Februari 09, 2011

At Last,Seorang Ahli Parlimen Yang Cakap Benda Masuk Akal,Sayang Dia Bukan Menteri

Pakatan Rakyat akan mencadangkan "penyelesaian radikal" bagi mengurangkan bebanan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia mengikut Dasar Automotif Negara (NAP).Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata cadangan itu akan dibentangkan pada Persidangan Ekonomi Pakatan yang dijadualkan pada bulan depan.

Katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan tiga jenis cukai yang sekarang membebankan pembeli dan melipat gandakan harga kereta. Ini termasuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.Katanya, walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," katanya pada sidang media mingguan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.

Beliau turun mendesak kerajaan Umno-BN memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan bagaimana rakyat dibebani dengan hutang sepanjang masa.

Azmin berkata hutang isi rumah yang tinggi sehingga mececah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.Menurutnya, polisi yang diamalkan tidak lagi relevan memandangkan setiap keluarga terpaksa menanggung hutang negara yang kini melebihi 50 peratus kepada KDNK selain hutang peribadi.

"Kita yakin kalau mahu menjana ekonomi, rakyat perlu ada kapasiti untuk belanja kerana hutang isi rumah yang tinggi," jelas beliau.

Ahli parlimen Gombak itu juga menjelaskan prospek malap ekonomi negara dan ketidakupayaan rakyat menikmati taraf hidup baik berpunca daripada tindakan melindungi kepentingan kroni.Katanya, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Ini jelasnya membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun dengan kadar hutang yang tinggi."Sikap Umno-BN dalam menangani maslaah harga kereta dan rumah yang mahal dihadapi rakyat adalah bukti mereka tidak mempedulikan kesengasaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan langsung tidak diendahkan," katanya lagi.

25 ulasan:

Ann berkata...

mmber ak beli kete honda stream (2ndhand) kt jepun, lbh krg rm15ribu...balik malaysia, byr cukai kete sbyk rm16/18 ribu lbh krg...cukai kete lbh mahal dri hrga kete.

ak sllu dgr studnt kita kt jepun mmpu beli scr cash kt sane, tp kt malaysia ni...org yg dh bkerja lom tentu mampu beli kete scr cash.

hidup dibebani htg selama 9thun, tak sggup rasenya

aween berkata...

tolak bn.bebas kurangkan beban hutang

frust berkata...

nk tgu jadi mcm mesir kot baru terhegeh2 ubah..

Master Yoda berkata...

kali ni entry hang kurang UUMMMPPPHHH la bro...maybe takde ayat2 sarkastik hang yg membuat aku gelak depan laptop...kah kah kah..

apepon, gud info gak le dlm entry hang yg terbaru ni

Mantot berkata...

hehehe..
cukup la kot post artikel tu camtu aje dulu,komen2 sarkastik petang sket aku letak...

Aslina berkata...

btol. aku sokong. yang paling takleh blah skali bila declare harta, mcm abang aku... dia waris kat umah yang koperasi ganti untuk arwah ayah aku sebab dorang da amik umah lama kitorang. dalam hal ni umah tersebut adalah umah teres dan tak layak masuk dalam kategori umah pusaka.

so, sebab abang aku bukan sekadar keje swasta (kilang) dia part-time navy volunteer, so, dia kene declare harta.

the point is... semua yang berkenaan sibuk kejar dia nak siasat camne beliau boleh mempunyai umah teres tersebut secara cash. dorang consider umah tu beliau beli secara cash sebab takde rekod pinjaman bank pasal belian umah, dan sbb prosedur penamaan umah kepada nama beliau mengakibatkan peguam kene datang estimate harga umah itu yang da 7 tahun, +/-300k.

persoalan aku kat sini... WAJIB ke tiap2 rakyat dalam malaysia ni at least ada 3 jenis hutang?? hutang kereta, hutang rumah, dan hutang belajar (ptptn).

tiap2 tahun value mende2 tu makin lama makin naik. interest pun naik. tapi bila tiba2 ada rakyat yang senang2 terlepas dari hutang2 terbabit (mcm abang aku hutang keta 9 tahun dia dah setel, umah free, ptptn takde) dorang sibuk cari dan siasat.

sumpah hidup tak tenang kot dier... asik kene cari. pastu dia gaji bawah 2000 je sebulan. makin banyak la pressure dan soal-siasat yg dia dapat sebab gov. ni mcm takleh accept yang dier baru umo 36 tahun, tapi free dari semua beban hutang.

Marhaen Kacak berkata...

tolak dan boikot kapitalis..insyaAllah hidup tenang

Artikel Panas : Generasi Melayu Baru Yang Buta Sejarah, Di Mana Silap Kita?

SMART berkata...

ohhhhh tidakkk aku akan jadi mangsa nie..

kereta blom beli

rumah pun blom

ptptn 2thn lg...ps1,ps2,psp dh beli ps3 jer incoming.. cmni laa rakyat malaysiaa...

lalaland berkata...

finally...someone with brain

kam berkata...

artikel yg baik. tajuk pn baik. kalau tak depa cakap pasal jubo saiful ngan jubo altantuya je!

eszol raar berkata...

taraf hidup mmg meningkat

tapi ramai x sedar yg hutang pon meningkat

TanpaGraviti berkata...

Dulu, loan beli kereta hanya 3 tahun skarang 9 tahun.

Dulu, loan beli umah hanya 15 tahun skarang 30 tahun.

Salah siapa?

PS: Pikir2kanlah 'dulu' tuh bila.

sontorian berkata...

Kalau sesapa balik luar negara especially europe cepat2 la daftar untuk dapat 2 AP . Boleh dapat keta murah .

Civic 2.0 beli dalam msia dengan AP dapat RM80k ja . Tu baru tolak cukai import tu ...

