Januari 20, 2012

Kaki Pau Dalam Bentuk Organisasi Kerajaan

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop untuk berdebat mengenai dakwaan BN bahawa tol di lebuhraya tidak boleh dihapuskan.

Lim berkata beliau bersedia berdebat dengan Nor Mohamed, menteri yang bertanggungjawab menjaga Unit Perancang Ekonomi pada bila-bila masa dan mana-mana tempat berhubung dakwaan kerajaan mengapa beberapa tol yang sedia ada tidak boleh dihapuskan.

“Mengapa kita tak boleh hapuskan tol bila PLUS untung 308 peratus. Mari bahas mengikut isu dan fakta, bukan dengan emosi dan sentiment. “Dia seorang menteri, saya seorang Ketua Menteri, kami setara. Mari kita berdebat demi kepentingan rakyat,” cabar Lim.

Sebelum ini, Nor Mohamed membuat kenyataan bahawa janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan tol jika mereka berkuasa di Putrajaya sebagai tidak masuk akal. (Link)

..............

Come on Pak Menteri,sahut cabaran dia.

Alang2 nak melakukan transformasi negara, jadikan budaya berdebat secara open dan live satu benda yang common untuk membuktikan kepada rakyat yang menteri tahu apa yang dia buat dan bukannya sekadar jadi menteri kerana gagah berpolitik semata-mata. Gunakanlah rancangan debat dalam RTM tu sebagai pentas nak "counter" balik pembangkang. Ajak pembangkang share pentas. Setakat lawan balik pembangkang dengan ayat "diorang tu bukan tau apa, nak lawan kerajaan aje tau" takkan berkesan nak tarik sokongan orang ramai.

Personally, aku mahukan content. Tapi menteri kebanyakannya bila bercakap, angin aje keluar. Aku berharap benar dapat dengar menteri bercakap dan berhujah guna akal diorang sendiri dan bukannya teks ucapan yang disediakan oleh orang lain untuk dibaca menteri.

Kalau benar apa yang pembangkang kata tu salah..sila buktikan. Cakap kosong takde guna. Cakap dalam RTM aje pun takde guna. Kau nak yakinkan orang2 yang skeptikal macam aku? Nak suruh aku undi dacing? Dah berapa tahun kerajaan pakai "anda mesti menyokong Barisan Nasional kerana anda PERLU menyokong Barisan Nasional sebab takut nanti Malaysia nanti Cina pegang" ?

Itu alasan anda nak berkuasa dan take control.

Bukan sebab munasabah untuk aku pangkah BN.

If you felt you are better because that Chinese DAP Dude or Anwar the bi-sexual Malay traitor can talk cock only and UMNO Malay minister are the guardian of Malaysia...show us prove that Malay minister from UMNO is actually better compared to the opposition, intellectual and governing wise.

"Look at what UMNO have bring to Malaysia since independent is not a valid answer" for the question.

Translation "MINDEF style" untuk anda yang Englishnya kantoi :

Jika anda berasa anda lebih baik kerana itu Cina DAP Dude atau Anwar pengkhianat Melayu bi-seksual boleh bercakap zakar sahaja dan Melayu menteri UMNO adalah penjaga Malaysia ... yang menunjukkan kepada kita membuktikan bahawa menteri Melayu dari UMNO sebenarnya lebih baik berbanding dengan pembangkang, intelektual dan mentadbir bijak.

"Lihatlah apa yang UMNO telah membawa ke Malaysia sejak bebas bukan jawapan yang sah" untuk soalan.

Kesimpulan aku senang aje..

a.) Menteri Kerajaan sekarang = Sokong tol diteruskan

b.) Menteri Pembangkang = Nak mansuhkan tol

c.) Aku = Tak suka bayar tol

d.) Aku = Takde nampak reason perlu sokong kerajaan sedia ada

Sebagai rakyat biasa, perlu ke aku risau dengan masa depan kalau menteri yang pegang ekonomi kata "mansuhkan tol tak masuk akal" padahal main target dia sepatutnya adalah "carik jalan untuk orang tak payah bayar tol sebab tol is a privilege to be paid by those who want and can afford it, not a necessity"?

