Aku sangat memerlukan cuti raya yang lepas kerana aku memerlukan waku rehat yang agak panjang selepas satu tempoh bekerja yang agak exhausting. Tidak ada yang lebih me-rechargingkan diri selain daripada balik kampung jumpa family tercinta.
Walaupun raya aku tahun ni agak kelam kabut ke sana ke mari, tapi sekurang2 nya buat pertama kalinya dapat jugak isteri aku jalan2 tengok Kedah macam mana.
"Macam mana rupanya Kubur Panjang itu?" tanya isteri aku.
"Kubur tu panjang, tiap2 kali ukur, panjang dia bertukar2 ikut hari.." kata aku. Aku assume Kubur Panjang itu terjadi kerana tersimpannya seorang alim ulamak Kedah yang agak warak perwatakannya selama ni. Tapi Raya kali ni barulah aku diberitahu bahawa sebenarnya yang arwah dalam Kubur Panjang tu adalah mangsa kena tikam lepas kalah bergaduh judi sabung ayam.
Aku balik kampung tapi aku tak pernah berkesempatan nak berjalan pusing tengok Alor Setar sekarang jadi pada satu pagi, bertemankan anak buah aku yang tak mandi, aku pun pusing carik sarapan sekeliling Alor Setar pada hari raya ke dua. Kedai masih lagi tak bukak jadi mana2 kedai yang bukak akan diserbu oleh orang2 Kedah. Waktu aku lepak kedai mamak tunggu, masih lagi kedengaran bunyi2 golongan2 yang agak lucu yang aku gelarkan "orang luar cuba cakap Kedah."
Pernah dengar orang bukan orang utara cakap loghat utara?
Sama macam biawak tersepit kan?
Pernah dengar istilah "like a trainwrecked?"
Deer caught in front of a headlight?
Pusing punya pusing aku sedar dah banyak perubahan berlaku dekat Alor Setar. All for the worst la, ikut kata Barisan Nasional. Boleh nampak makin ramai orang miskin merempat tepi jalan meminta sedekah, kanak2 tidak cukup zat berlari-larian di tepi jalan. Rumah-rumah usang tidak berpenghuni memenuhi bandar Alor Setar dan kawasan hutan yang makin menebal menjadi pemandangan biasa di sini. Kita semua sedia maklum, jika kita memilih bukan Barisan Nasional, ini adalah masa depan negara kita, seperti kata mereka.
Aku juga sempat ke Padang Besar, layan perjalanan yang aku rasa mempunyai scenery TERBAIK antara mana2 jalan yang aku dah lalui dan aku juga sempat melawat sebuah kilang gula yang super besar.
Di Padang Besar, aku tak mampu beli macam2 sebab orang packed sangat hinggakan nak berjalan pun susah. Adalah beberapa benda yang aku berminat nak beli macam jersi Manchester United baru, sebab aku tengok design dia sesuai untuk buat alas meja aku tapi niat tu terpaksa dibatalkan sebab aku tak sempat nak keluar duit.
Boleh dikatakan raya tahun ni adalah satu percutian yang aku sangat2 tunggu. Pernah tengok dalam TV dalam sebuah cerita lepas hero bercuti panjang dan dia kembali kerja produktiviti dia meningkat 200%.; Aku nak perasaan itu. Aku nak rasa macam mana fully recharged tu. Target aku kalau selama ni aku buat 2 kerja serentak, kali ni aku nak buat 3 kerja serentak dengan tenaga yang diperolehi lepas cuti raya.
Cuti raya tahun ni membuatkan aku rasa macam tu. Aku dapat second wind. Jadi, pada hari Rabu petang bersamaan hari raya ke empat, kami bertiga pun mula bertolak dari Alor Setar dengan tenaga baru dan keazaman yang membara. "Yeah!" jerit isteri aku dalam kereta, sangat hyper. Aku pun join jugak. 30 minit kemudian, kitorang sangkut jam dekat tengah2 highway.
Semua tenaga baru yang diperolehi masa cuti hilang diganti dengan sumpah seranah.
Mungkin hanya karakter dalam filem yang mampu mengecas diri dia semula selepas satu tempoh percutian dan imaginasi ini, langsung tidak sesuai dipraktikkan dalam kehidupan sebenar.
Dan di pagi Isnin ini, hari pertama kerja, aku dah malas nak pegi kerja.
Selamat Hari Raya Semua.
Maaf Zahir Batin.

9 ulasan:
kalo x nak tenaga hilang sbb sangkut dlm jammed, mgkn kena blk kg naik flight. hehehe...
memang sesuai baju MU di buat alas meja..
Selamat hari raya juga Mantot walau lambat ucap. Nampak pengisian cuti raya tu betul2 digunakan.
wah lamanya bercuti. selamat bekerja dan berblog kembali. btw cerita hero apa kat tv yg produktiviti dia meningkat 200% lepas balik bercuti tu nak tengok jugak
tot...jalan nak pi padang besaq ikut pauh dan chuping memang the best....memang tak rugi ikut situ...
duk la alor setar terus..jalan tobat tak jem....time nak pi and balik keja ja jem sikit...haha..pindah dok alor setar la....
pasneh, bulehla nek flight kalo nak prasaan recharge tu berkekalan... heheh
Tapi, aku ingatkan kau kerja di home studio, Mantot? Takkan 3 kali je seminggu gi opis?
Selamat Aidulfitri.
Org luaq bila try ckp utara..bukan dia jd mcm biawak tersepit dah..dia tetiba jd mcm kacukan siam + alien..bila tegoq dia naik hangin pulak..hahaha..
Raya taun ni Alor Setar tak jammed sgt la mcm taun2 lepas... tak rasa mcm nk raya... mungkin sebab pohon yg makin merimbun...
Catat Ulasan