Mei 03, 2009

Aku Mengimpikan Impian Generic Kebanyakan Rakyat


Semalam,sewaktu aku sedang tidur nyenyak,aku bermimpi.Aku berada di satu koridor di Sri Pentas dan aku sedang berdiri di situ.Di depan aku ada komposer terkenal Ajai dan penyanyi hot Syafinaz.Ajai menggeleng-gelengkan kepala.Syafinaz lalu berkata kepada Ajai,"takpe,kita test dulu."Aku mengeluarkan satu reply yang mengejutkan,"lagu apa kak?"

"Lagu Standing in The Eyes of The World,"jawab Syafinaz."Takleh,takleh,"jawab Ajai."Nyanyi KRU,Janji Tinggal Janji.....tau?"

Aku mengangguk.Bila aku ingin membuka mulut,aku dapat merasakan ada sedikit gementar.Suara aku terketar2 sikit.Aku pun menyanyi dan bila masuk baris kedua terus aku rasa SANGAT2 KONFIDEN sehinggakan aku boleh menyanyi sambil memetik jari siap ada background acapella sekali keluar dari suara aku yang sangat merdu tu.Mana datang background vocal tu,aku tak tau.Mungkin range suara aku mampu cover daripada semua sudut,main vocal dan background sekali.

Syafinaz tersenyum manja.Ajai kontrol muka masam walaupun nampak dia agak kagum dengan pitching suara aku."Haa,lagu Ella tu pulak,"bagitau Syafinaz.

"Ok!"aku sangat2 yakin dengan kemampuan suara aku.Aku pun mula dan bila sampai part tinggi sikit Syafinaz siap bertepuk2 tangan.Ajai pun dah boleh senyum sikit.Tiba-tiba ramai pulak yang berkumpul dekat sekeliling aku sambil bersorak-sorak."Yes,yes!Good!" kata Syafinaz dengan seksi,bertepuk2 tangan dengan badan bergoyang-goyang,membuatkan aku menyanyi dalam keadaan ghairah dan konfiden.

Terdengar bunyi lori kuat membuatkan aku terjaga.Enak mimpi itu.Begitu rupanya perasaan yang dirasai bila menjadi selebriti ini.Seolah-olah dunia ni aku yang punya.Adakah patut aku menukar karier aku sebagai artis kerana nampak masyarakat dan budaya kita lebih menghargai seorang artis berbanding seorang cikgu makan gaji.Rezeki pun melimpah ruah BANYAKNYA.Atau mungkin juga mimpi itu datang daripada imbasan perasaan aku yang tak faham kenapa Tomok bole menang One in A Million.Aku sangat2 mempersoalkan benda tu sebab takde point bagi artis menang satu talent show yang tujuan asal dia nak cungkil "bakat-bakat" baru.

Tuhan dah tunjukkan aku.Masa depan aku adalah seorang artis.
Tunggulah tahun depan,semua uji bakat AF ke,OIAM ke,MyStarz ke,Gangstarz ke,Bintang RTM ke,Raja Lawak ke akan aku hadiri.Impian aku,aku mahu ada talk show sendiri.Boleh kutuk kerajaan,live dekat TV.

13 ulasan:

nekochan berkata...

XD

Tanpa Nama berkata...

abang rasa ko x seswai masuk benda2 mcm ni smua. pada abang ko lg layak msk politik. mulakan dr kg x nenek ko yg kena rampas tu. ada bran? abang sokong ko nnt tot.

m berkata...

tadi aku tgk berita bulat2 kene tipu 1.30 kat tv9 (buletin 1.30) tp part yg ni mmg percaya laa skit..sorg cikgu ni telah dikeji oleh seorg senator kerana memukul anak muridnya..ngan kata lain, kecoh bwk cite masuk media..smpikan menteri tu kata seolah2 cikgu kat M'sia ni jahat & kejam..sabar tot!
so, kesimpulannya..mmg patut pun ko jadi artis, aku akan vote YES TOT ke 336 smpi jahanam kredit aku!

viva Tot!

mantul berkata...

buletin 1.30 tv3 laa..slh taip!

Tanpa Nama berkata...

aku pun nak letak jawatan cikgu gak...jadi artis,leh gak peluk2 artis pompuan.tak ganggu graf ekonomi dunia pun..hahahahahaha

cikgu kasim berkata...

haa! elok la tu korang smua nak jadi artis. bikin lg panas malaysia ni. tahan le skit dugaan jadi cikgu ni. jgn nk mintak balasan je atas stiap kerja yg kita buat. kalau nk sgt jd artis buat apa korang gi bljar sungguh2 dulu! bodo!

paiseh berkata...

gadis melayu x mau??

Papa Chang berkata...

aku rase taknak tido 2 hari setelah membaca penceritaan ini wakakakakaka

milo boyd berkata...

ko ok tot..jadi artis..suara dah vibrato cam broery..muke je kene plastic surgery sket..

*ampun tot..lariiiiii!!

Tanpa Nama berkata...

whai cikgu kassim yg bodo..kata2 diatas berbentuk cynical..itu perli punya ayat da...ayat pasif ngan ayat aktif pun tarak faham ka...hahahahahahahahaha....

Aku Taktau berkata...

macam mana bleh jadi cikgu nih, kata-kata yang ditulis berbentuk sinis la,bukan menggalak @ menyokong..alahai kassim !! (cam dalam cte ibu mertuaku)

Tanpa Nama berkata...

haa ambik nak ngko cikgu kasim...jadi kasim selamat la ngko nampaknyer...semua yg ditulis ni kiasan semata-mata la..kasim selamat woiiii...

Riochan berkata...

Ni la akibatnya cikgu2 xckup kursus n latihan nak mempersiapkan diri untuk suasana pengajaran & pembelajaran sebenar..Lurus bendul yg teramat2.Ayat2 menyindir pon xphm..

Ps: Sorilah kalu terasa.juz menyuarakan pendapat..