Februari 27, 2011

Satu Lagi Berita Buruk Yang Menyelinap Masuk Tanpa Sedar Jika Anda Hanya Tengok RTM

Under the new motor insurance framework, the Malaysian government plans to gradually increase insurance premiums from 2012 onwards, says a source.Vehicle owners may have to pay more for their motor insurance premiums from next year as the government plans to remove motor insurance tariffs in 2016.Bank Negara Malaysia (BNM), tasked to prepare the new motor insurance framework, informed this at a recent meeting with various stakeholders involved in the new scheme recently.

"Under the new motor insurance framework, the government plans to gradually increase insurance premiums from 2012 onwards," a source who attended the meeting told Business Times.He said the government has agreed to do away with tariffs for the motor insurance business in 2016, in line with the liberalisation objectives of the Financial Sector Masterplan.

"Gradual annual premiums adjustment for bodily injury portion will start next year, in tandem with the enforcement of The Competition Act 2010. Hence, fixed motor premiums are considered anti-competitive agreements and will be lifted," he said.

For motorists already grappling with rising fuel prices over the years, the premium hike would not be welcome news.Depending on the class and overall claims history, motorcyclists and car owners may see premiums rise by about 250 per cent and 450 per cent respectively, the source said.It is understood that a joint working committee will be formed, consisting the police, hospitals, the Bar Council, legal aid bureau and the judiciary, to work on the broader framework.

BNM was to submit the final proposal for a new  basic third-party motor cover scheme framework to the government in December after receiving feedback from all parties, including the public.It is learnt that the current level of coverage for bodily injury will be maintained with no caps on compensation.Business Times reported in April last year that the government was looking at limiting liability of motor insurers to third-party claimants to RM2 million, with insurers and the government acting as co-owners of a new company (newco) that would underwrite third-party injury risks.

The idea was blasted by the Bar Council who claimed that the legal fraternity was being sidelined by the regulator.The current motor insurance rating structure dates way back to the 1950s and has remained unchanged since it was last reviewed in 1978.But insurance companies have long lamented the unprofitable nature of underwriting third-party motor insurance covers, pointing out that the low premiums do not commensurate with surging vehicle theft and escalating claims costs, including those of repairs and court awards. - By Rupinder Singh of Business Times

................

Bank negara naik lagi insurans premium kenderaan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia akan menaikkan premium insurans kenderaan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun depan pada kadar minimum yang tidak membebankan pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah.

Penolong Gabenornya, Abu Hassan Alshari, berkata ia antara langkah yang akan dilaksanakan menerusi cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran dengan matlamat memudahkan pengguna kenderaan mendapatkan perlindungan serta meningkatkan kecekapan proses tuntutan insurans.

“Kadar kenaikan premium itu masih belum dimuktamadkan, bagaimanapun ia tidak akan membebankan pengguna selepas mengambil kira maklum balas dan input pelbagai pemegang kepentingan,” katanya pada taklimat media mengenai perkembangan terkini cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kewangan Sektor Kewangannya, Abdul Rasheed Ghafur. Abu Hassan berkata, sebagai contoh, bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.
Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.

Abu Hassan berkata, pihaknya sudah pun mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pemegang kepentingan serta pandangan majlis ekonomi mengenai perkara berkenaan.

..............................

KENAPA BILA KAU NAK BUAT ROAD TAX KAU MESTI BUAT INSURANS?SALAH KE KALAU KAU NAK BAYAR ROAD TAX TAPI TAK NAK AMBIK INSURANS KALAU KERETA KAU DAH HABIS BAYAR?

Februari 24, 2011

Sedarkah Anda,Gerakan Menghalau Rakyat Kerana Pembangunan MRT Sedang Giat Dilakukan?

Bayangkan,anda sudahpun memiliki sebuah rumah idaman.

Bertahun anda bekerja suami isteri dan mengumpul duit untuk membeli rumah membesarkan keluarga yang makin besar.Selepas bertahun berlalu,anak anda semua sudahpun selamat bekerja dan anda,sedang memasuki zaman emas anda,berharap agar dapat duduk di rumah,berehat dan jika ada rezeki,bermain dengan cucu.

Kemudian,pada satu pagi,anda bangun dan ingin menyiram pokok di halaman rumah anda,anda nampak ada notis di tampal di pokok depan rumah anda.

"Sila kosongkan rumah anda pada tarikh-tarikh berikut,kami nak buat MRT kat atas rumah anda."

Anda Melayu....mana ketuanan Melayu?
Tiap2 kali pilihanraya,anda pangkah BN.
Macam mana orang Melayu nak duduk bandar?

Apa yang anda akan buat?
............

Aku sendiri tak sedar mengenai masalah ni pada mulanya tapi bila isteri aku balik dan bercerita mengenai debate dalam Business FM (BFM) mengenai masalah penduduk Taman Tun Dr.Ismail yang sedang dihalau keluar dari rumah mereka.Kebetulan pulak,kawan isteri aku mengadu dekat dia,rumah dia diarahkan dikosongkan sebab nak pacak tiang MRT.Semua tau sebab ada notis tampal dekat pokok depan rumah.

Kawan isteri aku ni mengadu sebab selama ni dia duduk dalam satu kawasan rizab Melayu yang jiran dia adalah mak dia sendiri.Sekarang ni semua tu akan hilang..sebab projek MRT tu.

Jika anda ada saudara yang tinggal berdekatan dengan Kampung Sungai Sekamat Kajang atau Kampung Sg.Balak Kajang,cuba tanya2 sama ada rumah mereka akan dirobohkan atau tidak.

..........

Dan,aku nak kaitkan hal di atas dengan satu laporan yang aku tengok dalam RTM mengenai keluhan penduduk mengenai taraf kesesakan di Putrajaya tempohari,aku tak ingat bila punya berita.Dalam laporan tu ada lah seorang dua penduduk yang berharap akan ada projek MRT di situ untuk mengurangkan kos.

