Februari 10, 2011

Diskriminasi Gender : Perempuan Adalah Target Pancutan Yang Tersasar

Semua lelaki kalau ada rezeki akan kahwin satu masa nanti.

Bila dah berkahwin tu,banyaklah benda yang akan berubah dalam corak hidup kitorang tapi satu benda yang takkan berubah adalah perangai lelaki yang suka melepak sambil minum-minum.Kalau lepak ramai2 semua lelaki golongan yang baya-baya aku ni,mesti ada seorang dalam grup tu yang baru kahwin setahun dua.Dalam member2 aku pun ramai aje dah kahwin.Tinggal sorang dua aje lagi yang tak kahwin lagi.Aku suspek diorang gay.

Bila dah melepak ramai2 dan ada member yang baru kahwin,mesti akan ada keluar soalan kepada yang baru kahwin tu..."Macam mana?Dah ada hasil ke belum?Dah ada anak ke belum?"

Kalau soalan macam tu dah keluar dan jawapan dia "Ya" mesti akan ada yang tanya,"Lelaki ke pempuan?" atau "kumbang atau bunga?" atau lebih direct lagi "batang ke lubang?"Bila jawapan dia lelaki,pasti akan ada yang menyahut "WAAHHH,KAU TEMBAK KENA!TAHNIAH!TAHNIAH!"

Aku nak sangat jumpa dan tau siapa yang start pemikiran camtu.Adakah kau cuba mengatakan kalau first anak aku jantina dia pempuan,aku "tembak" tak betul?Adakah wujud keperluan untuk aku mensasarkan secara tepat ke mana hala tuju posisi badan aku ketika aku inzal untuk mendapat anak lelaki?

Adakah siapa yang start pemikiran macam tu fikir,anak perempuan sebagai anak pertama adalah hasil bidikan yang tersasar?

Payah lah macam tu kalau semua lelaki berusaha untuk tembak tepat dan mendapat pengiktirafan kawan-kawan dia yang dia "tembak kena." Macam mana nak besarkan keturunan kalau kaum hawa dianggap hasil sasaran tersasar?Adakah mak anda,kakak anda,nenek anda,cikgu wanita anda,makcik jual nasik dan Zakiah Anas adalah sasaran yang silap kalau dia anak sulung?

Aku tak tau la kalau dalam geng-geng perempuan ada jugak istilah macam tu."Wahhh Syarifah!Kau dapat anak perempuan!Tahniah!Congrat!Congrats!Kau berjaya ya mendivertkan tembakan laki kau?You go girl!"

Hehehe,geli pulak bila aku terbayang sekumpulan perempuan berbicara camtu.

Mungkin perempuan tak sedar kot benda ni berlaku sebab dialog-dialog yang aku tulis tu hanya akan terjadi bila takde kaum perempuan kat situ tapi pemikiran macam tu memang betul-betul wujud sehingga mampu membuatkan ada lelaki yang berharap sangat dapat anak lelaki sebab dia :

a. nak anak lelaki (standard la,perempuan pun lagi suka anak first dia perempuan majoritinya)
b. takut kena cop tembak tak kena kalau anak first adalah perempuan

Aku tak tau la kalau orang2 lama ni memang ada petua,nak dapat anak lelaki macam mana,anak perempuan macam mana.Mungkin memang ada tempat nak kena tembak ke,belah kiri ke kanan ke,badan kena condong sikit ke dan sebagainya.Yang aku tau pada moment saat "menembak" tu,agak payah nak berfikir angle mana nak ditembak.Tembak aje lah macam seorang askar yang tak peduli lagi pasal bekalan peluru nak habis ke tidak.Jantina apa dapat,biarlah Dia tentukan.Tembak ajelah,Dia bagi (kalau kau dah kahwin).

Kau bayangkan lah macam mana perasaan kau kau baru kahwin,tengah mencuba dan Alhamudlillah dah ada hasilnya.Bila kau duduk borak-borak ramai2 dengan member,member kau tanya kau "Ada hasil ke?" dan kau jawab "Ya..anak lelaki." Member kau pun bersorak sambil menepuk bahu kau mengucapkan syabas sebab kau "tembak" kena.

Bila dah tenang,baru kau terfikir balik yang dalam adik beradik kau, first sekali adalah kakak kau. Adakah itu menunjukkan yang abah kau tembak tak kena?Nak lagi teruk,kau ada 3 orang kakak dan kau anak last.3 kali abah kau tembak tak kena.Mesti abah kau banyak kali kena gelak dengan member dia.

Apa punya pemikiran la macam ni.Siapa yang start?

50 ulasan:

Han Ibn Suib berkata...

demn, buat aku gelak2 pagi2 nih.. hahaha..

afrohead berkata...

benda ni rezeki sebenarnya. mungkin orang sekliling lupa yang anak itu amanah, bukan kerana tembak kena atau tidak untuk dapatkan jantina khusus, tapi jantina apakah yang akan Allah amanahkan kepada kita. as simple as that.

fatt berkata...

aku sokong! klu takde pompuan mn ada laki..so sama2 saling memerlukan.

aimi nadiah berkata...

haha..s enget sgh pemikiran itu..

