"Wargh.. aku baca post ko nih terus aku down.. xde mood nat wat keje. keje animator lg teruk.. balik lewat tido opes,keja sabtu ahad tp underpaid. xde ot, xde elaun. huhuhu..emo dah.." tulisan seorang pembaca bernama Apis,dalam posting "Retorik Kosong Najib - Menjelang 2020,Gaji Anda Naik Tiga Kali Ganda"
Saudara Apis,jika kau tak tau,aku jugak seorang animator satu masa dulu 7 tahun lepas.Aku ingat lepas tampuk pemerintahan kerajaan bertukar,akan ada perubahan dalam law yang protect pekerja-pekerja tapi still benda yang sama berlaku.Berapa orang antara anda yang sedar anda bekerja lebih masa tapi diam sebab takut tak ada pekerjaan?
Cuba kira balik,dalam seminggu,berapa jam anda bekerja?Mari kita baca statement ini.Jangan lah marah kalau aku comparekan dengan negara maju lak ya?Nak jadi negara maju,comparekan lah dengan yang lebih maju dari kita.
United Kingdom
Adult workers cannot be forced to work more than 48 hours a week on average - this is normally averaged over 17 weeks. You can work more than 48 hours in one week, as long as the average over 17 weeks is less than 48 hours per week.Your working week is not covered by the working time limits if you have a job:
a. where you can choose freely how long you will work (eg a managing executive)
b. the armed forces, emergency services and police;in some circumstance
c. as a domestic servant in private houses
d. as a sea transport worker,mobile worker in inland waterways or lake
e. transport worker on board sea going fishing vessels
Since 1 August 2009 if you are a trainee doctor the 48-hour maximum working hours applies to you.
Can you be forced to work overtime, or stopped from doing so?
Your contract of employment should include the conditions for working overtime. You only have to work overtime if your contract says so. Even if it does you can't usually be forced to work more than an average of 48 hours per week. If you are told to work more than this and you don't want to, you should take it up with your employer. (LINK)
Comparison -
Perancis - 35 jam
USA - 40 jam
..................
Malaysia?
Mari kita faham serba sedikit tentang Akta Kerja 1955.
Apakah pekerja yang diliputi oleh Akta Kerja 1955?
Semua pekerja yang mendapat gaji tidak melampaui RM1,500.00 se bulan, dan seseorang pekerja yang melakukan kerja manual tanpa mengira jumlah upah se bulan.
Apakah maksud “Waktu Kerja Biasa”?
“Waktu Kerja Biasa” ialah waktu kerja seperti yang dipersetujui di antara majikan dan pekerja dalam kontrak perkhidmatan sebagai waktu-waktu kerja biasa dalam sehari.
Waktu kerja biasa tersebut tidak boleh melebihi:
8 jam sehari tidak termasuk waktu rehat;
5 jam bekerja berterusan tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit; dan
48 jam seminggu.
Atas persetujuan bersama, pekerja boleh bekerja 9 jam sehari tetapi tidak boleh melebihi 48 jam seminggu.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kerja lebih masa’?
Kerja lebih masa bermakna bilangan jam kerja yang dilakukan melebihi masa kerja normal sehari.
Apakah kadar bayaran kerja lebih masa?
Kadar bayaran kerja lebih masa hendaklah sekurang-kurangnya seperti berikut:
Pada hari kerja biasa, 1 ½ kali kadar gaji sejam untuk hari biasa.
Pada hari rehat, 1 ½ kali kadar gaji sejam untuk kerja hari rehat
Pada cuti am, 1 ½ kali kadar gaji sejam untuk kerja pada cuti am.
Adakah terdapat had kepada bilangan jam seseorang pekerja dibenarkan kerja lebih masa dalam satu bulan? Seseorang pekerja tidak boleh dikehendaki bekerja lebih masa melebihi 104 jam dalam sebulan.
..............
Baca ayat last tu.
