tapi kenapa, kenapa, diletakkan gambar perempuan pakai bra dan panties besar-besar dekat situ? Bukan ke majoriti orang yang berkunjung kat Alamanda ni adalah golongan2 pekerja sektor awam. Memang la akan ada kedai lingerie yang akan dibukak tapi perlu ke gambar minah orang putih diprint besar2 dalam keadaan bukan setengan berbogel dah..3/4 bogel dan dipamerkan supaya semua orang Melayu yang lalu situ tengok?

Kita nak menilai pemerintah, kita tengok apa yang diorang buat. Kita nilaikan apa yang diorang anjurkan tapi masalahnya kerajaan Barisan Nasional sekarang ni, seolah-olah membenarkan dosa berkeliaran disekeliling masyarakat. Kau nak kata dosa pahala itu hal individu?

Yo bro...pemimpin juga ada tanggungjawab pastikan orang ramai atau rakyat dia tak bergelumang dengan dosa.

Kalau nak menilai sesebuah kerajaan tu, banyak benda yang kena fikir tapi kita ambik benda yang paling basic sekali....dosa dan pahala. Benda yang boleh buat, benda yang tak boleh buat.

Adakah majalah Mangga itu satu benda yang tak boleh diluluskan pengeluaran dia? Ya. Adakah sisipan Pancaindera itu berguna kepada pembangunan akhlak masyarakat? Tidak. Adakah display minah Europe pakai underwear dekat shopping kompleks satu benda yang dibenarkan dalam agama? Tak.

Ada banyak benda yang samar2 dalam agama tapi itu kita biarkanlah perbincangan berlaku kepada mereka yang lebih tahu, tapi benda2 basic, macam majalah separa porno, billboard setengah bogel, filem yang ada adegan romen pelakon Melayu...benda2 macam tu sepatutnya tidak berlaku, tapi benda camtu berlaku kenapa?

Sebab kerajaan kita pondan. Takde telur dalam bab agama ni. Penakut nak tegakkan apa yang betul, apa yang tak betul.

Hasil daripada style pemerintahan takde telur ni, apa yang kita boleh nampak adalah kewujudan orang2 agama yang hujah mereka berunsur politik. Hujah agama mereka dikawal oleh kepentingan peribadi dan juga kepentingan pemerintah. Sebab tu kita boleh jumpa orang2 macam seorang Dr. Ustazah famous wakil kerajaan dalam bab-bab agama, yang baru aje keluarkan hujah untuk menghalalkan diri dia bersalam dengan lelaki bukan mahram dalam paper.

Basicnya mudah aje dalam bab ni. Boleh ke kau sentuh2 kulit orang jantina lain dengan kau? Tak boleh. Tak kiralah nak bersalam sekalipun. Kau nak ambik duit dari penjaga tol pun baik kau hati2 agar tak tersentuh ni kan pulak salam tangan bos dan siap cium hormat. Tak kiralah ada nafsu atau tidak pokok pangkalnya, benda tu tak boleh.

Kerajaan kita sekarang melahirkan orang2 macam tu. Orang2 yang dikatakan pandai dalam bab2 agama tapi dia lencongkan pemikiran dia ikut keadaan dia dan aku memang tak berapa gemar orang2 macam tu. Samalah jugak kalau kau bukak RTM beberapa minggu ni, pasal bab Amanat Haji Hadi, pasal sesat dan akidah segalanya..balik2 muka Zul Noordin, Fathul Bari ataupun Hasan Ali Akidah. Tak ada calon yang baik sikit ke?

Atau semua calon lebih baik sikit tak ada dalam Kerajaan?

Bila orang2 macam tu dijadikan wakil dalam agama Islam Kerajaan, sebab tu masyarakat kita dikelilingi dengan benda2 tak senonoh, semua dibolehkan, bersuka ria tahun baru, konsert itu, gala ini. Pemimpin membazir buat acara besar-besar. Wakil2 agama dalam kerajaan hanya bersuara bila dalam bab politik.

Kenapa orang2 yang pakar agama dalam kerajaan hanya berani bersuara bila kerajaan kena serang, tapi bila masyarakat diserang dengan benda2 maksiat dan lagha ni, mereka biarkan? Aku sampai sekarang masih menunggu bila nak muncul wakil agama dari pihak Kerajaan nak mintak Kerajaan haramkan majalah Mangga atau Pancaindera. Alang-alang tu, Harian Metro sekali.