Jadi aku tanya balik,Putrajaya kononnya adalah sebuah bandar terancang dengan pelan pembangunan yang memikirkan masa depan.Tapi bila ada masalah kesesakan,langkah2 yang diambil selalunya sangat drastik tanpa berfikir panjang.Adakah diorang tak pernah fikir yang Putrajaya akan jam?Kenapa tidak diwujudkan fasiliti untuk membina MRT bawah tanah ke,atas tanah ke,terlebih dahulu sebelum Putrajaya jadi sebegitu rupa sekarang?Jam lagi nanti,bising satu hal..tak selesa lagi satu hal.Takkan ada kontraktor berani longgok batu depan Seri Perdana.Rakyat takde title tak selesa...takpe!

Dan berbalik kepada topik asal,projek MRT dah start tapi nampaknya projek ini juga sebuah lagi projek serkap jarang Kerajaan Barisan Nasional kerana planningnya agak bodoh.Kenapa bodoh?

Selagi projek2 di Malaysia masih lagi memerlukan pengorbanan orang Melayu untuk keluar dan meninggalkan rumah dia,projek2 mega ini hanyalah sebuah projek jangka panjang yang dibuat oleh pemikir yang berfikiran pendek.Menghalau orang keluar dari tanah yang mereka dah duduki berpuluh tahun hanyalah menunjukkan kependekan akal kerajaan BN yang dah memerintah 50 tahun lebih.Jika pembangunan Malaysia dirancang dari zaman 60 an dulu,masalah pengambilan tanah dari penduduk pasti dapat dibasmi.

Jika ini adalah cara Kerajaan Malaysia menyelesaikan masalah dengan mengambil langkah "situ takde ruang,kita cucuk kat sini aje lah" tak mustahil bila kesesakan di Putrajaya bertambah teruk,akan adalah penduduk Putrajaya yang bakal dihalau rumah.Tak mustahil selagi pelan pembangunan Malaysia ni rancangannya main tembak asal mana kena!

Sebarkan berita mengenai arahan mengosongkan rumah yang sedang dialami oleh ramai penduduk Lembah Klang ni sebab kita takkan nampak berita ni dekat media massa.

Ps. - Ada sesuatu yang tak kena mengenai projek MRT ni.Pelan tak siap lagi tapi ada kawasan yang tanah nya dah ditolak.Kata pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia,notis tu sebenarnya nak bagi peluang kepada penduduk untuk berbincang dengan developer dan kerajaan.

Tapi kenapa,ada sesetengah kawasan,projek dah pun dimulakan?

Kisah penduduk Taman Tun diarah keluar 

Februari 23, 2011

Bagaimana Sebenarnya "Taktik Menghalau Melayu Daripada Bandar" Yang Dicanangkan UMNO?

Semalam (ke 2 hari lepas),ada keluar berita pasal projek2 perumahan kat Selangor nak dilupuskan kuota bumiputeranya,tah betul ke auta TV3 aku tak sure sebab kerajaan Selangor kata lain,TV3 kata lain...tapi sebab TV3 adalah mass media,TV3 punya kuasa untuk menyebarkan apa yang diorang percaya betul.

First sekali,dalam tahun 1950-an,bandar adalah kawasan yang diduduki oleh orang Cina kerana dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh British.Sampai sekarang kita boleh nampak kesan dia,Cina duk bandar,Melayu ramai duduk kampung dan orang India ramai terpencil kat estet.Tak percaya?Gi estet tengok keadaan orang India kat sana,macam takde perubahan sebelum merdeka dan selepas merdeka.

Dalam laporan TV3 tu menyebut,aku ingat lebih kurang "ini adalah salah satu bentuk gerakan terancang untuk mengusir golongan bumiputera daripada menetap di bandar." Persoalan aku kepada TV3,kalau dah alang2 nak buat statement kurang akal macam tu,kenapa tak cakap aje "ini adalah satu bentuk gerakan terancang kaum Cina dalam DAP untuk mengusir golongan bumiputera daripada menetap di bandar."Takkanlah gerakan terancang tu dipelopori oleh orang bumiputera pulak?

Bagitaulah jelas2 barulah makcik pakcik kat ceruk2 Selangor yang takde internet percaya bulat2,barulah BN boleh senang takeover balik.Jika difikirkan balik; apa maksud TV3 bila diorang kata ada rancangan nak mengusir orang Melayu dari kawasan bandar?

Aku tak pernah faham maksud dia.Kau borak dengan penyokong hardcore UMNO dia akan kata benda yang sama....UMNO selalu membangkitkan sentimen tu; ada gerakan tertentu yang ingin orang Melayu keluar dari bandar dan hanya UMNO saja yang mampu mempertahankan Melayu agar dapat terus duduk di bandar.

Tapi sayangnya,UMNO tak pernah berfikir ;

a. Kenapa orang Melayu ramai tak mampu beli rumah di bandar?
b. Siapa kawal harga tanah dan rumah sehingga orang Melayu tak mampu beli rumah di bandar?
c. Rumah di Putrajaya...adakah itu projek mampu milik untuk orang Melayu?
d. Majoriti Melayu di bandar duduk di flat bandaraya,kenapa?
e. Yang paling penting,jika orang Melayu tu ada duit,adakah ada apa2 yang menghalang dia daripada membeli rumah di bandar?

Untuk point yang last sekali tu...jawapan dia TAKDE SIAPA HALANG.

Tapi majoriti orang kita tak mampu.Sebab apa tak mampu?Sebab harga rumah dan tanah mahal!Sebab apa harga dia mahal? Entah.Kalau nak kata mahal sebab orang Cina develop kan tempat tu apsal Putrajaya dan sekitarnya mahal dan tak berapa affordable?Majoirit orang yang duduk Putrajaya duduk flat jugak...sama aje kan?

Dah lebih 50 tahun diorang memerintah.
Asyik-asyik sentimen sama,asyik2 cara pemikiran bodoh nak menakutkan orang Melayu kononnya hanya UMNO penyelamat bangsa Melayu.

