Januari 04, 2012

Komen Dari Pembaca : Tergoncang Hati Bila Ada Orang Suruh Turunkan Gambar Anak Ambik Degree

Komen Cik Kamoo

Sebagai contoh keadaan realiti saya pernah berhadapan bila saya pernah pergi ke rumah saudara seIslam yang memang sokong PAS. Gambar-gambar Tok Guru (Nik Aziz) pun dorang gantung dekat ruang tamu ... mcm mana cerita pula? Itu memang betul rumahlah. Hukumnya sama juga ke mcm perenggan ini ---

"Dalam agama kita..dah kata,kau hias rumah kau dengan gambar benda hidup yakni gambar kau atau anak kau sekalipun...perbuatan kau tu haram."

Kalau mcm UMNO tu gantung gambar pemimpin dekat PWTC yang dianggap "rumah (kalau betullah)" memang sah2 semua orang nampak, tapi yang gantung gambar pemimpin di rumah kediaman sendiri tidak kiralah penyokong kerajaan atau sebaliknya ... apa yang patut kita katakan pulak?? Sebab kita tak nampak ....

Komen Anon

aku slalu tengok kat umah orang2 pas...gambar nik aziz ngan org besar2 pas digantung dengan gah kat dalam umah....tu ko tanak bising ke mantot?

Komen Cik Siti Fairuz

ye ke HARAM letak gambo keluarga kt rumah?? biar betol simantot ni..

tapi memang berdosa la ko saja tayang gambo ahli keluarga perempuan yg tidak menutup aurat kpd tetamu yg dtg umah.letak gambo wedding kt kepala katil pn kira HARAM ke? walaupn ini gambo benda hidup, tp bkn ke bole meningkatkn kasih syg?

Komen Anon

semua org paham dosa puja-puja gambar pemimpin ni, yg jadi isu kat sini bila mantot sebut hukum HARAM untuk letak gambar member famili sendiri.. aku tak taula iamBIG ni sj nk menganjing..atau kau la budak mentah hidung beringus. nk sarcasm taik hidung la!

Komen Anon

Mantot..tlg explain psl sticker kete yg ade lakaran muke tuan guru nik aziz tu plak..nk gak aku tau hukum org yg kuarkan dan tampal sticker je..salu je aku nmpk..

.............

Isk isk isk.
Takkan la susah sangat nak paham.

Ada ke dalam agama ni hukum khas untuk PAS dan hukum khas untuk UMNO? Ada ke aku tulis PAS letak gambar Nik Aziz HALAL? Print besar2 poster Mat Sabu tampal itu HARUS? Apa pasal pulak kau nak tampal gambar Nik Aziz kat kereta kau? Siapa Nik Aziz kau nak sanjung idolakan sebegitu sekali?

Kalau gambar yang kau tampal adalah untuk mengagungkan seseorang...senang cerita...tidak boleh.

Aku bukannya kata siapa yang letak gambar Nik Aziz tu betul. Cuma gambar2 Presiden UMNO tu dibuat terang-terangan..penyokong Nik Aziz tu letak gambar dia kat ruang tamu tapi itu dalam rumah dia. Macam mana aku nak nampak? Lagipun....Nik Aziz bukan pemimpin aku. Orang2 yang bersidang kat PWTC tu la pemimpin aku...nak tak nak pun diorang jugak la PM aku...

Kalau kau sayang sangat UMNO kau pegi bagitau diorang pasal benda2 ni.Kau sayang tapi kau tak nak betulkan salah diorang,tu bukan sayang..tu pak turut. Ikut membabi buta. Kalau kau sayang UMNO, pemimpin kau buat kerja haram...beritahu dia sebab mungkin dia tak tau dia buat benda salah.

Kau fikir aaa...

Tiap2 kali pilihanraya apa yang parti2 ni buat? Print poster. Satu, benda tu dah salah, print gambar pemimpin supaya orang ramai teringatkan diorang. Kedua..poster2 tu memang membazir sebab habis pilihanraya bersepah merata-rata..

