Januari 12, 2011

Retorik Kosong Najib : Menjelang 2020,Gaji Anda Naik Tiga Kali Ganda

Ada satu talk hari tu,ada Timbalan Menteri mana tah dijemput,aku tak ingat,tapi orang Melayu.Talk tu adalah untuk membincangkan kenapa orang kita,khasnya orang Melayu,semakin menurun semangat nak membangunkan negara.

Kata Timbalan Menteri tu,kita sebagai rakyat sepatutnya berkorban,jangan kerja luar Malaysia,duduk kerja sini dan sumbangkan tenaga dekat negara.Ayat dia lebih kurang."Ramai rakyat lebih gemar bekerja di luar negara semata-mata kerana imbuhan kewangan yang jauh lebih baik,menyebabkan Malaysia kurang tenaga pakar dalam bidang yang diperlukan.Kenapa orang kita tak sanggup berkorban untuk negara sendiri dan lebih gemar berkhidmat di luar sana?"

Nak aje aku tanya dia,"potong gaji dan elaun kau 75%,tengok la macam mana patriotik nya kau.." sayang takde peluang untuk bertanya,aku belah awal sebab menyampah.

Aku tak nampak macam mana diorang nak naikkan pendapatan per kapita Malaysia ni.Last sekali aku baca,purata pendapatan kita sekarang adalah USD5,000 (RM16 ribu lebih kurang) dan kerajaan mensasarkan pada 2020,kita mampu capai USD15,000 (RM45,000) .Peningkatan 3 kali ganda.

Lihat statement ini

Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Fauzi Mohd. Jani berkata, ia boleh dicapai dengan meningkatkan pembangunan pelbagai sektor ekonomi bagi meningkatkan pendapatan.Secara umumnya, jelas beliau, pendapatan tahunan seorang rakyat negara ini adalah RM17,182 (AS$5,000) berbanding pendapatan tahunan rakyat Singapura sebanyak RM103,140 (AS$30,000).“Ini menunjukkan pendapatan tahunan rakyat kita enam kali lebih rendah daripada negara berpendapatan tinggi seperti Singapura,” 
katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Untuk menjadi sebuah negara maju,purata pendapatan kita perlu dinaikkan 6 kali ganda supaya sama level dengan negara maju yang lain.Kalau kita ambik statement di atas,purata gaji sebulan kita adalah  Rm1431.80 manakala di Singapura,RM8595.Tapi PM kita target kita achieve USD15,000 dulu pada tahun 2020.Takpelah,kita Malaysia.....kita aim sket2 dulu. Singapore lain,dia dah lama merdeka.

By 2020,purata gaji kita sebulan adalah RM3750.Jadi,lihat angka tu dan lihat sekeliling anda sekarang.Kalau gaji anda sebulan sekarang adalah RM3750,mungkin anda boleh hidup selesa tapi minyak baru naik,minyak masak naik harga,minyak tanah naik,harga roti canai seringgit sekeping sekarang...pada 2020,berapa anda rasa harga sekeping roti canai dan seliter minyak?Masalah akan tetap sama.

Jadi,apa yang aku nak cakap kat sini?Apa yang Najib cakap mengenai percubaan menaikkan pendapatan purata rakyat Malaysia hanyalah satu mimpi yang kosong sebab itu bukanlah penyelesaian masalah.Propaganda politik semata-mata.

Ada beberapa langkah yang boleh diperkenalkan untuk lebih membantu dan salah satu benda yang perlu dilaksanakan adalah pengenalan gaji minimum bukan mengikut bulan,tetapi mengikut jam.Kalau kau tengok link ni,kau boleh tengok sendiri minimum wage yang dikenakan pada negeri-negeri di USA.Kebanyakannya minimum USD7 sejam (RM21 sejam) tak kiralah apa kerja sekalipun,tukang sapu ke,cleaner ke,waiter ke.

Jadi,aku tanya kau,nak ke kau kerja dekat KFC kalau gaji kau RM20 sejam?Semua orang nak sebab kita tau satu hari kerja 8 jam kita boleh dapat RM160.Sebulan kita mampu dapat RM4160 (26 hari bekerja).Adakah itu nilai yang berbaloi?Ya.Salah ke aku banding dengan USA?Kata nak jadi negara maju takkan aku nak banding dengan Uganda...Nak suruh aku keluar Malaysia kalau tak puas hati sangat?Aku bukan kata pasal aku..aku cerita pasal berjuta orang Malaysia yang bekerja sangat-sangat underpaid.Tak dapat RM20,dapat 3 kali ganda daripada gaji sekarang pun ok apa.RM3.50 sejam sekarang naikkan jadi RM9 ke.Takkan itupun nak tunggu 2020?

Sekurang-kurangnya itu akan membantu menarik kembali minat pemuda dan pemudi yang malas bekerja.Siapa nak kerja kalau kau kerja dan kau tau,pekerja KFC dekat USA dapat 6 kali ganda dari apa yang kau dapat.Negara kita sudah melancarkan Talent Corporation untuk beri inisiatif kepada pekerja Malaysia yang kerja di luar negara untuk balik ke Malaysia.Tapi,sayangnya takde siapa pun yang beri inisiatif kepada mereka yang sedang bekerja di Malaysia dengan gaji ciput.

Sekurang-kurangnya kita mampu mengurangkan pengaliran keluar wang Malaysia yang diberitakan tempoh hari akibat daripada pergantungan kita kepada pekerja luar. Bila rakyat mampu berbelanja,beli barang,syarikat akan untung dan duit tak keluar dari negara,ekonomi akan lebih baik.Tak ke itu yang kita nak?

Gaji menteri nak ikut negara maju,kadang2 lebih pulak, pendapatan rakyat macam mana?Sekarang ni,nak beli susu tepung anak pun tak berapa mampu...apa cerita?