Ada banyak lagi masalah kat luar sana;projek rumah murah yang majoriti nya orang Melayu beli banyak terbengkalai.Kalau dah siap pun ada yang retak-retak.Daripada diorang memikirkan masalah "gerakan halau bumiputera daripada bandar" lagi baik diorang fikirkan kenapa orang Melayu lebih ramai hanya mampu menyewa flat daripada membeli flat sendiri.

Nak sewa pun kadang2 terberak nak bayar walaupun sewa RM150.
Itu masalah untuk orang UMNO cuba selesaikan.Toksah duk bakar api perkauman ni...

Februari 22, 2011

Gunakanlah Gay Tanpa Was-Was

Ada satu hari dalam minggu lepas sambil aku duduk tengok TV dengan isteri aku,aku tanya dia,"buruk benar montage Star World (ch 711) yang baru ni." Isteri aku menyahut,"Ak aah..macam target audience dia golongan gay.."

"Ye,apa punya design pink lepas tu ada kelip-kelip glittering camni.Nak kata target dia perempuan,ni bukan design yang fokus untuk pempuan.Kalau channel DIVA tu memang nampak market dia untuk perempuan.Content Star World pun banyak masuk unsur-unsur gay." Anda tak sedar ke benda tu?Makin lama makin banyak unsur2 gay dimasukkan senyap-senyap dalam TV supaya anda dapat accept "gay is okay?"

Ambil contoh cerita Glee.Aku bukan minat pun cuma mcm biasa aku suka tengok sebab ada awek pakai baju cheerleader 24 jam,cute awek tu.Sapa2 gi tengok "I Am Number Four" ada la awek Glee tu dalam tu.

Dalam Glee,ada satu watak lelaki lembut yang baru saja diberikan pasangan nya apabila mula season baru ni.Perhatikan selling point Glee pada waktu Valentine's Day...Glee is celebrating these couple...yang main character tu...yang cheerleader tu dgn boifren baru...yang gay dua orang...dan yang Asian tu.."

Walaupun aku against Valentine tapi bila gay menyambut Valentine dan dipromo besar-besar di TV,senyap2 bukan minda akan slowly adapt yang gay is part of our normal life?Apa yang normal pasal gay?Penis masuk dekat vagina dan tidak ada apa2 yang patut masuk ke lubang anus selain benda keluar daripada dia.

Dan semalam,aku tengok Astro Ria.Cerita "1,2,3 Tukar.." macam mana Sarimah nak bagi makeover dekat seorang pastry chef.Aku tak kata Pastry Chef Melayu itu gay atau lembut (nampak mcm lembut) tetapi aku nak mempersoalkan kenapa dalam rancangan tu...mamat tu dimakeover supaya lagi terserlah ke-gay-an nya.

"Apa yang saya patut pakai ni bang?" tanya Chef tu.Lalu pengacara lelaki itupun membawa dia ke butik lalu dibelikan sehelai kemeja yang agak body fit.Lalu ditanyakan kepada chef itu,"Suka tak baju ni?" Jawab dia,"SUKAAA!"

"Cantik la baju ni,tapi yang paling cantik sekali adalah ni.." sambil tangan dia point dekat lipatan baju kat lengan dia."Ada BUNGAA!Suka!"Kemudian dia pun dibawak balik ke bakery dia.Sarimah dengan pengacara lelaki tu pun suruh dia menyanyi,dia pun nyanyi la lagu artis kegemaran dia.."Bintang-bintang berkelipan,hanya satu menusuk pandang..."WTF nyanyi lagu "Amy Mastura" dengan gaya "Amy Mastura." Sesuatu yang lelaki maskulin macam aku dan Remy Ishak takkan buat.

Aku suka jugak gubah bunga.
Aku suka memasak.
Aku suka kemas rumah.
Tak semestinya aku kena jadi gay.

Cuba lihat betul-betul,ada peningkatan dalam wujudnya golongan gay dalam media sekarang ni.Kalau golongan pondan...pada aku,walaupun menyampah tengok tapi kita tau diorang jujur...tapi GAY yang aku maksudkan ni adalah lelaki yang nampak normal tapi sebenarnya main belakang.

Semenjak Ricky Martin mengaku dia gay,adakah akan wujud fenomena lebih ramai lelaki mengaku dia gay dan adakah selepas ni lebih banyak rancangan berunsurkan gay akan wujud di media massa. Astro Ria dah start.Bila sampai satu tahap ada Ustaz berceramah kat Astro Oasis tapi dia ada unsur gay,maka terpotonglah subscription Astro aku.

Jadi,berbalik kepada soalan asal;
Adakah anda dapat menerima seorang lelaki Melayu yang admit diri dia gay tanpa ada rasa was-was?Betul2 accept dia tanpa ada rasa prejudice langsung?Jika jawapan anda ya,ada sesuatu yang tidak normal pada diri anda.

Februari 21, 2011

Filem Kita Wajah Kita


Jika ada pepatah mengatakan "filem kita,wajah kita"
aku tak tau la nak kata apa wajah kita sebenarnya.
Muka badut,lawak spastik,mat rempit,kaki drift jalan raya,muka hantu,
polis skema atau mat bunga layu bertaburan?

Memang betul dan tepat sekali sebenarnya.
Filem kita memang wajah kita.
Hihihihihihi....(macam gelak hantu dalam Jangan Pandang Belakang)

Februari 19, 2011

Weekend Comic - 18SX - "Klimaks Ketika Diliwat Paksa"

Macam mana dia boleh klimaks?
Takde orang lelaki boleh klimaks kalau dia tak enjoy benda tu...
Bukan semua manusia macam tu ke?
Perempuan kena rogol,mampu ke dia mencapai tahap inzal?

Februari 18, 2011

Awkward Agama : The Punch Card Machine of The God

Tiap-tiap hari,jadual aku lebih kurang mcm ni;

a. bangun
b. hantar isteri (kalau aku rajin)
c. baca internet
d. baca pasal "teknologi"
e. tengok How I Met Your Mother/Friends/That 70s Show dalam 3 episod
f. main game

(Kalau ada job;)

g. buat kerja
h. tengok TV sambil buat kerja
i. tengok bola sambil buat kerja
j. berkasih-kasih dengan isteri sambil buat kerja (sambil naik angin sekali-sekala)
k. lebih kurang dah pukul 2 pagi....baru lah tidur.kalau hari deadline,tidur pukul 11 pagi.