Tapi...kenapa kita still buat jugak benda tu sampai sekarang?


...............

Komen Yang Rasional Bukan Emosi


Agak2 la klau nk biadap pn, klau bnci sgt la dgn UMNO, tp rspect la ckit sbg pemimpin ngr, jgn jd bodoh buta tuli la bro!

Malaysia negara berdaulat dan tercinta sgt la berada dlm kerugian bla dpt opposition party yg x support untuk pembngunan brsama2, plisz la psl gmbr, sume org taw kot gmbr mcm mn yg kta nk kata haram, stakat gmbr potret islam x menghalng pun utk digntung.Pathetic bla trlmpau obses.



...............

Encik Rasional Bukan Emosi,
Anda yang obses.
Mungkin anda juga obese.




 
 
Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat.(Link)
............

Hanya kerana satu benda tu semua orang buat 
tak semestinya menjadikan benda tu betul..





42 ulasan:

Radin berkata...

Brader, HIGHLIGHT yang ni!

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng."

Foto (bkn utk diagungkan) TAK HARAM!

Tanpa Nama berkata...

mantot, kau ikut syle Tukar Tiub ke, papar komen2 untuk blog terbaru?? hehehe... rilex2 jap..
-coma-

Kak Mah berkata...

aku pernah dengar ulasan ada ulamak yg membuat kesimpulan, kalau kt rumah, hukum meletakkan gambar ahli keluarga adalah harus sahaja (dibolehkan).. terhad pd ahli keluarga shj, tak termasuk pemimpin dsbg.. sedangkan nabi yang maksum pun kita tak letak gambar/gambaran.. ni kan pula pemimpin negara/etc yang tidak maksum..

sekian..

Mantot berkata...

mmg foto tak haram bang..

tapi mempamerkan foto haram.gambar untuk disimpan dalam album..takpe..

Tanpa Nama berkata...

tpi bro kat perenggan 3rd last:

Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam :

maknanye hukum gantung/pamer gambar fotografik harus selagi mana ia tidak mengandungi ciri2 yg disebutkan spt dlm perenggan tu..

ke guane??

Mantot berkata...

apa yang aku paham..gambar bernyawa tak dibenarkan digantungkan.kalau gambar tu gambar pemandangan (yg juga satu cth gambar fotografik) gambar camtu dibenarkan.

jadi,kalau kau tanya aku..senang.Kalau was-was,jangan buat.Bukannya mati pun kalau tak gantung gambar dkt dinding rumah.

tapi ni ikut apa aku paham la.

kalau ikut video Ustaz Azhar tu...dia mmg straight away kata tidak dibenarkan.Sbb dia kata gantung gambar family tu haram.kau boleh dgr dia sebut "haram" dkt video first tu.

nadz ruslan berkata...

tak tampal poster tok tok guru ni

saya tampal poster justin bieber ja, dengan pin up dari mangga. woha!

Tanpa Nama berkata...

lg satu pos tk serupa bikin mantot..yg korang pg tanye pendapat die wtpe..bukan alim ulamak pun..pgla tanye alim ulamak lg bagus..bengong2

Radin berkata...

"Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. "

Aku dah malas nak ulang lagi. Tapi bak kata KAU, itu ikut PEMAHAMAN KAU.

Lagi sekali kau buat blog post gambar2 bogel/separuh bogel artis, aku nak copy paste hadis2 yg mengatakan PERBUATAN KAU HARAM.

Ini ialah ayat KAU sendiri:
"Tapi...kenapa kita still buat jugak benda tu sampai sekarang?"

Bukannya mati pun kalau tak post gambar2 celebrity bogel.

Mantot berkata...

tak payah copy paste hadis pun aku tau benda tu haram.

tapi aku tanya kau..kau balik,kau beli majalah Mangga...lepas tu kau tengok dalam tu.