Bacaan Lanjut
Minimum Wage USA
Minimum Wage UK

69 ulasan:

mr edz berkata...

bagi kat najib rm200 suruh dia beli barang dapur.. (bukan beli kapal selam) berapa barang boleh dapat.

Khairi Mohd berkata...

kalau keluar jalan2 ke bandar dan tengok pengemis, pekerja tahap rendah, kutip tin, gila sedih. serius aku ckp.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

sokonglah, nilai matawang semakin menyusut skrg ni, harga brg dah byk naik, harga mkanan tak payah cakaplah, mmglah bersyukur, tp jauh di sudut hati terasa beban sgt, sbb dah tak tahu mcm mn lagi nak minimakan kos

cincin kandas berkata...

Tgu masa meletop jer ni...dh nmpak dah.

zamtercinta berkata...

rasenya ramai yg melebihkan kehendak drpd keperluan. berani hutang, tapi x brani tanggung.

syaiful13 berkata...

mr edz,

bagi najib RM200, RM190 rosmah kebas... tinggal RM10 je..

So RM10 tu je la tinggal tuk dia belanje beli barang dapur.Ape je yg leh dpt? huhuhu...

eszol raar berkata...

ke arah negara berpendapatan tinggi

kepala buto la!

sorry

gua marhaen yang pembenci kapitalis babi

Ann berkata...

kwn aku yg keje engineer kt sgpore, gajinye mau hmpir $4000 sgpore dollar sebulan.....kalo kt malaysia ni, engineer mau starting gaji kira2 RM2000 lbh jer...

jauh betul pbezaannye

kedaicantikdanlawa berkata...

setuju sgt...lg2 yg ade ank..hurm..xtthn rase nye.kje makin byk gji xpenah naik.brg sume naik,minyak naik...btol xbtol dah!!

Apisometres berkata...

wargh.. aku baca post ko nih terus aku down.. xde mood nat wat keje. keje animator lg teruk.. balik lewat tido opeskeja sabtu ahad tp underpaid. xde ot, xde elaun. huhuhu..emo dah..

Tanpa Nama berkata...

oh mantot, kalaulah entri kau ni Najib baca. Depressed aku kalau fikir banyak kenapa menteri kita semua pekakkan telinga, butakan mata.

Ubah cara hidup! heh.

anyway, tak tahu kenapa ayat first aku baca talk tu sebagai "taik" LOL

Housewife kat oversea berkata...

Takkan nak tunggu sampai jadi macam kat Tunisia sekarang, riots teruk sebab kenaikan harga barang dan unemployment rate tinggi.

mnfahmie berkata...

aku setuju tu...sedih dan sadis melihat tangga gaji gov sector..terlalu rendah especially untuk gaji warga pendidik..

aku pun pernah terfikir nak keje part time kat kfc, tapi setakat gaji per hour yang ciput baik aku xyah keje situ...

zX berkata...

rakyat didahulukan ... yeah rite!

Tanpa Nama berkata...

wife gua keje kerani kt gomen basic 800 lebih je...jauh dari Rm1431.80 yg incik mantot listkan kt atas...

Aslina berkata...

dah la underpaid... gaji ciput pun lagi nak suruh ubah gaya hidup...

dorang tu perlu ubah gaya hidup dulu... ini semua benda nak claim... pegi bercuti nak claim... isi minyak semua pun sponsor... gaji dorang berpuluh2 ribu... pastu lagi tamak nak bolot untuk kuarge masing2 bagi membuncit busung... entah apape...

pastu kalo gaji ciput, tibe2 ade aset mcm umah yang da abes bayar ke apa ke sibuk nak suruh income-tax kejar... nak siasat... apa ni??? dorang sendiri takleh nak terima hakikat rakyat yang tak berapa nak ada hutang takleh tidak MESTI ADA HUTANG. oh, sori aku emo dan mcm lari tajuk...

keje nak teruk2... tapi gaji bagi ciput mcm tak berbaloi dengan usaha... pastu lagi nak suruh rakyat bersyukur pasal orang2 luar sanggup nak keje sini... padahal da amik orang luar keje sini, duit banyak je mengalir keluar... pastu nilai duit makin berkurang... pastu nak komplen rakyat negara sendiri demand... apa ni? apa ni? apa ni?

tapi betul laa... baik aku keje kat luar negara je kalo pekerjaan paling yang orang pandang lekeh pun dibayar dengan harga tinggi ikut jam...

wb6 berkata...

setuju sgt dgn artikel ni...2020 3x ganda?!?! x masuk akal langsung 2x ganda pun mustahil...

sebagai profesional bidang construction cerita gaji basic swasta tahun 2000 ialah rm1800 & pd 2010, msh ada yg di ofr rm1800 jgk. kesian... lagi baik saya kerja ikea/topshop etc...

saya prnh kerja oversea thn 2008, gaji, elaun, etc best. cuma recesion menghalang utk berthn lama di m.east.
sekirangnya ofr tu dtg lagi..saya akn pertimbangkan.

betul kata org, kalau x suka boleh BLAH dr msia.

tapi perit jgk duk msia dgn gaji skala thn 2000 ni...menjelang 2020. cerita sama kot...tanggungan bertmbh(isteri & anak2 etc) WAHAH...

talent corp patut jaga org yg di msia dulu supaya kita x lari... yg duk oversea mmg xkan pulang punya.
TREND hijrah utk 2011 semakin ketara...ramia jgk yg jual bisnes msg2 nak migrate!

tapi suara raykat, siapa yg peduli gol prof. muda yg sygkan negara tapi terpaksa telan realiti semasa.