Kalau tengok balik dalam satu hari,banyak betul masa aku perlu,selalunya rasa tak cukup.Macam-macam kena buat.Dulu masa kerja ofis hour,lagilah teruk terikat diri dengan time perlu bekerja.Ye lah,satu hari kena kerja 8 jam jadi 1/3 hari kau dah digunakan untuk bekerja sahaja.1/3 lagi untuk tidur dan 1/3 lagi untuk menguruskan apa benda yang nak kena buat.Itu belum kira waktu kau dalam perjalanan,stuck dalam kereta nak pergi kerja..jadi sebenarnya dalam sehari,kita spend lebih masa untuk pergi kerja,bekerja dan balik dari ofis.

Dalam satu hari ada 24 jam.Dalam satu jam ada 60 minit.Dalam sehari,ada 1440 minit.

Aku tengok balik jadual aku.Punyalah banyak benda yang aku boleh buat dalam 1440 minit.Tapi Tuhan mintak aku spend masa tak sampai 5 minit sekali sebanyak 5 kali dalam sehari.Baru 25 minit.Tak sampai pun 25 pun,sebab solat ni tak sama panjang.Kadang-kadang aku termenung lagi lama dari 25 minit.

Itupun aku berat nak buat.
Paling lama dia mintak dengan aku sejam untuk pegi semayang Jumaat itupun sekali seminggu.

Dan bila ingat-ingat balik,time aku kerja dulu,ada beberapa kali yang aku ada meeting dan aku terjaga lambat.Punyalah rushing aku bangun,mandi,gosok gigi dan pecut kereta ke Cyberjaya.Punyalah gelabah aku aku kalau aku terlambat masuk meeting u.Takut betul aku kalau kena disciplinary action dengan management.

Punyalah menggeletar time tu takut tak sampai on time.Bos mintak datang 8:30 sampai 6 petang dan selalunya management akan push staff supaya datang awal sket.Ramai yang patuh.Ramai yang gelabah bila punch card merah.Tapi Tuhan takde pun push kau supaya solat awal sket.Tuhan mintak aku spend masa 5 minit aje satu waktu dan aku boleh pulak buat apa yang dia mintak tu bila-bila masa yang aku boleh asal tak lepas waktu dia.Itupun aku berat jugak.Nak jemaah ke tidak?Terpulang kepada aku!Dia bagi kelonggaran!

Bila tanya balik diri sendiri,barulah aku sedar...aku sebenarnya lagi takut dengan majikan berbanding dengan Tuhan.Ramai orang macam aku sekarang ni,kan?
 

Februari 17, 2011

Aku Demam dan Jatuh Cinta

1. Aku demam.Tekak aku sakit,makan tak lalu tidur tak lena,tak selera nak kutuk Rosmah.

2. Aku terjerit semalam lepas Arsenal score gol ke 2 lawan Barcelona.Tekak makin perit.Dari 1996 sampai sekarang,moment2 macam semalam yang mampu aku menitiskan air mata jantan membuatkan aku rasa sangat berbaloi tengok bola.Second leg nanti2 punya cerita...



3. Aku jatuh cinta.Sapa-sapa yang ikut sitcom "How I Met Your Mother" episod latest mesti jatuh cinta dengan minah Iran American bernama Nazanin Boniadi.Gila ayu minah ni dengan suara slang2 British.


4. Hari ni genap 24 minggu atau 6 bulan.Insya Allah 3 bulan lagi aku kena hilangkan fobia aku angkat baby usia sebulan dua yang tulang belakang dia tak kuat lagi.

5. Aku tau sekarang ni update aku agak slow sket.Aku bz adjust hidup aku balik.

Februari 16, 2011

Rahsia Resipi Coca-Cola Terbongkar!

Resipi Coca-Cola kalau nak buat sendiri:


Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color

The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):
Alcohol: 8 oz
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops

Sila baca link ni untuk maklumat lanjut.
Sila baca link ni untuk baca reaksi Amerika.

Sapa2 nak Coke 2 tin,email aku.Aku baru dapat semalam masa order pizza.
Rupanya selama ni aku,kaki togak....

Februari 14, 2011

Mampukah Anda Menterjemahkan "Sudikah Awak Mengahwini Saya?" Dalam Bentuk Video?

"Aku nak jadi lebih hebat daripada Youtube," kata owner kepada Seminute.com,seorang jejaka yang ingin namanya dirahsiakan kerana takut dikelilingi gadis-gadis dan paparazzi.

"Kau mesti biasa tengok orang letak ucapan kat Youtube,memang la seronok,memang la nampak glemer tapi takde bila kita letak ucapan atau wishes kita dekat Youtube,wish kita tu dah jadi tak personal,jadi terlalu public," aku gelarkan jejaka itu Encik X sebab payah lah kalau setiap kali nak menulis aku kena tulis "owner kepada Seminute.com."

Sambung Encik X,"Masa aku dating dulu,banyak kali aku record video untuk bagi kat awek aku tapi sayangnya awek aku kata kalau aku upload kat Youtube dia nak carik orang lain!Aku nak tunjuk dekat dia betapa aku menyayangi dia sebab almaklumlah,cinta long distance,jadi agak susah kami nak bertemu muka."

"Awek aku ajak pakai Skype tapi aku tak tau kenapa aku ni camera shy sangat...nampak webcam pun aku terus jadi kaku,tiap-tiap kali berskype dengan awek aku,awek aku ingat line tu putus-putus sebab aku terlalu statik..." jelasnya lagi.

"Itulah inspirasi aku dalam melahirkan Seminute.com ni..." ikhlas nampak hasil tulisan Encik X.

Seminute.com masih lagi mula merangkak dalam dunia video streaming,sama ada dapat atau tidak jadi seperti Youtube,kita sama-sama doakan dia berjaya tetapi apa yang aku pasti,jika anda ada ucapan-ucapan ringkas yang pendek dan padat isinya,apa kata cuba diupload di Seminute.com kerana itu adalah tujuannya.