Kau tau majalah tu haram,kan?
Kau beli pun haram,kan?
Kau tengok pun haram kan?

Tapi...

Kenapa majalah camtu boleh dijual kat negara kita? Kalau pada kau..sebab kau nampak genius, mcm mana kau nak tegur artis berpakaian seksi?

Aku,kau,semua orang ada kewajipan tegur benda salah.Lagilah kalau benda tu terang2 salah dan terang2 dibiarkan aje oleh org2 yang lebih "berilmu."

Mcm mana kau nak tegur artis yang berpakaian seksi yang berlambak2 kat dalam majalah Mangga tu?

Kau tau Jabatan Agama takkan buat apa2.Kau tau kerajaan takkan buat apa2. Filem pun lepas ni tak payah lalu censorship lagi.

Apa kau nak buat?

wootwoot berkata...

apa la korang ni.macam budak2 taw x? cepat sangat melenting. islam ke? islam kn? tegur cara biar la baik.
bukan masalah gantung ke x tapi pamerkan. korang x tengok video dulu ke sblm komen? wallpaper pc pn uztaz azhar da cakap x boleh jika berterusan. inikan pulak gambar potrait x kira la gambar betul ke lukis ke (sbb xde orang nk letak gmbar potrait ni kejap2 je).
berterusan salah.haram! sekian

mantot aku nk bg cdgn ni.apa kate lps ni klo ko nk tnjk gmbar dr mjlh mangga 2 ko bg link je.terpulang la dkat org2 ni nk tgk ke x.

Radin berkata...

Bro, baiklah. Aku takyah copy paste. Aku bukan genuis dan tak berhasrat nampak genius pun. Aku tak beli Mangga ataupun majalah artis yg purely sampah tu. Nuff said.

Kenapa boleh jual? Sebab.. ABC dan seterusnya. Kau sendiri tahu.

Camana nak tegur artis? DIRECT je. Aku tak ingat surat khabar mana, PacaIndra atau BPop. Ada segmen berintraksi dengan artis. Tegur direct kat situ dgn cara yg boleh dia faham & rasa.

Tak pun carik FB dia. Directly tegur (DENGAN IKHLAS, bukan sebab kau nak menang). Di situlah kau dah buat PERANAN kau sebagai saudara semuslim TANPA pampang gambar2 BOGEL mereka di blog kau.

Aku tegur kau DIRECT. Tak kuasa aku nak buat entri khas untuk tegur jenis blogger macam kau. Maaf, kalau kau masih kecik hati. Buat masa ni, inilah cadangan aku. Kalau tak berkesan cara aku(di mana aku takde jaminan tapi bagi mengelak aku sendiri yg buat dosa), apa jaminan kau cara post gambar2 bogel tu akan menimbulkan keinsafan?

shidaidris berkata...

kelakar betul radin. dah jadi satu keje mantot pulak, add fb setiap artis seksi dan bagi nasihat.

cadangan bernas sikit la bro. ada sebab mantot upload gambar macam tu sebab ianya bersepah di internet.

Rasional Bukan Emosi berkata...

Reply:

Mcm mn gmbr aweks dgn cleavage kt blog nih?ok ke?ak ok je.haha

Ak rsa tak memadai dptkan maklumat/ilmu agama dengan hnya berpandu pada blog2 dakwah dan buku, prlu jga ustz/ustzah/ckgu2/tok guru utk bimbing (x sure ko ada hired ustaz utk discuss dgn ko ke x?), Stakat nak hembus str8 forward base ko pny pemahaman x bijak sgt.

Ak suka cr ko yg sarcastic n outspoken indeed..

p/s: cubicle ustaz amin seblh cubicle ak..hehe, sorry bro, ak x obese malah ak ada six pack..haha.Peace

Lina berkata...

