Mei 11, 2009

Kita Sebenarnya Lagi Mewah Daripada UK (Tapi Hanya Menteri-Menteri Kita Saja)


Kita terpaksa mengakui,penyelewangan politik dekat Malaysia ni teruk.

Kita juga dah nampak Menteri-menteri besar yang tiba-tiba mampu duduk dekat Istana,berkereta mewah,berbini lapan belas (haha) dan mampu hidup macam Firaun.Walaupun diorang ni hanyalah menteri besar.

Kenapa aku italikkan "hanyalah menteri besar?"Sebab orang Malaysia seolah-olah diajar untuk memandang tinggi seseorang jika seseorang itu berjawatan dan berpangkat.Kita akan berasa sungguh bertuah jika kita dapat bersalaman dengan mereka-mereka yang bergelar Datuk atau Tan Sri.Habis basah tangan si Datuk tu kena cium dengan mereka2 ni yang memang sudah pun menunjukkan mereka itu Tukang Jilat.Pada aku,mereka "hanyalah orang biasa." Tak layak pun dilayan macam Firaun.Sepatutnya mereka2 yang bergelar Menteri ni la yang buat muka tak malu datang melawat rakyat2 yang susah ni,bukan sebaliknya. Bila kita angkat seseorang tu sampai ke langit,lama-lama nanti dia pun rasa seronok la dekat atas sampai terlupa tanggungjawab dia dekat orang yang kat bawah ni.

Kenapa aku ceritakan benda ni kat sini?

Kebanyakan manusia-manusia biasa yang aku nampak masuk politik ni,kebanyakannya masuk mungkin niat dia baik,nak tolong rakyat,dia rasa dia ada idea bagus.Lama kelamaan bila nampak kabel,bila nampak lubang,sapu la sikit-sikit.Sapu sikit lagi lama kelamaan dapatlah diorang mahligai sebijik.Dari tak hensem,terus hensem.

Kita ni,rakyat,apa yang kita buat?Setakat membantah sikit-sikit dan kadang-kadang bila dengar ada menteri tu songlap sejuta dua kita boleh jugak pejamkan mata sebelah buat2 tak dengar.Mahu jadi matang?Mahu jadi kuat?Mari kita baca mengenai skandal penyelewangan duit cukai oleh menteri2 British.

Bila aku baca mula-mula,aku bajet ni mesti banyak ni,sebab benda ni jadi isu besar.Siap Gordon Brown mintak maaf lagi dekat rakyat pasal isu tu.Najib nak mintak maaf?Jangan mimpi.Kita bercakap mengenai United Kingdom di sini dan Perdana Menteri Britain mintak maaf dekat rakyat dia!(benda ni dia selalu buat tapi at least ada gak menunjukkan humility dia tu,walaupun ada orang assume itu semua fake,tapi itu bukan isunya sekarang ni)

Mungkin nilai yang diseleweng tu besar kot,aku fikir.Sebab tu dia sendiri buat pengakuan terbuka.Bila aku sambung baca lagi,mari kita tengok nilai yang di seleweng tu (nilai2 ni aku ambik secara rawak je ikut kes-kes yang dikeluarkan setakat ni): (jangan convert ye ke RM,ambik nilai dia satu-satu,gaji menteri kat sana mungkin berbelas ribu jugak macam kat sini)

1. Seorang menteri pakai duit cukai GBP2,145 untuk repair paip dekat court tenis rumah dia

2. Seorang setiausaha kerajaan claim GBP2.45 untuk beli makanan anjing,GBP3.69 untuk beli ayam dan 39p (39 sen diorang) untuk beli makanan dalam tin

3. Seorang lagi setiausaha kerajaan claim GBP 100 untuk gantikan mentol rumah dia sebanyak 25 bijik,GBP80 untuk mentol bilik air dan GBP2,191 untuk repair shower rumah dia

4. Duit cukai sebanyak GBP7,000 diclaim untuk membeli perabot oleh seorang lagi staff kerajaan

5. Kes claim paling kelakar,GBP52.89 untuk tong sampah, tupperware berharga GBP1.39 dan GBP1.95 untuk sepotong pai khinzir.

6. Gordon Brown sendiri tak terlepas.Dia pun kena kritik sebab dia gunakan duit cukai kerajaan sebanyak GBP6,500 untuk bayar pembantu rumah dia.

Kalau kita tengok kat sini,nilai-nilai yang rakyat Britain jadikan isu sangat2 lah minimal.Mungkin kalau pada kita,rasanya kita fikir "Hak elah,itu pun nak kecoh!"

Tapi,cuba fikirkanlah,kalau kita tak bangkitkan dan bising pasal isu-isu penyelewangan duit cukai yang rakyat bayar,walaupun sesen pun disalahgunakan,sampai bila-bila menteri2 kita yakni manusia2 yang tak seistimewa mana pun akan terus membuat duit2 cukai macam duit tinggalan mak abah diorang.Itu kita bercerita mengenai sebuah negara yang nilai matawang dia paling besar dekat dunia ni.

