May 01, 2009

Destinasi Bajet : Putrajaya Yang Overrated

Sorilah,aku lama menghilang.Mesti ramai yang merindui aku,aku paham.Sebab tu aku letakkan gambar lelaki peluk bantal pink kat situ.

Sepemergian aku,hujung minggu lepas,aku isi dengan satu aktiviti yang takde point.Mula-mula aku ingat nak pegi Taman Burung,tangkap gambar burung ataupun pegi Zoo Negara,nak tangkap gambar biawak,sekali tengok nak masuk Taman Burung pun kena RM12.Zoo Negara pun aku rasa Rm15.Jadi,untuk mengisi masa lapang,aku pegi la tempat yang free iaitu Taman-Taman Awam sekitar Putrajaya.



Dekat Putrajaya,sebenarnya banyak taman2 awam.Dulu aku round,aku pegi Taman Putra Perdana (aku tak sure nama dia..ada monumen amende tah) jadi minggu lepas aku pun memenuhkan masa aku dengan berjalan kat 3 tempat iaitu Taman Botani,Taman Warisan Pertanian dan Taman Wetland Putrajaya.Sebab free jadi bole la aku pegi.

Sampai aje aku kat Taman Botani ni,aku nampak ada "Ekspo," ekspo ape tah tapi tak dapat sambutan langsung.Ada la gerai2 yang bukak yang jual bijik benih tak silap aku.Aku pusing2 tengok macam takde ape,aku jalan balik.Terus ke Taman Warisan Pertanian.

Kat Taman Warisan Pertanian ni ada tempat makan,ramai la orang makan situ.Hehe,best,ramai orang.Aku pun masuk la ke kawasan dusun dia.Berpusing2 la aku SORANG-SORANG dalam tu,siap bole sesat sampai aku rasa give up nak terjun gaung.Yang ada dalam tu hanyalah aku,seorang pelawat dan yang lainnya pekerja2 asing.Bila aku tanya diorang jalan,diorang tak paham."Saya Bangla,saya tak ada tau.."itu aje la reply dia.Sambil aku pusing2 dalam tu mencari jalan keluar dengan perasaan frust sebab takde apa2 pun yang istimewanya dalam tu,aku pun snap la gambar2 yang bole aku nampak kat kampung aku (ex kampung aku sebelum kerajaan buat highway atas kampung aku)



Ada la gambar pokok nangka,pokok mengkudu,plastik sampah dan bermacam-macam lagi pokok yang tak seistimewa mana pun.Dengan perasaan kecewa yang amat sangat sambil maki hamun taman tu,aku bernasib baik sebab jumpa jalan keluar.Papan tanda dalam kawasan tu memang tak berguna langsung.Jauh jugak la aku berjalan.Start motor aku terus ke "destinasi" aku yang seterusnya,Taman Wetland,dengan harapan agar ada la sesuatu yang menarik kat situ.

Sampai aje aku kat situ,aku nampak vending machine.Ingat nak beli air,tapi syiling tak cukup.Aku pun pegi kat kaunter,tengok takde orang jaga pun.Ada kaunter untuk sewa basikal,tapi kosong,tak berpenghuni.Takpelah,pedulikkan dahaga tu.Aku pun menuju ke satu tempat yang namanya gempak "Pusat Penghayatan Alam," ini sudah terbaik.Aim aku hari tu adalah untuk bersatu dengan nature.



Oh,kecewa betul aku bila aku sampai ke spot tu,rupanya takde apa2 pun.Aku pun snap la gambar pokok pisang yang ada sekurang-kurangnya ada la jugak benda yang boleh aku jadikan memori.Mungkin tak ramai yang dapat tengok buah pisang ni sebelum dia masak,jadi aku pun snap la gambar pisang ni semasa dia masih dalam peringkat baby.


Wah,kolam flamingo!Ini sudah menarik.Aku pun ikut la signboard.TIba-tiba aku hilang arah tujuan.Mana flamingo nya?Yang aku nampak hanyalah satu kolam yang besar dan sunyi sepi.Di mana kawanan flamingo nya?Ingin benar aku bermesra bersama flamingo tempohari tetapi sekali lagi aku kecewa.


Aku pun pusing la mengelilingi taman tu.Dari kejauhan aku nampak ada satu menara pandang yang sangat tinggi berwarna merah.Oh yeah!At least dapat jugak aku menangkap gambar2 pemandangan yang indah daripada satu sudut yang agak tinggi.Aku pun bergegas ke sana walaupun langkah aku makin berat.Semakin aku menghampiri menara tu aku semakin girang sekurang-kurangnya aku yakin lawatan aku hari tu berhasil.Sampai aje aku di menara tu,kelihatan lah seorang security guard yang sedang duduk menghisap rokok sambil mendengar radio.Tangga untuk ke atas menara pun sudah ditutup untuk kerja-kerja ubah suaian.ARGHH!Apa ni!Aku jadi hangin lak.Terus aku menerajang sebatang pokok bunga kertas kat tepi aku.




