Mei 28, 2009

Oh Abang Khir Yang Kemerah-Merahan


Inilah contoh Pemimpin2 UMNO yang tak boleh pakai;bila senang lenang dalam Kerajaan,masa tu pejam mata buat2 tak nampak apa2 benda yang menyusahkan rakyat.Bila dah kalah,bila tak menang Ketua Pemuda,baru la berani nak bersuara sikit.Mungkin juga kerana Khir Toyo baru merasai peritnya membayar tol selepas banyak elaun dan hasil pendapatan hilang.

Apa yang salah dengan pemimpin Malaysia?

Benda-benda macam ni sepatutnya diorang perjuangkan semasa dalam Kerajaan.Tapi tak ramai yang berani bersuara dan tak ramai yang berani bangkitkan hal ni dalam parlimen.Bila takde wakil Kerajaan Pusat yang berani bangkitkan hal ni dalam parlimen,dekat siapa lagi rakyat nak buat aduan?

Kat Pembangkang la!Sebab Pembangkang aje yang dengar.

Jadi jangan la tanya kenapa ramai rakyat beralih arah menghentam kerajaan.Sebab wakil2 rakyat yang di bawah kerajaan dah rasa sedap,takut nak bukak mulut mengkritik kerajaan.Apa lagi choice yang rakyat ada kalau kerajaan hanya nak berubah bila kalah,bila ada rasa takut?

Apa gunanya ada kerajaan kalau kerajaan hanya dengar suara rakyat bila ramai2 merusuh,bila ramai2 pakat undi pembangkang,bila ramai2 pakat pijak gambar Najib?
Tugas kerajaan adalah mendengar suara rakyat.Kenapa marah bila rakyat jadi golongan anti kerajaan?Jangan hanya nak bercakap mengenai kesusahan rakyat bila takde kepentingan untuk diri anda.

Takkan nak tunggu kena gertak baru sedar tanggungjawab tu?Pernah ke anda nampak menteri2 ni isi minyak kereta diorang kat pam minyak?Macam mana rakyat nak accept kalau menteri tu sendiri tak hidup macam rakyat?

Jadi,berbalik kepada "cadangan" Khir Toyo tadi. Aku sokong cadangan dia 100%.Tapi mungkin masa dia membangkitkan mengenai isu ni dah terlambat.Cuba bayangkan kesannya jika dia masih lagi seorang Menteri Besar Selangor?Mungkin impak yang timbul akan lagi besar lagi,tapi sayang, Khir Toyo dah tak berpengaruh macam dulu lagi.Mungkin sebab tulah dia berani bersuara macam ni.

Bila dah jadi seorang pembangkang,barulah nak perjuangkan hal rakyat,padahal satu masa dulu dikatakan seperti angan-angan kosong Pihak Pembangkang.Politik Malaysia ni,inilah masalahnya.Bila ada kuasa,kepentingan nombor 1,jaga kuasa.Bila takde kuasa,kepentingan nombor 1,ambik hati rakyat.

Sampai bila nak macam ni?

Apa-apa pun,baguslah Khir Toyo dah "berusaha" sikit nak ambik hati rakyat.Aku tak tau niat dia ikhlas ataupun sekadar propaganda nak dapatkan balik Selangor bawah UMNO nanti.Apa-apa pun,mintak2 ramai yang masih dalam Kerajaan ikut jejak langkah Uncle Khir ni.Jangan terkejut pulak,bulan 9 nanti,bila harga minyak naik,Khir Toyo akan mintak Kerajaan turunkan harga minyak.

Ps. - Itu gambar Khir Toyo satu masa dulu kalau korang terlupa.

Link - Cetusan Rasa Khir Toyo

5 ulasan:

Xeno berkata...

Khir rampas tanah orang kampung....

Obefiend Weiland berkata...

poyo la pak tempe

dah jadi pembangkang cakap gegar.. cakap gebang.. cakap macam bagus. Masa jadi MB tahu bagi orang penyapu je lebih. Dia tau dia tak signifikan dah. So kalau dia crusade untuk benda impossible macam ni flak yang dia bakal terima takkan besar. Macam pakcik kedai kopi cakap banyak pasal politik. Dia cakap sensitive issues pun orang tak amik pot dah.

step down and retire aje la Mat Tempe. Dah malap dah lampu kamu. Cakap tak guna. Kami takkan tertipu lagi!

rimau kumbang berkata...

khir tempe said"Jangan nanti sampai rakyat berkata kerajaan cakap tidak serupa bikin"

ahahahahahaha lawak jugak ayat mat tempe ni....aku dah cakp lama dah bende ni,sampai tak ingat bila aku cakap tuh...

M berkata...

tengok muke mat tempe tu pun da cukup menyampah aku..hensem lagi tempe kat dlm peti es aku.

Tempe Basi

speakforperak berkata...

sila layari blog speaker perak

'Suara Rakyat'

speakforperak.blogspot.com

terima kasih