Mei 21, 2009

Tukar Kasut Baru,Berjalan Lebih Baik


Kasut yang aku pakai setiap hari dah terkoyak.Ada lubang besar kat depan.Aku agak malu jugak dengan kasut aku sebab kalau orang ramai nampak,mesti diorang akan fikir takkan la aku tak mampu beli kasut baru.Aku buat tak peduli sebab pada aku kasut ni sedap.Selesa.Tapak tebal dengan besi kat depan,membuatkan aku rasa konfiden nak terajang pintu kereta yang kurang ajar atas jalan raya (aku pernah buat ni sekali..aku terajang CRV masa traffic light merah,dia masuk lane aku tak bagi signal sambil cakap henfon,aku bagi jari hantu dan mamat tu buat2 cam tak nampak aku).Aku tak peduli orang kata aku "mat rempit" ke,kalau dia langgar aku,aku langgar dia ke,aku jugak yang sakit.

Lama kasut tu menjadi teman aku.Hampir 3 tahun,hujan panas,pagi petang siang malam,kasut tu aje la teman setia aku.Dah lama dia berkhidmat untuk aku.

Sehinggalah sebulan lepas,masa aku balik dari ofis,sambil meredah hujan.Aku dapat merasa air hujan mengalir masuk ke dalam kaki aku.Lagipun dah lama aku sedar,tapak dia pun dah licin.Jadi bila aku jalan atas tile yang berair,aku kena jalan slow2.Pusat graviti aku tinggi jadi balance aku agak off.

Aku terus ke kedai kasut esoknya.Aku bukan peduli pasal brand,jenama,harga..aku beli kasut kat kedai tepi jalan.Harga dia RM100.Yang penting dia ada tapak getah,keras dan ada besi kat depan (Untuk aku sepak pintu kereta orang kurang ajar)

Keesokannya,bila aku pergi kerja dan sarungkan kasut tu buat pertama kalinya (untuk berjalan keluar rumah) barulah aku rasakan betapa teruknya kasut lama aku sebelum ni.Perasaan selesa terus menyelebungi kaki aku.Barulah aku rasakan nikmat tapak kaki aku tak sakit.Barulah aku sedar betapa licinnya tapak kasut aku selama ni.Kasut baru aku membuatkan kasut lama aku seolah-olah sepasang kasut selipar jepun.Aku berjalan pun dengan sangat yakin sebab aku boleh rasakan tapak kasut tu mencengkam tanah yang aku pijak.

Rupanya selama ni,aku yakin benar dengan kasut lama aku yang berlubang.Aku tak pernah perasan banyak faedah yang aku dapat kalau aku tukar kasut aku.Kini aku tak perlu lagi berhati2 bila berjalan dekat lantai yang licin.Aku tak perlu lagi risau stokin aku basah dan air hujan masuk ke kaki aku.Tersedarlah aku, apa yang aku perlukan hanyalah berani berubah.Sebab jika aku terus degil dan berpegang dengan apa yang aku percaya dan ada,aku takkan perasan apa yang aku tak dapat.

Apa yang aku takutkan untuk berubah?Kenapa lama sangat tempoh yang diambil aku untuk berubah?Yang peliknya,aku tau kasut lama aku tu licin,tapi kenapa aku masih lagi degil nak menggantikannya?

Apa salahnya perubahan?
Kenapa ada di antara kita yang takut sangat dengan perubahan?Sampai bila nak terus berpegang dengan sesuatu yang sebenarnya lagi baik diganti,macam kasut lama aku?

11 ulasan:

sepolutusan berkata...

stuju tot...

aku mlalui saat2 yg mcmtu gak...

especially bab kerja juga penampilan...

nik berkata...

mengikut perkiraan aku, ko dah tendang kete kurang aja dua kali...
pertama kali semasa di melaka, di trafik lite hospital pantai...kereta proton saga dipandu cina bodoh...

Tanpa Nama berkata...

apa takut untuk melakukan perubahan??? mmm aku pun kena la berubah. jangan asyik dibuli orang atasan...berani suara pendapat walaupun dia ada jawapan untuk alasan aku.

p/s; aku baru ja dengan sengaja langgar keta mamat sorang ni sebab potong ikut kiri, dapan trafik light plak tu, dengan jalan sempit. dia ingat keta vios baru dia tu standart sangat nak banding dengan keta saga aku??? nasib keta ku gagah...

semi berkata...

Tukar kerajaan yang banyak sangat ketirisan!
Ada berani?
YEAH!

Tanpa Nama berkata...

falsafah giler ko punya ayat...aku suka....

mantul berkata...

nilai utk berubah = rm100

xkan sama ngan nilai sebuah perjuangan..takbir!!

Tanpa Nama berkata...

yang ada cuma kasut baru...bukan sebuah kasut yang takkan ROSAK.fikirlah...sama je kalau manusia ni dah lama lalai dan berkuasa...

Che underscore Lee berkata...

naiiisss!!

ephol berkata...

memula bila aku tgh baca... aku pikir apa yg tersurat jeee... tapi bila dah sampai ke penghujung... rupanya yg tersirat dia sangat la tajam menikam....

apa kata kita berubah.. ramai2 tukar kasut baru...

milo boyd berkata...

tgh citer ko aku dah agak dah metaphor hahah..

ape salah juga kalo pakai kasut lain sebelah cam member sebelah ko tu.. =))

anti penjajah minda berkata...

tak perlu berubah kasut kot.. if dah tau kasut tu berkualiti , tahan lama , tak licin so if kasut tu dah koyak , beli la jenama yang sama atas standard dan kualiti yang selama ini tidak pernah mengecewakan kita..

:p