"Seseorang pekerja tidak boleh dikehendaki bekerja lebih masa melebihi 104 jam dalam sebulan." tapi dengan syarat,gaji anda bawah RM1500.WHAT THE HELL PUNYA UNDANG-UNDANG.Pernah tak anda terfikir kenapa kebanyakan company bagi starting basic salary anda RM1600?
Sebab kalau dia bagi RM1500,company akan hilang privilege untuk :
a. Suruh anda kerja tanpa bayar overtime
b. Paksa anda kerja melebihi masa secara percuma
c. Defend company kalau kena dakwa tak ikut law
Apa perbezaan gaji RM1500 dan RM1600?Kita nampak RM100 tapi sebenarnya nilai dia SANGAT BESAR.
Meh kita buat perkiraan,ikut apa yang aku lalui dulu.Aku pernah kerja non-stop dari Isnin sampai Ahad.Masuk pukul 9:30,balik pukul 3:30 pagi.Itu adalah 18 jam.Jadi,kalau lah average aku kerja satu hari 14 jam,seminggu aku dah kerja...98 jam.Sayangnya,gaji aku waktu tu lebih RM1500. ~ 98 jam - 48 jam = 50 jam.Aku dah kerja double dari apa yang sepatutnya termaktub ikut labour law.
Kalau gaji aku RM1500;
Gaji sehari (22 hari seminggu) = RM68.18
Gaji sejam (8 jam sehari) = RM8.52
Kalau gaji aku RM1600;
Gaji sehari (22 hari seminggu) = RM72.72
Gaji sejam (8 jam sehari) = RM9.09
Beza 60 sen!Tapi...Rate overtime sejam untuk gaji RM1500 (8.52x 1.5) = Rm12.78
RM12.68 x 50 jam = RM639.....Kalau gaji aku sebulan RM1500,aku boleh buat overtime dan dapat RM639 untuk overtime 50 jam bekerja.Kalau gaji aku RM1600....aku hanya akan dapat RM1600 aje.
What the hell?Zaman dulu bolehla pakai RM1500 tak dapat overtime sebab Rm1500 tu mewah la satu masa dulu.Sekarang ni,banyak company yang menggunakan loophole ni untuk mengelakkan diorang daripada perlu membayar claim dan dapat meminimakan kos.
Ini perlu diubah.Akta ni adalah akta sebelum merdeka.Bukan semua hidup nak bekerja setiap masa.Bekerja memang perlu..tapi bila kepentingan pekerja tak diambil kira,susahlah camtu.Agak mudah nak menakut-nakutkan pekerja di luar sana,cakap aje "kat luar sana payah nak dapat kerja.." konfem dia akan bertahan aje walaupun sepatutnya dia berhak untuk dapat apa yang dia sepatutnya dapat.
Aku sure ramai kat luar sana yang mengalami masalah macam ni.Dipergunakan company yang luarannya nampak caring dengan selalu bawak gi makan hotel atau majikan selalu bawak gi bercuti ke...nak buat anda rasa dihargai.Tapi sebenarnya itu semua adalah kos yang anda sendiri tanggung.Time anda,hidup anda,biarlah berbaloi dengan apa yang anda buat.Balik rumah main game.Balik rumah lepak tengok TV dengan isteri.Balik rumah main dengan anak.Kerja sampai ke pagi buat apa?
BUKAN DAPAT OVERTIME PUN KALAU GAJI ANDA RM1500 KE ATAS!
ITU ADALAH CHARITY!MAJIKAN UNTUNG ANDA RUGI!
Selagi akta pekerjaan ni tak diubah,pekerja-pekerja akan masih terus dibuli sebab mereka takutkan hilang pekerjaan.Jawapan aku mudah aje....hidup kau sekali...kalau kau rasa tak berbaloi dan rasa ditekan,berenti.Rezeki ada kat mana-mana.Jika anda suka kerja anda,pastikan anda dapat ganjaran setimpal dengan apa yang anda buat.Jangan biar diri anda dipergunakan.Cuba kira sama ada anda dibayar betul ikut apa yang anda dah lakukan.Duduk saja kat ofis sebab majikan suruh tunggu pun satu kerja...jadi,jangan sebab anda takde kerja anda ambik benda tu sebagai charity kepada company.
