Januari 03, 2011

Orang Yang Paling Jahanam Adalah Manusia Yang Menjahanamkan Masyarakat Guna Kepercayaan Ramai

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman penjara 20 bulan terhadap seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah di sini yang didapati bersalah melakukan kelucahan melampau terhadap murid lelakinya tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati Hakim Mahkamah Majistret telah membuat keputusan yang tepat dan menyeluruh.

Menurut Ahmad Nasfy, dalam kes tersebut ada saksi yang melihat kelakuan tertuduh selain pihak pendakwa mempunyai beberapa keterangan sokongan daripada saksi-saksi lain.Tertuduh, Mohd. Harith Mohd. Nor, 42, didapati bersalah merangsang seorang murid lelaki yang ketika itu berusia 11 tahun untuk melakukan kelucahan melampau di dalam pejabatnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 di sini pada November dan Disember 2007.

Bapa kepada seorang anak perempuan berusia tujuh tahun itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan sebatan jika bersabit kesalahan.

..........

Bila diingatkan balik,sekolah rendah adalah satu-satunya tempat yang sepatutnya jadi tempat paling selamat untuk budak-budak masuk.Apa akan jadi kepada budak-budak tu?Adakah bila budak tu besar diorang akan jadi gay?Kalau baca laporan awal tahun 2008,dia merayu turunkan ikat jamin dan ringankan hukuman sebab ada anak dan ada isteri yang tengah sambung belajar.

Kenapa dalam mahkamah Malaysia,orang-orang macam ni ada hak lagi untuk bela diri?Kalau dia boleh buat macam tu dan boleh rayu sebab kasihan keluarga dia,apa nasib budak-budak yang jadi mangsa dia tu nanti?Macam mana mak bapak budak-budak yang jadi mangsa tu nak bantu anak diorang let go trauma tu?Mampu ke budak tu besar jadi normal?

Yang paling ditakuti,undang-undang Malaysia memilih kasih,menghukum "pesalah anti Kerajaan" dengan lokap ISA selama yang mereka mahukan,tanpa rayuan,tanpa bicara sedangkan seorang guru kanan yang membuat JAHANAM dalam OFIS DIA dekat SEKOLAH RENDAH dekat BUDAK LELAKI kena 20 bulan aje (untuk dakwaan pertama,ada 3 yang dah dilepaskan)....Defendan siap keluar statement "Yang didakwa telah berkhidmat dengan Kerajaan selama 18 tahun."Apa faedahnya kerja kerajaan 18 tahun kalau dalam 2 tahun dia jadikan ofis Guru Kanan Sekolah Rendah,bilik torture mental dan fizikal kanak-kanak?

Bila orang ada kuasa dan orang itu take advantage dengan position tu, orang macam ni lah sepatutnya disimpan dalam lokap penjara selama mungkin....ISA kan dia....terang-terang salah sebab ada saksi nampak.Tapi,selalunya,yang mana tak salah tu lah yang undang-undang kita suka nak kurung.Tanyalah mak bapak budak tu,macam mana diorang rasa.

Report Tahun 2008
Laporan 3 Januari 2010

15 ulasan:

Faiz Tapit berkata...

memang bodoh! thats it

Tanpa Nama berkata...

more reason to homeschool my kids one day. hmm, kang tak berkembang socially pulak

but seriously, how can people like this exist, kerja kat sekolah siap...!

AzmanV2 berkata...

memang celaka.

Inche gabbana berkata...

selamat datang ke Malaysia, tanah tumah darahku yg terchenta..! yeaaahhh!

eszol raar berkata...

ini melayu bangsat

ini melayu bodoh

peedoo should die!

mr edz berkata...

hukum dia balik dengan rangsang dia balik hahahaha

llyna berkata...

this just one yang kena lapor. Kat luar tu banyak lagi, apa nak jadi yer. hmm

mknace unlimited berkata...

tak tau la apa nak jadi

Khairi Mohd berkata...

20 bulan aku baca 20 tahun. 20 bulan tu kire sekali raya dlm lokap la. boleh dia rangsang budak2 dalam lokap tu plak. bagus2.

Tanpa Nama berkata...

siapa yang patut dipersalahkan?kenapa guru tu terangsang merangsang muridnya...faktor yang mempengaruhi guru tersebut adakah datang dari media elektronik?video/cd/vcd lucah? sekolah sejenis? atau iman yang lemah?..

yang baik itu datang dari Nya..yang buruk dari diri kita jua....

Tanpa Nama berkata...

Msuk mahkamah mula lh buat muka 'alim' dia. menyampah ngn org cm gini. Ni mesti tak ckup ransangan kat rumah al maklumlah isteri sibuk further study. Jgn belakon mcm baek lah wei. Sbb engkolah cikgu2 yg lain terbabit sama.

Along berkata...

Semoga dia dapat balasan yg lebih setimpal di jel dan jugak di akhirat. Semoga mak ayah dan jugak budak2 yg dianiaya tabah hadapi dugaan dan diberi sokongan dan perlindungan sewajarnya.

~Ati_Hime~ berkata...

mungkin dia x pikir klau bende mcm tu kene dkt anak perempuan dia ape dia rs? mmg harsh..tp pikir la sendiri

keh keh keh berkata...

cube korang siasat dulu siapa cikgu ni, siapa mak bapak budak lelaki yang kene rangsang tu...mungkin ade citer lain antara mak bapak budak tu dengan cikgu tu...aku taknak citer banyak...tapi...siapa ada duit dan kuasa, dialah yang 'benar'...

Unknown berkata...

Sekolah yg sama 2 adik beradik mati lemas july2011..... apa itu bala yg diturunkan ke atas masyarakat yg zalim....?