PapaseedSuarez berkata...

beruk tul.. trsembur milo aku bace posting ko ni..

biase la.. laki of coz nk anak laki n pompuan of coz nk anak pompuan..

mmg ade petua org2 tua kalu nak anak laki camne nak anak pompuan camne & 50% of the time petua tu ble la dikatekan mnjadi..

tp ni semua rezeki ilahi.. yg pntg kite jage & didik anak tu dgn btul..

khairul hisyam berkata...

haha. ingat kalo ada anak tu tembak dah kene dah. abis kalo takde anak tu macamana pula. haha

Tanpa Nama berkata...

ade term dlm bio yg sebut sape2 yg dpt ank lelaki, inzalnya dipanggil 'sharpshooter' (penembak tepat). This info i got from a friend who studied BioScience. Google laa kalo tak pasti

Mantot berkata...

hahahahah!

Kazaztan Team berkata...

eh....ada juga pemikiran begini...belajo sains blk la...cis..

robert d. jr. berkata...

tahniah tot, dapata anak laki. pelir ko besar.

Hikari berkata...

salam,

sape2 yg buat comparison macamtu memang BANGANG

dah itu aje komen aku

sekian

Farah berkata...

Setuju dengan Hikari. Kesimpulannya, orang Melayu dulu (yg cipta teori & percaya teori) memang BAH***. Nuff said. XD

mendewa berkata...

hahahahaaaa...suami pakar tembak atau isteri pndai mengelak? lihatlah pd anak mereka....

suhana berkata...

hahahaha.. lawak gile post ni.. pagi2 dah buat orang tergelak2..

btw, saya baru kawin tapi belum dapat anak..tp hubby teringin nak anak sulong dia anak lelaki..agaknya takut kene kutuk ngn kawan2 kot sbb tembak tak tepat..hehehehe

fatan fauzan berkata...

lagi style,bila ada anak seseorang itu,perangai lahabau lahanat,
dan orang mula label mak bapak dia buat dia tak baca bismillah.
malaysian people.sakai tak habis.

Ann berkata...

mmg kolot ar pemikiran cmtu...

Sylarius berkata...

Ah, laki ke perempuan ke. Apa yang bezanya? Zuriat jugak.

Along berkata...

Hahahahaha...ni bagi laki aku baca, mesti dia tersentap. Sebab anak2 kitaorg tiga2 pompuan.

Lantak la..laki ke, pompuan ke...dah rezeki Allah bagi. Bukan sebab suami pandai menembak ke, isteri pandai mengelak ke...kuno betul la pikiran macam tu.

Ni kena bagitau in laws aku...sibuk soh aku preggers lagi sebab nak anak lelaki. Cet!! Lain kali kluar topik ni, aku nak jwb "dah laki saya x pandai menembak!" Bleh?

Kasmawati Jaafar berkata...

okeh. macam mana pulak dengan orang yang dapat anak kembar perempuan sebagai anak sulung? fuh, gila tak tepat husband aku tembak! :p

susudalambotol berkata...

1st time aku dengar benda macamni. Karut.

amirah berkata...

hua hua lawak sungguh la.teringin jugak nk jumpa sape yg start dulu.nk bg pang sedas.huhuhu..tp dr segi sc nya maybe betoi kut bak kata anonymous di atas. lgpun gen Y cuma dtg dr lelaki je..kecuali la Y tu dah terkonpius nak jd X jugak. silap2 buleh jd XYX..huhu.apa2 pun semuanya ketentuan Allah..

Nerzhul berkata...

semua tu rezeki.

cewek.medusa berkata...

ok la tu dapat gak anak... daripada takde langsung kan

patut risau: anak lelaki sulong perangai cam biawak... anak pompuan sulong perangai cam jalang.. nauzubillah

Wahida Nasution Thakhrim berkata...

bagi saya (yang masih bujang) saya tak kisah la dapat lelaki ke perempuan ke yang penting anak tu sihat dan selamat..

Tanpa Nama berkata...

Ada cara. petua tak ingat sapa ntah bagi. boleh baca tapi jangan caye. nak anak laki mana kau naik, kat situ kat turun. contoh kalau naik, belah kanan, turun belah kanan, dapatlah batang. tapi kalo lubang yang naik batang, tak tahulah aku.

AiTotYati berkata...

pemikiran yang bongok.

habis kalau tembak tembak takde hasil... apekah term nye?

ain hamiza berkata...

aku (pompuan) anak sulong... kire ayah aku bkn penembak tepat la yer?? ke salah tembak semasa membuat 'aku'?? haishh~~~


orang macam ini punya pemikiran pon ada kaa...??

Tanpa Nama berkata...

sangat jahiliyah pemikiran tersebut

Nazirul berkata...

tembak dengan machine gun.konpem dapat anak kembar lapan.

