Mei 05, 2009

Saya Anti Rasuah (Tapi Bagitau Macam Mana Saya Boleh Tolong Anda)


Dah berapa lama aku bertangguh nak baca Mastika (yang aku beli sekali dengan Playboy Malaysia iaitu majalah Mangga).Kebetulan pulak,petang tadi aku berborak pasal benda yang sama dengan student aku.Apa topik hari ni?Polis "kaki pau." Student aku cerita pasal dia kena saman dekat sebab u-turn tempat yang tak boleh u-turn.Dia ni Cina,jadi polis tu pakai la taktik biasa.Cakap "saman mahal ni" lepas tu diam,tunggu lama-lama dan bagi masa dia berfikir,lepas tu ulang balik ayat yang sama "Mahal ni kalau bayar saman,kalau boleh saya tak nak saman encik ni." Student aku bagi lesen dan tutup tingkap.Polis tu "takde choice" TERPAKSA la dia tulis surat saman.Hahaha.

Dalam Mastika yang aku baca,ada 3 cerita mengenai polis yang agak buruk didedahkan.Bagus.Ada jugak majalah yang berani buat pendedahan macam ni sebab biasanya lebih banyak majalah yang suka dedah "benda-benda lain."

Cerita 1:
Dua orang mat motor tengah isi minyak.Start motor nak jalan ada kereta tiba-tiba block jalan.Ingatkan samseng,diorang nak lari.Penumpang kereta turun terajang diorang,tergolek atas tanah,motor jatuh.Kena bawak balai,kena belasah,terajang dan macam-macam lagi lah.Polis suruh diorang mengaku,tuduhannya diorang peragut.Brader ni tak mengaku sebab dia kata dia tak salah.Jadi polis simpan dalam lokap.Dua minggu lepas tu,polis kasi lepas.Tapi mintak sain dulu laporan kata "terjatuh semasa dalam tahanan polis."Nak tak nak terpaksa la sain.

Cerita 2:
Sebuah keluarga,dalam perjalanan balik ke KL dari Pahang.Ada road block.Lesen road tax semua ok.Pusing-pusing polis tu keliling kereta,tengok lampu brek belakang tak jalan.Jadi polis ni pun keluar la ayat2 standard nak mintak hulur "secara halus."
Family ni tak nak bagi sebab duit tak cukup.Polis ni pun pegang la lesen dan buat tak tau je.Last2 sebab dah give up,husband dia pun bayar la RM50 semata-mata nak teruskan perjalanan.

Cerita 3:
Sepasang couple,boifren bawak kereta tapi takde lesen.Kena tahan dengan polis.Mengakulah si driver ni dia takde lesen.Jadi polis ni sebab baik hati,dia kata bayar aje la kat dia RM300 kalau nak lepas.Masalahnya couple ni takde duit.Jadi,couple itu pun diescort oleh kereta polis tu untuk ke mesin ATM.Semata-mata untuk mengeluarkan duit.Merasalah diorang macam VIP sekejap.

.................

Aku rasa benda-benda camni dapat dielakkan jika kita sanggup membayar saman tu.Tapi akibat daripada penuhnya rasa sayang kita dekat duit,kita lagi sanggup membayar aje duit "hulur" dekat polis2 ni untuk melepaskan diri kita daripada rugi besar.Apa yang perlu dibuat jika anda berada dalam situasi sebegini dan anda tidak mahu merasuah pihak polis (mungkin anda sayangkan darah daging polis tersebut)?

1) Pastikan ada pen dan kertas setiap masa dalam kereta.Catitkan nama dan nombor pegawai polis yang tertera di uniform mereka.

2) Jika ada penumpang disebelah driver,senyap2 keluarkan henfon dan rekod video.Kemudian sebarkan ke YouTube.

3) Catit juga nombor kereta peronda/motor peronda yang ada.

4) Jika ayat2 merayu standard digunakan polis tersebut,kata pada dia,"Saya nak bayar saman.Saya tak nak bayar benda lain."

5) Jangan buat muka sedih bila ditekan mereka.Kita perlu tegas dengan polis yang berperangai macam gini.



Kalau anda perhatikan,biasanya polis yang ingin "menyaman" anda itu selalunya akan memakai helmet dan spek mata hitam.Adakah itu satu taktik untuk menyusahkan rakyat mengenal pasti muka suspek ni?Lama jugak la polis ni berlakon buat2 tulis atas surat saman tu.Bahasa yang digunakan pun sangat sopan seolah2 petikan skrip "Gerak Gerak Geraak KHAAAAS!"

Pada pandangan aku,selagi rakyat masih "membayar" kepada polis2 yang terkutuk ni,selagi tu masalah rasuah ni akan berterusan.Bila kita masih menghalalkan tindakan ni,kesan yang negatif masih akan terus dirasai kita.

