Januari 07, 2011

7 Sebab Kenapa Jalan Raya Percuma Malaysia Kurang Senonoh


Jika jalan raya percuma di Malaysia ini rata dan cantik permukaannya ; 

1. Lebuhraya yang memerlukan pengguna membayar tol tidak akan digunakan mengakibatkan kerajaan terpaksa membayar defisit forecast collection yang dikeluarkan oleh syarikat Lebuhraya

2. Syarikat yang mendapat tender kontrak untuk membaiki,menampal lubang dan menurap semula tar tidak akan berkembang maju

3. Syarikat yang menjual dan membaiki rim dan tayar akan mendapati pengurangan keuntungan

4. Kedai alignment dan balancing tidak akan beroperasi kerana mesin alignment dan balancing tidak dapat balik modal

5. Syarikat pengeluar spring dan absorber tidak lagi berminat untuk membuka perniagaan spare parts di Malaysia

6. Orang ramai akan memandu lebih lancar kerana tidak lagi perlu berhati-hati mengelakkan lubang mengakibatkan khidmat tonto-tonto tow truck tidak kritikal mengakibatkan tonto-tonto ini perlu mencari kerja lain mengakibatkan kenaikan masalah pengangguran

7. Kalau semua fasiliti kat Malaysia ni lengkap dan elok,apa benda lagi yang kerajaan boleh hadiahkan masa pilihanraya untuk tarik sokongan?

It's about economics,people!

21 ulasan:

Diloz berkata...

Kerja kau memang kondem kerajaan je. Bias.

eRaY berkata...

logic entry nie..so takpe pasni aku redha ngn jalan-jalan yang kat malaysia nie. pemanduan yang senyum..apakah??

SMART berkata...

jalan semenyih, dari kajang terus ke semenyih..sangat cantik jalan dia, setiap minggu ada excdent, 2kali dah melibatkn kematian, satu semasa ak nk pegi keje. kenapa? sebab dh lebih 5 duk main tampal korek tampal korek kat tempat sama...tak reti-reti nk overhaul skali n cntik terus

ch!natsu berkata...

terbaek..!! =)

MuJE berkata...

kalau nak tengok keindahan sebenar jalan kat malaysia ni, pegi la kelantan, anak tiri malaysia.

eszol berkata...

sokong muje n diloz

Khairi berkata...

Wahaa... tepat sekali.

SiSagaPutih berkata...

this is what we call ekonomi kapitalis.

akmafaizal berkata...

wah..ada perkara2 tersirat rupernya. untuk memajukan ekonomi negara kot..hehe

Tanpa Nama berkata...

jalan persekutuan masih lagi satu lane pergi dan balik kerajaan ingat tahun 70-80 an ke???

Tanpa Nama berkata...

bro..

lu tak bikin cerita pasal itu menteri bakar jambatan yang rogol amah dia ka?

Wanita Bertudung Hijau berkata...

sy dah 3x repair spot rim yg bengkok

padahal laluan tersebut sy dah hafal di mana ada lubang, maksudnya sy dah berhati2 yg maksimum

malangnya, setiap kali lps hujan muncul lubang baru, lepas ni boleh letak istilah, mcm lubang tumbuh lepas hujan, bukan cendawan tumbuh lepas hujan

boleh ke saman mana2 pihak sbb maintenance jln tak diselenggara dgn efisyen?

.Najihah A. berkata...

kalau jalan raya senonoh sangat, habis semua orang memandu macam takde adab lagi2 yang bawak kereta import tuh. huh.

karimah berkata...

pemerintah ialah ujian bagi rakyat, atau hukuman kepada rakyat ?

zixol berkata...

hahaha..adeke mcm tu pulak

alan hussin berkata...

kek tompek den(semenyih) jalanraya sedang dibaikpulih... biar den teke tarikh pilihanraya... den tikam bulan 3 nih pilihan raya..sapo nak teka?

tigasukumaut @ TSM berkata...

Adakah sebab2 d atas telah d rancang sejak awl2 lg pnubuhan Malaysia?

Tanpa Nama berkata...

terbaik dr encik mantot!!!

Miecyber berkata...

Kakakaka...kelakornyer....

Israel gunakan burung hering sebagai pengintip

samanosuke_04 berkata...

memang balance yang da ade kat dunia.. kalo takde org miskin yg keje jadi nelayan.. mane orang kaya nak beli ikan?

abah kau berkata...

negara maju terkenal dengan jalanraya yang cantik dan rata..tp tidak salah sekiranya negara kita terkenal dengan jalanraya yang tak berapa nak cantik.kurang2 menjadi tarikan pelancong..secara tak langsung sektor pelancongan negara kita akan meningkat!