Aslina berkata...

eh jap aku rage teruk2 ni... aku nak tanye sikit...

MALAYSIA NI KIRE CONSIDER NEGARA MAJU KE???

kalo maju dari segi peningkatan RASUAH, MASALAH SOSIAL, TIPU ORANG PASAL MLM... itu aku sangat2 percaya.

Neutronboy berkata...

Salam,

Sokong sesangat.. Sekarang ni tenaga rakyat dah jadi tenaga kerahan untuk dieksploitasi. Hmm, klu bawak kat parlimen mmg best..

Thanx for da information..

Rynn berkata...

as always.. i couldn't agree more.. dulu saya pernah kerja part time sebagai cleaner kat UK. makcik2 cleaner kat sana siap boleh pakai kereta, and ada rumah 2 tingkat.. cleaner kat msia? kais pagi makan pagi kot.. betapa berbezanya purchasing power mereka.

situkanghambar berkata...

tggu je la PRU akan datang~

"bulatkan barisan
muafakatkan pakatan"

julia berkata...

rosmah didahulukan, rosmah diutamakan..

or is it rasuah didahulukan, hiburan diutamakan?

| c o r v u s | berkata...

siot la korang, aku tengah belajar ni pulak rasa down.
Ni buat aku nak ternak lembu ni

azmie berkata...

betol latu. di cakap mentri kabinet dapur dia yg naik gaji.

Paria Perawan berkata...

Ini je ruang bagi rakyat macam kita yang mahu perubahan.
Kalau ikut media massa semuanya berat sebelah and only one side support iaitu government.
Bila kita buat demonstrasi umum nanti kene sembur FRU. Bila kita nak publish newspaper sendiri kene ada permit tapi itu belum tentu approve. Then mana hak kebebasan bersuara yang dicanang???! Lagilah kalau taip dalam blog yang dianggap sensitif bagi sesetengah pihak maka penulis blog tu kene ISA!
Anyway now skang aku dah nampak kebanyakkan golongan pertengahan dan yang hidup kat bandar dah makin sedar. Rakyat bukan menyokong pembangkang 100% tapi kita tak de cara lain untuk lakukan perubahan. Temanya 'Time to change'! Kita bukan bodoh lagi. Aku dah naik muk dengan sistem pentadbiran negara sekarang. Dah 50 tahun merdeka tapi masih sama. Ingatlah malaysia bukan Hak Milik Barisan nasional! Bukan BN saje yang boleh memerintah.

Tanpa Nama berkata...

aku keje kat luar & to be honest aku rindu nak blk Msia.. but since dlm kehidupan kita seharian mmg kita bnk hbskan mase utk bekerja.. so decision yg aku buat utk stay luar because of the working enviroment & of course la duit… xhbs2 kat ofs dok bersembang nak jd cam standard international company tp mentality masing2 cam haram.. Msia, kalo nak naik kene kuat kipas.. kerje xbuat xpe….. hehehe..

-amir-

Tanpa Nama berkata...

aku keje kat luar & to be honest aku rindu nak blk Msia.. but since dlm kehidupan kita seharian mmg kita bnk hbskan mase utk bekerja.. so decision yg aku buat utk stay luar because of the working enviroment & of course la duit… xhbs2 kat ofs dok bersembang nak jd cam standard international company tp mentality masing2 cam haram.. Msia, kalo nak naik kene kuat kipas.. kerje xbuat xpe….. hehehe..

-amir-

Tanpa Nama berkata...

aku keje kat luar & to be honest aku rindu nak blk Msia.. but since dlm kehidupan kita seharian mmg kita bnk hbskan mase utk bekerja.. so decision yg aku buat utk stay luar because of the working enviroment & of course la duit… xhbs2 kat ofs dok bersembang nak jd cam standard international company tp mentality masing2 cam haram.. Msia, kalo nak naik kene kuat kipas.. kerje xbuat xpe….. hehehe..

-amir-

aida berkata...

sebab tulah nak buat hub hiburan. baru pendapatan bertambah banyak. majulah katakan... boleh dapat gaji 15 ribu sebulan..

haiyaa...

osip berkata...

kerje kat oversea x patriotik?

mcm la menteri2 tu bli barang2 Malaysia. buat botox pn kat UK

mns berkata...

Bersyukur memang bersyukur . Tapi kat Allah yang masih panjangkan nyawa dan akal untuk berpikir . Bukan bersyukur kat pemimpin yang mengabihkan beras ja . Aku pun heran? mana nak jumpa PM dan menteri yang asyik2 kata negara nak BANGKRAP & MUFLIS tapi depa bermati-matian tetap nak jadi PM dan MENTERI . Kalau dah akai tak pandai nak manage patut bagi la PR manage pulak biar rakyat nilai .

Cleaner sekolah tempat aku kerja pun dapat sebulan RM500 ja pastu kalau tak datang kerja gaji pun takdak . ZALIM yang teramat . kerja pulaka ikut time pejabat . Mampus kalau malam nak kerja pulak cari wang tambahan . Tu belum tanya ada caruman EPF tak ? tapi nak buat camna Dia punya tokey kontraktor kelas F bekas pengerusi JKKK sapa mau lawan ...