Bagaimanapun, yang peliknya, bila kerajaan Kelantan atau kerajaan Kedah wujudkan akta mana2 papan iklan perlu bertutup aurat modelnya, belah2 puak UMNO ni jugak la yang memekak bila orang Cina DAP lawan. Biarlah dia lawan, dia bukan orang Melayu, yang kau tak wujudkan akta tu dekat negeri2 bawah BN kenapa?

Kau cuba tengok betul2 dan bukak akal kau sikit. Kenapa tiap2 kali kerajaan Kelantan buat akta2 yang lindung masyarakat dia, macam :

a. Wayang kena cerah, duduk mesti asing2
b. Papan iklan kena berpakaian sopan
c. Salun rambut pun tak boleh lelaki pegi yang perempuan kerja dsb.

Yang bisingnya bukan setakat orang Cina, tapi orang Melayu belah UMNO pun sama? Padahal diorang sendiri tak ada inisiatif nak aplikasikan benda tu dekat negeri yang diorang jaga.Amanat Haji Hadi, sibuk benar dia. Mana amanat Mahathir yang menyentuh pasal agama? Mana nasihat agama daripada Najib?

Dalam kes papan iklan bra dan panties di Alamanda ni...aku sebagai seorang lelaki Melayu, yang mudah horny nak bertanya dekat kerajaan Barisan Nasional...sebab Putrajaya adalah sebuah Wilayah Persekutuan...mana2 undang2 yang lindungi mata orang Islam di Putrajaya?

Sebab tu aku dah decide, walau seburuk mana pun kerjasama Pakatan Rakyat, diorang bergaduh, sama tak suka, sama tak setuju...tapi dalam bab menjaga kesucian Islam, wakil2 dalam Pakatan Rakyat lebih jauh ke depan.

Dalam kerajaan Malaysia sekarang, menjaga kesucian agama, adalah menjaga kesucian Sultan dan Agung tapi masyarakatnya, tidak dijaga.Kita dibiarkan lalai, mengakibatkan masyarakat kita menjadi sebuah masyarakat yang sangat2 mementingkan hiburan dan gosip. Sebab itu ramai yang bersorak gembira bila Anugerah Juara Lagu hari tu, Aaron Aziz peluk perempuan lain.Untuk orang2 yang suka tengok benda tu, aku tanyakan satu benda, "WTF?"

Itu adalah sebab pertama, kenapa aku takkan pilih Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang. Aku tak suka tengok macam mana kerajaan kita sekarang treat agama majoriti masyarakat kita.

Januari 08, 2013

Perokok Sepatutnya Bangga Mereka Pendokong Ekonomi Negara

KUCHING 7 Jan - Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan berkata, hal itu demikian kerana pihaknya telah mengesan kehadiran nikotin di dalam cecair e-Cigarette dalam pelbagai kepekatan tertentu.

Beliau berkata, nikotin merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam produk tembakau. Katanya, penjualan dan pembekalannya hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

"Pelanggaran keperluan ini adalah satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali di bawah akta sama.

........

Kawan-kawan aku, ramai jugak yang beli rokok elektronik ni. Aku tak beli, tak berapa berminat. Mahal ada, murah ada. Ada jugak satu masa dulu, geng2 penghisap rokok elektronik ni sebab nak sangat blend in dengan masyarakat...isap rokok merata-rata tak kira masa...tengah kenduri dalam dewan pun dia bantai hisap. "Takde asap.." katanya.

Satu-satunya cara untuk kau berenti merokok yang paling mudah, adalah dengan mengingatkan diri kau, tiap2 kali kau beli sekotak rokok, kau donate lebih kurang RM7 kepada kerajaan Malaysia atas dasar cukai. Kerajaan pulak, sayang benar dengan kau sebab jual la sekotak berapa pun, kau akan beli.Hari tu baru naik 20 sen...

Susah nak berenti merokok? Memang susah. "Saintis-saintis" keluarkan fakta, "hanya 3% orang berjaya berhenti merokok menggunakan willpower, tanpa bantuan ubatan lain." Jadi "saintis-saintis" ini pun endorse kan "nicotine pill" kononnya nak memudahkan kau berhenti merokok. Lalu mereka beritahu kau benda2 yang akan berlaku kalau kau berhenti merokok.

Kau pun la takut nak berenti merokok. Pada kau, buat apa berenti kalau kau kena beli nicotine pill yang lagi mahal dari rokok? Buat apa stop kalau nanti kau jadi emo,pemarah, tak dapat lepak dengan member-member?

Fikirkan...

