Malam itu,berlangsung satu acara debat yang dianjurkan oleh Majalah Mingguan Wanita.Dua pasukan debat akan bertanding pada malam itu.Pengerusi Majlis bangun lalu memperkenalkan dirinya.
"Saya Razali,saya akan bertindak sebagai sebagai pengerusi majlis pada malam ini.Di sebelah kanan saya,pasukan debat yang mewakili Persatuan Feminis Unggul Cecah Kredibiliti Elokkan Malaysia,yang diwakili oleh 3 orang gadis manis.Di sebelah kiri saya pula adalah pasukan debat dari Persatuan Muslimah Islam Bandar Baru Bangi yang saya sendiri tak tau diorang lawa ke tidak sebab diorang tak pakai make up."
Penonton memberikan tepukan gemuruh.
"Setiap ahli pasukan akan diberi masa 2 minit untuk menyampaikan hujah sama ada menyokong atau tidak.Tajuk perdebatan kita pada hari ini adalah "Adakah salah jika perempuan Islam memlih untuk berpakaian seksi?"
Wooo!Jerit penonton lagi.Ramai yang berkobar-kobar keran itu isu agak hangat.Pasukan debat muslimah kelihatan menggelengkan kepala kerana agak terkejut dengan topik itu.
"Mulakan!" kata saudara Razali.
Saudari Wati daripada pasukan Feminis pun bangun memulakan hujahnya."Kami sepasukan sebulat suara bersetuju yang hak untuk perempuan Islam seperti kami untuk berpakaian seksi adalah perlu dibenarkan dan tidak ada hak sesiapa yang boleh menghalangnya,individu atau kerajaan sekalipun.Saya berpendapat,tidaklah salah bagi seseorang perempuan,khasnya perempuan Melayu memperagakan kecantikan mereka kerana apa yang dipertunjukkan itu....." lalu Wati pun memusingkan badannya...... "adalah anugerah Tuhan yang perlu dikongsi."
"WOW! WATI! MARRY ME!" Jerit penonton.
"Hujah balas?" kata Razali sambil memandang pasukan Muslimah.Bangunlah Zulaikha sambil menggelengkan kepala."Kami sependapat mengatakan adalah menjadi satu kesalahan wanita Islam berpakaian seksi sebab itu hukum Tuhan...kita mana ada hak nak lawan."
Laju hujah Zulaikha itu dibalas oleh Diana,peserta Feminis paling seksi malam itu dengan baju baby t ketat sehingga membuatkan pensyarah yang mengiringi pasukan Muslimah buntang mata sebentar.
"Jika benar ini perintah Tuhan,berikan hujahnya?Jika benar ini perintah Tuhan,kenapa kita dijadikan ada akal supaya dapat memilih sendiri apa yang kita mahukan?Bukankah lebih mudah kalau Tuhan jadikan orang Islam semua automatik akan pakai tudung macam anda semua? Allah boleh kan buat tu? Nampak tak dari situ?Tuhan berikan kita opsyen! Dia berikan kita opsyen sama ada kita mahu atau tidak memakai pakaian seksi! Sama ada seseorang itu memilih atau tidak ikut perintah Tuhan..itu antara dia dengan Allah...tidak perlulah komen negatif datang daripada masyarakat kalau seseorang itu berpakaian menjolok mata."
Diana menyambung,"Kalau Allah sendiri memberikan saya akal untuk berfikir,saya tidak nampak apa salahnya saya berpakaian begini.Saya bukannya seorang pengganas,saya bukan mahu melacur..saya suka berpakaian begini kerana selesa,saya bebas bergerak."
"Lagipun,pasti ada sebabnya kenapa kita diberi pilihan.Look around you,kita duduk di Malaysia.Semua pakaian yang ala-ala Muslimah macam you pakai is not suitable.We live in a fast world where we have to be acknowledged as equal by men.Wearing purdah or tudung labuh does show you that woman are inferior to men.My clothes give me confidence,if I tutup myself,I am not the same person anymore..jika Tuhan really wish perempuan tutup aurat,give us the statement!" Diana menghabiskan hujahnya.Penonton bersorak kegembiraan kerana hujah yang disampaikan padat dan bernas!
