SOALAN AKU :
Tadi,aku gi kedai,usha-usha majalah.Tengok ada majalah Mingguan Wanita (majalah yang selalu kaum2 ibu beli dan kaum2 lelaki malu2 nak baca tapi baca gak senyap2).Gambar depan dia gambar seorang dramatis negara yang telah lama menghilangkan diri iaitu Wan Nur Azlin.Aku tak bukak baca artikel dalam tapi ada la headline dia tulis pasal Wan Nur Azlin.Ayat dia "Biarlah saya bina kehidupan baru"
Aku nak tanya korang,patut ke kita bagi dia peluang yang dia mintak.Aku tak tau nak fikir apa masa aku baca tu.Sebab aku rasa malu.Dia orang Melayu,Islam.Memang salah la sape2 yang edarkan video dia dulu.Tapi,masalahnya,content video tu.Maksud aku,waktu video tu dirakamkan.Waktu tu diorang mana kawin lagi
Tu yang sepatutnya buat KITA SEMUA ORANG MELAYU ni rasa malu.Wajarkah kita bagi peluang dekat dia?Sebab kalau kita bagi peluang dekat dia,nampak macam kita dah membenarkan benda2 macam ni dalam negara kita.Tapi kalau tak benarkan,simpati pulak dekat anak2 dia tapi,nanti artis2 kita yang memang dah kurang rasa malu jadi terus tak malu sebab tengok masyarakat boleh accept balik Wan Nur Azlin.KIta tengok la kes2 artis lain yang buat porno,semua memang tak senonoh (kecuali satu kes yang dianiaya melalui hidden camera)
Nak benci dalam hati je pun susah.Sebab kalau kita tengah layan drama dia kalau dia berlakon balik,mesti otak ada teringat2 "drama" dia dulu.
Adakah masyarakat kita lebih sanggup menerima Wan Nur Azlin berbanding dengan seorang penagih dadah yang telah pulih dan insaf (cuba baca cerita pasal Mohd.Syukri Hadafi,anak angkat Prof.Diraja Engku Aziz,seorang genius sewaktu kecil tapi sekarang hanya bekerja menebar roti canai) kerana dia tak diterima keluarga angkat dan masyarakat selepas terjebak dengan gejala dadah.
Jadi,patut ke Wan Nur Azlin diterima kembali?
Bagila pandangan dekat komen kalau ada pandangan.
10 ulasan:
Salam saudara,
Saya suka baca blog saudara bila ada kelapangan. Pada pendapat saya, selagi beliau masih hidup pintu taubat tetap terbuka. Allah SWT tetap akan menerima beliau sebagai hambaNya. Apalah sangat kita ni untuk menyisihkan beliau
everyone deserves a new start. the worst thing in life is we dont even have such chance given to get our self up again.
tak kira la dah bertaubat ker tau buat ker.... nak bina hidup baru haaaa buat la meniaga ker keje kilang ker.... business ker... takyah la berlakon la.... ingat berlakon tu elok ker?...
camner pun owang still eringat drama dia ngan abang kumooo tu...
Hmm patotlah kita terima dan memaafkan dia. Sedangkan nabi pun amponkan umat. :)
Manusia selalu melakukan kesilapan. Mungkin hari itu hari dia, esok mungkin hari kita, tak kena kat kita, pada anak-anak kita @ cucu-cucu kita @ keturunan kita.
Kalau ada sesiapa yang nak tolong dia untuk bina hidup baru tu silakanlah.
dia dah cerai ke dengan husband dia?
aku tak ikut sgt ape yg jadi kat dia
sedangkan Allah boleh terima taubat org yang bunuh sampai 1000 orang, nikan plak kesalahan dia... kena terimalah... pastu smlm ada tgk berita kuar pasal kes tunjuk video azab kubur kat sekolah... tp yang bangang tu ada mak bapak tak setuju.. tu mmg mangkuklah.. dah lah budak2 skrg akhlak dah truk.. mmg patut sgtlah tunjuk video tu biar insaf skit tp sesuai utk sekolah menengahlah
Salam,
Case closed! kesian kat dia, dia dah kena malu di dunia lagi....jangan la kita pula menambah hukuman yang Allah sahaja layak berikan...pohon sangat2....
thx!
orait,case closed
Biarlah Allah s.w.t yang mengadili..kita pun hanya manusia biasa yang sentiasa lemah & membuat kesilapan.Allah s.w.t sentiasa menerima taubat hamba2 nya..ini kan pula kita..jangan kerana dia kita hukum kehidupan anak2 nya yang tak berdosa..
alhamdullillah ... berubah laaa kepada kebaikan.
Catat Ulasan