Januari 05, 2011

Bahagian 05 - Mengejar Kecantikan Luaran Dengan Menghodohkan Dalaman Diri

Majlis perkahwinan adalah majlis yang paling penting dalam hidup seorang perempuan dan apa yang berlaku selepas majlis perkahwinan adalah detik paling penting dalam hidup seorang lelaki. :D Tidak dinafikan,ramai wanita ingin yang terbaik pada hari itu.Mereka nak khemah yang terbaik,lauk pauk yang terbaik,baju yang terbaik dan rupa paras terbaik yang TERBAIK sekali pada hari tersebut.Lelaki pula,tah la..aku nak kahwin pakai t-shirt pun aku tak kesah,yang penting kahwin.

Dalam bab majlis kahwin ni,majoriti keputusan selalunya berada di tangan perempuan untuk menentukan majlis macam mana yang dia mahukan.Kalau dapat bakal isteri ala puteri raja,majlis kahwin mestilah grand,mesti ada kereta kuda,ada persembahan artis,mesti kena jemput Justin Bieber.Semua kemahuan bakal pengantin perempuan seelok-eloknya dipenuhi.Tapi,mungkin anda tak tahu,orang yang paling berkuasa sewaktu majlis kahwin ni sebenarnya adalah Mak Andam atau jika "lelaki," Pak Andam.

Sebab apa aku tulis macam tu?Mak andam ni lah yang akan menentukan successful atau tidak majlis tu kerana kuasa ada pada tangan dia.Lawa pengantin,memorable lah majlis tu.Pengantin perempuan pulak mempunyai keinginan nak jadi paling lawa pada hari tu jadi normally,orang yang diorang paling trust pada hari tu bukanlah bakal suami mereka tetapi.....mak andam.

Kenapa semua pengantin baru lepas kahwin mesti cukur kening?Bet dengan aku,Mak Andam yang buat sebab pengantin perempuan kata kat dia,"buat lah apa saja asal saya cantik!"

Isteri aku punyalah susah hati sebab dia takut mak andam cukur kening sebab kebanyakan kawan-kawan dia bila kahwin,mak andam ni lah yang akan push-push diorang supaya cukur/cabut kening.Dalam kes isteri aku,dia kata tak nak,mak andam tu yang beriya-iya nak cabut gak."Nanti tak lawa la,nanti tak masterpiece la,nak ke kening tebal masa hari kahwin?" macam tu la kot ayat-ayat dia.Kalau dah dia tak nak cabut kau tak payah la cabut,mangkuk.Kau tau tak benda tu haram?Isteri aku berkeras jugak tak nak,tak nak sehinggalah mak andam tu sendiri bengang dengan dia.Itu baru kes mak andam yang perempuan betul,belum lagi kes "mak andam" separa lelaki yang kebanyakannya jauh lagi mengada-ngada dan demanding berbanding perempuan sendiri.

Wanita zaman sekarang ni tak kisah ke?Asal cantik semua boleh?Asal lawa tak kisah kening kena cabut,kena cukur?Asal nampak hebat benarkan diri disolek lelaki?Peduli hapa dia gay ke lembut ke....korang tak kisah?Sebab kakak aku (dia buat benda2 andaman ni) kata,mak andam lelaki make up lagi lawa dari perempuan.

Tak rasa malu ke bagi lelaki pegang muka kau sebelum kau kahwin dan kemudian cukur kening kau?

26 ulasan:

SMART berkata...

masa bercinta pantang ade jantan len tgk awek gua...tp time mengandam jntan laen bleh sentuh-sentuh plak?? hangin nie..

satu lagi fotographer, selamba dek jer dia upload pic bini org sebelum pakai tudung tengah make up...hangin!!! satu dunia tengok rambut bini luuuu..pe cer...xharam?

hehehe

Tanpa Nama berkata...

kalau tak silap aku ada caranya boleh pakai concealer je untuk tutup kening yang "tak diperlukan". tapi aku memang tak berkenan bab-bab cukur kening ni.

ada satu lagi style mak/pak andam, definisi mekap bagi dorang adalah mesti muka putih. kesannya? cuba cari gambar masa majlis nikah besar-besaran kat kelantan hari tu, kesian aku tengok

syaiful13 berkata...