1) Mereka yang tidak layak memandu,masih memandu.
2) Takkan ada orang yang takut nak buat salah atas jalan raya.
3) Pemandu kurang ajar akan terus kurang ajar sebab tak pernah dapat pengajaran.

Buat kempen macam mana pun takde guna jugak sebab naluri orang Malaysia khasnya Melayu "nak duit senang" jadi kita yang kena berubah.Polis2 korup takkan berubah senang-senang sebab pendapatan dah biasa terlebih,jadi sebagai rakyat,kita kena sedar polis tidak berhak bertindak sesuka hati mereka.Kalau saluran-saluran yang betul tak mampu nak membendung ni,aku rasa lebih baik kalau internet dijadikan wadah pendedahan untuk membuka topeng polis-polis korup ini.

Tapi macam mana pun kita marah pasal korup-korup ni,last2 benda ni akan balik kat kita balik.Jangan langgar undang-undang jalan raya dan pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan sempurna.Bila takde salah silap,itu maksudnya takde point lah polis2 ni nak menyalahkan anda.

Takleh lah diorang cuba menyaman anda.Selamat duit anda.
Kuranglah rasuah,reputasi polis pun dapat la dibersihkan sikit-sikit.

10 ulasan:

fareast berkata...

Salam Ziarah...

Teruskan memaparkan kisah-kisah yang menarik.

RhyZe berkata...

huhu... aku sokong 100%

pernah terjadi kat langkawi.. sorang polis menahan kawan aku.. dia kantoi sbb xde lesen.. so aku pun tgk laa no polis ni.. n ada tag "saya anti rahsuah"... tp... memalukan... sbbnya polis ni akhirnya dapat jugak pitih yang x seberapa tu.. xde pride langsung!

kalau dah buat salah.. jangan takut untuk bayar saman... sbb ley dapat diskaun.. silap2 lagi murah dari ape yg kita beri kat polis2 yg makan rahsuah ni...

Papa Chang berkata...

kisah aku mase kat MMU Cyber tahun 2000 kot.. aku nak balik umah kat Dengkil, ada roadblock kat jln utan tuh.. kene plak lesen aku dah mati.. dlm wallet takdak duit.. dorang pegang ic aku n soh aku pi amik duit kat atm.. dlm atm plak ada rm20 jerr.. dengan resit2 atm dorang mintak b4 dorang serahkan ic aku balik...

demmm...

famia berkata...

ekselen ni bro.
4 ibu jari dinaikkan.

Tanpa Nama berkata...

polis RAJA DI MALAYSIA....!!!!!

austenite berkata...

Tot,dah xleh nak hentikan kot...
makin mnejadi2...
diorang nak hidup terpaksa cari duit luar..
aku dah banyak kali 'terpaksa' wat macam ni sebab aku banyak guna kereta wat keje..so adala salah2 jalanraya aku terpaksa wat macam dalam youtube tu.....
diorang sendiri mintak offer nak settle..aku pun bayar la...
tp aku tau dosa...
pasni aku harap aku x buat dah..
tenkiu Tot...

Tanpa Nama berkata...

ala kesalahan kecik boleh la wei...kesalahan besar kalau dilepaskan jugak masalah la....

c's berkata...

btl2.. kita selalu sibuk nk sifar rasuah.. tp setiap yang menerima tuh ada yang bagi.. maka, bnde kecik yg spttnye xjdi mslh pn jdi mslh..

kre skg nih ramai yang desperate buah dosa.. nk amk lesen, rm1000 gk abs.. isk2..

isk.. persoalan2 cabang cmni biasalah, akan kembali pada persoalan pokok.. kalau pokok x selesai.. sampai bila kita asyik nak selesaikan pucuk2 nih~ mmg x abis~

cth ag yg bes pasal sukan negara yang Dato A Kadir Pernah tulis http://kadirjasin.blogspot.com/2009/01/sukan-jaguh-kampung-jaguh-dunia.html

wallahua3lam~

peace ~

nadz ruslan berkata...

sama ja dua2. yang bagi duit kopi dosa, yang mintak duit kopi, lagilah dosa. cuma kadang2 yg mintak duit kopi ada kuasa, terpaksalah bagi. tapi eh hukum cemana eh? @_@

Mat Pintu berkata...

member gua dulu masa kat kolej, buat u-turn kat tempat takleh uturn, kantoi ngan polis.
Polis sruh berenti, pastu terus tanya "BAWAK DUIT BRAPA BANYAK???"
masa tu member gua ade 5ingggit je dlm wallet, pols tu lepas gitu je, kesian kot.
konfem polis ni x penah tgk gerak khas dan tak pernah join drama kt skolah. haha