Jadi,aku berjalan2 hampir satu hari kat taman-taman Putrajaya yang kosong dan selalunya terlalu sunyi.Sangat2 sesuai untuk berbuat maksiat.Apa yang ada?Tah la.Taman2 ni terlalu "generic" sehingga menjadi satu taman yang mempunyai landskap yang baik tapi jiwanya kosong kerana kurangnya penjagaan dan kurangnya isi kandungan.Tempat memang luas tapi takde apa.

Aku amat berharap agar remaja-remaja Melayu dapat menggunakan Taman-Taman Awam Putrajaya untuk aktiviti maksiat mereka kerana aku yakin,jika anda nak bergolek atau berguling-guling sekalipun di situ,takkan ada orang peduli.Sekurang-kurangnya,taman2 awam ini dapat dimeriahkan dengan kehadiran anda semua.Aku pun semangat la jugak nak pegi tangkap gambar.

Asyik2 dating kat tepi jambatan tu,takpun bawah Jambatan Putra,apa salahnya gunakan kemudahan Taman2 yang disediakan?

Apa salahnya tempat berkelah ni digunakan untuk buat shooting location majalah Mangga?Asyik2 swimming pool,bosan aa.

9 comments:

bloodytiramisu said...

best nyer ko jln2..even aku yg dok putrajaya ni pun belum lagi habis round 1 tmpt tuuh..
ngee~~~~ putrajaya mmg buhsan..sgt2 buhsan...aku rasa yg best kat situ cuma waktu mlm jerk sbb lampu cantik..tu jer..lampu cantik..
kekekekekeke
giler ar trip ko ke sana x menjadik spt yg diharapkan...kalu aku dah lamer dah aku blah..

sepol utusan said...

ko bley jd wartawan national geographic mantot

Anonymous said...

tak baek dowh m'galakkan maksiat kat tmpt camtu..at least suh mari berkebun buleh gak jana pendapatan negara..wakaaka

Anonymous said...

Apa yg aku dpt nmpak di sini, samada penduduk M'sia tak tahu wujudnya tmpat tu atau penduduk Putra Jaya teramat sibuk dgn kerja. Gambar2 sungguh menarik dan dpt dilihat penyelenggaraan sungguh baik dari segi kebersihan. Yang 'slack' nyer mana2 kat M'sia ni produk yg 'limited' dan 'signboard' yg hidup segan mati tak mahu. Menteri Pelancongan kena arahkan timbalannya iaitu anak KM Sarawak (tgh sedih kematian ibu tercinta)mohon maaf kpd Mantot sbb tersesat dan tersasar matlamat dlm taman2 di Putra Jaya ini. Alhamdulillah taman2 ini masih slamat dikunjungi sbb tiada couple, penghisap gam mahupun peragut berdasarkan Mantot yg bebas ke sana ke mari membawa digital cameranya. Diharap kekalkan suasa aman tersebut, sbb dh 'fade up' lawat tmn2 awam ni, msti ada anasir2 penganggu mcm ni. Nk bwk awek jln2 pun payah, bkn nk romen pun, dh tak dek duit tgk wayang mkn kat McD. Lgpun awek aku suka baca novel, aku lak suka komik Pedang Setiawan dan Wira Tunggal...ha3. Apa2 pun syabas buat Mantot sbb memperkenalkan tmn2 yg ada di signboard tp tidak ada atau kurang promosi di tv3 mahupun Berita Harian ataupun Utusan Malaysia atau brochur2 di MTIC.

Anonymous said...

oit tot wat la dekomentari pasal cyberjaya plak tempat keje ko tu...hehe

M said...

haha...cyberjaya ker cibaijaya?lagi la cam haram jadah..sumer tanah merah...dan kalo korang nak tau ade 1 jer petrol kiosk kat cibaijaya tuh..ops..cyberjaya tuh..itu pun petronas..cis!

Buduh Punyer Lembu

Anonymous said...

Hik..hik..
Tak pe..kalau mcm tu biorlah aku & kapel aku merasmikan acara dating kita org kat taman yg indah tu....
Ekeke...
Sape nak ikot jom arrr...kita konvoi ramai2 hahaha....
Canteeeekkkkkkkkkk.....

Master Yoda said...

Kah kah kah...

Nanti hang dpt saham dosa beb klu ade kapel2 beromen kat situ...

Dah hang yang rekomen...

Anonymous said...

Ape la kau ni, cantik kot!

terlalu high expectation! kalau kau nak tempat superb mcm disneyland, kumpul la duit pegi hk, ke switzerland ke, mampu tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...