Jika anda ada keluarga/kekasih yang sedang berjauhan dengan anda,cubalah menggunakan perkhidmatan Seminute.com kerana ;

a. servis ini percuma
b. video-video yang sudah diupload boleh dipaparkan di Facebook dan lain-lain.
c. ini adalah produk Malaysia

Dan apa yang paling menarik?Ada contest!

Seminute.com sekali lagi bermurah hati untuk menganjurkan satu lagi acara untuk para ahli. Untuk acara bulan Februari ini, kami di Seminute.com akan menganjurkan pertandingan "Rakaman Video Pendek Sudikah Awak Mengahwini Saya?"

 Bagaimana ia akan dijalankan?

a. Daftar untuk menjadi ahli di Seminute.com

b. Rakam video "Sudikah Awak Mengahwini Saya?" anda.

 c. Muatnaik video anda di Seminute.com. Mula beritahu kepada dunia tentang video anda. Video yang mendapat undian yang tertinggi akan dipilih menjadi pemenang untuk acara ini.

d. Pemenang akan berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak RM 1000.00

..............

Apa tunggu lagi?

Mana-mana gadis yang ingin menghantar video "Sudikah Awak Mengahwini Saya?" yang ditujukan kepada aku,aku jelaskan secara ikhlas dan jujur,aku mintak maaf banyak-banyak,aku dah kahwin."Abang mintak maaf tapi abang sudah berpunya."

Kepada mana lelaki yang masih belum cukup duit hantaran tu dan belum lagi ajak kekasih anda kahwin,aku syorkan masuk pertandingan tu,kill two birds with one stone kalau nasib anda baik.Dapat setelkan proposal kahwin dan dapat duit untuk buat belanja kahwin.Kalau dah menang tu nanti,simpan duit tu elok-elok buat kahwin.

Kalau yang dah beristeri tu tapi nak gak ajak perempuan lain kahwin dengan anda,aku sangat alu-alukan dan kalau boleh sehari lepas upload video anda propose kepada "kekasih gelap" anda tu,upload la sekali video anda dibaling dengan pinggan oleh isteri anda di Seminute.com.

Link to Seminute.com
Syarat-Syarat Pertandingan

Februari 11, 2011

Macam Mana Tak Syok Sendiri Kalau Orang Buat Kau Lagi Besar Daripada Ultraman




Ini bukan hasil Photoshop.
Yang atas sekali,tahun ni punya.Yang baju oren tu,tahun lepas punya.

Aku ambik dari blog lain.Siap ada video.
Punyalah sayang diorang dekat Najib.

Aku harap jugak nak buat satu,tapi Rosmah punya.
Kos mahal sket kot sebab material kena tambah.

Ni lah masalah bila ada pihak politikkan agama.
tapi kalau dia agamakan politik?
Sokong la orang tu.

Februari 10, 2011

Diskriminasi Gender : Perempuan Adalah Target Pancutan Yang Tersasar

Semua lelaki kalau ada rezeki akan kahwin satu masa nanti.

Bila dah berkahwin tu,banyaklah benda yang akan berubah dalam corak hidup kitorang tapi satu benda yang takkan berubah adalah perangai lelaki yang suka melepak sambil minum-minum.Kalau lepak ramai2 semua lelaki golongan yang baya-baya aku ni,mesti ada seorang dalam grup tu yang baru kahwin setahun dua.Dalam member2 aku pun ramai aje dah kahwin.Tinggal sorang dua aje lagi yang tak kahwin lagi.Aku suspek diorang gay.

Bila dah melepak ramai2 dan ada member yang baru kahwin,mesti akan ada keluar soalan kepada yang baru kahwin tu..."Macam mana?Dah ada hasil ke belum?Dah ada anak ke belum?"

Kalau soalan macam tu dah keluar dan jawapan dia "Ya" mesti akan ada yang tanya,"Lelaki ke pempuan?" atau "kumbang atau bunga?" atau lebih direct lagi "batang ke lubang?"Bila jawapan dia lelaki,pasti akan ada yang menyahut "WAAHHH,KAU TEMBAK KENA!TAHNIAH!TAHNIAH!"

Aku nak sangat jumpa dan tau siapa yang start pemikiran camtu.Adakah kau cuba mengatakan kalau first anak aku jantina dia pempuan,aku "tembak" tak betul?Adakah wujud keperluan untuk aku mensasarkan secara tepat ke mana hala tuju posisi badan aku ketika aku inzal untuk mendapat anak lelaki?

Adakah siapa yang start pemikiran macam tu fikir,anak perempuan sebagai anak pertama adalah hasil bidikan yang tersasar?

Payah lah macam tu kalau semua lelaki berusaha untuk tembak tepat dan mendapat pengiktirafan kawan-kawan dia yang dia "tembak kena." Macam mana nak besarkan keturunan kalau kaum hawa dianggap hasil sasaran tersasar?Adakah mak anda,kakak anda,nenek anda,cikgu wanita anda,makcik jual nasik dan Zakiah Anas adalah sasaran yang silap kalau dia anak sulung?

Aku tak tau la kalau dalam geng-geng perempuan ada jugak istilah macam tu."Wahhh Syarifah!Kau dapat anak perempuan!Tahniah!Congrat!Congrats!Kau berjaya ya mendivertkan tembakan laki kau?You go girl!"

Hehehe,geli pulak bila aku terbayang sekumpulan perempuan berbicara camtu.

Mungkin perempuan tak sedar kot benda ni berlaku sebab dialog-dialog yang aku tulis tu hanya akan terjadi bila takde kaum perempuan kat situ tapi pemikiran macam tu memang betul-betul wujud sehingga mampu membuatkan ada lelaki yang berharap sangat dapat anak lelaki sebab dia :

a. nak anak lelaki (standard la,perempuan pun lagi suka anak first dia perempuan majoritinya)
b. takut kena cop tembak tak kena kalau anak first adalah perempuan

Aku tak tau la kalau orang2 lama ni memang ada petua,nak dapat anak lelaki macam mana,anak perempuan macam mana.Mungkin memang ada tempat nak kena tembak ke,belah kiri ke kanan ke,badan kena condong sikit ke dan sebagainya.Yang aku tau pada moment saat "menembak" tu,agak payah nak berfikir angle mana nak ditembak.Tembak aje lah macam seorang askar yang tak peduli lagi pasal bekalan peluru nak habis ke tidak.Jantina apa dapat,biarlah Dia tentukan.Tembak ajelah,Dia bagi (kalau kau dah kahwin).