Aku rasa kalau sapa2 masih sokong lagi PM dan menteri yang macam nie anda sebenarnya menganiayai berpuluh2 ribu pekerja cleaner yang akan menyara beratus ribu anak2 yang akan membesar dan menghuni malaysia ...

ingat2lah time pangkah tu ....

brat2104 berkata...

bg Rm500 kat penjawat awam, terus naikkan harga barang..

kalau gini, baik xyah bagi wang bantuan tu.. harga brg biar maintain.

kalau kat KL, 3k pun kira paras miskin sebab gaji akan habus pada akhir bulan.. aku xtau la macam mana orang yang gaji bawah 1k leh hidup kat kl nih. huhu

Somebody berkata...

cukup ar wei. aku student je pun. tahun ni baru cukup 21 tahun. tapi aku duk tengok penderitaan orang2 yg bekerja ni, aku memang kesian ar. amende Najib ni duk buat? dah berapa kali naik minyak dah semenjak dia naik. sedih ar wei dengan Malaysia.. tukarlah BN tuh. dah naik menyampah gila dah

killthepervert berkata...

aku nak ternak lembu mcm @bass ckp...keh3...

najib n the gangs are bloodyfooooooool...~ x(

MuJE berkata...

sume menteri cam taik laa.. berapi2 cakap suruh kerja dalam negeri padahal anak sendiri pon dorang anta obesea... sebab dorang pon tahu gaji kat malaysia ni ciput.. nak enjoy kat disko pn tak lepas.

TanpaGraviti berkata...

Stuju Tot.

Gaji kat Msia memang sikit, tak kisahlah keja apa pun.

Tak payah tengok professional (Talent Corp konon.. pffftttt!), tengok saja gaji keja sambilan. Apa ke bangang bagi RM3.00 sejam? Rate zaman bila tu, 80-an?

Daripada apa yang aku perasan, blajo tinggi2 kat Msia nih hanya untuk hidup cukup2 makan.
Macam mana dengan mereka2 yang kurang bernasib baik tak dapat lanjutkan pelajaran ke peringkat U?

Dan bagi aku, salah 1 faktor jenayah (pecah rumah, ragut etc) adalah disebabkan ini, tekanan hidup aka duit tak cukup (jangan la ada malaun mai reply: Duit tak cukup dan tak penah cukup).

Benda camnih tak berlaku kat negara2 maju cam Jepun. Kat sana, keja part time pun leh hidup cukup makan (cukup makan = tiap2 hari mampu makan nasi 2 kali sehari). Compare epal dengan epal, RM1 = ¥100, kos sara hidup kat sana JAUH lebih murah daripada Msia. Dan belajar tinggi2 kat sana leh hidup senang.

Ps: Negara berpendapatan tinggi? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

low^moo berkata...

argh! sbg student, tensen ak bace sume nih.

ak penah keje parkson time cuti sem. gaji sikit. perah working hours nk kaw2 je. 10 a.m - 10 p.m. nk mintak keje shift x bagi. kurg kakitangan katenye. sape nk keje situ cmtu kalau kena perah kaw2 tp duit ciput. lps tu terus malas nk keje part time dh.

kekadang bukan la kite nk bangkang je. even kalau tuka kerajaan pun x tau lagi cmne kn. tapi standard la. mnde baik kite sokong. mnde x berape nk elok kite bangkang. masalahnye kt malaysia nih lg byk mnde x baik je ak tgk walaupun cuba utk pndg mnde tu dgn positif.

Tanpa Nama berkata...

tetibe aku jadi begang dan marah sgt2 bile bace entri ni..
menteri2 ni gaji beso xrasa mcmnana sushnyer hidup kt msia ni skrg bile kos hidup sgt2 tinggi...
argghhh tension!!

-Mis izza-

.:pUbLiC_eNeMy:. berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
.:pUbLiC_eNeMy:. berkata...

Aku tak tahu nak ckp ape..
Barang asyik naik je..aku pernah terfikir nak pegi oversea dah abis study nnt..rasa cam terkilan lak duk negara sendiri..malaysia maju ke??yeah right..!!!

cuyaduya berkata...

itulah yang aku cuba bagi parents aku faham bila aku cakap nak keje luar time abes study. dan aku memang aim nak keje luar dari dulu lagi. rakyat semua suruh balik, belajar kat malaysia. anak diorg dari kecik2 dah hantar duduk kat luar, belajar dgn system yg bagus dari kat sini. yg kat sini, belajar mmg belajar, tapi yuran bayar mahal gile. belum lagi dgn masalah MQA semua. memang cam haram! yang kaya makin kaya, yang miskin, makin miskin. yang menderita? orang2 middle class yang diperah keringat habis-habisan.. termasuklah aku kalau aku terus nak duduk kat malaysia tercinta untuk selamanya! berbakti dan patriotik (kononnya)!

-thethinker- berkata...

bapak aku dah berumur 60, buta mata sebelah , pernah bypass , kencing manis , darah tinggi . mak aku kaki dia dan bengkok , lutut sakit 24/7 .. tapi depa tetap kena kerja , dari 7 pagi sampai 10 mlm .. pasai apa ?? pasal aku yg lulusan universiti malaya ni yg kerja kat MNC sbg senior TAK MAMPU nak menyara depa .. tanggungan berat , rumah , keta , anak bini . aku memang anak derhaka , biar mak bapak aku keja sampai tua , tapi ini bukan kehendak ku .. Negara Maju bergaji tinggi .. phuiihh cibai laa sapa yg caya tu . nak makan roti sardin pun aku timbang tara 3-4 kali , last last pekena roti kosong je.. tu pun tapao , nak save harga minuman.

1Malaysia kena SAPU dek depa . Hidup SAPU MALAYSIA

-thethinker- berkata...

dulu bole gak makan roti hi-5 , maggi .. kalu takda lebihan . tapi laa ni roti dan maggi pun dah mahal. lebih baik jadi anjing gemuk kat oversea dari jadi anjing kurap kat tanahair sendiri.

hujan emas kat negeri orang , hujan batu kat negeri sendiri , baik lagi negeri sendiri ?? nah .. sapa yg caya tu , hangpa makanlaa batu tu

Cetusan Minda Pelajar berkata...