Kita ni,yang duduk dekat Malaysia.Dengan harga barang yang mengarut dan nilai seringgit yang hanya mampu mendapatkan sepeket teh o panas,kenapa kita benarkan menteri-menteri kita belanjakan beratus-ratus ribu,malah berjuta2 untuk perbelanjaan peribadi diorang.

Kalau anda tak mulakan dari dulu,mulakan dari sekarang.Tanam sifat cerewet terhadap apa yang kerajaan,sebab itu aje yang dapat membantu kita sebagai rakyat.Persoalkan semua tindakan kerajaan yang nampak macam takde faedah.Bila kita belajar mempersoalkan sesuatu tindakan kerajaan yang hanya mementingkan sesuatu pihak,masa tu barulah kerajaan ni akan bergerak secara lebih telus dan adil.Selagi kita hanya reti mengangguk dan menurut aje,sampai bila-bila pun kita rakyat ni tahap ni aje.Mahu bangun,minda pun mesti celik.Jangan jadi Pak Turut memanjang.

Mahu jadi maju,bukannya kita ukur nilai betapa mahalnya barang yang kita mampu beli.Kita boleh maju tapi kita takkan maju selagi kerajaan kita boleh perbodohkan kita dengan benda2 takde faedah.

Apa salahnya kita cuba jadi negara maju yang mampu control market price dengan nilai yang rendah?Kenapa mahu menetap dengan mediocrity,kalau kita mampu jadi lagi baik daripada sekarang?Sepatutnya kita lagi baik daripada sekarang!

Bacaan Lanjut
Daily Telegraph
The Star UK
Earth Times


8 ulasan:

fahmi berkata...

salam, bagus post ini... harap dptla dibaca oleh semua rakyat & pemimpin2 kita.. kasi sedar sikit peranan masing2.. ini pasal kite dok diam je, org atas pun sedap je wat mcm2... keep up da gudwork bro..

arshavin andrei berkata...

mentaliti kelas pertama, mmg camtu
bkn mcm lahawao2 menteri kat mesia nih

btw, bro mantot
boleh kasi email x?
aku nk bg ko 1 gamba best (tak tau la bile sampai kat ko, ko rase tak best)
bkn gamba b**e eh
hahaha

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Ziarah,

Satu coretan yang baik! Aku rasa perlu difahami oleh Menteri2 dlm M'sia ni.

Jgn sibuk pasal isu perak je, padahal kewangan mcm ta*k!
huhuhuhuh

Salam Ziarah
http://meetuncleshah.blogspot.coom

semi berkata...

tak kira la ahli politik PR atau BN, tidak seorang pun patut dibiarkan MENYELEWENG!

mereka DIBAYAR oleh rakyat untuk berkhidmat. HAK RAKYAT, DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT LAH! bukan masuk poket ahli politik, lepas tu nak kita sanjung2 pulak, but*h! yang kaki sanjung tu memang bangang!
(Nak sanjung, tu arwah sudirman tu layak disanjung, siap buat konsert free kat Chow Kit Road... Dia tu penyanyi. Comercialist. Tapi masih terbuka hati untuk MEMBERI. Yang ramai dok ada sekarang ni hati nak MENGAAAAAMBIL saja! - tak kira la ahli politik ka, kakitangan gomen ka, CEO bank ka, artis ka, penguatkuasa ka..)

Oh dan, ahli politik sekalian, SILA BERHENTI BERSLOGAN! rakyat tak kenyang pun dengar slogan korang tu! baik najib, baik anwar, baik siapa2 pun! eloknya korang ni jadi gagap macam khalid tu. (sori khalid, gua terpaksa berbahasa frank, dah kamus dewan kasi vocab tang tu, nak buat camna?) takyah cakap banyak2... eloook je dia buat kerja! itulah namanya Yang Berkhidmat! Cukup2lah mat2/minah2 slogan ni.. geli ah!

aku harap Another Malaysian boleh komen posting mantot yang ini. WHICH TYPE of 'another malaysian' kau ni agaknya...

- semi; cyberspace cop GABAN! menentang cybertroopers upahan yang cuba menarik bloogers ke ruang angkasa...-

Unknown berkata...

Assalamualaikum,

This day We seal up mouths , and hands speak out and feet bear witness as to what they used to earn (Yasin, 65)

1. Aku rasa menteri2, pengarah2, pemerintah2 kita lupa yang Allah itu Maha Melihat dan Maha Mendengar. Tot - satu posting yang bagus. Kalau ada pak menteri terbaca, Selamat pagi YB!

2. Kat tempat aku kerja, Staff yang gaji RM750.00 sebulan dah kena potong overtime tapi expat2 yang claim semua tu. Beli sabun RM1.30 pun claim.

Che underscore Lee berkata...

bravoooo... suka suka.. cam nak soh hantar kat newspaper alternatif

sepol utusan berkata...

gud one bro... kita perlu cerewet!

Unknown berkata...

betol betol. manusia biase je mereke tu. xphm knape kne bangge dpt slm pn.. xde hebat mane. =.= abeh duet..