Januari 15, 2012

Adakah Anda Mahu Melabur Dalam Skim Amanah Rakyat 1Malaysia?

Takde ke alim ulamak dalam UMNO yang berani suarakan status skim Sara 1Malaysia ni. Hujah dia senang;

1. Income tu Najib announce dah tetap,mesti untung, kau takkan rugi.

2. "Pasti ada income,"kata Najib.

3. "Anda tidak akan rugi.." sambung dia lagi.

4. "Pelaburan anda pasti mendapat pulangan.." tegas Najib.

5. Najib boleh announce projected dividend dan berapa income kau after 5 tahun.

........

Bagus kalau kerajaan suruh orang melabur. Tapi kalau pelaburan tu diragui tak bersihlah income orang ramai.Nak suruh orang jadi kaya...bagus. Tapi nak suruh orang ramai kaya dengan cara yang tak betul... tak baiklah dilakukan macam tu.

Tunggu dalam seminggu dua,aku harap akan ada alim ulamak dalam UMNO yang tolong clearkan hal ni kepada orang ramai sama ada halal atau tidak status pelaburan tu. Kalau orang pembangkang yang kata nanti dikata "bermotifkan politik" dan "berniat nak menjatuhkan BN." Sennag orang UMNO sendiri clearkan.

Daripada apa yang Najib sudah cerita...benda ni dah lebih kurang haram, sebab pelaburan dalam Islam..there is no such thing as guaranteed returns and guaranteed profits. Kita bukan sepatutnya hanya tengok status halal pelaburan dari segi ke mana duit tu dilaburkan...tapi cara dia dilaburkan juga perlu diambik kira.Kepada orang ramai khasnya yang Melayulah...aku nasihatkan, jangan join dulu sebab pelaburan ini amatlah meragukan di sisi syariah. Tapi kalau kau tak peduli..silakan.  

Persoalannya, bagaimana benda sebesar ni boleh Kerajaan terlepas pandang?Kita tunggu pakar agama UMNO jawab isu ni.Kepada yang minat tapi ragu2, do demand an answer.




36 ulasan:

Abam Kie berkata...

mcm2 cara nak ambik hati rakyat sempena pilihanraya ni. isu SPBA yg separuh masak tu pun blom selesai tetiba nak buka amanah saham 1malaysia plak. sabar je la..

zukidin.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

2nd bro.......

Tanpa Nama berkata...

ASB pun sama kes dgn Skim Sara Malaysia. Apa2 produk dari PNB semuanya diragui status HALAL dia sebab tak pernah dpt status PATUH SYARIAH.

Mcm mana pulak dgn KWSP? Semua org yg makan gaji mesti terlibat. Halalkah? Rasanya KWSP pun tak patuh syariah.

Mcm mana pulak dgn loan kereta? Ada riba jugak... betul kata nabi s.a.w, akhir zaman nanti umat Islam dah tak boleh elak riba... mana2 pun akan tetap terjebak riba. sama2 lah kita muhasabah diri

Grohl berkata...

Melayu kan nak cepat kaya.
Masuk MLM semua tu kan melayu, memang la konfem ramai masuk.
Sapa yg nak rugi?
Orang MELAYU ISLAM memang nak kaya cepat sebab (*alasan) nak tolong MELAYU

Master Yoda berkata...

adaa mcm2 cara lagi nak genereate passive income selain masuk ASB, ASW 2020 and bla bla bla...

sila belajar...

Syafinaz berkata...

Aku terkesima melihat iklan bwh tu.Dimana kau dapat tu?huhuhu

Unknown berkata...

Ada dua sebab mengapa produk2 PNB diragui status halalnya.

1. Ketiadaan risiko untuk fixed price product seperti ASB, ASW2020, ASM, AS1M.
2. Pelaburan dalam institusi kewangan (especially Maybank).

PNB ditubuhkan untuk membantu menaikkan peratusan bumiputra yang memiliki saham selepas DEB. Akan tetapi apabila skim ASN mula dilancarkan, harganya berubah-rubah. Orang melayu pada hujung 70an, dan awal 80an, sejumlah besar daripada mereka adalah miskin dan tak berminat/mampu untuk melabur dalam skim yang berisiko tinggi, yang harganya mengikut pasaran saham.