Assalamualaikum w.b.t

Mungkin ada kebenaran disebalik luahan penulis di atas, tetapi saya lebih merasakan yang penulis melihat perkara ini dari satu sudut sahaja. Memang tidak dapat dinafikan gaji pekerja di luar negara sangatlah tinggi jika hendak dibandingkan dengan gaji pekerja di Malaysia, tetapi penulis lupa untuk melihat taraf hidup pekerja di luar negara.

Dan, mungkin ada benarnya sekiranya pekerja di luar negara pulang ke tanah air mereka akan menjadi lebih kaya dari pekerja di tanah air, tetapi hakikatnya, taraf kehidupan mereka di luar negara juga tiada bezanya dengan situasi rakyat Malaysia.

Saya masih lagi pelajar yang menuntut di sebuah institusi pengajian di Tokyo, yang mana jika dilihat dari segi taraf hidupnya adalah bandar yang paling mahal untuk didiami. (sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_most_expensive_cities_for_expatriate_employees)

Walaupun saya masih belum bekerja, saya tetap merasakan keperitan hidup dengan berbekalkan biasiswa yg diperoleh hampir RM5000 sebulan. Mungkin ada diantara kita yang mengatakan walaupun saya yang masih belum bekerja boleh mendapat wang sara hidup hampir RM5000 sebulan, tetapi pada hakikatnya, sewa rumah saya di Tokyo ini sahaja sudah memakan hampir RM3000. Ditambah pula dengan kos makanan, bil air/elektrik/gas, tambang pengangkutan harian ke Universiti, kadang-kadang wang yang diperoleh itu tidak mencukupi untuk sebulan. Dan untuk pengetahuan saudara pula, rumah sewa saya di Tokyo ini hanyalah rumah binaan kayu sebesar 20m persegi, tersangat mahal untuk dibandingkan dengan nilai sewa. Tetapi, itulah yang harus ditelan untuk meneruskan pembelajaran di Tokyo.

Untuk pengetahuan saudara juga, situasi ini sama juga di Malaysia yang mana nilai taraf hidup itu berubah-ubah mengikut tempat yang kita tinggal. Sebagai contoh, jika kita tinggal di bandar-bandar besar, nilai taraf hidup menjadi lebih tinggi daripada taraf hidup di luar bandar.

Mengenai penulisan saudara tentang gaji RM20 sejam bekerja di KFC, situasi ini adalah sama di Tokyo. Kebanyakan pelajar Jepun yg berhijrah ke Tokyo untuk melanjutkan pelajaran melakukan "part-time" di restoran seperti KFC untuk menampung kos sara hidup. Jadi, isu gaji KFC di USA 6 kali ganda daripada Malaysia adalah satu penulisan yang kurang matang diketengahkan oleh saudara.

Mungkin pandangan saya ini adalah pandangan yang tidak membina dari seorang pelajar yg masih belum lagi mengenal alam pekerjaan yang sebenar, tetapi bagi saya, apa yang penting di sini adalah rasa syukur kita dengan apa yang kita perolehi. Ramai dikalangan kita mendesak kerajaan memberikan imbuhan yang lumayan untuk kita, tetapi kita persoalkan balik diri kita, adakah pekerjaan yang kita laksanakan itu cukup-cukup berkualiti untuk dibalas dengan gaji yang berkali ganda.

Sekiranya saya punya wang yang banyak, saya ingin membawa seluruh rakyat Malaysia ke Jepun , belajar cara-cara mereka bekerja, lihat bagaimana nilai Islam itu wujud dikalangan orang yang bukan Islam. Maka tidak hairanlah Jepun yang lumpuh seketika akibat dibom suatu masa dahulu, boleh bangkit dengan sekelip mata, kerana mereka berkerja bukanlah untuk kesenangan hidup mereka, tetapi mereka bekerja atas dasar tolong-menolong untuk memberi kesenangan sesama mereka. Maka, tidak hairanlah sebelum berlakunya "Economic Buble" penghujung tahun 80-an, rakyat Jepun hidup dalam kemewahan sehingga diceritakan bahawa wang gaji sebulan yang diperoleh cukup untuk menampung sara hidup untuk beberapa bulan.

Akhir kata, kita jangalah terlalu mengharapkan b"bulan jatuh ke riba", sebaliknya kita berusahalah mencari alternatif yang lain untuk menambah baik nilai hidup kita.

Mohon maaf sekiranya penulisan saya mengundang perasaan tidak senang.

"Syukur dilahirkan di Malaysia"

Mantot berkata...

pergh!
scholar apa yang kau dpt sampai 5 ribu sebulan ni?

zaqelll berkata...

1st jgn la marah Najib nie.. dia naikkan harga minyak semua pasal dia syg Rosmah..klau x mcm mana nk bg Rosmah (Bik Mama) shooping..klau nk slahkn, salhkn tangan yg pandai2 pangkah BN time PRU dulu..lepas nie pangkah la lagi..klau BN menang jgn la nk bising2..dh ada mangkok hayun yg pangkah diorg..nasib lerr...klau nk hidup mewah kene lah buat perubahan..so perubahan yg pertama ialah perubahan kerajaan memerintah..fikir2kn lah...

Tanpa Nama berkata...

Cetusan Minda Pelajar said...

Try kamu balik keje kt KL tgk :) Jgn beli kete dkt Jepun; balik beli kete kt sini; then beli rumah dkt sini;
tgk bape banyak blh saving; hehehe. Ini just pandangan saya lah.

