Mei 10, 2009

Saya Anak Malaysia



Hai namaku Ali.
Hari ini aku ingin menceritakan mengenai salasilah hidup aku dari aku kecil hinggalah sekarang ini.Aku sudah pun berumur 25 tahun.

Aku dilahirkan tanggal hari Ahad pada pukul 3.30 petang.Mak kata aku adalah seorang bayi yang menangis sangat lah kuat apabila mendengar azan daripada ayah aku.Entahlah mengapa.Sejak aku kecik,aku sudah duduk disebuah rumah papan yang agak usang.Ayahku seorang petani dan ibuku pula seorang penjual kuih.Ibuku dari kecik menyuruh aku menyimpan cita-cita menjadi seorang doktor atau engineer.Aku pun tidak faham mengapa,nampak tak seronok.

Aku masuk bersekolah rendah di kampung.Aku kenal dengan ramai kawan-kawan.Antara kawan-kawan yang aku kenal ialah Abu,Ah Meng,Raju dan yang paling aku suka ialah Wani.Pada aku,Wani seorang yang sangat baik.Dengan tudung putih dan mata yang besar,Wani menjadi teman rapat aku.Ada juga budak2 lain yang menggosipkan kami berdua tapi aku buat-buat tak dengar.Aku cakap dengan Wani aku nak jadi Doktor,Wani pula nak jadi Pensyarah.

Keluar keputusan UPSR,Wani dapat semua A,aku pulak dapat satu aje A.Sedih jugak bila aku tengok Wani dapat ke sekolah asrama,nak buat macam mana,aku dapat F untuk Sains dan Matematik.Aku tak paham satu apa benda yang cikgu aku ajar.Bila aku mintak bapak aku belikan buku English,bapak aku kata itu semua bahasa penjajah."Kita mesti sayang bahasa kita!"kata bapak.

Aku pun masuk lah ke sebuah sekolah menengah harian.Semasa tingkatan satu,aku masih lagi baik tapi masuk ke tingkatan dua aku mula buat perangai.Aku mula belajar hisap rokok dan ponteng sekolah.Mak aku bising-bising,bapak aku marah-marah kenapa aku jadi camni.Aku jadi bengang!

Satu hari,aku dimarahi cikgu kerana selalu ponteng sekolah.Cikgu tu pun telah merotan aku 2 kali di punggung.Balik rumah aku menceritakan hal itu kepada mak dan abah.Esoknya bapak datang ke sekolah dan memaki hamun cikgu disiplin sekolah aku.Habis btersembur air liur bapak waktu itu.Puas hati aku tengok cikgu kena marah woo!Semenjak kejadian hari tu,takde lagi cikgu yang berani sound aku.Mak bapak aku pun dah tak marah aku lagi.Aman hidup aku,ye ye!

Bila aku form 4,member baik aku ajak aku pegi dekat padang satu malam.Aku tanya apsal.Dia kata ko join je.Aku pun ikut je.Sampai aje kat sana ada la beberapa orang lagi budak2 kampung yang duduk keliling tengok satu tempat.Rupa-rupanya ada seorang kawan aku ni tengah mengerjakan awek dia kat situ.Kitorang pun tengok aje la.Awek tu siap sengih-sengih lagi.Bila kawan aku dah setel,dia kata siapa yang nak try,boleh try.Awek tu terkejut dengar boifren dia cakap camtu.Tapi sebab dah ramai,dia jadi takut.Kami cepat2 pegang dia dan tutup mulut dia.Aku takut nak try tapi atas galakan member aku,aku pun try la.Malam itu hilanglah status aku sebagai seorang teruna.

Waktu cuti sekolah tingkatan 5,aku terjumpa Wani waktu tengah melepak tepi pasar malam.Dia cuti waktu itu.Lama aku tak berjumpa dia membuatkan aku rasa sangat gembira melihat dia.Dia tanya aku SPM macam mana nanti?Aku jawab ok aje.Tak dapat aku berborak lama sebab lumba motor malam tu nak start dan aku kena gerak.Aku pun pecut motor tinggalkan Wani sambil rasa sayu sikit.

Result SPM pun keluar.Aku memang kantoi.Dah la ambik Sastera aje.Aku bukan peduli sangat pun.Balik rumah,aku tunjuk result kat mak dan bapak,diorang marah aku.Lepas tu mak salahkan bapak sebab tak pandai didik anak.Bapak pulak marah mak sebab manjakan aku sangat.Aku lari cepat2 masuk bilik,malas aku nak layan diorang bergaduh.Makin kerap diorang bergaduh sekarang ni.

