Nizam sangat menyayangi tunangnya,Dahlia.Setelah puas lama mencuba untuk memenangi hati Dahlia,akhirnya April 2008,Nizam telah berjaya menjadikan Dahlia isterinya.Dahlia dan keluarganya berasa sangat-sangat gembira kerana impiannya selama ini telah nyata.Banyak ciri-ciri Nizam yang digemari Dahlia.Nizam adalah seorang yang bekerja keras,seorang yang hidupnya sederhana dan dia juga seorang yang agak peramah.Kalau hendak dikategorikan,Nizam berada dalam kumpulan yang agak lurus tetapi baik hati.
Hampir setahun mereka berkahwin.Kegawatan ekonomi membuatkan Nizam hilang pekerjaan.Dahlia jadi tak tentu hala.Bagaimana nasib anak dalam perut nya itu? Kedengaran desas desus munculnya seorang lelaki,salah seorang classmate Dahlia satu masa dulu yang cuba menyunting Dahlia.Namanya Zamarul.
Zamarul pula seorang berkulit hitam manis,kaya,banyak wang dan mampu memberikan apa saja yang diinginkan Dahlia.Zamarul juga anak kepada Ketua Kampung.Nizam jadi resah,tetapi dia pendamkan saja kerana percaya dengan isterinya.Tapi lama kelamaan Zamarul makin berani.Dia bukan saja mengganggu Dahlia tetapi dia juga berani pergi ke rumah mertua Nizam dan menceritakan kekurangan Nizam kepada mak bapak Dahlia.
Zamarul juga telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan iaitu Tok Kadi yang menikahkan mereka bukan Tok Kadi yang bertauliah.Nizam pergi berjumpa dengan Tok Kadi itu dan Tok Kadi itu pun dengan berat hati dan muka bersalah,mengaku yang dia tak layak menikahkan mana-mana pasangan.Alasannya,dia hanya ingin mencari duit lebih untuk menampung harga barang yang makin mahal.Nizam jadi tak keruan.Ibu bapa Dahlia makin bising mendengar kisah-kisah yang terjadi.Dahlia masih lagi sabar,dia hanya diam dan menunggu tindakan Nizam.
Satu hari,mak bapak Dahlia pun datang berkunjung ke rumah Nizam dan Dahlia."Kami nak berbincang dengan Dahlia ye Nizam?" kata mak mertuanya.Berbincanglah mereka malam itu.Selepas hampir sejam,tiba-tiba bangun abah si Dahlia dan berkata "Kalau macam ni la perangai kau,padan muka kau kalau hidup susah!" Terus mereka berdua bergegas keluar ke pintu rumah tanpa bersalam-salaman.
Nizam pun bertanya kepada Dahlia apa ke halnya itu?Dahlia pun menceritakan mengenai Zamarul yang telah datang melawat ibu bapanya dan ingin benar memperisterikan Dahlia,isteri Nizam.Dahlia berjanji dia akan bersabar dan terus kekal dengan Nizam kerana dia tau budi pekerti Nizam dan dia kenal bagaimana perangai Zamarul.Cuma buat masa sekarang,akan makin kuat desakan dari ibu bapa Dahlia kerana Nizam tidak ada sumber pendapatan.Ibu bapa Dahlia berkenan benar dengan Zamarul kerana walaupun rupanya tidaklah sehensem Nizam,tapi Zamarul pasti dapat memberikan apa jua yang Dahlia inginkan.
Sebulan selepas itu,Nizam mendapat kerja di sebuah kilang di kampung mereka.Sambil berborak-borak dengan kawan-kawannya,keluarlah berita mengenai Zamarul yang telah naik menggantikan ayahnya sebagai ketua kampung."Bagus jugak orang-orang yang dia lantik tu.Semua yang kita boleh percaya."
"Siapa dia?" tanya Nizam.
"Yang lain-lain aku tak kenal sangat.Setiausaha dia brader Man yang duduk kat hujung kampung tu,yang bawak motor chopper tu.Bendahari dia Ustaz yang selalu jadi Tok Kadi tu,sapa nama dia?Baguih la,takdak la jadi kes bawak lari duit lagi lepas ni."
Nizam tersengih.Dia tau masa depannya dengan Dahlia akan terus bergolak lagi.

9 ulasan:
tak complete 3 act structure ni. comflik ada... build up ada.. catarsis tu takde..
aku abis idea..pening kepala
cerita tak habis ler...
esok2 sambung lagi part 2, part 3, part 4...
bes2... nak sambungan lagi... pls tot.. thank u
pergh.. otak ku yg beku ini x dapat memahami maksud kisah ini..
Ish tak abis ni.
teruskan usaha anda... best2.. huhu~~
tot, sebenarnye ni la yg jadi dlm negara kita..same je tp rakyat yg mcm mak ayah dahlia pon ramai. terpulang kt kiter nk jadi dahlia ataupon nizam....jgn jadi karim suda...(eh? mane dtg karim?)
karim? rasa macam kenal. siapa itu karim?!!
Catat Ulasan