Anyway; keje part time kt UK around 8pound sejam; sehari keje dlm 8jam blh dpt dalam 64pound. Sebulan blh dapat dalam 2K kalu keje tiap2 hari :p
(kat KL bape je blh dapat? RM840 je keje tiap2 hari, k)

So, shopping barang rumah around 20pound tuk anak bini blh dpt satu troli; tahan sampai 2-3 minggu.
(kat KL bape byk ko blh beli dgn RM20? Satu bakul belum tentu penuh; satu troli mesti abis dkt RM200 pnya)

Sewa rumah baru 500pound fully furnished beb.
(kat KL, rumah pangsa blh la nk dpt RM500; apartment around RM800; rumah teres around 1K)

Agak2 kan bape banyak duit yg blh disimpan utk dua2 condition diatas?

Transportation kt sana? X pakai kete blh hidup; Naik bas @ train @ trem yg murah + sgt2 effisien.
(Kat KL, nak gerak kena guna kete; minyak wajib isi + tol byk; public transportation? S*CK! kalu ada moto pn; kena isi minyak gak!)

Apa2pn; taraf hidup kt Malaysia mmg S*CK! hahahaha...

-thethinker- berkata...

Cetusan Minda Pelajar ..
saya pun pi luar negeri jugak dan dah bandingkan depa ngan kita . Silap tuu , kos sara hidup depa tampak tinggi , tapi cuba hangpa comapare durian to durian . depa lebih kaya pada akhir bulan.

Contohnya , Denmark yg dikenali sbg antara 3 negara yg cost of living tinggi ( pada mata dunia ) , tapi sebenar TIDAK kalau kita dpt gaji dalam danish kroner.

Gaji fresh graduate ialah 30K-40K kroner , tapi minyak seliter baru 12 kroner , KFC 55 kroner , burger ala ramli ( tapi depa sausage laa ) , baru 12 kroner . kalu kita nak convert , kita bahagian ngan factor 10 . Jadi gaji 3-4 ribu , petrol , 1.20 , KFC set , 5.50 , burger 1.20. .. tak ke murah tinggal di Denmark berbanding Msia ??

Laici berkata...

aku baru jer daftar masuk U kat KL utk smbung degree..baru jer 2 minggu, dah abis dekat RM500,600 dah campur mkan,pastu barang2 lain,pastu tentang pinjaman lagi, nak tangguh, kena bayar gak kos untuk tangguh tuh, walaupun sepatutnya aku baru start bayar januari nih..aku tengah pikir camne nak bayar balik segala pnjaman2 yang aku ada nih,..pastu pikir lak idup lepas abis belajar nih, nak cari kerja,rumah,kereta,nak kawen...duit tuu..memang cam haram la goverment nih, rakyat didahulukan?

,,|,, (>_<) ,,|,, *FUCK u la

Tanpa Nama berkata...

-thethinker- said

Totally agree with you. Nak compare; better compare tembikai dgn tembikai; jgn compare tembikai dgn laici;

Taraf hidup dkt sini mmg tak balance & gov x amik port pn nak betulkan; even naikkan lagi harga barang lagi adala; bg janji2 kosong kata harga 'itu' 'ini' x naik & nak pantau la; lastly tempiasnya rakyat gak yg kena tanggung. Hampeh!

Nak suruh rakyat yg keje kat luar balik? Baik diorg mandi hujan kat negeri org; lg secure. Balik Malaysia buat sakit kepala je.

So, conclusion dia, gov amik action; control harga2 barang2keperluan@asas yg tgh mencanak naik ni; control harga rumah yg melambung2 (ini blh buat org hutang sampai mati nk bayar + tak mampu nak milik), turunkan segala cukai2 mak nenek yg x relevan & byk lagi yg gov kena amik port. Dari situ, gaji 2K pn blh survive kt Malaysia nih. Full Stop. Rakyat Happy!

Tanpa Nama berkata...

mmg sakit ati kalo pkir psl hal ni.depa pegang kuasa perintah negara atas amanah yg kita bagi.

depa hidup senang lenang ats kerja kuat kita cam kuli batak.kita la yg dok jana ekonomi negara.depa senang lenang cam lintah darat dok joli duit rakyat.

kdg2 aku rasa cam nak buat mogok haram tak yah keje.1malaysia tak yah keja.1hari ja cukup.kasi lumpuh ekonomi negara.bg depa tau kuasa rakyat lebih besaq dr depa.

tp...aku zalim kan sampai tegamak pikir nak wat cm tu..haih..

TanpaGraviti berkata...

"...tetapi bagi saya, apa yang penting di sini adalah rasa syukur kita dengan apa yang kita perolehi."- Cetusan Minda Pelajar.

Hehe.. aku dah agak mesti ada komen 'bersyukurlah dengan apa yang ada' kat sini.

Assalamualaikum adik Cetusan Minda Pelajar, good day. Habiskan belajo kat Jepun dulu, balik keja sini (Msia) and then try komen lagi skali.
Oh ya, jangan beli kereta kat sana bawa balik. Balik beli kereta sini, bak kata thethinker.

Rosmemey berkata...

SANGAT SETUJU DENGAN ENTRY NIH!!!

To Cetusan Minda Pelajar-
Saye dulu pun belajar kat Jepun.

Tolong jangan compare scholarship dengan gaji!

Cuba compare gaji pekerja Jepun dengan gaji pekerja Malaysia

Dan mentaliti bersyukurlah dengan apa yang kita ada itu takkan membawa ke arah kemajuan.

Itu adalah tanggungjawab kerajaan yang DIPILIH dan DIBERI MANDAT oleh RAKYAT.

Bukan kita patut bersyukur dan berterima kasih

Dan,yes,as many said, come back here, pay the FREAKING INCOME TAX, then maybe we can talk as adults :)

Omae ha mada otona ni naru yo...

Sood&Lamlie berkata...

