November 27, 2008

Oh Cantiknya Sasha Saidin! (Posting Takde Point)

Jumaat lalu,aku ngan member2 aku gi la jam dekat tempat biasa kitorang jamming,Studio Abang Bob,Desa Pandan.

Sampai aje kat sana,sementara tunggu band sebelum kitorang habiskan session diorang,aku pun duduk la dengan 3 orang member aku ni.Band yang kat dalam tu main lagu Muse.Sedap,jauh lagi tere la dari kitorang yang main sekadar nak melalak dan ketuk2 drum.

Tiba-tiba ada sorang minah keluar dari ofis studio tu.

"Eh eh,Sasha Saidin."pikir aku dalam hati,terpaksa la buat2 macam tak terkagum dengan keadaan tu.Duduk je diam2 dan buat2 borak macam biasa.

Aku tak pernah nampak dia ni lawa dalam gambar takpun dalam TV.Aku rasa paling lawa dalam Elite ialah Abby (Abby,kalau kau membaca ni call la aku,aku ada) dan Sasha Saidin yang berdiri kat depan aku ni adalah seorang yang sangat2 lawa.

Lawa,memang lawa!Arghhh!Nasib baik laki dia ada kat dalam ofis tu tengah main komputer.Itu je lah aku nak cerita.

Jadi list celebrity yang aku pernah jumpa sekarang ni ialah -
1) Fazura
2) Nur Aliah Lee (aku terjumpa dia dekat ofis AceMotion Pictures)
3) Fasha Sandha (lawa dah tapi bila dia berborak..isk)
4) Cheryl Samad
5) Harith Iskander
6) Dafi
7) Acha Sepriassa
8) Along Spoon (haa..aku kenal arwah masa sekolah rendah,nyanyi nasyid sama2 wakil sekolah tapi aku background singer je la,dia lead vocal)
9) Datuk K (....perampas Siti Nurhaliza dari kami,lelaki2 Malaysia)
10) Siti Nurhaliza Yang Gemok satu masa dulu
11) Waheeda (aku jerit2 macam Mat Rempit panggil dia dari jauh "Wawa,Wawa",dia lari,hahaha)
12) Amran Damasutra (korang tak kenal kan?hehehe)

Bilalah aku boleh nak terjumpa Nurul Shuhada?



Ni lah iklan dia yang aku capture dan upload dekat YouTube.

Inilah posting takde point sebab aku saje nak cerita benda-benda ni.





8 ulasan:

Syed .Z berkata...

Pegi la TV3 confirm ko punya list bertambah 4 kali ganda haha

Tanpa Nama berkata...

aku pnah tgk nurul syuhada tu
mmg muka cun..tp pungkoq dia jatuh (member pompuan aku yg sound)
xtau pasaipa tah??

Iskandar Shah berkata...

Mantot,

Aku pernah naik flight dok sebelah Cheryl Samad, dari Perth ke KL, dia and geng2 dia buat penggambaran My Australian Adventure 2 untuk Western Australia. Seriously, dia dok sebelah aku, dan aku tak cam dia sampai makcik sebelah kanan aku cakap, tu cheryl samad. Aku pun cakap, ye ke...

lagipun dia tido je sapanjang perjalanan sampai la satu part yang aku tak boleh tahan, bila time nak makan, pramugari tanya aku, orang sebelah aku tak nak makan ke, aku pun dengan ramahnya kejutkan Cheryl, perghhh... sekali air liur basi la pulak. Aku senyum and control jelah, aku tanya dia nak makan ke tak, dia cakap dia nak tido.

Moral of the story, dia maybe celebrity tapi dia tetap ada air liur basi, pergi jamban, makan dan tido seperti jugak aku. Apapun, Farid Ridzwan gak untung, dia ikut gak trip tu tapi dia naik bussiness. bila sampai KLIA, pompuan2 krew semua cium pipi dia di khalayak ramai.

Jeng!Jeng!Jeng! berkata...

salam! aku pulak pernah jumpa Ultraman kat shoppinh kompleks..doraemon pun aku pernah jumpa.. ada sekali tu aku ingat aku jumpa santa claus..tapi yang ni hidung dia merah...laaaa...sekali Najib..la

Tanpa Nama berkata...

mantot..leh share pasal fasha sandha x?
aku memang serius tahap gaban nak tahu nape dgn dia....hahahahaha

share tau tot

Kaiju Malaya berkata...

aku suka yg no 12 tu... HAHAHAHAH... Amran

zalizalu berkata...

aku plak penah jumpa jac.. heheh... dia cam blur2

Aryssa berkata...

Asalamualaikum..boleh x bgtaw saya tahun bila awak sama2 nasyid dgn arwah along....Erm ..