September 23, 2010

Aku,Shin Chan dan Yoshito Usui Serta Perasaan Ingin Jadi Bapa

Satu benda yang agak menyedihkan berlaku weekend hari tu bila aku tengah jalan-jalan dengan wife aku,aku nampak Dik Cerdas isu 50.

Kepada yang masih tak tahu atau tidak peduli,pelukis Dik Cerdas,Yoshito Usui telah meninggal dunia apabila melakukan aktiviti memanjat bukit rutin dia tahun lepas.(Fakta - Yoshito Usui meninggal dunia pada 11 September 2009 sama tarikhnya dengan pengeboman World Trade Centre)Mungkin untuk menghormati Yoshito Usui,isu terakhir Dik Cerdas ini juga dikeluarkan genap setahun selepas kematian mendiang.

Aku mula membaca Dik Cerdas waktu aku sekolah menengah.Dulu waktu sekolah,bila kelas Bahasa Jepun,cikgu aku bila dia malas nak mengajar atau kelas terhabis awal,dia akan pasang kartun Shin Chan ni.Mungkin sebab sekolah aku sekolah lelaki semua jadi takde la takut sangat nak tengok kartun2 tak senonoh macam tu.Walaupun kartun tu bahasa Jepun tapi kitorang buat2 aje la paham apa diorang cakap.Apa yang membezakan kartun Shin Chan yang aku tengok dengan kartun yang keluar kat NTV7 adalah version yang kitorang tengok tak censored.Semua aksi belalai Shin Chan ditunjukkan secara terbuka.Cikgu aku seorang perempuan dan bila ada bab2 camtu..biasanya dia buat2 la nak fast forwardkan.

Mungkin kepada orang yang tak minat,Dik Cerdas ni adalah satu kartun dan komik yang tah apa-apa.Ye lah,sket2 tarian belalai,tarian punggung dan bermacam2 lagi la adegan lucah yang ditunjukkan.Dengan lukisannya yang macam budak baru belajar melukis,lagilah orang tak minat nak baca.Pada aku,daripada simplicity yang ada pada siri komik ni lah yang menunjukkan Yoshito Usui ni seorang yang talented.Kisah-kisah yang ditunjukkan di dalam cerita tu adalah cerita yang agak matang dari segi mesej dan cara penyampaiannya.Walaupun lukisan dia simple,cuba lihat dari segi framingnya,dari segi angle yang dipilih,amat mudah untuk menjelaskan kisah yang cuba ditonjolkan.

Apa yang lebih menonjol adalah apa saja yang cuba dipaparkan dalam komik tu adalah kisah sebenar realiti bagaimana sepasang mak bapak berusaha membesarkan anak mereka yang tidak normal menjadi seorang yang normal di sebuah bandar di Jepun.Terlalu banyak mesej2 yang harmoni tersirat dalam komik itu jika pembaca cuba melihat disebalik lawak2 lucah yang kerap ditonjolkan.

Ada satu isu Dik Cerdas yang mempunyai satu jalan cerita yang sangat berat dan agak kurang sesuai untuk bacaan kanak-kanak melibatkan kematian salah satu watak penting yang dipaparkan dalam bentuk komik bisu yang sangat2 dramatik.Aku agak terkejut bila membaca isu tu sebab ketelitian yang ditonjolkan dalam komik bisu tanpa dialog itu mampu mempermainkan emosi siapa saja.Bila Dik Cerdas memaparkan cerita kematian seseorang akibat serangan terrorist dan kesannya kepada mereka yang berkait hidupnya dengan si mati,Dik Cerdas sudah memasuki satu dimensi lain yang kurang disentuh sebelum itu.Mungkin Yoshito Usui ingin memberikan petanda kepada pembaca mengenai tragedi yang bakal menimpa dirinya..mungkin.

............

Jadi,aku balik rumah,aku baca Dik Cerdas nombor 50.Lawaknya masih berbisa.Sudah boleh nampak ke mana Yoshito Usui ingin membawa kisah hidup Shin Chan dan adiknya jika dia masih hidup lagi dan mampu untuk melukis.Sayangnya,kenangan aku membesar bersama Dik Cerdas mungkin telah berakhir selepas 50 isu.Habis membaca,ada nota untuk pembaca yang ditinggalkan untuk mengucapkan terima kasih kerana menyokong Dik Cerdas.Dimaklumkan juga Dik Cerdas nombor 50 adalah isu terakhir hasil tangan Yoshito Usui.

Hati aku berasa sayu.Sayang benar rasanya tidak dapat melihat Shin Chan jadi dewasa.

Banyak dah hilang.Ada sikit adik aku simpankan dekat Alor Setar


Yoshito Usui membuatkan aku nak kahwin,nak ada anak dan nak berkeluarga.Tidak ada apa yang lebih indah melainkan sifat kasih sayang antara seorang abang dan adiknya,kasih ibu bapa kepada anaknya dan kasih sesebuah keluarga yang kerap benar jadi topik paling penting dalam Dik Cerdas.