Kepada CMP, aku quote:
"...adakah pekerjaan yang kita laksanakan itu cukup-cukup berkualiti untuk dibalas dengan gaji yang berkali ganda."
Yes, because I'm worth it. Mungkin sebab adik belum bekerja dan belum berkeluarga jadi adik tak faham situasi kami.
Baliklah Malaysia. Nanti adik akan faham.
Chewah! Friendship abis!

Ichiro berkata...

CMP..

Not blaming u, tp rasanya kau misunderstood apa yg mereka2 ini luahkan.

In reality, tak mcm yg kau sangka. Aku pun pernah belajar kat Jepun n frankly, scholar yg aku dpt masa tu lagi rendah dari apa yg kau dpt skrg.

In fact, aku setuju dgn pendapat kau ttg cara hidup n cara kerja org jepun...n cuba kau tengok pemimpin2 diorg. Kalau something bad happened, menteri akan letak jawatan sbb rasa bersalah n tak boleh nk fulfill rakyat nye expectation. Benda tu common. Tp...sama ke mcm kt malaysia? Berapa kali kita nampak pemimpin kita yg mengaku bersalah, mintak maaf dari rakyat n letak jwtn?

If u r lucky, myb after grad boleh dpt kerja kat kaisya (company) yg well-established and gaji tinggi. Tp bkn semua org dpt pilihan mcm tu. U r lucky sbb dpt scholar...tp cuba fikirkan mereka2 yg terpaksa buat loan utk study. Repayment berpuluh tahun. Dh beranak pinak pun still lg byr hutang belajar.

Comparison mcm diorg ckp, durian dgn durian, tembikai dgn tembikai. Fresh grad kerja kt jepun arnd 30man (arnd 10~12k duit mesia) and diorg ada multiple taxes. Tp apa yg diorg byr, berbaloi. Public transport mmg awesome. Public services, merata2. Pegi 7-11 je boleh byr mcm2. Kereta tempatan murah + high quality. Petrol nye harga ikut company yg jual.

Aku x rasa mereka2 ni tak bersyukur, tp kalau keadilan n amanah tu tak nampak...boleh ke kita bersabar? Duit sapa yg diorg pakai utk bina warisan merdeka? Scandal PKFZ? Kapal selam? Subsidi kroni? Kalau apa yg kita byr, kita rasa manfaat nye...aku x rasa masing2 akan melenting..unless kalau org tu betul2 tak bersyukur la.

So..fikir2knla. Alhamdulillah, apa yg aku dpt skrg...boleh lg menampung apa yg perlu, tp mungkin kita patut ambil tau ttg sahabat, jiran, org lain yg kurang bernasib baik. Fahamkan apa yg diorg rasa. Bukannya tak nk cari alternatif lain, tp kalau kita saja yg bertungkus lumus perah tenaga nk tambah sekupang dua, tp org yg diamanahkan tak seperti yg kita harapkan...what'll happen? Lagipun, apa alternatif lain yg kau cadangkan? Semuanya nk kena ada modal.

Zaman Nabi dulu, pemimpin akan kurangkan harta diorg sebelum naikkan cukai...kat sini?

You no naka wa amakunai zee.

Tanpa Nama berkata...

I totally agree with all statement above...

true..we r not blaming u dear CMP...

sy pasti kiter semua bersyukur dgn aper yg kiter ader...alhamdulillah kiter masih mampu utk bekerja nk menyara diri n keluarga kiter...

i have only work for 2 years...yup even though br 2 thn...i already wonder n think how can i support my family kalo mcm nie laa keadaan kiter...dgn harga brg yg asik naik dan naik...seriously...when this happen rakyat yg menjadi mangsa...

dgr kat berita...kerajaan kata rakyat jgn cepat melatah...tp mana laa kiter xmelatah kalo harga brg asik naik n naik...kiter byr tax mhl2 tp faedah nyer???

mcm aper yg semua org kata, finish ur study asap, come back here n work...then u will know and understand better...

after listening to all this crap by the goverment...thats it laa...i'm so sure that i wont be long in malaysia...cr xperience bnyk2 n goodbye malaysia~!!

catatan si apename berkata...

Gomen ni bangang gak...buang masa je buat Talent Corp. kalau kat mesia ni pon sistem ekonomi ntahapehape..monopoli,kapitalis,sara hidup tinggi bla3x...

pengaliran tenaga mahir malaysia ke luar negara sbb ape?
gaji mesia tak berpatutan ngan skill yg dimiliki...

bekerja utk 10K-30K haji, tapi hasil hanya utk 2k-4k saje..not worth it..

efficient = input/output x 100 ;

tapi input ko (usaha mcm nak mampos) per hasil(gaji yg cam haram cket) x 100....tak berbaloi-baloi idop kat cni..

barang naik+toll sucks+tax2x yg cam sampah (utk boroikan perot menteri2x)+ public transport cam haram...efficient? erm..sampah r...

even aku still blaja kat U lagi (di Johor),tapi pernah merasai pengalaman bekrja mcm nak mampos+kerahan tenga melampau(12 jam hanya utk rm500++)..

bkn aku tak bersyukur idop kat cni..tapi ngan keadaan skrg ni di mesi yg semakin teruk,totally bullshit r...

aku keje bkn utk boroikan perot org2x atasan n perot2x pak menteri tu sume..

tak sabar aku nak berambos dari Malaysia ni...Gov Sucks!

Tanpa Nama berkata...

bila wikileaks mentioned yg menteri2 kat Malaysia ni x competent.. terkedu ko.. but cam biase, org gile kuasa + xsedar diri mana nak ngaku.. hahaha.. menteri2 kaki raba, rogol, perompak & pembunuh semuanya ada kat Msia.. Msia BOLEH!!!

-Bijan-

hanafi berkata...