Kau suka kerja ikut masa,kau suka kerja ikut hours yang perlu,kenapa perlu malu?Kenapa perlu rasa segan kalau bos kau nampak kau tak menyumbang lebih dari yang dimintak?Dia bayar 100,kau bagi lah 100.Takyah bagi 110.ITU SEMUA CRAP! Work and salary is a two way street tapi di Malaysia selalunya staff yang jadi mangsa.
Undang-undang tahun 1955...tolonglah update akta ni.
25 ulasan:
setuju..!!!
setuju jugak!!!!!
cayalah mantot
nice info
gua gi report pejabat buruh,perkeso,suhakam n sume2
tapi phm2 jelah ye
nak kne tggu kabinet la,lori la,bincang la,canang la
birokrasi si pengimaginasi tapi bodoh tolol x mati-mati
takde dalam manifesto pru13 ke hah? kalo ada...boleh la kot. hahah...
tahun 1955... masa tu harga tanah dekat depan umah lama aku pun baru $250. arwah ayah aku citer. orang kampung kalo dapat beli tanah tu time tu dah kira paling kaya dalam kampung. tapi takde. so, cina tokey kicap depan umah lama aku tu beli tanah tu.
ko tau berapa harga tanah depan umah lama aku tu sekarang?
anak kepada cina yang menghuni depan umah lama aku tu cakap,
kalo nak amik tanah tu... nak bayar bawah RM10 juta dia tak layan. harga hartanah kawasan tu memang mahal. hot stuff kat situ. tanah dia bukan la luas mana pun. muat2 boleh set up sebijik umah kedai 4 pintu.
pherghhhhh....!!!!
dan ini kisah benar.
Enlighting
gud2..de union pn stil kne ikt act jgk..
bagus mantot bagus...setuju sangat
nak buat macam mana bro.. dalam parlimen diorg patut buat undang2.. tapi diorg duk bincang pasal jubur saiful la, altantuya la.. lawak aku tgok ahli parlimen ni.. kita undi suh diorg buat polisi utk kebaikan rakyat ni diorg berdrama pulak dalam dewan 2... kadang2 aku terpikir isu APCO itu lagi penting ke dari soal nak update undang2 demi kesejahteraan rakyat?? itula pasal bnyak undang2 x pernah nak update.. masing2 nak jadi hero drama tamil dalam parlimen.. PR ke BN semua sama jee.. macam celaka!
Antara entry yg paling aku suka!!
TERBAIK argh Mantot. Keep it up.
sgt terbaik la...
Sangat Setuju!!!
Psl tu gua berhenti keje engineer, kah kah kah...
Baik mengajar bebdk kolej ke tuisyen ke
Tuisyen dibayar ikut per jam (tu yg best, kene plak klu kite ni otai, dpt charge RM 50 memang sodap la..)
huhu..keje audit pun..mcm nak mati..tp cmtu gak!btw,nice post!(^_^)
-kechik-
haih.. betul!
tensen tol makan gaji basic, takda ot, elaun.
dah tu potong 11% utk epf
keja nak kena balik lambat sentiasa.
on thing yg aku perasan, if nak comparekan dgn negara2 yg dah maju ke hadapan. once sharp 5pm or cukup 8 hours diorg balik. if diorg keje more than that people will judge them in a negative way (x efficient or nak kipas)…. cth negara yg terdekat australia..
-Amir-
Aku setuju dengan mantot.
Initially kita punya mindset yang kena change dulu. We always stay back sebab takut kerja tak siap, boss marah and etc. Perubahan patut datang dari diri kita sendiri. Kita takut nak exercise our right untuk balik sharp on time. Our family need you more than the company do.