Waktu cuti ni aku habiskan dengan berlumba motor.Aku takde motor jadi aku jadi joki je.Ok la,satu malam aku racing,kalau menang dapat la Rm200.Kadang-kadang dapat la jugak minah2 kampung yang memilih jalan hitam dalam kehidupan diorang.Hidup aku waktu tu memang macam raja.Aku dengan geng2 aku dah start belajar pecah masuk rumah.Dapat barang kitorang jual dekat kedai kat pekan.Tauke kedai tu tak pernah pun tanya mana kitroang dapat.

Satu malam aku balik rumah,aku tengok Mak tengah duduk atas kerusi.Tangan dia tengah pegang henfon.Tiba-tiba bapak aku keluar dan herdik mak aku."SMS lagi,SMS lagi!Buang duit aje!Dah banyak kali saya bagitau kita kena simpan duit.Kita bukan orang kaya!" Mak aku menjawab balik,"dah saya minat,abang bukan paham.Saya tak nak dia terkeluar!"

Bapak aku jadi hangin."Awak SMS lagi,saya ceraikan awak!"Mak aku tenung bapak aku sambil tekan butang henfon."Dah,dah send!" Bapak aku jadi hangin dia rampas henfon tu dan baling ke luar.Pecah tingkap rumah aku.Terus bapak aku lari keluar dan hilang macam tu aje.Dia tak balik-balik lagi dah lepas tu.

Beberapa bulan pastu,mungkin kerana berkat ketabahan mak mengundi tu,artis yang mak suka tu menang.Pada mak,berbaloi.Dia selalu kata "takde laki pun dia boleh hidup."Aku pun dah mula memikirkan mengenai masa depan aku.Takkan aku nak jadi mat rempit sampai mati.

Pelajaran takde,skill takde,ilmu takde.Apa yang aku ada?Entahlah.Jadi aku pun nekad la nak ke KL.Mak aku kata ok,cuma jangan buat tak senonoh.Aku pun berangkat ke KL dengan harapan yang besar.Aku tak ada ilmu dan kepakaran jadi hanya satu aje benda yang aku boleh buat...aku akan hadiri uji bakat realiti TV mana tau aku berjaya.

Aku pun datang ke uji bakat.Rezeki aku kot aku layak.Mak sangat2 gembira dengar berita tu.Aku pun berubah la sikit-sikit.Semenjak hari tu aku belajar pakai facial cleanser dan jaga sikit penampilan aku.Duduk di rumah tu dengan pelajar-pelajar lain membuatkan aku jadi sosial.Aku bebas bercampur gaul lelaki perempuan.Aku mula belajar ke disko.Mungkin kerana khayalan dunia ni,aku mula belajar2 minum arak.Sebut aje apa yang aku tak pernah try,baccardi,JD,scotch,whiskey,samsu dan sebagainya.Semua dah sebati dalam hidup aku.

Bila semi final pertandingan,aku dapat masuk final.Mak kata dia habiskan semua duit jual kuih dia untuk undi aku.Hari final,bila pengacara umukan pemenangnya ialah ALIIII....Aku menang,aku menang!Wahahahah.Gembira betol aku.Mak aku peluk cium aku sambil kata "akhirnya impian mak selama ni berhasil jugak!"

Aku dapat kereta,duit dan macam-macam lagi.Aku belikan rumah baru untuk mak,sebuah rumah banglo dekat kawasan bukit yang cantik.Aku belikan kereta lagi sebijik dan plan nak ambik seorang driver untuk bawak mak aku jalan-jalan.Datanglah seorang pakcik ni nak apply jadi driver.Bila aku tengok betul-betul barulah aku perasan,itu sebenarnya bapak aku.Mak dengan bapak aku pun berbaik-baik balik dan kitorang pun tinggal la dekat banglo tu.

Kini,aku hanya memerlukan seorang lagi untuk memenuhkan hidup aku.Wani,gadis pertama yang aku cintai.

Wani,jika kau membaca nukilan ini,ketahuilah bahawa cinta aku kepada kau dari dulu tak pernah pudar.Walaupun aku pernah tergelincir tetapi dalam ingatan aku hanya ada kau Wani.Kaulah satu-satunya cinta hidup aku.Aku sudah bergelar jutawan sekarang jadi kau tidak perlu bekerja lagi sebagai Pensyarah.Marilah kita sama-sama membina mahligai bahagia.Segala kemahuan kau akan aku penuhi.

Liku-liku dan perjalanan hidup aku membuktikan,menara gading itu tidak ada gunanya dalam hidup aku.Rezeki itu ada di mana-mana.Inilah jalan terbaik yang patut dipilih semua anak-anak Malaysia.Pilihlah jalan aku.Jadikan aku teladan.Orang Melayu kena ubah minda,jadi doktor dan engineer bukan lagi jaminan masa depan.

Aku sudah jutawan.Nasib baik aku tak ikut nasihat mak bapak aku.

29 ulasan:

feloniti berkata...

kisah betul or rekaan nih..tapi mmg best...