Nak turunkan harga apa2 saja .. sebelum cakap banyak jom turunkan BN dulu .. pastu nanti mana2 bekas YB BN nak beli keta kasi cukai 200% biaq depa merasa susah pula sesudah sesedap mengebas ...

Tanpa Nama berkata...

hutang?
bila sebut pasal hutang, meremang bulu roma.
hutang ptptn masa diploma, rm15000, belum masuk interest.
tambah pulak hutang ptptn untuk degree ni, rm21k, belum masuk interest.
total hutang lepas habis belajar, dah nak dekat rm40k.
gila ahhh.

d_uzid berkata...

mari menukar kerajaan persekutuan in the next election. Kalo PKR xbest kita tukar laa BN balik in the next 5 years. amacam? try test tgk. apa nak takut, Malaysia kan mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Apa-apa jadi nnt, we still have our kings on top of our parlimen. JOM KAWAN-KAWAN !!! :)

fakeplacticlife berkata...

walaupun aku ni fresh grad dan baru mula keje dan juga masih belum berumahtangga tapi aku dah pening berkire hutang-hutang yg perlu aku bayar..jumlah gaji yg tinggal bila dah tolak hutang blaja,kete,rumah sewa, minyak kete yang makin lama harga naikkkkkk je last2 cuma cukup2 makan je..tak dapat lah nak menyimpan apatah lagi nak beli rumah sendiri..itu pon gaji atas dari 2k..

mcamana la hidup orang-orang yang gaji bawah dari 2k dan dah kawen serta punya anak lebih dari dua dan semuanya bersekolah pastu ade baby lagi..agak-agak dorang makan ape ek?

aku dah bosan dgn politik sekarang..keje nak cekik darah rakyat je..service charge klo pegi makan pon dah naik to 10%, gilo ape!! dari sekecik2 hal sampai sebesar2 hal semuanye nak ade gov tax..mane pegi keistimewaan kt?

jom try tukar orang yang memerintah kot-kot bleh tidur lena tanpa pk utang pastu..

Tanpa Nama berkata...

aku dh nmpk masalah ni lame dh. sejak zaman Dr M lg. skrg br ramai yg sedar.

aku sokong pndapat d_uzid. in fact aku dh try buat dh pon utk GE 2004 & 2008. aku akan buat lg utk GE yg akan dtg smp regim skrg brubah. kalu x puas ati dgn regim yg br tu kite ubah blk ke regim yg lame.

be daring to try something new. don't be afraid to show the current regime that we the rakyat are the true boss!

Raden berkata...

mana ada... ekonomi m'sia mana ads malap tot... ekonomi m'sia berkembang baeeekkkk nyer... x caya??... ko tengok k'jaan kita berbelanja... beli kapal sebijik 1 billion (beli skali 6 bijik mantot oiiii)... buat jejantas 142 meter 10 juta... haaa... kan bnyk tu duit k'jaan (baca duit rakyat)... tukar k'jaan??... bukan aku pesimis... tapi PM dh ikrar akan mempertahankan Putrajaya walauapapon terjadi (ucapan dasar presiden UMNO)... yang x sokong UMNO... mmg bnyk... tapi yg masih sokong UMNO... laaagiiii bnyk...

Tanpa Nama berkata...

jgn kate nak merasa honda atau toyota

beli viva yg paling basic spec pon utang 9 taun

ape nasib la duduk bwh cengkaman BN APCO nih...

Raden berkata...

aku paling tidak pon... dpt la rasa honda... dh abis bayar pon... honda ex5... 2 wheel drive... no door..

Siberkop berkata...

Kesian, ramai antara kita ni nak 'tunjuk perasaan' sikit pun hanya dlm blog.

Nak ke jalanan mcm di Mesir mungkin tak berapa 'berani' lagi (mcm aku).

Taklah aku galakkan sgt kita sampai tahap mcm Mesir, cuma bila pikir2, mmg kita makin lama makin terdesak.

Dlm hati teringin nak hidup sederhana, tapi itupun makin lama makin tak mampu untuk dilakukan.

Nak beli rumah semua tahap harga mcm kena jadi tokey minyak baru leh beli (rumah2 yg elok dan selesa ada laman sikit ker).

Rumah2 1 tingkat ada laman dah makin kurang dibina. Yg makin rancak rumah2 2 stgh tingkat atau 3 tingkat terus pastu harga starting 300k ke atas. Susah weih!

Sekali lagi, mmg nak hidup sederhana tapi serius makin lama makin tak mampu.

Raden berkata...

lagi 1... rumah murah ada... bukan x de... tapi suma berkongsi lantai/siling... rumah flat (tapi skrg nama dia apartment kos rendah... pala otak dia).. flat tu flat la... tu pon jauh dari pusat bandar... yg dekat skit ngan bandar... suma umah mahal2...

Tanpa Nama berkata...

DUIT KITA said
saya dah lama fikir benda ni kita ni hidup ditipu klau cukai itu dicampur dengan riba yg kita byar dgen bank dah jadi berapa bro. ni sirosmah mintak duit buat permata, tu kemas kerajaan punya di perkemaskan lagi faedah buatlah mcam mana permata tu dibuat,Tu sinazrin duduk perlimen duk cita buruk anuar suruh najib lantik dia jadi menteri hal ehwal anuar hal rakyat langsung tak ada dibaca,anuar mcam tu jugak - bodoh punya wakil rakyat samalah dgn silawyer tu

Tanpa Nama berkata...

bila muncul artikel cmni xde plak shahmetal nk komen..

Tanpa Nama berkata...

Nak maintain hidup sederhana skarang ni pun kena struggle. Keadaan makin terdesak & tertekan...yg kaya makin mewah, yg miskin maintain, yg middle class makin struggle. Apa nih?