Siapa yang untung akibat daripada tabiat kau merokok?Philips Morris, Kerajaan Malaysia, Restoran Mamak, Hospital, Klinik, Manufacturer Pil Nikotin, Pengedar Berus Gigi dan Ubat Gigi, Ambi Pur, Farmasi, Syarikat Percetakan, Syarikat Penghantaran. Ramai sebenarnya....

Siapa yang rugi? Makcik cleaner yang kena buang puntung rokok kau dan sapu habuk rokok kau, orang2 sekeliling kau masa kau hisap rokok dan kau sendiri.


Jadi kau patut teruskan merokok. Sebab banyak sebenarnya industri dan sektor awam yang bergantung dengan kau. Kau patut berbangga diri kau penyumbang kepada ekonomi. Jadi, gadis-gadis, jika ada geng2 perokok lepak kat sebelah kau sambil hembus2 asap kena kat kau....sayangi mereka, kerana mereka sedang memacu pertumbuhan negara.

ps - gambar hiasan...pemimpin UMNO bergelar Ustazah salam2 dengan bukan mahram. Agama letak kat lutut. Lutut tertinggal dekat dalam laci.

Januari 07, 2013

Sajak : Seorang Mahu Saman Hospital Swasta, Seorang Lagi Mahu Saman Hospital Kerajaan

Duit-duit,
Kalau kau ada duit,
Semua benda mudah sikit.
Gaji mula ratus ringgit
Lama-lama ribu ringgit

Duit-duit,
Kau dapat sikit kau rasa tak cukup
Kau dapat banyak kau rasa tak cukup

Duit-duit,
ahu paham kuasa duit?
Kita guna perkataan "ungkit,"

Duit-duit,
Orang berduit jatuh sakit
Doktor Swasta ikat urat terbelit
"Saman aje lah", Masyarakat jerit.
"Kau ada hak, dah bayar beribu ringgit!"

Duit-duit,
Untuk orang tak ada duit
Salah doktor kerajaan jangan diungkit
Nanti kena kutuk, masyarakat menyumpit,
Tak ada duit, buat cara tak ada duit.
Syukur lah woi ada Hospital tu, pelesit!

Duit-duit,Bila kau ada duit
Kau mampu buat banyak duit
Duit-duit,Bila kau tak ada duit
Belajarlah tahan hidup tersepit.

Duit-duit,
Yang tak berduit,
Naiklah motor bersepit-sepit.
Sebab nak jimat duit,
Ataupun memang hidup tak berduit,

Yang berduit,
Makin banyak harta, makin banyak guna duit.

Duit-duit.
Apa kelas pakai kasta?
Bezanya sekarang, siapa berharta

Januari 04, 2013

Awkward Agama : Kenapa Orang Melayu Sambut Tahun Baru?

Kenapa orang Melayu sambut tahun baru?
Padahal sambutan tahun baru itu sebenarnya meraikan :

a. Keputusan Julius Caesar untuk menjadikan 1 Januari sebagai memperingat Tuhan mereka, Janus.

b. Dalam Kristian, 1 Januari dipercayai adalah hari incarnation Anak Tuhan

c. Ada juga kepercayaan Kristian, 1 Januari adalah hari di mana Jesus Christ memotong anunya atau dalam bahasa orang Melayu, bersunat.

d. memperingati dan menghormati Mary

dan bermacam lagi sebab kenapa Tahun Baru disambut. Tapi kau cariklah macam mana pun apa sebab orang Islam sambut New Year, kau takkan jumpa.

Hari tu ada siapa2 tengok dekat RTM, ada siaran langsung Sambutan Hari Krismas peringkat nasional tapi majoriti yang sertai adalah orang Melayu? Kalau kau tengok, kita boleh nampak Muhyiddin Yassin berarak bersama paderi sambil depan belakang dia ada orang ramai berpakaian hijau dan merah sempena memperingati Krismas.

Aku bukan nak ajak benci agama lain, dia nak sambut, dia boleh sambut tapi aku nak tau, boleh ke kita, orang Melayu...sambut Krismas macam kita ni dah sebahagian daripada diorang? Rasanya, takleh. Sebab benda-benda yang dia sambut tu berkaitan dengan spiritual dia.Tak salah kita wish Merry Christmas, kata sesetengah orang...sebab niat wishing tu datang daripada rasa hormat kita dekat agama lain. Tak ada paksaan dalam beragama. Tapi, join the celebration?

Situasinya macam ni, kerajaan kita anjurkan sambutan Krismas peringkat nasional, live, siap budak2 sekolah dan belia kena sertai. Apa hukumnya wahai mufti2 Malaysia?