Kau bayangkan lah macam mana perasaan kau kau baru kahwin,tengah mencuba dan Alhamudlillah dah ada hasilnya.Bila kau duduk borak-borak ramai2 dengan member,member kau tanya kau "Ada hasil ke?" dan kau jawab "Ya..anak lelaki." Member kau pun bersorak sambil menepuk bahu kau mengucapkan syabas sebab kau "tembak" kena.

Bila dah tenang,baru kau terfikir balik yang dalam adik beradik kau, first sekali adalah kakak kau. Adakah itu menunjukkan yang abah kau tembak tak kena?Nak lagi teruk,kau ada 3 orang kakak dan kau anak last.3 kali abah kau tembak tak kena.Mesti abah kau banyak kali kena gelak dengan member dia.

Apa punya pemikiran la macam ni.Siapa yang start?

Februari 09, 2011

At Last,Seorang Ahli Parlimen Yang Cakap Benda Masuk Akal,Sayang Dia Bukan Menteri

Pakatan Rakyat akan mencadangkan "penyelesaian radikal" bagi mengurangkan bebanan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia mengikut Dasar Automotif Negara (NAP).Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata cadangan itu akan dibentangkan pada Persidangan Ekonomi Pakatan yang dijadualkan pada bulan depan.

Katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan tiga jenis cukai yang sekarang membebankan pembeli dan melipat gandakan harga kereta. Ini termasuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.Katanya, walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," katanya pada sidang media mingguan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.

Beliau turun mendesak kerajaan Umno-BN memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan bagaimana rakyat dibebani dengan hutang sepanjang masa.

Azmin berkata hutang isi rumah yang tinggi sehingga mececah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.Menurutnya, polisi yang diamalkan tidak lagi relevan memandangkan setiap keluarga terpaksa menanggung hutang negara yang kini melebihi 50 peratus kepada KDNK selain hutang peribadi.

"Kita yakin kalau mahu menjana ekonomi, rakyat perlu ada kapasiti untuk belanja kerana hutang isi rumah yang tinggi," jelas beliau.

Ahli parlimen Gombak itu juga menjelaskan prospek malap ekonomi negara dan ketidakupayaan rakyat menikmati taraf hidup baik berpunca daripada tindakan melindungi kepentingan kroni.Katanya, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Ini jelasnya membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun dengan kadar hutang yang tinggi."Sikap Umno-BN dalam menangani maslaah harga kereta dan rumah yang mahal dihadapi rakyat adalah bukti mereka tidak mempedulikan kesengasaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan langsung tidak diendahkan," katanya lagi.

Februari 08, 2011

No Pork! No Pork! Tak Ada Babi Maa!

Sekarang ni sekeliling anda pasti banyak orang meniaga kedai makan.Kedai tomyam? Boring.Kedai mamak? Uwekk. Kedai melayu? Malam mesti tak bukak.

Malam-malam,aku agak susah nak dapat makan jadi aku jarang makan malam-malam.BOSAN GILA KEDAI TOMYAM....Orang melayu takde banyak choice kalau nak makan malam-malam.Sama ada makan kedai mamak takpun kedai tomyam.Satu ketika dulu dengan tiba-tiba wujud pulak trend kedai kopi style lama macam Keluang Station,Old Town,Hailam Kopitiam dan sebagainya.

Tapi apabila pengusaha-pengusaha ni nampak yang market makanan ni sebenarnya jauh lebih besar daripada sekadar kopi dan roti ni sebab majoriti penduduk Malaysia orang Melayu,wujud pula kedai-kedai yang aku kelaskan sebagai hibrid seperti Pappa Rich dan sebagainya.

Berkerumunlah orang Melayu ke situ setiap masa dan sepanjang yang aku tengok dekat Bandar Tun Hussein Onn dan Cyberjaya,makan di Pappa Rich cawangan berdekatan diorang.Orang yang datang tak pernah putus,kalau aku lalu situ pukul 10:00 malam pun mesti ada orang lagi.Hari tu aku lalu siap ada yang bawak nenek terbongkok-bongkok datang makan kat situ.

Aiseh...diorang ni tak pernah cek ke yang kedai makan tu takde sijil halal?

Bila lalu kedai-kedai camtu,membuatkan aku teringat balik satu hari bila aku lalu depan kedai nasi ayam hailam kat Cyberjaya.Aku lalu situ survey apa nak makan dan ada tukang greet kat depan pintu masuk kedai. "Abang,abang,chicken rice,no pork,no pork!" bagitau dia sambil depan dia ada chalkboard besar bertulis dengan kapur merah "NO PORK!"Aku tanya dia,"halal ke ni?"Dia jawab,"halal,no pork bang!" dalam loghat Indonesia nya.Keh keh keh!Ye lah kau halal...kau ingat no pork itu adalah satu tarikan untuk aku gi makan situ?

Sama ada masyarakat Cina kurang peka atau tak ada orang nak tolong tunjuk ajar apa itu halal haram,aku tak pasti.Yang aku tau...orang Melayu sendiri tak berapa peduli pasal halal haram.Sebab kita tau kita takkan makan dekat kedai bernama Restoran Talipon atau Itik Gantung jual atas lori tapi bila benda yang sama dijual dekat kedai yang mewah,bersih dan cantik,kita akan sapu,sebab kedai tu nampak kelas,pekerja dia orang Indonesia dan Bangladesh.Tak pernah ke anda kaji sket,kedai yang anda makan tu halal atau tidak?Mamak atau India?No Pork Tapi Halal?Yes Pork dan juga halal?