Aku ingin punya anak seaktif Shin Chan.Selepas 50 isu dan hampir berbelas tahun memeriahkan hidup aku dan tanam semangat aku untuk jadi bapak,...Pakcik Yoshito Usui,terima kasih tidak terhingga kerana melukis komik yang sangat cincai tapi mampu menceriakan hidup aku.

29 ulasan:

Unknown berkata...

orang biasa akan pandang Shin Chan ni lawak lucah tanpa pengisian..
sedangkan kalau kita berfikir balik, ada sebabnya dia buat macam tu..

lagi satu, walaupun kita baca dalam versi BM, lawak dia tetap ada, walaupun mungkin berbeza ngan versi Jepun, tapi overall memang bestlah..

Haqim berkata...

boleh kata satu2nya komik yg mampu wat aku ketawa sorang2 :D

ex school mate berkata...

hari tu aku pegi sungai wang, dekat kedai yg bnyk jual manga bahasa melayu,video2 manga,figurin2 manga...tingkat 2 kot...aku borak sikit2 dgn tuan kedai tu...dia cakap episod 50 ni sebenarnya karya2 pelukis yg belum publish mana2 dan dilukis secara randomly...sebab tu takde continuity...kalau isu2 sebelum ni, ada episod2 dia...isu 50 ni xde due to that reason...

Tanpa Nama berkata...

ha ha terbaek ah gmbr header tuh.tp 2 yg last tu xfaham la abg mantot. apsl laki tu tibe2 ade tie n pakai glass plak?

afiqsiddhartha berkata...

jsngsn nangis mantot. kau nangis, aku nangis lagi teruk.

Tanpa Nama berkata...

yg header tu
turutan dia cam digit kat handset
1-9

gambar ke-3
laki tu cari awek lain

gambar ke-8
laki tu dah bekerjaya kot. dah ada duit apa dah. anak xpeduli pom. pompuan tu plak dok sumpah seranah dia

yg terbaik aku rasa
gambar ke-7
DBKL tu wei
DBKL!
alahai..

LS berkata...

Shin Chan jela yg gua suka tengok lepas Shaman King!

pensel kayu berkata...

dulu adik sepupu aku mcm shin chan masa kecik dulu,tp bila da besunat,dia dah jadi pemalu.terus jadi upin ipin.

Aini berkata...

Sy peminat sin chan jugak. Juga pengumpul dik cerdas ni. Agak susah nak dapatkan dik cerdas sekarang lepas kematian Yoshito Usui.

mr edz berkata...

aku pun ada jugak koleksi ni dari 1 sampai 38...

mr edz berkata...

aku pun ada jugak koleksi ni dari 1 sampai 38...

Laici berkata...

Header tu baca dari kiri ke nk kanan ker?

Aku agak la;

1-3 : 1,Laki ngan prmpn bercinta, 2,laki tu ajak2 buat "jahat"..3,perempuan tu ngandung,

4-6 : 4, lelaki tu cari prmpuan lain pas dpt tau prmpuan tu ngandung..5,prmpuan ngandung patah hati, 6, prmpuan tu buang bayi

7-9 : 7, bayi tu dibuang dlm tong sampah...8,prmpuan tu kawen ngan orang yg nerd,kaya dan berkerjaya..9,bayi tu bsar tanpa kasih sayang

mamdoh berkata...

.: eh? biar betul ni manot. dulu mamdoh baca Yoshito Usui ni mati dibunuh. terkejut besar dan terkejut beruk jugakla dpt tau dia mati dibunuh. tu la, dlm dia tgh naik2 bukit tu, dia rilex2, ada orang pg cucok dia dgn pisau dan lari. kesian jugakla mai mcm tu. aduh...

Shin Chan jugala yg buat org hairan knp mamdoh boleh ketawa sorg2 geli hati, hehe. orang biasa tak faham, tapi lepas tunjuk dan explain kat diorg, bjangkit dah minat mbaca Shin Chan nih, hehe.

Pemikiran lucah terlampau dgn aksi2 Shin Chan yg mustahil dbuat oleh budak bawah 5 tahun? tu dibuat dgn selambe je oleh Yoshito Usui. kagum nya mamdoh, mcmana dia blh pikir sejauh tu dlm buat komik.

tp part bisu2 tu belum jumpa lagi. mungkin itu isu ke-50? nnt na cari. na buat balik koleksi Shin Chan~ haha.

mungkin kerana br mantot slalu tgk komik ni yg buat blog ni semacam aneh? haha :-P

:.

Tanpa Nama berkata...

