September 08, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Balik kampung bawak kereta elok-elok.Balik naik bas pesan kat driver suruh jalan elok-elok.Yang perempuan jangan sampai kena raba masa berebut naik bas tambahan.Yang nak jalan kaki stesyen bas,jaga,area stesyen bas banyak kaki pau,aku tak tau apa yang menariknya pada diorang.Yang bawak motor,kalau konvoi ramai2,tolong jangan nak berborak2 sebelah menyebelah masa bawak motor.Yang naik keretapi,bila dalam terowong jangan pegi pegang2 orang lain.Yang naik flight,baguslah,selesa,jangan tepuk punggung peramugari.

Kepada yang tak balik kampung dan masih ada kat KL waktu raya,pegi la jalan-jalan Kuala Lumpur waktu pagi hari Raya kalau nak rasa macam mana hidup kat negara lain.

Rindu betul aku,seorang Melayu waktu pagi Raya dua tahun lepas nak tengok orang Cina atau orang India,apatah lagi orang Melayu.Bila dah takde depan mata barulah rasa dalam hati sebenarnya,rakyat Malaysia memang punya identiti sendiri.

Aku cuti lama.Kalau ada sesiapa dari kaum Hawa yang merindui aku,sila tinggalkan pesanan.Kepada kaum Adam yang merindui aku,sila jangan tulis apa-apa pesanan.

13 ulasan:

LS berkata...

Selamat Hari Raya bang mantot!

Pantun tu terbaik!

shahrin yusof berkata...

Selamat hari raya :D

Azrul Hisham berkata...

selamat hari raya bro mantot :)

pompuan dewasa berkata...

pagi raye di kl mmg rase berada di nepal, pakistan, bangladesh, mahu pon vietnam. nasihat aku, jangan naik bas metro di pagi raya. mahu pon berjalan di klcc. XD

Nerzhul berkata...

bukan nak tinggal pesan tapi nak ucap selamat raya. mantot dan isterinya beraya kat mane?

misz myza berkata...

selamat hari raya.. jangan main mata dengan pempuan lain.. ingat isteri tercinta.. ahahahha...

kyo_9 berkata...

haha.. ayat memang terbaek!
selamat menjalani ibadah puasa di hujung2 Ramadhan ni bro..

PutraRocker berkata...

salam 29 ramadhan..woot3 o_O

Tanpa Nama berkata...

memg solid ucapan raya kau..haha

Kap berkata...

waa.
guna cancel naik bas.
flight boleh main tepuk tepuk :D

Tanpa Nama berkata...

selamat hari hari kepada bini hg mantot

Mcjust berkata...

selamat berhari raya ;)

tanpagraviti berkata...

Selamat Hari Raya Mantot..

ps: Kedah kat mana?