Jadi lahirlah ASB. Pada dasarnya risiko pelaburan tetap ada, namun telah di"absorb" oleh PNB, untuk memastikan semua golongan orang melayu, tak kisah lah dari orang kaya kepada orang miskin, semua boleh melabur tanpa perlu risau yang wang simpanan mereka mungkin hangus jika berlaku sesuatu pada pasaran saham.

PNB boleh dikatakan secara "voluntary" memegang risiko bagi pihak pelabur, agar objektif utama pelaburan pnb berjaya dicapai, yakni lebih tinggi peratusan bumiputra memiliki ekuiti saham melalui produk2 PNB.

Untuk perihal kedua. Seperti yang semua sedia maklum, Maybank adalah bank terbesar di Malaysia. Dan operasi konvensionalnya sememangnya tanpa ragu-ragu melibatkan riba.

PNB boleh sahaja menjual kepentingannya dalam Maybank kepada orang lain. Namun, adakah itu terbaik untuk negara? Bank adalah nadi kepada ekonomi negara, penguasaan terhadap bank terbesar negara memberi satu posisi yang cukup penting kepada PNB sebagai satu entiti pemacu ekonomi.

Lagipun kalau dijual maybank, bank islam mana yang boleh digantikan? Bank Islam Berhad kecil sahaja, Bank Muamalat lagi la kecil.

Sebahagian aset Maybank masih lagi konvensional, dan saya percaya yang pengurusan PNB pasti berusaha keras untuk mengubah aset-aset konvensional ini kepada lebih islamic.

Namun, kita perlu bersikap realistik, dan perubahan takkan mampu berlaku dalam masa sehari-semalam sahaja. Adalah tidak mungkin, Maybank dapat memaksa semua pelanggan menukar akaun konvensional kepada islamic.

Cuba dan baca rasional di sebalik keputusan muzakarah fatwan kebangsaan yang memberikan hukum harus terhadap pelaburan dalam ASB.

Tiada "black and white" dalam hal sebegini.

Tanpa Nama berkata...

TANYALA USTAZ HASARUSSANI... USTAZ BN TUH..
APA DIA KOMEN...???
KALAU DIA KATA HARAM..PASTIKAN ESOK HARI NYA KENA BUANG..!!
SEGERA KOMEN..!! hahaha

zer berkata...

en nazri,sy setuju dgn pnb absorb risiko pelaburan.nampak sgt bertanggungjawab as of wakil kerajaan dlm membangunkan bumiputera.tp 'demi negara' pnb x jual pegangan dlm maybank? itu sgt tidak setuju.ramai bumiputera adalah islam.pnb lebih tidak bertanggungjawab dgn menyertai pelaburan yg sah haram utk orang islam.

Unknown berkata...

Encik Zer, anda faham kan kepentingan Maybank sebagai bank terbesar malaysia? Kalau PNB tak menguasainya, adakah anda rasa lebih baik jikalau dibiarkan sahaja, pelabur asing ataupun mana-mana entiti pelaburan?

Bank kedua terbesar dikuasai Khazanah, bank ketiga terbesar Public Bank dimiliki Teh Hong Piow, bank keempat Hong Leong Bank.

Sejujurnya, saya lebih gembira Maybank dikuasai PNB, satu organisasi nasional yang melambangkan kepentingan ekuiti melayu.

Benar, riba itu haram. Patut dihapuskan, namun perlulah secara beransur-ansur, kita perlu pragmatik dan realistik.

Tanpa Nama berkata...

Encik NazriAwang, nk emel add bleh, ada benda PM...

Yang X Emo berkata...

gua suke debate mcm nih.. xder emosi.. pade anony January 15, 2012 6:03:00 PM GMT+08:00

jgn emosi sgt beb.. lg terserlah kebodohan anda..