Aku rs psl header yg lelaki pakai tie tu suami pmpun tu kini (bukan lelaki yg mempunyai benih dlm tong sampah DBKL tersebut). Cuma aku tak phm budah yg break heart tersebut menunjuk ke arah mereka adakah dia itu budak dlm Tong Sampah? Mcm mana dia tahu itu ibu dia?..hanya ko yg tau Tot..

Psl Shin Chan lak dan juga komik2 jepun lain, mereka amat menitik beratkan jln cerita yg betul2 menyampaikan mesej penting. Mcm jgk Detective Conan. Lukisan simple tapi kta tertarik dgn jln citer dia.

Minta maaf artis kartun kita, lukisan just ok..citer skrip hampeh..Bkn tak bersyukur tp perah skit kepala hotak nk buat jln citer sbb korang jdkan melukis periuk nasik anda.

p.s..dh tgk filem Magika ker?..

Mcjust berkata...

aku xpenah focus sgt pun pasal lucah2 dlm cerita ni, tapi lawak di tu mmg best. tiap kali baca tiap kali tu la gelak sakan.

selamat menjadi bapa yg baik!

Tanpa Nama berkata...

shichan ni walaupun bace base melayu,lawak dia tetap ada.in fact,lawak dia jenis sarkastik.kalo da otak takat macam tu jugak, memang tak paham jugak la.

sedih.

milo boyd berkata...

oh..post ko buat aku slight smile. teringat zaman skolah baca mende nih kat bus stop or dlm bas..pastuh giggle sorang2.

sweet kau tot. auw~!

Tanpa Nama berkata...

aku nangis wooo masa baca tunang cikgu matsuzaka mati kena bom kat afrika tu. sedih gile.

Lisalis berkata...

eh dah ade no 50 ke?aku punya sampai 49 aje..

Amirul Idham berkata...

tapi yoshito usui ni dah mati. mati jatuh daripada mendaki lembah

Tanpa Nama berkata...

baca jugak shin chan ni, lps tuh gelak sorang2, mulalah kena bebel dgn mak, dah besar pon baca komik lagi huhuh

Tanpa Nama berkata...

Terbaek lah...memori2 yg tinggalkan kenangan indah belaka...entry2 ko nih senantiasa selari/berkaitan dgn unsur pemikiran2/konsep2/fahaman2/idea2/ yg timbul secara spontan (sblm@selepas ko post entry2) dlm hidup aku,blog nih da jd mcm bhn bacaan utama utk extra useful/meaningful info dlm hidup aku. Thanks Mantot, really appreciate your effort.
Drp,
Rakyat yg Setia mcm Haiwan Peliharaan.

MFTAQIYUDDIN berkata...

Antara kenangan saya membaca Dik Cerdas

1-Tahun 2006, sedang seronok membaca Dik Cerdas, hantu pontianak dok menangis-nangis belakang Blok aku.

2-Tahun 2006 jugak, aku dok beli Dik Cerdas banyak-banyak sampai habis RM100 lebih.Sekarang dah tak banyak tinggal,member buat reta, dan hilang ntah mana.

3-Tahun 2006 lagi sekali, member-member gelak aku dok baca Dik Cerdas, tapi lepas tu depa pulak dok pinjam baca.

4-Tahun 2010, baru je beberapa hari lepas aku terkenang Yoshito Usui, tup-tup En.Mantot keluarkan posting tribute untuk Yoshito.

Terima kasih juga untuk En.Mantot.

kucai berkata...

smpai sini ja la cita sin chan...pasni dah xdak dah sapa nk lukih...gila sedey...

Tanpa Nama berkata...

kid :

cuba baca monster karya urasawa naoki

Ginjiyana berkata...

aku minat gile shinchan ni.zmn skolah dl abg kwn aku ni kutuk gile shinchan sbb lukisan buruk.tapi tetiba die tbaca tgolek2 sorg gelak.mau xgelak kaw2 nyer aku.sape xminat shinchan try la baca dulu wei.mmg la ade part lucah tp korg dah umur brape?msj die byk tu.aku pon mbesar ngan kartun jepun.bg aku tu kenangan sbg bdk2 sbb aku dah besar skrg.aku suke gile la entry bro ni :D

Tanpa Nama berkata...

no wonder entri kau banyak yang pumpang lebih. muda lagi kau ni rupanya ye. good luck on your journey mantot. there's so much to learn from now on. good luck :)

- Sayang Melayu

hime s berkata...

aku baca cincan masa aku darjah 2. aku rasa gile x appropriate citer ni tapi abang aku dok beli.

pastuh aku membesar ngan cincan, makin besar aku makin enjoy citer dia.

:'(

Unknown berkata...

salam mantot.

skrg ada shin chan baru. daripada team yoshito usui juga (without him of course) dari syarikat futabasha.

kat malaysia da keluar buku no. 3 januari lepas.

so far, ok la juga lawak dia mcm yg arwah yoshito usui buat.