Tanpa Nama berkata...

hehe..
siapa yg bertaqwa kepada Allah,maka akan ditunjukkan jalan keluar dari segala masalah di dunia ni (x kisah la masalah dunia,duet,cinta or krisis identiti)
dan selepas solat, bertebaranlah kamu ke muka bumi ini untuk mencari rezeki..
hah, kan rezki Tuhan 2 ade di mana2..

yg penting kita usaha..
dengan cara dan sumber yg halal..

dapat rezki halal lagi baik untuk suap pada anak bini...

peace no war.

Tanpa Nama berkata...

Omg, if life so damn easy I tak payah lah belajar tinggi2. Wasting my mum and dad money also taxpayer money. Baik I bermimpi jadi artist masuk programme reality pun sudah cukup lah. Ok back to reality world kalau like that lah our attitude, sure we all will be lazy n org lain dah maju kita pulak ketinggalan lebih jauh.
So plzzzz wake up people jgn nak bermimpi aje.... Peace brother.

Tanpa Nama berkata...

ni macam berbau bau cerita sebenar je...patut kamu tambah kat situ," atas kemenangan itu aku telah berkenalan dengan seorang pelakon yg dulu pernah hangat bercinta dengan pelakon lelaki yg hensem giler dari aku..." duniaku indah...tak sape menyangke hidup aku dipenuhi kayu...kayu yg xkenal ape2...akhirnye cite2 memiliki honda civic aku berjaye..hehehe....ok x tot?

Mantot berkata...

sape yg dapat honda civic tu?
cerita aku takde menceritakan pasal sape2.

aku hanya nak ceritakan impian ramai remaja skrg ni.

bukak tv,mesti ada footage remaja2 merayu nak masuk rancangan realiti."Abang,saye yakin dengan bakat saya.." "Abang,bagila saya peluang nak jadi artis.."

berapa kerat budak remaja yang ambik contoh idola betol?semua berkiblat dekat TV..dekat artis realiti TV

-J- berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
-J- berkata...

" (8)maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan, (9) sungguh beruntung orang yg menyucikan (jiwa itu) (10)dan sungguh rugi orang yg mengotorinya... " (As-Syam 91 : ayat 8-10 )

kyo_9 berkata...

hahaha..
dalam giler ayat2 dalam entri kali nih..

Riochan berkata...

Tot,
Aku rase owg yg die mksodkan dpr Honda civic Raja Lawak Astro 2 ar kot.Tp setau aku die bwk Lancer, xtau ar aku klu die da bli Civic..Tp aku stuju ngn ko Tot, pe yg ko cite ni general.

Cye atau tidak, kalu ko tgk2 owg terdekat ko mst de yg try nak join realiti tv. Kwn aku de ar dlm 4 5 owg try msok.

Mostly budak kck pon da pk nak jd artis as jln mudah nak kye.Rosak tol pemikiran. Aku benci AF sbb kaco time aku nak tgok BPL.

semi berkata...

well said tot!
well done!

When you have enough bullets, just release them. SHOOT!

Sapa nak marah marah la.
Sapa nak kutuk kutuk la.
Cili tu pedas, tak kira la tebal mana lidah tu...

(aku harap kau faham apa yg aku repek ni. and, keep it up!)

serombong_angin berkata...

mmg tul pe ko ckp tot...klu ahad mlm je, tv2 ada bintang rtm, tv3, ada mentor, tv8 ada realiti tv cina...gile bosan. (umah aku xde astro)...

sume org pakat2 nk jadi artis. nape la xnak berebut2 cari ilmu, mcm adik nik nurmadihah tu...mak bapak pun seolah2 lbh cenderung latih anak jadi artis. Punyala suka tgk anak pakai seksi2, dok menari/mnyanyi dlm citer tom tom bak tu. konon2nye kiut la...

mak bapak sekelian, baikla antar anak2 korang tu pegi ujibakat tahfiz quran tu. kurang2 klu diorang menang, dpt gak syafaat kt korang dlm kubur nnt...

Tanpa Nama berkata...

LMAO! Good one.

Ini kalau orang tu sekolah tak tiggi mana, ilmu di dada tak tebal mana, pemikiran tak dalam mana.

Lagi teruk yang sedang belajar di menara gading dan berhenti semata-mata nak kejar "cita-cita". Yang dah ada steady job pun sanggup berhenti kerja nak masuk realiti TV shows yang bersepah-sepah di mainstream TV ni.

Artis semua dilahirkan di sini. Low-class, low/no quality. Setakat ada bakat menyanyi, lain-lain, habuk pun tak ada.