Try tengok F.L.O.M yang diletak bawah jabatan perdana menteri. Kita teruk control belanja tapi yang kat atas tu belanja ikut suka..wtf? First lady of malaysia my foot!

ajib berkata...

setuju sgt dgn Ichiro...
aku rasa dah tiba masanya negara kita ni lantik pemimpin/menteri bukan dari kalangan anak2 menteri yang terdahulu..kenapa?
walaupun diorang ni secara luarannya berpelajaran tapi takde hati seorang rakyat biasa..sebab x pernah susah..belajar semua sapot..ade driver..duit x jadi issue..segala macam kemudahan ade..sebab tu ramai yang f**k up..x pernah lihat sesuatu masalah ni dari sudut rakyat marhaen...
kalau ade yang mmg naik dari zero pastu mmg brilliant & berpotensi pulak diberinya portfolio yang ntah ape2..yang xde manfaat sebab golongan bongok yang tamak dan gila kuasa ni nak meneruskan legacy kekuasaan masing2..xde maruah langsung sebagai pemimpin yang diamanahkan rakyat...what a shame..xpela kita pakat2 syukurla dengan ape yang ade (mindset bongok nak mampos!)

Raden berkata...

"syukur la ngan apa yg ada"... ayat stended penyokong k'jaan sedia ada (walaupon kdang2 diorg ckp diorg x sokong mana2 parti)

Zach Van Alley berkata...

Yo Mantot! Gua ada buat refleks sedikit tentang entry ni kat blog gua:

http://zachvanalley.blogspot.com/2011/01/gaji-anda-naik-tiga-kali-ganda-wtf.html

Sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

UGANDA PON BOLEH BAGI SEKOLAH FREE!! TAK CAYE TANYA LEBAI GOOGLE

Fatt berkata...

patutla member aku rela keja mekdi kat obersi..keje mekdi kat sini nak tolong mak bapak pun tak mampu..betoi?? cilaka punya bijaN...ko siapla aku nak pangkah lain time pilihanraya..

sarjana biotech berkata...

saya ada master..saya graduan biotech..saya pernah belajar d UK..saya ke hulu ke hilir cri kerja..sya antar resume merata2 xingat punya..tp smpai skrg x dpnggil interview ke ap..

sy ingat sy xmau la pkai2 kabel ni nk keja..sy nk test qualification sy,skill sy sndri..sy ingat pas ni sy kena pkai kabel, pakcik sedara saya pengarah nun d RTM, makcik saya pengarah d POS Malaysia, pakcik lg sorang Pengurus di Proton, makcik sya Pendaftar d UITM nuh, pakcik lg sorang ada kedai hardware merata2..kabel mmg byk,InsyaAllah diorng tlg..tp sya xnk..sy nk tlg dri sy sndri..

dulu sy ingat sy dh jd insan brjaya,dpt msuk U, brjaya la tu..sy ingt dh cukup dgn sy study tunggang trbalik..naif btul sy..sy rasa sya cuma brjaya brhutang beribu..

bru sebulan merasa xde income, saya skrg dh jd golongan miskin tegar.. skrg sementara tunggu kerja y konon2 ikut qualification..sy keja jd cikgu tadika.sya keja tiap2 hari untuk gaji 450++ sebulan, sebab rm4/hour..sy naik moto..sya hari2 maki bila nk bli brg2 umh,mnyak masak etc..sy dh jd sadis..

apa nak jadi ni,educated but not wise..not wise, sgt bodoh smpai snggup buta kn mata u kaut duit tuk kerabat sendri..apa bnda ni..Islam pulak tu..lg bgus negara komunis China y btul berperang ngn rasuah(rujuk obefiend)..lg brkali ganda bdoh org y mnyokong tp habuk ap pn xdpt kcuali lg ssh,makin ssh..

sya mngkin masih steady sbb sy muda,sya boleh buat 2,3 kerja..tp sedey sgt tgk pakcik2 tua y keja d pam minyak, kdai mkn..apa kes?trgamak sungguh..tak faham org y brmuka2 berjanji mcm2 ni, tp xde hati perut, rakyat didahulukan? mana? dulu la kot..bkn skrg..

mnta maaf sy mmg emo.sadis..di UK pakcik2 makcik tua ni relax saje, brpgang tgn, brjln2, naik bas free, itu free, ini free..sy sngguh mnyesal balik Msia..btul ini y sya rsa..sy naif, sy naif nk bngunkn negara..sy mnyesal dulu sya study je manjang,xjengok pn blog ko ni mantot..

mantot..ko jgn benti bukak mata org2 naif, buta kayu cm aku nih..

Raden berkata...

pembesar2 tu suma sedang merasakan keperitan kbnykan rakyat m'sia....

hahahahahaha...

p/s:sila guna hujah "m'sia masih aman" kalau nak kalahkan hujah2 pengkritik k'jaan... hahahahahaha

keh keh keh berkata...

aritu aku pegi kedai mak cik aku kirim nk beli susu tepung...macam nk beli rantai emas dah gaya duduk dalam kabinet kaca siap berkunci.."sila minta bantuan cashier untuk membeli susu tepung"...

Tanpa Nama berkata...

cara kau fikir ni kelakar la babe..kt us dia terima usd7 sejam..dia beli brg dkt us jugak..bkn dia hidup kt msia ko nk convert..conversion ni takkan mnujukkn value apa2..lol

yg kte patut tumpukan..kuasa membeli..cth jasmine rice dkt us harga usd17..jasmine rice dkt msia dlm rm40..nmpk tak yg kos hidup kte lgi tinggi..bukan ko convert ala2 ko kerja dkt us beli grocery dkt msia..prffttt

Tanpa Nama berkata...

Bukan ke harga beras kat US 2x ganda dengan harga kat Malaysia. Aku tak tahu lah sebab pakcik aku yang cakap sebab dia kerja kat sana.