Mantot berkata...

yang aku paham,

skim dihanya untuk orang2 yang berpendapatan RM3000 ke bawah.ada dua cara nak melabur,guna duit sendiri atau pinjam RM5000 dengan bank.Rm3000 ke bawah pendapatan isi rumah...mesti lebih ramai yang prefer buat loan dgn bank,kan?

the problem is that.

tak ramai orang sedar sbnrnya,melabur dengan menggunakan pinjaman sbg modal pelaburan adalah sesuatu yang haram.

Syakir Zainol berkata...

Isu ni dah banyak ulamak2 tersohor ulas pasal halal haram... tgk je antara dua ulasan termasyhur oleh UZAR dan dr MAZA...

Tak payah la kita nk guna lojik akal masing2 kat sini... ada sebab kenapa majlis fatwa selangor haramkan ASB

Unknown berkata...

Majlis Fatwa kebangsaan kata harus. Majlis Fatwa Selangor dan Pahang yang kata haram. Terpulanglah, yang mana yang kita mahu ikut. :)

Unknown berkata...

@Apit boleh emel/message dari profile blogger saya.

Mantot berkata...

bang,satu soalan...

kita semua tau matlamat penubuhan PNB adalah utk meningkatkan share melayu dlm swasta...jadi mufti keluarkan hukum harus tu sebab nak orang Melayu berani melabur.

Tapi mcm mana pulak nak apply hukum Harus tu kalau dia asalnya Cina tapi dia masuk Islam?

Mantot berkata...

dan yang pasal haram tu,

yang Majlis Fatwa Kebangsaan kata harus itu melabur dalam ASB.

yang Majlis Fatwa Selangor itu melabur dalam ASB.

Tapi yang jelas haram adalah buat pinjaman untuk melabur dalam ASB.

Jadi,apa yang kerajaan sudah umum,adalah orang ramai boleh pinjam dgn bank RM5000 sbg start up pelaburan.Itu tak betul.

Niat nak tolong Melayu tak boleh dijadikan keutamaan dalam benda ni.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Definisi "Melayu" ikut perlembagaaan Malaysia ialah beragama islam, dan mengamalkan adat-adat melayu. Untuk cina baru masuk islam pun, sekiranya definisi di atas dipenuhi, constitutionally dia adalah melayu la kan.

Hmm, wait. kalau pinjam untuk melabur, haram ke dalam Islam? Bagi link please?

Mantot berkata...

PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/224-perbincangan-hukum-pelaburan-asb--kemaskini.html

Cik Cakula Cemekut Cekelat berkata...

gambar 2 menunjukkan sesuatu yang haram mmg haram..dan nyata...sama mcm topik..tgk blik..nk ikut alquran, hadis n sunnah ataupun nk ikut mufti2 yang dipengaruhi oleh politik...

. berkata...

Lagi satu, cuba pergi mintak senarai-senarai syarikat yang terlibat dalam pelaburan ASB. mesti diorang tak kasi punya. tu dah masuk dalam kategori pelaburan yang tak telus. boleh kira haram jugak tu.

Mantot berkata...

Encik Nazri?

Tanpa Nama berkata...

Aku pun nak panggil jgk..
Encik Nazri??

NajwaMohd berkata...

Aku baru lepas berdebat ngan kawan pasal isu ni, tp bukan saham 1M'sia ni tp ASB. Die sebok nak buat loan ASB ni.

Dia kata dah org2 berkenaan dah bertanggungjwb kluarkan fatwa, dorang la bertanggungjwb, kite follow je la.

Aku just bgtau yg bende ni dah samar2/syubhat sbb negeri S'ngor dah fatwa haram & aku suruh die tgk dua2 hujah (fatwa S'ngor & fatwa Kebangsaan)dan bandingkan.. dan sebagai pengguna ko boleh fikir dan buat pendirian. Sbb isu halal haram ni bukan effect kat kita aje tp seluruh nasab keturunan sbb duit tu ko buat belanja & makan anak beranak...

Ini pada pandangan aku la..

Unknown berkata...

Dalam laporan tahunan semua produk ASNB/PNB, senarai 30 pegangan terbesar ada dinyatakan. Sememangnya senarai yang diberi tidak lengkap. Akan tetapi setahu saya, saham-saham yang diragui status halalnya dalam pelaburan PNB hanyalah berkaitan dengan bank, dan syarikat rokok British American Tobbaco.