Pnah dengar ceramah dari ustaz azhar idrus - carilah kt youtube

ajibangsat berkata...

buat mcm ameno di penang tu je, bawak turun gambar koh sokoon, koyak. tak dak sapa bising pun

punchdrunk lovesick berkata...

aku letak pic KAK ROS kat pintu bilik..kalo boring aku baling dart!!!!

Tanpa Nama berkata...

puak-puak penyokong parti politik (kebanyakan yang aku nampak kat entri lepas, orang Umno) ni kebanyakannya terlalu, terlalu dan terlalu obses dengan pemimpin. tak nampak kesalahan pemimpin sendiri yang didewa-dewakan, tapi suka menuding jari kepada kesalahan pihak lain.

Tanpa Nama berkata...

apa-apa hal pun, aku suka komen punchdrunk lovesick untuk entri ni. hahahaa...!

Mantot berkata...

@Radin

Kau bagi aku cth Pancaindera? Bipop? Come on bang. Tu bawah sikit je dari level Mangga...artikel asyik2 "Saya sudah insaf" tapi dada terpampang dekat frontpage..

@Rasional Bukan Emosi

Skrg ni ada Ustaz sblh kau..kau tanyakan dekat dia untuk aku..sbb dah alang2 ada Ustaz,jadi mungkin dia lagi tau dan arif pasal benda ni..kau pun sendiri ckp kena refer Ustaz,kan?

"Apa hukum tampal/pamer gambar pemimpin negara atas dasar kepartian mengikut hukum Islam?Tak kira la dalam rumah ke,dalam kereta,dekat tiang bendera ke.."

Tanyakan untuk aku.

nenek berkata...

benda2 benda fikih ni berdalil dengan banyak sanad perawinya... jika kita berpegang dengan apa yang ustaz azhar cakap tadi, memena glah haram sebab gambar bernyawa tidak dibenarkan dipamerkan sebab malaikat memasuki rumah.. tetapi mungkin mantot terlepas atau tak sempat nak amik komen ustaz azhar tentang dalil yang jika gambar alim ulama.. hukumnya jatuh harus.. dengan syarat kita tidak mengagungkan pemimpin itu... contohnyer cium tangan jugak lah... kalau alim ulama disunatkan kita cium tangan. mengambil berkah... itu ajer... dalam konteks gambar stiker kat kereta dan banner atau sebaliknya... mcm ni yer. seperti yang kita tahu negara kita mengamalkan konsep demokrasi dan disusuli dengan pilihanraya... tujuan gambar dan stiker mahupon bendera banner adalah untuk menunjukkan tahap sokongan kita di dalam sistem demokrasi itu.... bukan dengan mengagungkan.. kita nak menang hati rakyat dengan pilihanraya dan disusuli dengan banner dan pelbagai cara lain. jadi dengan publisiti seperti ini membuatkan sesuatu calon lebih diberi perhatian dan mendapat undian... bukan tujuan mengagungkan... akidah kita tetap hanya ALLAH... dan berkaitan dengan gambar. jika gambarnya alim ulamak yang membuatkan kita lihat mukanya menambahkan lagi rasa rindu pada nabi dan ALLAH.. apa salahnya.. WALLAHUAKLAM

Tanpa Nama berkata...

korang2 yang dok bergaduh dengan mantot nih kena muhasabah diri ni. mungkin jugak kena belaja ilmu agama lebih sedikit, biarlah kalau kita berbahas ikut ilmu agama bukan ikut emosi.
bagus la mantot dah tegur pasal gambar2 nih, kalau tak puas hati boleh google, boleh youtube, ada banyak ceramah and forum agama online, tanya pendapat semua dan buat pertimbangan & pendapat sendiri. mungkin tak semua boleh terima pendapat kita, kerana itu adalah pendapat kita.
sebelum kita cuba membetulkan orang, kita kena cuba betulkan diri kita sendiri. muhasabah diri.

blablabla berkata...

kalau dah haram tu sememangnya haram. contoh babi itu haram. haram keseluruhannya. kalau sekadar logika tanpa nas dari alquran dan hadis pun tidak boleh.

hehehe, mantot, letak gambar artis tu, pastu orang melancap kat sebelah, boleh ke? boleh insaf?

sokong pendapat radin. tapi buatlah mana yang termampu, klu haram, haramlah, tak kira lah apa tujuannya. bekerjasamalah. klu ade 200 pembaca entry ni, sorang add 10 orang artis, lepas tu tegur. kan lebih baik? tak gitu radin?