Selagi orang Melayu sendiri duk berkunjung ke kedai-kedai yang tak peduli pelaksanaan sijil halal JAKIM,takkan berjaya lah pelaksanaan dia.Buat apa diorang nak apply?Ramai aje orang Melayu datang makan. Melayu adalah bangsa paling tak kisah pasal semua benda.Takde perasaan particular langsung.

Sekali-sekala sebelum gi makan tu,bukak la internet.Ada iphone,ada blackberry,blueberry tu buat apa?Browse la sekejap.Beberapa minit tu lah yang akan mengelakkan keturunan anda daripada jadi bebal dan bengong.Tapi ramai tak buat kot,sebab tu budak Melayu sekarang makin melingkup.

Februari 04, 2011

Fakta atau Auta?Adakah Pakar Matematik Jauh Lebih Pandai Berbanding Menteri Kewangan Malaysia?Mungkin...

Klik untuk besarkan artikel supaya sesuai utk dibaca.

Entahlah.Tapi baca la.Ilmu.
Mana tau apa yang dia kata memang boleh terjadi?Kita jugak yang untung.
Tak suka harga minyak turun?
Gi join bangsa UMNO

Februari 03, 2011

Nenek Anita Ingin Juga Kelihatan Seksi

Anita mengelap rambutnya dengan tuala.Bersih rasa dirinya selepas mandi.Diambil hair dryer lalu dikeringkan rambutnya yang basah itu."Apa style rambut hari ini ya?Apa yang Azam suka?" fikir Anita.3 jam lagi,dia sudah berjanji untuk keluar dengan Azam,kekasih hatinya yang telah dikenali 3 bulan.Janjinya,Azam akan datang menjemput dia di rumah.

Walaupun baru 3 bulan,Anita sudah dapat merasakan Azam adalah "dia," lelaki yang bakal memberikan dia kebahagiaan dan mana tau,terus ke jinjang pelamin.Anita lalu menyarungkan seluar jeans ketat berjenama Levi's dan memakai baju baby t-shirt bertulis GEORGOEUS di dadanya."Moga Azam terbukak pintu hatinya!Aku memang hot!" sambil menyental bibirnya dengan lipstick merah pekat.

"Tin tin!Tin tin!" kedengaran bunyi hon motor Azam di depan pagar rumah."Nasib baik sempat siap," fikir Anita.Anita pantas keluar dari pintu biliknya.Neneknya ada di ruang tamu sedang menonton channel propaganda Kerajaan."Nek,nek,Anita keluar sekejap ya?" bagitau Anita.

"Kau keluar dengan budak lelaki tu lagi ke?Naik la bas,bahaya naik motor tu,"bagitau nenek dia."Alah nenek ni,Azam kan juara cub prix Seberang Prai.Insya Allah selamat.." sambil menyarungkan kasut."Aaaa.." neneknya terkedu.Anita terus keluar pintu dengan girangnya."Hai Abang!" bisik Anita manja."Hai Anita!Cantik la awak hari ni!" kata Azam sambil meneguk air liur."Seksi!"

Anita mencubit peha Azam membuatkan Azam mengaduh galak.Neneknya hanya memerhatikan dari belakang langsir tingkah laku cucunya itu sambil berisitighfar.

..............

Anita sedang tertidur nyenyak di biliknya.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk."Ita,Ita!Nenek ni.Bukak pintu sekejap!" Anita mengesat mata dan bingkas bangun membuka pintu."Apa dia nek?"tanya Anita."Ita,hari tu Nenek nampak kau pakai seluar jeans yang kaler coklat tu..." tanya neneknya.

"Ak aah,apsal nek?" Anita tergamam."Nek nak pinjam," pinta neneknya dengan pantas masuk ke bilik Anita.Neneknya terus membuka almari baju Anita."Nenek pinjam baju ni boleh tak?" tanya neneknya lagi.Anita tergamam."Apa buang tabiat ke neneknya nak pinjam baju-baju aku?" fikirnya.Neneknya yang masih berkemban itu terus mengambil seluar jeans coklat dan sehelai baju t-shirt bertulis SEXY di dada.

"Nek pinjam ni.Ada date dengan pakcik yang jual ikan kat pasar tu," terang neneknya sambil berlalu ke biliknya.Anita tergamam sebentar.Kelu,dia hanya mampu mengangguk lalu bangun ke meja makan melihat apa yang ada bawah tudung.Beberapa tika kemudian keluarlah neneknya,bertudung tetapi memakai t-shirt ketat dan seluar jeans kepunyaannya.Nampak neneknya kelihatan ranggi dan bergaya.

"Pin pin!Pin pin!" Hon motor berbunyi.Anita bangun dan menjenguk dari tepi langsir.Di depan pagar rumah,ada sebuah Honda C70 ditunggangi seorang lelaki yang kelihatan agak berumur."Nek,siapa tu nek?" tanya Anita."Alah kau ni,dia tu kan yang tauke kita selalu beli ikan kat pasar tu.Tu lah kau,nenek ajak ke pasar kau tak nak ikut.Belajar-belajar la ke pasar sket,"tegur neneknya."Dah la,nenek gerak dulu...kang menunggu pulak dia.Kau kunci pintu,nek ada bawak kunci ni."

Neneknya membuka pintu lalu keluar meninggalkan bauan perfume yang Anita kenali."Bila masa pulak nenek masuk bilik aku pinjam perfume aku?" fikir Anita tergamam.Diselaknya langsir dan dapat dilihat neneknya dengan bergaya membonceng di belakang motor itu sambil tangannya memeluk erat pinggang pakcik tauke ikan tu."Ya Allah!Apa nenek aku ni?" lalu dia hanya mampu duduk di atas sofa begitu saja.

Sedar tak sedar,Anita terlelap dan dia hanya terjaga apabil pintu rumahnya dibuka.Ibunya pulang dari pejabat."Mak mak,nenek buang tabiat mak," kata Anita."Eh eh,apsal pulak ni Ita?" tanya ibunya."Nenek pinjam baju Ita yang seksi-seksi,lepas tu dia keluar dating dengan pakcik pasar tu.Siap pakai perfume Ita lagi,yang paling kelakar,boleh nenek peluk pakcik tu masa naik motor?" terang Ita.Ibunya diam sahaja,mungkin terkejut.