Tanpa Nama berkata...

sedih lak aku dengar citer nih....
bile "aku" tuh dlm usia muda g dh byk wat keje songsang..tp skang g dasyat,dak skola dah jd perogol..PUNCA????..lu pk r sendirik..sedih..sob2..sedih tol...
bila "aku" ni dah xpentingkan ilmu..perlekehkan ilmu..aduyai..kecewa aku selaku Pencari Ilmu...huhu..jd selebriti bkn x baik..tp depent on niat yg dorg tanamkan dlm jiwa n masih berpandukan tiang agama..insyaallah..segalanya penoh keberkatan...

Master Yoda berkata...

Kah kah kah....

Impian bebdk skang ek?

Tak pass exam, jln singkat,tak nak usaha lebih,jd artis...Masuk program realiti TV...(Tak sume, tp kebykkan la ek)

Kah kah kah

Pastu dh jadi artis, bergambo dan pegang yg bukan muhrim....Pastu claim "saya cari rezki halal..."

Berlakon dan pegang yg bukan muhrim....Pastu claim "saya cari rezki halal..."

Dedah aurat sana sini...Pastu claim "saya cari rezki halal..."

Kah kah kah....

Dunia hiburan oh dunia hiburan....

Salah satu tanda nak kiamat...

kucai berkata...

malu gila aku tgk audition realiti show nie..menperbodo-bodokan diri yg memang dah bodo ja..

tatau la tot..aku rsa org zaman la ni mmg dah xdak maruah kot..bt benda bodo dlm audition pastu tayang dlm tv kasi smua org tengok..mak bapak depa nie muka tebai camna ek..

kalu anak aku la bt camtu, baik aku gi migrate kt hawaii..malu kt orang dol..

Mantot berkata...

hahaha,nak migrate pun pegi tempat2 yang best berbikini setiap masa.kalau ko nak pegi,aku nak join.
bole menari Hula

Mater Yoda berkata...

Kah kah kah....

Jom sume gi Hawaii...

Alamak, aku dah ade bini...Tak dpt la geng...

Kah kah kah

Basuh Baju berkata...

nice story! serius aku suka..

thumbs uo bro..

TiMe berkata...

aku dh tahap nk tendang tv shj tiap kali kuar apa2 program realiti huh

Tanpa Nama berkata...

yang civic tu hanyalah rekaan yg ditujukan dengan nada sinikal n radikal...xde point kat sape2 pon...itu mmg general...kiter sume tau brape ramai nak cepat kaye jual muke dlm tv...xde bakat pon jadi nampak macam ader kalo masuk tv...n lagi sekali ttg civic n lancer tu bukan utk sape2...cume benda common yg aku nampak sekarang...pas menang sesuatu program, dari ok jadi xok..jadi lupe diri...besela..dah 7 plus 3 musim dah...

Tanpa Nama berkata...

kaya ke jual muka kat tv? takda pun cth kaya...kalau ada pun sikit....kayaball ada la....

Che underscore Lee berkata...

AHAHAHAHA okey aku masih suka bila kau sarcastic Mantot!!

kucai berkata...

haha..jom kita gi hawaii..
hang tau menari hula ka mantot..
demo skit..
hauhauhauhau

Tanpa Nama berkata...

Apalah nak jd dgn generasi muda arini.generasi yg bakal memimpin anak2 kita suatu masa nanti. ramai yg rosak dgn gejala sosial yg tk sihat dan ramai yg mempunyai 'mentaliti reality tv' utk berjaya dlm idup. kalau kirelah dlm ramai2 bintang realiti yg dh ada ni, berapa org sgtlah yg survive dlm industri muzik/seni...yg lain??

Tanpa Nama berkata...

tot...
kalau yg jenis lepas spm buat multi level cmner?keje dia bisnes MLM jer...tp masyuk..dpt pakai BMW, Ivo...ade yg kata HALAL...ada yg kata HARAM...ko punya pendapat cmner TOT?

nazra berkata...

aduh..habislah hancur tanah air ku yg tercinta, MALAYSIA!

Tanpa Nama berkata...

baik punye cerite!
tp selain wani, x kan x perlu bnde lain kot? kan bgs kalau kau ckp "sebelum aku cari wani, aku nk cari dulu Tuhan yg aku dh lama buang"

Remaja Melayu berkata...

Saya remaja. Saya agama Islam. Saya orang Melayu. Saya masih dara. Saya tutup aurat. Keputusan SPM saya cukup untuk mendapat biasiswa syarikat minyak agak terkenal di Malaysia. Saya sayang agama, keluarga, negara saya serta dunia. Saya impikan kejayaan duni akhirat, bukan untuk saya seorang, tetapi untuk semua.

Ini bukan berlagak, tetapi saya juga ingin masyarakat tahu masih ramai remaja punya wawasan, remaja yang masih tidak rosak. Saya harap masyarakat belum berputus asa pada generasi saya. Percayalah, masih ada lagi harapan untuk tanah air ini. Untuk dunia.

Miko Yamaguchi berkata...

kekeke, sikit lagi aku percaya cerita ko ni betul2 punya. hahahha