Tanpa Nama berkata...

Nak gantung sangat gambar? gantung lah.
Tak sapa nak marah dah. Kalau kau pusing lagi sampai ada orang kata benda tu halal sampai kiamat tak habis.
Orang menegur, kau amik. taknak amik? sudah.
Amar Makruf Nahi Mungkar maa?

Tanpa Nama berkata...

senang cita memang gantung gambar tak boleh. haram. malaikat tak masuk rumah. apa yak nak digaduhkan lagi -,- jangan menghalalkan apa yang haram. jangan nak ambik yang senang je yang susah2 tinggal semua

Tanpa Nama berkata...

Mantot, camne plak kalo gantung TV LCD besar kt dinding pastu ada gambar2 org dan binatang bgerak? Aku rasa yg dlm TV tu mmg betul2 'gambar hidup'...hahaha. Dulu, era 80an aku pernah dengar yg TV tu HARAM...

Mantot berkata...

buang masa aku aje carik video letak kat posting kalau takde orang nak tengok...

wootwoot berkata...

buang masa aku je komen klo mantot x baca ;p

Cik Siti Fairuz berkata...

alamak!nampak nama sendiri kt dlm post mantot pn rasa malu2... *blushing*

berkata...

"Hanya kerana satu benda tu semua orang buat tak semestinya menjadikan benda tu betul.."

Yep. Dan hanya kerana satu benda tu Mantot buat tak semestinya menjadikan benda tu betul.

Contohnya: post gambar separuh bogel atau 90% bogel dalam blog kononnya dengan niat nak sedarkan Melayu.

Atau jana trafik dengan keyword yang misleading dan gambar (yang selalunya diambil tanpa kebenaran dan digunakan dengan niat yang meragukan) yang langsung tak ada kena mengena dengan artikel.

Atau gunakan gambar rock star idola hati (yang mati bunuh diri) bersama dengan kucing dan anak perempuannya sebagai header blog yang menjadi tatapan tetap harian 3000 (?) pembaca/pengikut tegar, mungkin dengan alasan rock star tu dah mati, jadi bukan gambar hidup.

Aku suka bila kau hentam sama rata. UMNO ke, PAS ke, Azhar ke, MAZA ke, Mantot ke, kalau salah tetap salah. Tak ada yang maksum. Kan?

Dalam Islam, apa agaknya perbezaan antara taat setia (loyal) dan taksub?

~~samg~~ berkata...

5 bintang utk ko, terbaik!!!!!

utk mudah faham:-

gambar yg HARUS digantung:-

1. gambar permandangan
2. gambar family/keluarga dgn tujuan utk mengeratkan kasih sayang

yang lain2 tu x payah lah gantung, gambar family kalo xtutup aurat hukumnya HARAM, gambar pemimpin utk tujuan pemujaan@ ada unsur mendewa2kan pemimpin hukumnya HARAM

pada sesapa yg nak belajar faham maksud hadis, aku nasihatkan baca hadis yg dlm bahasa arab, sb setiap huruf dan kalimat ada maksud n penekanan yang tertentu, kalo x faham bahasa arab, tanya lah pada orang yang pandai bahasa arab

jgn sesekali bila baca hadis, kita just nak amik separuh2 je, kena amik keseluruhan.

ilmu hadis tu luas, x cukup utk aku citer semua dkt sini, islam tu agama yang mudah, jgn kita susahkan dengan kejahilan yg kita ada

yg penting utk isu ni, hukum gantung gambar ada 2 samada HARUS/HARAM - bergantung kpd keadaan (spt yg aku terangkan dkt atas)

betolkan aku kalo aku salah

Tanpa Nama berkata...