"Kalau dapat bakal isteri ala puteri raja,majlis kahwin mestilah grand,mesti ada kereta kuda,ada persembahan artis,mesti kena jemput Justin Bieber"

klaka part justin bieber tu... hahaha...

nur berkata...

ko mkn ape mantot..byk btul idea superb.haha

pengalaman kwn aku plak:
mak andam tanye die nak naik seri x.dia pn jwb nak la.sedar2 je mak andam dah toreh sblh kening dia.trpaksa la dua2 pn cukur.

Neway, aku nak nasihatkan sume bakal2 pengantin supaya pesan kat mak andam tu awal2. Tegaskan pendirian anda mcm bini mantot.

Tapi kan....majoriti pn sblm kawin dah cukur kening.Ade ape hal bila kawin.x gitu lads sekalian?

Marhaen Kacak berkata...

mereka ni menggangap :

'ala...sehari ni je, takpe kalau bukak tudung n sebagainya..sekali seumur hidup..adehhh'

Freemason Pun Nak Kecoh!!! Loser!!!

zuhdi berkata...

dulu masa aku kawen pon,bini aku cakap kening dia pon kena cukur jgk..bini aku cakap xnak tp last2 kena cukur jgk.mmg mak andam sangat berkuasa.kalau kita lawan,abih xnak nya diandam bini kita tuh.dunia..dunia

zuhdi berkata...

dulu masa aku kawen pon,bini aku cakap kening dia pon kena cukur jgk..bini aku cakap xnak tp last2 kena cukur jgk.mmg mak andam sangat berkuasa.kalau kita lawan,abih xnak nya diandam bini kita tuh.dunia..dunia

Unknown berkata...

@marhaen Kacak

betul tu.. kawan yang bertudung selama ni pon leh tak bertudung, bersanding punya pasal..

Aslina berkata...

nasib baik la kening dah memang sedia nipis terbentuk. aku rasa time aku kawen nanti aku panggil kawan baik je la jadik kak andam... dia pun giat buat andaman... so bila kawan sendiri, takde la nak teruk2 sangat dier nak arah sana sini... cukur kening la hapa... dah la kening aku memang nipis... tanak bagi ade kening ke apa kalo kene cukur2 ni...

anyway, aku agak bersyukur sebab muke aku kalo orang nak mekapkan pun takde susah2 nak adjust macam2... pasal selama ni aku tak mekap pun org cakap aku mekap... hahah... tu aku suka tu...

Unknown berkata...

ada jugak yang masa akad nikah je pakai tudung. paling tak tahan sekali lepas akad, boleh pulak semua tepuk tangan. tak ke bangang tuh

Zonkers berkata...

@anah nik mahmood

Hahahahhaa ko ckp psl tepuk tgn, aku terigt majlis nikah yg aku g aritu.

pengantin lelaki fail utk buat skali lafaz. kena ulang kali kedua baru diterima.

makcik2 sumer tepuk tgn...utk meredakan stress si pengantin laki. haha

eLL berkata...

aku tak pakai mak andam. tu belum dia sumbat mulut dengan sirih pinang jampi2, air minum pape tah. Muka pengantin dah kena sembur dengan jampi serapah. Wooo sihir tu.

ajim berkata...

tu dia.mjlis kawin nak grand bagai nk rak.plan kiri kanan atas bawah.pastu,hidup sbg suami isteri xdak plak nk plan bagai.risau aku nk kawin *(tiba2)

eszol raar berkata...

sbb tu pernah ade ustaz sound

"majlis batal air semayang apekejadahnye, da pak andam pondan tu da pegang2 ko, time make up lg da batal wudhuk"

Ann berkata...

de mak andam siap bermasam muka ngn kwn aku..psl kwn aku berdegil xnak cukur kening...

