Ogos 13, 2014

Undang-Undang Yang Tak Berapa Masuk Akal Perancis

1. Aku baru aje selesai menghabiskan filem "3 Days to Kill" lakonan Kevin Costner yang mengambil aku beberapa hari untuk dihabiskan. Jangan tengok filem ni, tak best.

2. Walaupun begitu, ada satu benda yang menarik mengenai filem ini adalah ia memberitahu aku pasal satu undang2 pelik di Perancis berkaitan illegal squatters atau "pemecah masuk rumah orang."

3. Di Perancis, terdapat satu akta yang melindungi orang2 yang memecah masuk ke rumah orang lain asalkan, dia dah pecah masuk rumah tu lebih dari 48 jam.

4. Ya. Jika kau masih tak percaya lagi...di Perancis, jika seseorang telah memecah masuk ke dalam rumah kau dan duduk di situ selama lebih 2 hari, kau tak boleh halau dia suka hati.

5. Kurang dari 2 hari? Kau boleh halau.

6. Tapi kalau kau pergi bercuti selama seminggu dan balik2 kau tengok ada orang homeless memecah masuk rumah kau dan buat macam rumah sendiri, kau takleh pukul dia atau halau dia.

7. Kau perlu ke mahkamah untuk dapat court order yang memerintahkan diorang keluar.

8. KAU MEMERLUKAN COURT ORDER UNTUK HALAU KELUAR SQUATTERS DARI RUMAH KAU SENDIRI!

9. Dan yang lebih memelikkan lagi, squatters ni boleh buat apa saja dekat rumah kau. Dia nak cat ke, nak pakai baju kau ke....

10. Jadi, kau ada dua choice....sama ada nak duduk sekali dengan dia atau kau yang pergi carik rumah lain.

11. Tapi yang jelas, selepas 48 jam...hak illegal squatters tu sama seperti orang yang telah menyewa premis tersebut.

12. Agak menarik bagaimana undang2 di negara lain dicipta, kan? Ini semua berlaku kerana harga rumah yang terlalu tinggi dan orang ramai tidak mampu membelinya, especially di Paris.

13. Adakah ada kemungkinan, kita akan sampai ke tahap di mana kita memerlukan undang2 seperti itu?

8 ulasan:

Irfa berkata...

betul ke nih?
gila betul2 gila

avie berkata...

Patutlah...saya tengok pun hairan tapi dlm hati cakap karakter dia terlampau baik sangat.

Tanpa Nama berkata...

mcm zionis masuk rumah palestin la, padahal zionis tu yg merempat last2 palestin yg nak kena halau!!

Tanpa Nama berkata...

Pening jugak aku cerita ni. Ingatkan cerita action pack movie, rupanya kisah anak perempuan ngan bapak. Dah siap goreng keropok ngan kopi. Sekali cerita hampeh.

Mantot berkata...

Aku pun sama la...gila lain btol poster dengan filem

star berkata...

3 days to Kill as in,membuang masa selama 3 hari. Ingatkan 3 hari untuk membunuh kahkahkah!

Tanpa Nama berkata...

Sempena thn dpn di mana kita akan menikmati GST, org kata umah makin mahai...Thn dpn jgk aku target dpt settle keta & ptptn. Pastu mst la terpikir nk beli umah jgk..Tp mcm nk menikmati hidup tanpa utang duluuu..
Komitmen beli umah lama sgt laaa...
Pastu semua dok kata umah makin mahai..baik hg beli skrg...aku mcm nk lantakkan boleh tak...haih...

Tanpa Nama berkata...

Haaaa.....mcm reta dia la pulak dah...sesuka je kau ceroboh..kira jadi 'burglar' ..kau dah burgled in dapat protection...kalau setakat ambik makanan aje nak elak kebuluq..boleh maaf lagi...siap dapat protection sudah lebih...meh kita luku ramai-ramai ..