Tidaklah saya ketahui mengapa PNB tidak menyediakan senarai lengkap tersebut. Namun, apa yang saya mungkin boleh fikirkan adalah PNB merupakan satu syarikat pelaburan. Sekiranya pegangan dalam setiap syarikat diterbitkan kepada khalayak umum, bagaimana pnb mahu melindungi strategi pelaburannya?

Namun itu hanyalah andaian saya semata-mata.

@ Sopek, pelaburan yang tidak telus, hmm...haram? Tolong explain sikit, boleh.

Berkaitan pinjaman ASB. Jatuhnya hukum haram disebabkan pinjaman itu sendiri yang bersifat konvensional, bukan? Kalau pinjaman ASB dibuat mengikut prinsip islamic finance, bagaimana?

Mantot berkata...

kau buleh bgtau dia..

1. hukum melabur ASB masih lagi ragu2..

2. tapi hukum meminjam dgn bank untuk melabur dalam ASB adalah haram

Mantot berkata...

Encik Nazri,
itulah masalahnya.Benda tu suspek,samar2...

kalau kita risau tempat makan kita halal ke tidak walaupun nampak ada sijil halal terlekat kat dinding, sebab kita nampak tukang masak dia bukan Islam ..benda yang paling baik kita buat adalah jangan makan kat situ.

dan,mengenai persoalan anda...aku rasa la..benda tu haram bukan skdr loan tu scr konvensional atau Islamic finance..tapi juga melibatkan "kau pinjam duit utk buat pelaburan padahal kau sbrnnya takde duit langsung."

Maksud aku,dividen yang kau dapat setiap tahun adalah based on total loan yang kau buat tapi duit kau sendiri yang kau laburkan adalah kosong..

dalam kes ni bukan bank yang makan riba..tapi pengguna tu yg makan riba sbb dia guna duit bank untuk dapat dividen tu.

mungkin aku salah dalam benda ni jadi tolong betulkan aku kalau aku silap.

Unknown berkata...

Haah..make money out of money. Memang tak shariah-compliant dari situ.

Tanpa Nama berkata...

iklan yg last tu mmg ada masa tahun 50-60-an... chk sejarah skit.. klu ada majalah lampau belek2la wahai umat 1malaysia..
-coma-

Tanpa Nama berkata...

untuk Nazri Awang- sykt Unit Trust semua tunjukkan dana diorg invest kat mana.. tak cya pegi check
-coma-

Unknown berkata...

@Coma

Tadi aku buat random check, cari annual report untuk unit trust funds daripada OSK-UOB, CIMB Principal, & Public Mutual.

OSK-UOB & CIMB Principal, tak dinafikan, diorang declare about 90% daripada pelaburan dibuat dimana.

Public Mutual? Tiada annual report yang dijumpai, hanya fund's financial statement yang diberikan. Company apa yang diorang invest langsung tak bagi. Cuma sektor sahaja.

ASB declare sector apa yang dilabur, dan top 20 holdings.

Kesimpulannya, argument anda invalid. Tidak semua syarikat unit trust mengumumkan pegangan pelaburan mereka.

Menariknya, Public Mutual adalah syarikat unit trust kedua terbesar di Malaysia, approximately holding RM40 billion. PNB kalau tak silap ada RM130 billion kot.

Hmmm, kenapa ya Public Mutual tak declare jugak? Nak protect investment strategi juga mungkin?

Sources:
http://www.cimb-principal.com.my/downloadcentre.aspx?f=c
http://www.oskuob.com.my/OSKUOB/page.jsp?name=report
http://www.publicmutual.com.my/OurFunds/FundReports.aspx

Idi berkata...

Salam..

Wow. Aku kagum sungguh dgn komen2 hari ni. Ilmiah dlm bahasa yang mudah, dan paling penting, sgt tidak emosional. Syabas utk semua esp En Nazri.

Diharapkan suasana perbincangan sebegini kekal untuk masa akan dtg. Semua orang pun dapat faedah.

Just nak share, pasal ada fatwa kata harus, ada fatwa kata haram. Dalam apa isu sekalipun, perkara sebegini telah banyak berlaku. Ia disebut sebagai khilaf.