datng jer, terus make up, hbs terus balik..xbckp langsung ngn si pengantin..

redgiantlipstick berkata...

aku benci majlis resepsi

kaki banana split berkata...

yg dah cukur bulu kening tu takde apape comment ke?LOL!
haram = dosa besar
actually mmg full time pakai tudung,tapi time kawin nak nampak "lawa" la sgt,smua benda tanggal?
biasa la skang ni..dunia penuh dgn hipokrit-ism. ;)

Tanpa Nama berkata...

terbaek...

hat yg part Justin Bieber tu mmg tak leh blah :D

nadz ruslan berkata...

takpalah kakbang, nanti lepas akad suami saya tulung shavekan bulu kening saya. tak yah susah2

samanosuke_04 berkata...

cukur kening? waaa tahap kritikal tue.. hehe, kakak aku kawen pun skadar mekap sndiri jer..

pak andam ! berkata...

baik shave yg sunat jerr...auww!

Shahrul Yusof berkata...

Seorang mak nyah, walau dah dipotong kotenya tetap haram untuk menyentuh wanita yang bukan mahramnya. Sebabnya lelaki tetap lelaki, walau sesotong mana pun dirinya.

Treat lelaki sebagaimana treat lelaki. Mak nyah tetap lelaki.

wny berkata...

ok. nak share pengalaman aku nikah last year :
1. aku mmg mgharamkan amik mak andam lelaki. so aku and husband mmg aim carik prmpuan aje. utk KL senang byk pilihan. tp some area cam kt kampung husband aku,yg mekap cantik byk nye mak nyah. so kitorg import makeup artist pmpuan dr negeri lain. bayar lebih takpe. prinsip tetap prinsip.

2. aku pesan awal2 kat mak andam, aku taknak cukur kening. wpon die macam tanye banyak kali "betul ke taknak cukur nih?".. be firm. last2 die pujuk2, aku bagi la.tapi cukur skit je. skadar nk rapi2kan. so kening aku still tebal. huhu.

3. aku cakap ngan phtgrapher + videographer, aku taknak amik gmbar time tengah mekap. so dorang respect aku punye permintaan. tiga-tiga event aku takde gmbar tgh mekap. cume time betul2kan tudung and dah tinggal nk pakai lipstik je baru aku panggil dorang masuk amik gmbar. HELLO KITA YANG HIRE DORANG KAN. kite ade hak utk bagi direction. sesetengah pngntin tak suke, tapi simpan dlm hati. bagitau aje. bukan salah dorang kalau dorang upload. dah sape suruh taknak bagitau.

4. aku pakai inai, tapi cume kat jari. yang lukis2 bunga kerawang sume aku tak buat. wpun ade sedara mara yang tanye2. tapi aku tetap bertegas tanak buat. sbb aku pernah bace artikel kt news kata lukis inai tu ikut budaya hindu. tapi tak tau lah. kalau ade justification lain yg mmbenarkan utk pakai inai. if ragu2 mcm aku, aku trus tak pakai.

5. aku ade pelamin. tapi tak bersanding. guna untuk amik gmbar dengan family and kawan2 aje bile dah hujung2 majlis.

so. kalau aku boleh buat, orang lain pon boleh buat. Nak dengan taknak aje kan.

Tanpa Nama berkata...

Setujula, nasib baik aku tak cukur kening time tunang n kawen dulu.

NeemoNeemo™ berkata...

Ada ulama' yg bagi pendapat, mengemaskan kening tak apa,jgn cukur semua.

Ada khilaf pendapat di sini.mcm korek hidung batal puasa.
so mereka yg pluck kening ni dah dengar pendapat di atas.

lin berkata...

payah gak bab cukur kening ni..banyak sgt contoh2 kat luar sana yang still pakai tudung tp kening tetap cukur, x perlu tengok jauh2, tue hah pembaca berita, wartawan...aku pernah tengok mak andam tue siap cukur bulu roma muka kawan aku...terkezut den