November 10, 2008

Album dan Series Review : Dr.Horrible Sing Along Blog


Mungkin tak ramai yang menyedari kewujudan mini series ni yang terbit ekat internet semasa Writer's Guild Strike kat Amerika satu masa dulu.Aku pun pada mulanya buat2 tak layan aje la sebab time tu aku takde langsung sumber sitcom dekat internet,terpaksa la tengok balik Friends semua season.

Mini series ni dihasilkan apabila Joss Whedon bosan sebab takde benda nak buat.Dia director dan dia takde skrip nak diarahkan.Siapa Joss Whedon ni?Mungkin dia tak sefamous director2 lain tapi dia ni seorang yang menjadi cult favorite sebab dia buat 2 benda,TV Series "Firefly" dan filem "Serenity,"sebuah movie berasaskan series "Firefly" ni.

Aku pun pada mulanya tertengok Firefly tu pun sebab awek dia lawa dan suka tunjuk cleavage tapi lama2 aku sangkut,tiap2 minggu tengok.Sayang series tu tak tahan lama sebab dihentikan.Movie "Serenity" tu pulak,sebuah movie sains fiksyen dengan bajet yang ciput tapi pada aku memang best.

Okeh,cukup pasal Joss Whedon ni.Dr.Horrible Sing Along Blog ni mengisahkan mengenai seorang brader bernama Billy (Neil Patrick Harris - "Doogie Howser","How I Met Your Mother") yang mempunyai impian untuk berkasih-kasih dengan seorang awek bernama Penny.Tapi awek tu ada boifren,bernama Captain Hammer (Nathan Fillion - "Serenity" "Slither") seorang superhero yang gagah tapi sebenarnya berhati busuk dan hanya Billy yang tau perangai sebenar Captain Hammer.Si Billy ni pun mencipta satu alter ego bernama Dr.Horrible,seorang saintis gila yang genius yang ingin mencipta satu senapang yang dapat membekukan sesiapa pun.

Apa yang bestnya pasal series ni adalah sebab dalam setiap babak,skripnya sangat2 lah minima,digantikan dengan dialog dalam bentuk muzikal.Jadi semua yang terjadi dalam penceritaannya,berlaku dengan bantuan soundtrack muzikalnya.

Aku tak nak cerita banyak pasal cerita dia sebab skip dia simple je,apa yang membuatkan series ni spceial ialah lagu2 yang catchy yang dinyanyikan sendiri oleh pelakon2 nya.Takde pakai orang lain tapi pelakon tu sendiri yang nyanyi.Bukan macam Datuk Hindustan seorang tu yang hanya reti miming semua lagu dalam filem dia.

Aku terkejut dengar suara Neil Patrick Harris sebab mamat tu memang boleh menyanyi.Banyak lagu sedap2 dan boleh jadi terbuai2 dengar soundtrack dia.Lagu duet dia bersama Penny sewaktu dia sedang stalking Captain Hammer dan Penny dating adalah antara highlight soundtrack dan series ini.Begitu juga lagu sewaktu episod "Laundry Day" yang mengisahkan perasaan Billy semasa sedang menggunakan mesin basuh.

Mungkin korang bace benda ni macam tak masuk akal.Apa kejadahnya layan muzikal?Lagu pasal perasaan masa tengah basuh baju?

Tah,aku tak suka pun cerita muzikal ni tapi Dr.Horrible Sing Along Blog ni unik.Lain daripada lain.
Sebuah series sains fiksyen,superhero,romantik,komedi,action dan thriller digabungkan lalu dipersembahkan dalam bentuk muzikal.

Kalau nak tengok,sapa kaya boleh beli kat iTunes.
Yang miskin ni,tengok kat YouTube ada,soundtrack boleh download kat Torrent.Sape2 nak dengar Doogie Howser menyanyi,try la dengar.Siapa tak kenal siapa itu Doogie Howser,tanye la abang2 anda ke kakak anda.

Rating - 9/10

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

i love dr horrible & NPH