36 ulasan:

Komrad J berkata...

sila jangan pangkah BN
sekian terima kasih

hikari berkata...

pengalaman saya ke Aussie baru2 ni, (kita amik sbg contoh ye)

perjalanan saya dari Brisbane ke Gold Coast yang lebih kurang dalam 90++km tiada sebarang toll dikenakan. cuma bayar duit minyak je.

dah la takde toll, jalannya pula Masya Allah sungguh molek bak kata org ganung.

its a point to ponder how do they really manage the money contributed from the citizen (tax, etc).

ayah saya penah cakap, rakyat sprt di Australia tu dah celik politik, mereka tahu tugas kerajaan hanyalah untuk MANAGE duit yang rakyat salurkan. kiranya kalau kerajaan sedia ada buat taik, selayaknya mereka tak payah pangkah utk next PRU lah gitu.

berbeza dgn politik msia. sikit2 lihat jasa UMNO, telah buat sekian2.. jasa2 tu guna duit sape? cara mereka cakap seolah2 setiap benda yang mereka buat menggunakan duit potong gaji diorang je.. itu yang saya paling menyampah sekali tu.

Mama berkata...

This is a very good one. I like the translation part. Good job.

anasu no haha berkata...

takde butang nak like komen hikari

murai berkata...

Kena berani tukar.. kalau tak ok, kita tukar lagi, dan lagi. kuasa ditangan rakyat la. Dah selesa sembunyi dlm kelambu agaknya, kena tipu pun rakyat boleh duk diam.

sama gak mcm kawen, kalau tak puas hati ngn pasangan kite..kite bole tukar, dan tukar lagi..sampai jumpe yg puas hati..haha

Tanpa Nama berkata...

marilah kita mengebumikan UMNO 6 kaki dalam

Radin berkata...

Mana boleh hapuskan tol. Selamatkan keluarga Sharizat dulu!!! Musnah negara kalau UMNO tak memerintah.

Tanpa Nama berkata...

ada stgh tempat perlu tol utk alternatif jln dan baikpulih jalan, ada tempat tak perlu pasal takde alternatif... jgn jadi MRR2 jln jarang maintain, tak rata, sesetengah lampu ada tapi tak nyala.. kat m'sia ada lebihkurang 22 sykt konsesi tol termasuk PLUS..
-coma-

Kasih berkata...

D !

Tanpa Nama berkata...

aku mmg setuju sgt2. cer bayangkan dari rumah aku di ampang nak ke putrajaya, jalan sikit tol, depan lagi tol, lagi depan tol, mampuih aku satu hari RM22 hegget byq tol!!!!!! jadi tol......ong la hapuskan tol! ini memang beTOL2222!

opisboi berkata...

kalau hapus tol mana pencacai nak pau duit abisla tak masyukkk! cth: selangor & pulau pinang jatuh pada pakatan abis sumua jadi gila babi, meroyan dari mula kalah pru12 samapi la ke lanie ini blum masuk kedah & kelantan.

Tanpa Nama berkata...

pengundi BN bodohhhh

Tanpa Nama berkata...

Pengalaman kerja kat UUM bahagian JPP sama macam tol.asyik2 kena pujuk kasi pihak ke 3 sambung keje.Tu..nak kasi kroni buat.Klu BN bungkus baru kita tukar profesor kangkung.jadi anak buah akan jadi lebih berperikemanusiaan @ tak zalim.

Tanpa Nama berkata...

tengok la apa da jadi kat Penang.. Melayu terang2 kena tindas.

aku tak cakap aku sokong ada tol. aku pun tak suka bayar tol.

tapi aku tak suka orang BUKAN ISLAM yg memerintah NEGARA ISLAM. itu je. aku cadangkan kat semua, kita sokong saudara seagama kita demi AGAMA kita.. tak kira la.. ANWAR @ NAJIB @ NIK AZIZ ... Janji dia bole pertahankan agama islam..

wassalam

muslim

SyncRo MEOR berkata...

kesian frequent travellers. sumpah kesian.

ada pandangan berita pasal megaupload ? sopa sume tu. kalau nz boleh kiss bontot amerika, negara kita ?

Tanpa Nama berkata...

selalu org bg cnth tgk la melayu pulau pinang terang2 ditindas?bg contoh 6-7 skit..3-4 contoh sikit sgt...sbb saye melayu yang menetap di pulau pinang...

rimas berkata...

eish,x abes2 la ko ni mantot.nk membantai je keje ko.x takut kena tangkap ke?

