November 08, 2008

Cadangan Bodoh Kerajaan


Aku agak kecewa besar dengan tindakan kerajaan yang membuat pengurangan caruman EPF daripada 11% kepada 8%,penurunan sebanyak 3 %.Sebab pada pandangan aku tindakan tu tindakan orang tak sekolah,takde akal.Tak layak jadi menteri.

Sebab tak relevan langsung dan sebenarnya tak membantu langsung rakyat.

Kalau gaji aku Rm2000,gaji bersih aku akan bertambah lah Rm60.Ingat RM60 tu banyak ke?Memang membantu sangat ke?ZRm60,2 3 hari belanje dah abis dah.

Kita sepatutnya menyimpan sebab aku rasa kalau nak menyimpan sendiri memang susah.Tapi sekarang ni kerajaan suruh pulak kita membelanjakan duit simpanan kita.Seolah-olah macam kerajaan kata "Hah,inilah sumbangan kami kepada anda semua,belanjalah duit tu ikut anda" Padahal itu sebenarnya duit kita jugak,takde kaitan langsung dengan kerajaan pun!

Banyak lagi benda diorang boleh buat.Turunkan cukai kereta dan motor.Mungkin announce "Bulan ni anda tak payah bayar installment kenderaan anda.Kerajaan tak nak cukai anda dan kami akan bayarkan installment anda untuk sebulan ni.Sayangilah kerajaan anda"(Aku bagi cadangan ni sebab aku tau anda pun sudah sedia maklum perihal cukai kenderaan kat Malaysia ni)

Aku rasa banyak lagi cadangan lagi baik yang kerajaan boleh perkenalkan berbanding dengan penurunan potongan EPF ni.Aku tak berapa ada cadangan nak bagi sebab aku bukan menteri,cuma aku rasa EPF tu penting pada aku dan biarlah potong banyak sekalipun,aku rasa simpanan tu bagus

Mungkin kalau nak buat perubahan pasal EPF ni,apa yang boleh diubah bukannya buat penurunan.Tapi buat KENAIKAN.

Kenaikan INTEREST dia,naikkan la dalam 8% ke?
Kata Valuecap boleh untung sekejap je.Takkan la tak nak bagi langsung duit untung tu kat pencarum?Mana fair camni.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BILA AKU DENGAR CADANGAN NI MEMANG TAK BLEH DUDUK AKU. KOK YE PUN NAK POTONG 3% SURUH LA ORANG YANG NAK PI ISI BORANG ITU INI. NI TAK, YANG TAKNAK PULAK YANG KENA PI ISI BORANG. HAMPEH TUL! MENYUSAHKAN SAJA. KATA MENTERI NI LAGI YANG MAU TU LAGI BANYAK DARIPDA YANG TAK MAU.

SAPA LA YANG KEMARUK SANGAT RM60 TU??? (SEBULAN RM2000)

yazrie berkata...

heheheheh..aku retainkan caruman 11% tu...sebab tu simpanan..tak rugi lah kalau simpan..tak paham la kadang2 depa punya decision nih..pastu sesiapa nak kekalkan 11% pulak yang kena susah2 isi borang..karang terus org nak retain tu MALAS nak isi borang..