Dan katakanlah...bila hari Raya, ada orang bukan Islam sambut sekali dengan kita. Pakai baju Melayu, pakai baju kurung sama-sama celebrate walaupun dia bukan Islam. Kita suka bukan? Mesti dalam hati kita, berdoa moga turun hidayah dekat dia. Kau reverse kan situasi tu, ada Muhyiddin berarak dengan paderi diringi beratus orang budak Melayu sambut Krismas macam aku tengok dalam TV hari tu.

Apa hukumnya Ustaz-Ustaz? Benda-benda  boleh atau tak ni senang aje sebenarnya. Kalau was-was, jangan buat.

Kalau kita tengok masyarakat kita di Malaysia sekarang ni, sebab kita terlalu banyak etnik dan terlalu berbilang kaum, jurang pemisah antara masyarakat tu sangat halus sehinggakan kadang-kadang sambutan2 yang berkaitan keagamaan pun semua orang sambut sebab sambutan tu dah jadi macam "a general thing." Faham tak maksud aku?

Satu norma kehidupan. Sambut tahun baru? Apa salahnya? Hanya sambut pertukaran tahun sahaja kan? Tapi kenapa, tak ada orang agama lain yang sambut 1 Muharram? Hanya kita aje yang sambut? Sebab Islam ni suci dan eksklusif atau umat Islam tu sendiri sebenarnya yang tah hapa-hapa?

Dalam sebuah negara yang majoritinya Islam, satu Malaysia sambut perayaan yang bukan untuk orang Islam. Dah jadi norma.

Jadi, satu pertanyaan...kenapa kau sambut tahun baru? Orang2 yang tak ada pendirian akan jawab, "saja, suka-suka. Apa salahnya?" Kalau ditanya kenapa, apa jawapan kau?

Januari 03, 2013

Adik-Adik Ada Rasa Ghairah Menonton "Upin dan Ipin"?

Apa yang akan anda baca hari ni mungkin berbunyi agak ganjil. Anak aku suka gila tengok Upin Ipin.

Boboiboy tak berapa. Tapi Upin Ipin memang favorite dia, mungkin sebab dari umur dia 8 bulan dia dah tengok Upin Ipin kat TV9.

Aku pun prefer anak aku tengok Upin Ipin. Sebab Upin Ipin cerita pasal budak-budak, tak ada lawan-lawan, gaduh2 atau tumbuk2. Tak ada benda fantasi kecuali beberapa episod yang berkisarkan imaginasi. Aku pun layan jugak la tengok Upin Ipin, memang seronok sebenarnya layan walaupun aku dah tua.

Semuanya ok aje..sehinggalah dalam satu episod di mana Cikgu tadika diorang resign nak sambung belajar, sebab dapat inspirasi daripada isteri bekas PM, Puan Siti Hasmah. Jadi cikgu dia pun digantikan dengan cikgu lain...cikgu ni...

a. Lebih muda
b. Lebib cute
c. Dianimatekan agar nampak macam anime sket2
d. Suka pakai baju ketat-ketat

Everything should change towards a betterment, kan? Tapi dalam bab ni, aku rasa pertukaran cikgu tadika Upin Ipin ni daripada seorang Cikgu yang pakai scarf kepada seorang cikgu yang muda dan suka pakai baju ketat-ketat akan membuatkan budak-budak accept benda tu normal. Lagipun, dalam sebuah animasi yang cuba memaparkan kehidupan orang Melayu yang duduk kat kampung, agak janggal sebenarnya imej cikgu dia tu....nampak out of place.

Aku tak tau apa sebab sebenar watak cikgu asal tu dibuang. Adakah sebab suara watak tu tak disambung kontraknya? Atau sebab memang nak refresh jalan cerita? Atau sebab nak mudahkan masalah teknikal. Maksud aku, nak rigging character pakai tudung dan pakai scarf ni susah sket berbanding dengan nak setup character tak pakai tudung. Banyak restriction dalam movement akan terjadi bila watak pakai baju kebaya ni. Jalan pun kena langkah kecik-kecik.

Technically, aku paham kenapa cikgu tu baju dia ketat-ketat. Nak senang kerja. Nak animate senang, cloth tak payah simulate. Clipping pun jarang berlaku kalau model tu tak "menggelebeh." Sebab tu kalau kau tengok mana2 kartun Islamik yang wataknya pakai tudung...kepala dia mesti tegak aje. Tak berpusing banyak...tapi limited la dalam moveset...range movement dia rendah.