Nescafe Ais berkata...

Anon 7:06 pm,

Selama lepas merdeka ketua menteri tu cina ke? Koh Tsu Koon tu Melayu Bugis agaknya?

Lepas Lim Guan Eng naik baru nak kecoh pasal Melayu pasal Islam. Sekurang-kurangnya peruntukan untuk SAR guru-guru agama dan imam-imam naik lebih tinggi dari negeri BN. Alasannya ialah kalau Melayu ni terdidik dari segi agama kurang Melayu nak merempit, hisap dadah dsb...nak kena tunggu orang asing bagi sedas ke batang hidung baru paham (kalau paham...)

Kenapa tiba-tiba populasi Tionghua naik di P.Pinang, sedangkan dulu KMnya Melayu? Bukankah sebab nak dapat habuan projek ditukar dengan kerusi DUN?

Jadi sudah-sudahlah dengan "Melayu pertahankan Islam"...kalau dasar parti PEKEMBAR tidak mengutamakan Islam maka selamanya angin busuk yang keluar dari mulut menteri PEKEMBAR hanyalah retorik.

Master Yoda berkata...

Gua tak kesah kalau Non-Muslim yg perintah negara ni pasal utk ape nak takut since majoritinya Muslim (walaupon pada nama, bukan tindakan dan akhlak)...

Kite ada perlembagaan,eventhough follow Western's country punya acuan, since ada fasal yg support bangsa "Mim"...Nak takut Non-Muslim perintah kenape??

Kwn2 gua yg menetap kat UK, Aussie dan lain2 elok je, maintain je akhlak dan sahsiah eventhouh Non-Muslim yg govern the country...
Semua tindakan kita dtg dari diri dulu, dah ok diri tu, baru la tgk keadaan sekeliling...

Tq...Korg leh je tak agree ngan gua, ni pendapat gua..

Tanpa Nama berkata...

"Kaki pau dl bentuk organisasi kerajaan"

huh...kalau korang perasaan denda dlm bentuk Rm dikenakan bagi pelbagai jenis kesalahan..

kesalahan trafik, meniaga tanpa lesen, lambat bayar cukai-cukai dan sebagainya..

ini bertentangan dgn Islam...nilah satu lagi 'pau' mcm yg mantot mention kat sini...

ayun360

Tanpa Nama berkata...

WEHH....KO NI SEPERTI BABI MENGAJAR ANAKNYA MAKAN TAIK....DULU KO CKAP JGN JAGI ZOMBIE POLITIK....TUP..TUP...KO PLAK YG JADI....HAHAHAHAHAHHAHA APA LA BODOH KO NI.... FUCK UMNO....PAS...DAP..PKR...UNDI LAH PARTI KOMUNIS CIN PENG....

Tanpa Nama berkata...

aku pegi siam xde pun bayar toll....tekan je padel minyak sampai bangkok....kat malaysia ni bangang.....baik aku jd rakyat thailand jer....bleh mkan beras siam bebanyak......fool....

Tanpa Nama berkata...

PERGI MAMPUS LA YG SAPE2 DUDUK KAT LEMBAH KLANG N KL TU...HAHHAHA..PADAN MUKA...PAKATAN NAIK PUN SAMA...BN NAIK PUN SAMA.....JADI UNDILAH PARTI CAP TALI....NO TOLL....MINYAK SELITER AKU BLH BAGI RM0.66SEN...NO HAL...SALURAN PORN TV MCM KAT GERMAN TU AKU BLEH BAGI..LAGI SATU KO NI MCM langau LA....APE KEJADAHNYA KO LETAK AYAT
"Jika tak bersetuju dan nak maki aku,harap jangan pakai Anonymous.Letak la nickname apa2 pun supaya senang sket nak komen kau balik."MCM ORG YG X BLEH MENERIMA KUTUKAN OLEH MASYARAKAT..KAHKAHKAH...

Cik Siti Fairuz berkata...

anon 10:07,
seronok kn highway siam, siap gajah pun tumpang lalu...hahaha rindu bangkok

KaK LimaH OtaI berkata...