Bila berlaku khilaf, ia bukanlah sesuatu yang merugikan, sebaliknya menguntungkan umat. Bila berlaku khilaf ni, kita boleh ikut mana-mana satu drpd fatwa-fatwa yg dikeluarkan. Dan tak perlu pula kita menyalahkan fatwa yg tidak kita ikut sbb setiap fatwa yang keluar tu adalah berdasarkan kajian dan nas-nas yang berbeza.

Itu yg saya tau la, mungkin ada org yg lebih mahir agamanya boleh eleborate pasal khilaf ni.

TQ.

Mathematician berkata...

Maybank merupakan antara kaunter terbesar dalam FBM100 manakala industri kewangan merupakan antara industri yang penting dalam negara. Lebih 30% komposisi indeks saham FBM-KLCI adalah terdiri dari kaunter kewangan (bank-bank).
Adakah mana2 unit amanah yang tidak melabur dalam kaunter Maybank/CIMB/RHB agar boleh kita sama-sama jadikan alternatif kepada ASB yang telah diharuskan ini?

Che Anggun berkata...

Aku ada melabur dalam public mutual melalui kwsp account satu. setiap dana yang aku labur, ada diberikan kat mana dana2 ini dilaburkan siap detail dengan bape percent dia labur.

Sblm ni, ada jgk ikut kelas utk UTC (konon2 nk jd UTC-unit trust consultant), antara yg aku igt, kalo dana2 islamik ni termasuk je pelaburan yg tak halal or was2, derang kena jual unit2 tu, mcm tu la lbh krg (aku pelupa)..mmg diorg jaga siap ada panel2 syariah semua.

Agaknya sbb tu ramai kwn aku yg jd UTC yg promot dana islamik, sgt confident dgn produk diorg, konsep labur cara org islam yg aku paham:

1) nk melabur, biarla yg duit tu yg kita tak pakai, kalo tak, melabur kejap dah nk kuarkan, pehtu mmgla rugi. pehtu kata masuk dana ni rugi.sbb biasanya pelaburan ni utk jangka masa sederhana(3-5yrs) n panjang(10yrs +). nk untung, berniagalah.
lg 1, pelabur dan tmpt kita labur tu pulak,sama2 akan tanggung untung dan rugi, atau ikut percent yg telah dipersetujui, takleh fix, sbb kalo cth pelaburan tu untung giler2, tp kita pelabur tetap dpt yg fix jer, yg tmpt labur, untung byk giler la.
Kalo rugi, dia lak kena byr kt kita, so dia mmg rugi giler2, nanti bail out pakai duit mana lak kang,ehh..hehe..
So konsepnya untung dan rugi dikongsi bersama.

2)pelaburan ni kena pakai duit sendiri, tak leh pinjam bank, riba,nanti dok mkn duit riba.oh sgt takoot.

3)tp dlm hidup zaman skrg ni, mmg tak leh lari dr riba aku rasa, tp yg dah terang tu kita elakkan. sbb tu Allah ada bg perintah zakat dan sedekah. Zakat dan sedekah tu membersihkan harta(ngular,baca blog masa keje,hihi) dan jiwa(syg duit/dunia). Kita syg nk bg duit yg kita ada tp anggapla kalo kita buat mcm tu, kita ada pelaburan yg berantai2 kt akhirat kelak.nak kaya, bykkan sedekah.

ada org pertikai mana ada zakat pendapatan tp bg jela sbb nk bersihkan duit tp2 bulan yg masuk perut kita dn keluarga.mana ada zakat kwsp (ni kalo gomen yg blh kuarkan yg pilih sistem pencen), bt jela, skurang2nya bhgn kita selesai.

Dulu aku rasa rendah diri sbb takde ASB, kwn2 aku kbyknnya makbapak diorang bukak sbb mak aku kata was2 pelaburannya (mak aku bkak tabung haji je), skrg bila dah study sume, aku rasa bersyukur diorg tak bukak utk aku.

Sori tot,panjang lak, bkn promot PMutual tp nk share pandngan jer.