Aku pun kadang-kadang balik lambat. Tapi selalu balik lambat sebab nak tunggu hujan berhenti, nak tunggu awek datang pick up, tunggu jammed reda dan sebagainya. Sambil tu berlakon laa buat kerja sekali. Balik lambat sebab kerja? No way jose..
so kalo nak cara selamat lepasan diploma apply gaji 1500 pastu wat ot sampai lebam..betul ke?..saya budak baru belajar.
Kalau tahun 1955, RM1500 dah boleh buat hantaran kahwen. Aku rasa kalau nak pinda akta, gaji minimum yang patut untuk exec koman2 RM 10k
Salam,
Mantot,bagi aku bagus juga kau cuba tulis hal-hal semacam ni sebab ramai antara kita tidak pernah ambil peduli apa yang dikatakan hak-hak yang sepatutnya terpulang pada kita yang dinafikan atas nama undang-undang yang berbelit-belit dan kita ni;sebagai rakyat marhaen yang biasa,mungkin tak faham dan tak ambil peduli.
Bagi aku,untuk kita menjadi seperti negara-negara maju dan yang sangat mengambil berat kebajikan pekerja mereka seperti UK,Sweden dan lain-lain memang masih jauh.Tetapi,kita boleh bermula sekarang!
Mulalah kita lebih membaca,berfikir dan menyoal.Jangan nganga dan menelan segala bana benda yang disuap.Ingat semua,kita ini manusia.Bukannya robot pemateri kimpalan badan kereta.
Ayuh pekerja!Ayuh anak muda!Ayuh saudara!Bangun,fikir dan bertindaklah!
"Since 1 August 2009 if you are a trainee doctor the 48-hour maximum working hours applies to you."
Membe aku sure buat kenduri kesyukuran 3 hari 2 malam kalo law nih applied kat Msia.
aku stuju 102% apa yg mantot tulis..
aku penah keja kilang,
12jam sehari,
2 shift(siang n malam)
seminggu cuti sehari je yakni hari ahad..
aku terpaksa ot kaw2 sbb tech kurang n production kejar target,,
gaji aku mula2 rm1260,
gaji ujong bulan kalah engineer punya gaji kasar..
bila dah naik gaji, rm1515 aku terus bhenti sbb terasa beza gaji tu terammmmmmmmaaaaaatttt la besar..
kalo nk gaji besar n blh hidup senang skrang ni, krajaan patut naikkan level gaji tu dr 1500 ke 2k baru la golongan sederhana mcm aku ni bnafas lega..
Serious aku suka post ni! Kipidap Mantot!
Salam, mcm mana nak buat aduan jika kita mengadu kat pejabat buruh, alih 2 kita sendiri yang kena buang keje?....
Mak saya keje kat TEXAS INSTRUMENT di ulu kelang. Sejak managment tukar dan dipegang oleh bangsa lain (dulu mat salleh) keadaan makin teruk. Staff dipaksa kerja 12 jam...byangkan mak saya yang umur 50 tahun dah keje situ hampir 15 tahun takat gaji masih RM 1000.00...dah lah penat giler bile dpt gaji ciput jew...nak mengadu nanti kena buang....so mereka mmg teraniaya...sejak PM kat nak naik tangga gaji pihak TEXAS pandai 2 buat undang 2 sendiri. Mak saya kata semua OT dikira sekali ngan gaji...erm bodoh punye kerajaan...benda camni pun tutup mata...nampak sangat tak buat keje...
Company aku semalam hampir2 tak nak bagi cuti,pasal boss aku cakap dia dah bagi cuti public 17 hari setahun,aku x tahu betul ke tak,satu company diam je,last2 orang kuat dia cakap besok saya cuti! last2 pukul 4ptg baru dia nak umum besok public.gua geram pasal dia tak nak umum awal2 bikin susah kita nak buat plan aje.
setuju ngn mantot..company aku byr 40hengget je sebulan untuk medical benefit..tahi kucing!!mne nk jmpe ubat demam 40hengget skunk ni..kuar keje xnmpk matahari blik keje plak matahari da xde..nk ckp psl overtime, mmg tak la jwpnnya..bodoh!!
Catat Ulasan