"Nenek dah nyanyuk ke mak?Kenapa nenek jadi camtu mak?Tak senonoh la nenek buat perangai macam tu.Karang orang sebelah,jiran-jiran kita tengok apa la kata diorang?Dah la nenek tu dah berumur,lagi la tak elok!"Ada sedikit marah dalam nada Anita.

"Tau pun tak elok!Yang kau buat tiap-tiap hari takpe pulak!Tak fikir pulak kau apa jiran kata bila kau sendiri buat?" Terkejut Anita apabila neneknya tiba-tiba muncul dari dapur.

"Err....err......" Anita terkedu. "Tapi Ita muda lagi...nek.." kata Anita.

"Baguslah tu,jadi lah macam semua orang...bila muda kumpul dosa,bila dah tua baru terfikir nak taubat!" nasihat neneknya menjentik telinganya,pedih."Yang cantik,yang elok,yang muda tu la kena jaga,barula nanti-nanti dia kekal cantik,kekal bersih..." Panas telinga Anita.

"Tapi..tapi...buruk la nenek pakai camtu..Ita ok la..." sayup-sayup Anita mempertahankan dirinya lalu berjalan masuk ke biliknya.

"Tau pun buruk," kata neneknya sambil menekan remote Astro untuk menonton wrestling.
"Come on The Rock!" jerit neneknya sambil ditemani anaknya yang kepenatan.

Februari 02, 2011

Penyakit Syok Sendiri Bila Dah Lama Berkuasa



22 tahun memerintah dan pakcik itu masih belum mahu duduk diam-diam sebab dia masih terasa sebab jambatan bengkoknya tak siap-siap dan sekarang,dia mahu pulak berbicara mengenai agama dengan membantai Nik Aziz.Keh keh keh!

Apa hukum tangkap orang atas dasar keselamatan kuasa Kerajaan?
Apa hukum fitnah orang baik-baik?
Apa hukum bunuh orang Islam lain?

Sapa sini berketurunan penduduk Kampung Memali?

Februari 01, 2011

Kalau Ikut Kata Blogger Pro-Kerajaan,Semua Rakyat Malaysia Bengap Sebab Fail SPM

Pada mulanya aku kurang bersetuju dengan tindakan kerajaan yang sekarang ini sedang mengkaji sistem untuk melesen dan mengawal bahan penulisan dan penerbitan dalam internet.Ye lah,satu-satunya tempat di mana anda boleh tidak bersetuju dengan apa-apa langkah kerajaan adalah dalam internet.Dalam TV,dalam radio,jika ada wartawan interview mengenai pandangan orang ramai pasal kerajaan,semuanya menyokong sahaja.

Tapi,kalau setakat lesen atau akta kawalan saja tidak cukup.

Apa yang paling diperlukan dalam mengawal kualiti penulisan adalah memastikan blog-blog ditulis oleh individu-individu yang sekurang-kurangnya mempunyai sedikit akal dalam penulisannya.Banyak faedahnya apabila rakyat mula mengambil berat mengenai politik negara dan berbincang mengenai nya,tapi semuanya mestilah berasas dan mempunyai fakta.

Apabila demam pilihanraya semakin dekat,akan muncullah banyak artikel dan penulisan yang membincangkan mengenai calon,parti dan masa depan negara.Ada yang baik dan ada yang tak baik.Kebanyakannya,macam haram...Contohnya seperti artikel yang dipaparkan oleh sebuah blog yang juga telah dijadikan satu berita penting Utusan Malaysia mengenai perihal MC suami calon PAS Tenang.WTF?Itu pun nak dijadikan isu?

Tapi apa yang kelakar dan menunjukkan kebanyakan penulis Pro Kerajaan ini kurang menggunakan otak adalah mengenai satu artikel mengenai sijil SPM Nurmala Sudirman yang dikeluarkan oleh sebuah blog Pro Kerajaan yang agak popular dan agak top.

Dalam blog tu,ada dipaparkan salinan sijil SPM calon PAS itu yang "konon-kononnya" kantoi SPM sebab ada tulis SAP dekat bawah sijil dia.Cuba tengok sijil SPM anda,lihat ada tak tertulis SAP di bawahnya?Ada.Blog ini kemudiannya bantai gelak kerana menganggap calon PAS tu dapat pangkat SAP dan kantoi SPM tapi dapat jadi cikgu.

What the hell punya level pemikiran hoi bangsa UMNO?Takkan la kau takde sijil SPS sendiri nak cek fakta?Tak ambik SPM ke bang?

Apa yang lebih menyedihkan?Ramai jugak yang membantai Cikgu Mala dengan mengatakan "Calon PAS kantoi SPM!WAKAKAKAKA!" Dah jelas-jelas fitnah...dah jelas penulis tu mangkuk....dan dia adalah antara penulis Pro Kerajaan yang paling rapat dengan Kerajaan...nak spin kata post tu sebab nak tunjuk dia fail English? Kau cuba bagitau berapa orang Menteri kita yang English dia satu?

So,berbalik kepada topik asal aku tadi...kalau nak buat lesen blog,aku mintak kerajaan tolong pastikan buat ujian IQ untuk penulis-penulis blog ni sebelum bagi diorang lesen.Ni lah masalahnya bila Kerajaan buat kempen pakej Streamyx sekali dapat laptop hari tu sebab kempen tu telah membolehkan monyet juga melanggan internet.

Sayangnya,penulis itu juga selalu suruh orang lain bertaubat.
Bagus.Memang UMNO suka dan sayang dengan orang macam ni, Melayu harapan.Hehehe.Ironi..ironi.

Kalau nak implement lesen,implement la.
Lagi baik kritik kerajaan,ada jugak faedahnya.Tapi kalau kerajaan buat sekadar nak kontrol blog yang kritik kerajaan tapi biar blog-blog sampah macam tu boleh lepas,silap besar aku nak apply.