Zulaikha gugup memandang kawannya di sebelah,Fatimah.Fatimah menggelengkan kepala apabila nampak Zulaikha menanyakan sesuatu.Fatimah lalu bangun dan menyampaikan hujahnya,"Harap maaf..kami tak dapat nak provide hadis atau ayat Quran yang menyebut pasal aurat wanita ni tapi...kita semua sudah sedia maklum,orang perempuan Islam wajib menutup aurat.....itu memang suruhan Tuhan yang semua wanita Islam wajib ikuti." Fatimah duduk semula kerana dia seolah-olah kehabisan hujah.
Bangunlah peserta terakhir dari pasukan feminis,seorang gadis manis berbaju baju kurung pink tidak bertudung. "Assalamualaikum semua.Nama saya Anita...seperti yang anda sudah nampak sekarang,satu masa dahulu,saya jauh lagi seksi daripada kawan-kawan saya ni.Tapi Alhamdulillah lepas saya cedera akibat daripada kemalangan dulu,sedikit sebanyak saya cuba jugak belajar tutup-tutup ni.Jadi,saya bolehlah dikatakan dah rasa dua-dua dunia,seksi dan tutup-tutup ni.Saya tak ada apa-apa nak hujahkan lagi sebab rasanya kawan2 saya pun dah jelaskan sebaik mungkin kenapa kita tidak perlu menyalahkan perempuan Melayu yang ingin seksi."
Anita menambah lagi,"Dulu saya berani pegi main futsal,saya bergerak bebas,saya ke situ ke sini atas tuntutan kerja...tapi selepas saya berbaju kurung ni,kawan-kawan saya pun makin ramai yang menjauhkan diri dari saya.Saya kurang buat aktiviti di luar rumah dan ruang sosial saya semakin terbatas. Pada saya,jika seseorang perempuan itu selesa dengan imej dia,dia perlu teruskan kerana perubahan imej itu bukan akan setakat mengubah pakaian anda,ia akan juga mengubah hidup anda secara total.Jika anda gemarkan aktiviti sosial..stay who you are!Point saya is simple...you won't see any tudung wearing chicks in a disco right? What's the reason? Limitation.."
"Jika anda tidak suka dengan limitasi yang akan dikenakan kepada anda,it's your choice.Anda yang decide.........Oh..sebelum saya mengundur diri.." kata Anita."...saya harap anda semua doakanlah saya dapat hidayah untuk bertudung,saya dah cuba dah dulu sekali dua tapi tertanggal balik....doakanlah saya ya?"
"INSYA ALLAH ITA! AWAK CUTE KALAU BERTUDUNG!" jerit salah seorang penonton lelaki gatal di situ.
Khatijah bangun menggelengkan kepala.Dia peserta terakhir,hujahnya perlu bernas dan ada isi jika dia mahu menang."Pertama sekali...tidak ada gunanya minta orang lain pohon hidayah untuk anda kalau hidayah pulak yang diperlukan untuk laksanakan benda wajib.Benda wajib is benda wajib...takde pusing-pusingnya lagi.Kalau seseorang itu tak nak solat,dia tak nak solatlah."
"Hidayah adalah alasan yang selalu orang Melayu gunakan untuk menangguhkan sesuatu tuntutan yang wajib.Nak tunggu hidayah berapa lama?Mana ada Tuhan bagi anda masa.Semenjak muda lagi anda dah diwajibkan menutup aurat,berapa lama lagi anda nak Tuhan bagi anda masa?Kalau dah banyak alasan,banyaklah alasan ....hidayah lah,mintak orang doakanlah...bz lah,active lifestylelah...menyampah aku debate dengan orang2 macam ni!Jom balik..." kata Khatijah.
Mereka pun beredar pergi.Dewan sunyi seketika.
"Oleh kerana pasukan lawan sudah pun berangkat pulang akibat tidak dapat mengawal emosi,saya umumkan pemenang hari ini adalah pasukan debat Feminis Unggul Cecah Kredibiliti Elokkan Malaysia kerana hujah yang mereka berikan sangat padu dan jitu sehingga tidak boleh disangkal lagi.Mereka membawa pulang hadiah berupa sebuah trofi tajaan ADUN kita dan 3 tiket untuk menyaksikan MTV World Live Tour yang bakal menampilkan persembahan hebat artis-artis luar negara.
WOOO!
Penonton pun bersorak.