menggelabah la melayu.

malu la skek , asek tunjuk hero kat ruangan komen je buatpe.

malu la jadi melayu bile ade orang macam kau orang.

bakaruddin abu berkata...

mantot..
aku rase dgn post ko kali ni brla ko bleh bukak mate org ramai sket..
sbb bg aku masalah dgn rakyat Malaysia ni selalu sgt obses terhadap sesuatu bende smpai xreti nk muhasabah dr sendiri..
tp aku rase ko maybe ade buat silap sket ble ko reply dlm komen yg sebelom ckp ko tau ape yg ko buat tu haram tp ko still buat jugak..
bg aku secare xlangsung ko dh buat semua teguran/pendirian ko sbelom ni psl masalah sosial jd mcm mengarut dan org bleh hilang rase respect kt ko..

Mantot berkata...

terima kasih bang tegur aku.....tapi aku takleh nak deny dan cuba fight jugak apa yg aku buat tu dibolehkan.itu lagi bunuh diri..

apa yg aku boleh buat lepas ni adalah meng-photoshopkan baju jubah dan purdah kepada badan awek2 seksi tersebut sebelum diletakkan ke dalam posting.

kalau berdasarkan tinjauan aku skrg,artis2 skrg kurang benar perasaan malu.Mcm wardina cakap..
"Ya Allah saya tengok balik gambar saya dulu2 macam tak pakai baju!"

Kpd yg ada idea,aku tanya kau ikhlas...

"Macam mana kau nak pakaikan perasaan malu dekat artis/selebriti/idola masyarakat yang dah tak ada perasaan malu?"

berkata...

Bagi aku, kalau kau nak pakaikan baju pada badan orang lain, pastikan kau sendiri berbaju.

Kalau baju di badan sendiri pun senteng, tak cukup kain untuk menutup yang sepatutnya ditutup atau tak sesuai materialnya, betulkan dulu.

Kalau dalam proses nak berbaju tu kau sama-sama ajak orang lain ikut kau untuk berbaju, itu aku sokong. Maksudnya sama-sama nak berubah. Tapi kalau cakap orang, kau pun sama, itu hipokrit namanya.

Dalam berdakwah, tak semestinya kau kena sempurna baru boleh tegur orang. Bagi aku, dakwah yang paling bagus ialah melalui perbuatan. Dalam proses berubah, kau ajak orang sama-sama berubah dengan kau. Bukan kau kondem orang lain sebab orang lain tak sama dengan kau. Itu Bob Lokman namanya.

Aku rasa kau faham apa aku cakapkan ni. Kan?

Mantot berkata...

camne boleh masuk bob lokman lak ni?apa yang dia dah buat?apsal kau tetiba kondem dia?

berkata...

"Bukan kau kondem orang lain sebab orang lain tak sama dengan kau. Itu Bob Lokman namanya."

Kondem Bob Lokman? Itu perumpamaan moden. Apa yang kau tak faham?

Mantot berkata...

apa kaitannya bob lokman dgn benda kau cakap?

berkata...

Tak faham ek? Aku gunakan perumpamaan "...kondem orang lain sebab orang lain tak sama dengan kau. Itu Bob Lokman namanya."

"Kondem orang lain sebab orang lain tak sama dengan kau", tu yang Bob Lokman buat. Dia berubah, buat 180, kemudian kondem artis lain sebab tak sama dengan fahaman baru dia. Dalam kata lain perbuatan/perasaan holier than thou dalam berdakwah, terutama yang rasa diri dia tu born again Muslim. Takkan tak faham kot. Tak adalah metaphoric/cryptic sangat pun.