Tanpa Nama berkata...

nak dpt anak laki ade cara.. nak dpt anak pompuan ade cara.. mayb ilmu ni lah yg ramai org x taw.. ade hari dimana kemungkinan besar akan dapat anak laki.. dan ade hari yg berkemungkinan besar dpt anak perempuan, smua tu bergantung pada kitaran haid wanita.. semua benda kite bleh usha... yg tentukan ttp allah..

eszol raar berkata...

kah kah kah

anak aku sume jantan

meaning bini aku x power la?

aku seng berkata...

1st time dlm idop aku dgr teori lahanat ni, sapa lah yg mengong sgt create teori ni, nk je aku tgk muka mak bapak dia

cik aletheea : berkata...

cheh..ade ke patot...

Ayyman Rahim berkata...

Terlalu sokong!

Siberkop berkata...

Kalau dlm cerita CSI, dia buat ujian balistik.

aku kau diorang berkata...

yang kluar laki,tapi sampai satu tahap nak jadi pompuan plak(baca pondan).mcm mane plak tu?adakah semasa aksi tembak menembak tu berlaku ada termasuk peluru beruk(baca sperm monyet)?

HAHA!

khair... berkata...

sapa kata bnda ni karut..bnda ni betul apa..klu nk anak laki kena pancut dalam2..klu nk anak pmpuan jgn tekan dalam2..n kena tngk hari jgk..pi la baca buku permata yg hilang tu.sume dia ajar..pelbagai.. klu nk sesuatu kena la usaha..last2 Allah la tntukan ko dpt anak laki ke pmpuan. yg penting ilmu n usaha..

Tanpa Nama berkata...

gen laki cepat mati..kalo x pancut dalam,gen laki nih mati mase otw dier nak gi kat telor tuh..gen pomppuan steady jer..tp kalo pancut dalam2,gen laki sempat lg nak survive..once dier dah sampai kat telor tuh,dier brenang la cepat2..huhu..

kuat pancot berkata...

ehhhhhhhhhhhhhhhh ni trend kampung mana ni? setau aku di kalangan member2 aku asal bini beranak je dah dianggap 'sharp shooter' hehehe. tak tau pulak ikut jantina. ko salah paham niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hahahahaha

Mantot berkata...

akhirnya ada jugak penjelasan secara saintifik yg lebih mendalam

ermayana a.k.a mrs mahzan berkata...

berhasil mendapat kan anak tak kira lelaki atau perempuan tu dah syukur sangat...cuba selami hati psgn yg langsung tk dikurniakan anak..adakah mereka bukan penembak tepat @ whatever...term tu kena sesuaikan...utk biology yes...utk gurauan agak kasar...

hantu kak limah berkata...

tak kisah anak perempuan atau lelaki.

tak kisah kalau bukan sharpshooter.

janji batang boleh tegang, boleh romen secara halal dan pancut dalam.

sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

haih, kecik nye hati ak sbg perempuan... mcm nk kate ak ni kejadian yg gagal..

isk3...

Tam berkata...

mungkin pengasas 'idologi' ni
adalah mangsa kekejaman tentera jepun dulu2 iaitu bekas askar melayu yg asyik x kena ja tembakan dia...urmm?
pelik btoi !

Faizah Roslaini berkata...

Ini mesi teori meleis atau Azmanisme yang baru. Org sebegini selalunya suka percaya kepada bomoh, susuk dan selalunya tidak suka membaca dan gemar melayan Akademi Fantasia dan program2 lain yang membodohkan pemikiran.

Sebenarnya memang ada petua dan tips2 untuk mendapatkan jantina tertentu. Tips2 tersebut disokong oleh fakta2 saintifik.

Posisi tertentu, timing sewaktu sedang dan selepas ovulasi, pemakanan berasid/berakali sebenarnya adalah antara faktor2 yang boleh membantu pasangan mendapatkan jantina yang dikehendaki.

Sekian. Jangan biar diri anda dipengaruhi MELEIS!

liza berkata...

eh kesiannya..serios, sangat kesian. Zaman skrg ni pun masih ada yg berfikiran kolot macam ni ye. Harap2 bakal suami atau suami saudari2 di luar sama bukan dari golongan ini.

kucai berkata...

cam siot ja dakyah nie..sapa la yg ajaq hah...ayah pin ka..huahuahuahua

fafa berkata...

HAHAHAHAAHH
mengarut ini semua!! mana bukti!

Tanpa Nama berkata...

kid-masalahnya org yg prcaya,bukan yg menyebar cite.dah confirm x btol.

Tanpa Nama berkata...

Takde asas lah budaya ni.. Tak berfaedah langsung & sama sekali tak akan membawa sesebuah masyarakat itu maju ke hadapan..

Next time apabila kita berdepan dengan situasi sebegini, bacakanlah ayat Qur'an kpd mereka2 ini dgn niat supaya mereka sedar berada dlm budaya sebegini tidak lain dan tidak bukan hanyalah berada dalam tipu helah iblis yg secara licik menyesatkan manusia