Politik di Malaysia da kritikal, BN mmg tah pape duit RM100 dan RM500 yg bagi kat rakyat tu pun nth dari mane la gaknye jgn sumber haram dah la, KESIMPULAN saya Malaysia mmg kurg pemimpin yg berwibawa x seperti zaman Rasulullah dulu. Kalau Isteri sndiri x terpimpin( tutup aurat ) pe tah lgi nk pimpin rakyat, Isteri tu amanah gak utk Para Suami, ayah, dan semua lelaki sekalian oi bukan ditujukan kpd si DiA saje,

Mat Rol berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=qW3FE-HHMdc&feature=g-upl&context=G2969629AUAAAAAAAAAA

Tanpa Nama berkata...

aku = tak suka bayar tol tapi faham bahawa pembinaan tol bukan murah dan bukan free.

jadi, bayar tol untuk kemudahan bila menggunakannya.

kesimpulan,

terus pangkah BN. :)

Tanpa Nama berkata...

salam en.mantot.kalau tol dimansuhkan macam mana dan dari mana plus nak dapat modal untuk maintenance lebuhraya yang tiap-tiap masa lori dan kontena lanyak.tiap kali saya balik kedah dari k.l guna lebuhraya tiap kali tu saya akan terserempak dengan pekerja plus yang turap dan bersihkan jalan.even pemantul cahaya yang ada kat devider jalan tu pun ada pekerja plus lap guna kain untuk hilangkan habuk mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko pemandu mengantuk langgar divider jalan tu.jadi saya bukan kata kita patut sokong kerajaan sedia ada dengan membuta tuli,tapi isu tol plus ni rasa kita leh consider sebab kita jugak yang nak guna jalan tu dengan selesa.jangan marah,terima kasih.

Mantot berkata...

aku mintak menteri berdebat sbb aku suka dengar perdebatan sbb itu aje cara kita nak dengar idea menteri.

dan aku tak suka bayar tol.

korang tak perlu nak justify kat sini kenapa korang rasa perlu ada tol dan korang sanggup bayar..terpulang.

shidaidris berkata...

heh, ramai kat sini macam suka bayar tol. tapi setiap kali aku drive jalan yang ada tol dan sebelah tu pulak xder tol.

kereta punyala banyak kat jalan xder tol dan sanggup tu bersesak dan queue panjang gila semata-mata x nak bayar tol 1.00(tol damansara/tdi).

sekian

Aslina berkata...

best jugak kalo jadi debat gini... aku pon nak tau jugak ape hujah2 dorang nih...

anon2 yg cakap melayu kne tindas kat penang tuh...

bila masa melayu penang kene tindas? setakat 3-4 contoh (tu pon kalo ade) baik aku layan citer katun sepanbob kat tv... lagi menarik...

Zzzz...

p/s: aku anak jati PULAU pinang. bukan seberang perai. aku tengok banyak yang suka buat demo la hape ngamuk2 tu semua lepas kene provoke ngan umno. ntah mende tak puas hati tah... dah la sejemput je yg meroyan pon... menyusahkan orang lak tu buat jalan jem... haishhhh...

Tanpa Nama berkata...

bayar tol pun jalan sesak gak, apa guna bayar tol? Klau dah untung berbillion2 ringgit kenapa x tambah je lane utk kurangkan kesesakan? tau kaut untung je, tunggu 10 tahun lagi pun lane tetap yg tu jugak, pastu dok bangga dapat untung bertambah2, PTUIHH!!!!

Tanpa Nama berkata...

aku bayar tol melaka ke perlis dah dekat tujuh puluh ringgit lebih, jalan sesak lagi, RNR pun nak parking pun penuh.. berbaloi ke menghadap jem pastu bayar puluhan ringgit

Tanpa Nama berkata...

Kaji lah dulu...boleh nyer...at least dapat kurangkan dah ok..mentenen tu,bukan nyer hari2...Untung 308% kan..Dari bagi bajet kt lembu,baik tackle yang ni dulu...ini highway hari2 rakyat gune...Kate rakyat di utama kan...

Sekian Dari saye,
Jkkkkkkkll kg pisang...
Penyokong mantot...

Tanpa Nama berkata...

bla bla bla..

punchdrunk lovesick berkata...

ramai yg terlupa kita bayar cukai jalan!!! kenapa perlu ada tol lg!! itu UMNO sama BN sama Kroni punya company mmg mcm bodoh!!!hahahah