Sebenarnya, bukan Bob Lokman sorang je macam tu. Ramai lagi pendakwah lain yang macam tu. Kenapa aku pilih Bob Lokman? Kenapa bukan orang lain? Sebab nama dia yang pertama terlintas dalam kepala aku masa tulis komen tu.

I'm not singling him out. Nama dia dalam perumpamaan tu boleh ditukarganti dengan yang lain. Kalau tak suka aku libatkan Bob Lokman, ok, aku tukar:

Dalam proses berubah, kau ajak orang sama-sama berubah dengan kau. Bukan kau kondem orang lain sebab orang lain tak sama dengan kau. Itu Mantot namanya.

Ok?

Mantot berkata...

aku paham sbnrnya...

tapi aku terasa down nak reply sbb kau cuba mendakwahkan aku pasal kau rasa aku feeling holier than thou dengan menggunakan method kondem Bob Lokman sebab kau rasa kau lagi bagus dari dia..

sependapat rupanya kita ni

Tanpa Nama berkata...

tapi mmg betul ape yg mantot cakap . sebelum ni kat rumah saya mmg banyak letak/gantung gambar family, sampai satu hari mak balik dr kelas agama dia and simpan semua gambar yg gantung etc, dia bgtau yg ustaz kata mmg haram letak gambar yg bernyawa .. saya pun tak tanya kenapa, sbb dah haram, jd kenapa nak buat, cabut balik lah gambar2 kat dinding tu . mcm hukum simpan bear bagai kat bilik, mane malaikat masuk .. kan . ? :)

Tanpa Nama berkata...

Fatwa Shohibus Samahah, Dr. 'Ali Jum`ah hafizahUllah, mufti Mesir

Tidak mengapa (yakni HARUS) hukumnya mengedar gambar-gambar fotografi atau menggantungkannya, samada gambar manusia maupun haiwan. Ini adalah kerana gambar fotografi hanyalah suatu upaya penahanan atau perakaman imej (yakni imej sesuatu itu ditangkap atau hanya dirakam dengan sejenis alat seperti kamera umpamanya). Maka tidaklah ada padanya usaha untuk menyaingi penciptaan Allah yang mana warid amaran bagi orang yang membuat lukisan (yakni imej yang ditahan atau dirakam itu tetap imej ciptaan Allah dan bukannya sesuatu yang dibuat oleh seseorang. Maka tidak timbul rekayasa si pelukis untuk mencipta sesuatu seolah-olah hendak menyaingi ciptaan Allah SWT). Ini adalah apabila foto tersebut bukannya foto bogel atau foto yang boleh menimbulkan fitnah. Yang dimaksudkan dengan "tashwir @ membuat gambar" yang diancam dalam hadits adalah pembuatan patung-patung yang sempurna bentuknya, di mana terdapat padanya upaya untuk seolah-olah menyaingi ciptaan Allah ta`ala. Oleh itu merakam gambar secara fotografi walaupun juga dinamakan sebagai "tashwir" tidaklah haram kerana tidak wujud `illah tersebut padanya dan sesuatu hukum itu bersama dengan illahnya sama ada wujud atau tidak. Merakam gambar fotografi pada hakikatnya hanyalah penahanan @ rakaman imej dan ianya tidaklah dinamakan sebagai "tashwir" melainkan secara majaz sahaja. Ketetapan bagi sesuatu hukum adalah berdasarkan kepada yang dinamakan dan bukannya pada namanya.

Dibina atas yang sedemikian dan sebagaimana yang ditanya, maka sesungguhnya perbuatan menggantung foto ayah dan ibumu tersebut menurut Hukum Syarak adalah HARUS kerana tujuan yang murni tersebut selagi mana foto ibumu itu layak dan sopan (yakni tidak mendedahkan aurat). Tidak menjadi masalah sama ada foto tersebut, foto imej yang sempurna ataupun tidak. Yang sedemikian itu bukanlah sesuatu yang diharamkan, jadi ianya tidaklah sebagaimana dikhabarkan sebahagian orang kepadamu.