Pakai seksi, pakai bukak-bukak, senang, bebas. Dalam real life camtu, dalam 3d pun camtu gak peraturan dia.

Jadi minggu lepas, aku layan satu episode Upin Ipin di mana satu kelas diorang kena hias kawasan tadika. Cikgu tadika baru dia ni datang tadika dengan berpakaian tracksuit dan baju tshirt ketat sendat....sambil buah dada dia dimodel agak terkeluar dan tertonjol. Mata aku....takleh lari. Statik dekat dada dia. Tak tau la  nak rasa camne. Dia hanya piksel.

Selama ni aku tengok Ipin Ipin ni aku rasa innocent gila series ni. Sekarang....tak lagi. Rasa macam tengok anime pun ada. Mungkin imaginasi aku ni memang jahat rasanya tapi dalam zaman di mana budak 13 tahun ditangkap sebab cuba rogol amoi, mungkin cerita kartun Malaysia juga boleh berubah ke arah yang lebih baik. Lebih sopan...bukan lebih terbuka.

Januari 02, 2013

Service Card Center : Anak Haram Scammer Yang Betul-Betul Scam Professionally

Aku selalu diganggu oleh satu panggilan dari nombor ni. 03-23801967. Ingat nombor tu baik-baik sebab nombor itu, adalah nombor talian scam anak haram.

Katanya,dia dari Service Card Center. Aku dah konfem dengan bank, benda ni tak wujud.

Selalunya, yang call kau orang India. Modus operandi dia, senang, dia nak cuba jual kau Kad Platinum VIP haram Jadah, kononnya, kau bertuah sebab kau dapat VIP kad dan dalam Malaysia, setiap tahun hanya 300 orang aje yang dapat kad tu.

Hari tu, sebab aku boring tak ada benda nak buat, aku layan aje la minah ni dan aku "bagi" aje la apa yang dia nak. Dia call cakap aku bertuah la,tahniah la, terbaik lah,tak pernah blacklist lah...kemudian dia tanya aku nak ke tidak kad tu. Bila kau dah setuju dapatkan kad tu, benda-benda yang akan ditanyakan;

1. Nama penuh kau ikut IC
2. Alamat kau dengan niat nak hantar kad tu nanti
3. 16 digit kad credit kad kau
4. 3 digit security number kat belakang kad kau
5. Kad kredit kau VISA atau Mastercard

Trick dia nak mintak security number belakang kau mudah, dia akan tanya kau, "Encik, boleh encik bacakan angka giliran pengeluaran kad kredit encik,  ada 3 digit kat belakang kad encik." Satu trick yang bangang tapi aku sure ada jugak yang super bangang terpedaya.

Lepas aku dah bagi semua yang dia nak (sesuatu yang susah jugak sebab kau kena imagine semua benda on the spot, especially alamat supaya still berbunyi convincing, walhal kau nak tipu dia balik) dia pun ucap la congratulations Cik kerana encik dah jadi seorang VIP. Kemudian dia akan passkan call kau dekat dia punya "manager." Selalunya kalau pass call ni, dia directkan line kau ke fon lain, tapi sistem dia, dia bagi fon tu kat orang lain. Manual sistem bai.

Manager ni akan confirmkan balik segala detail yang kau dah bagi. Motherfucker.Kemudian dia baru inform kau untuk semua benda tu, kau kena bayar Rm699 sahaja. Then dia tanya kau setuju atau tidak.

Kau setuju atau tidak, kau dah pun bagi kad number kau dan security number kad kau. Dia boleh buat apa2 saja transaksi online lepas tu tapi kalau kau dah setuju pulak kena caj RM699, kau akan kena double cilaka.

Aku tak suka betul scammer. Jadi aku mintak tolong korang, sebarkan benda ni, kalau dapat panggilan daripada nombor ni  03-23801967 jangan layan. Kemudian, tolong aku satu benda. Tolong SMS kepada nombor ini 016-6951062 dan pastikan msg anda berbunyi "WOI UMA, KAU SCAMMER!BITCHES! JANGAN SCAM ORANG BOLEH TAK ANAKHARAM!"

Nama orang yang cuba scam aku Uma. Dia msg aku sebab masa nak konfemkan balik tu, aku cakap aku nak kena cepat nak gerak ada meeting.

Bila kau dapat aje apa-apa panggilan yang dari nombor ni atau dari syarikat ni;

a. 03-23801967
b. 016-6951062.
c. Service Card Center.

Ini adalah satu scam.