Ogos 20, 2014

Hisap Rokok Sambil Layan Bola Dekat Siaran Satelit Berbayar Sampai Ke Lewat Pagi Hingga Terlepas Subuh

1. Semalam, aku berjaga sampai pukul 2 lebih menyiapkan kerja.

2. Aku bajet nak tengok bola, ada Arsenal lawan Besiktas. Kerja pun dah boleh kata 90% siap, aku pun duduk la tercongok depan komputer sementara nak tunggu bola start 2.45 pagi.

3. Kemudian kepala otak aku terfikir, perlu ke aku tengok bola ni?

4. Sebelum ni, pada ketika aku masih lagi pelanggan Astro, hidup aku, revolve around jadual bola. Nak keluar? Kena pastikan bola tak ada. Nak bertolak balik, kena pastikan sampai sebelum match start.

5. Bola pagi pukul 3? Aku sanggup kunci alarm nak bangun.

6. Aku adalah antara jutaan orang yang sanggup tak potong Astro semata2 nak tengok bola punya pasal. Sanggup bayar dekat RM100 hanya untuk tengok TV Al-Hijrah, Buletin Utama, History Channel dan channel bola.

7. Sampai satu tahap aku rasa benda tu not worth it, aku potong Astro...dan aku bergantung dengan streaming channel untuk tengok bola. Gambar pecah2, siaran streaming tersangkut2, aku gagahkan. Mula2 memang rasa tak best.

8. Sehinggalah sampai ke satu tahap di mana aku sedar, jadual bola tak lagi membelenggu hidup aku.

9. Paling penting, aku tak lagi bad mood lepas Arsenal kalah bola.

10. Aku tak ikut pun World Cup hari tu, tengok mana yang kebetulan ada aje masa aku duduk depan komputer. (HyppTV tak ada siar World Cup..jadi aku join Unotelly World Cup Free Pass untuk layan hari tu)

11. Menonton bola adalah satu addiction.

12. Kau mesti ada kawan kau sorang dua yang kerja dia nak penumbuk orang aje kalau team dia kalah. Selalunya, ni tabiat penyokong Man U. Aku tak pasti kenapa.

13. Jadi, semalam, lagi 15 minit game nak start....aku duduk depan komputer dan berfikir, "kenapa perlu aku tengok bola? Kenapa perlu aku korbankan masa tidur aku untuk tengok sekumpulan budak2 muda kejar sebijik bola?"

14. Lalu aku masuk tidur. Aku tak pernah lagi ambik tindakan sedemikian sebelum ni melainkan aku penat teramat sangat.

15. Dan aku bangun dengan perasaan cukup tidur. Kau sendiri tau apa bezanya kau cukup tidur dan kau tak cukup tidur.

16. Aku dah berhenti merokok. Bulan depan cukup 2 tahun.

17. Aku tak sangka dengan memotong Astro, aku berjaya kurangkan ketagihan aku untuk tengok bola dan buatkan jadual hidup aku berkisar tentang bila game Arsenal live.

18. Kalau kau fikirkan betul2, rokok dan hak penyiaran bola adalah penyumbang utama kepada ekonomi kapitalis dunia...

19.  Dan dua2 benda tu berkait rapat.

20. Mana sah lepak kedai mamak minum teh tarik, tengok bola tak kena rokok sekotak dua, sepanjang match. Aku dulu, lepak tengok bola, setengah kotak 20 batang dah konfem habis.

21. Dan bila tengok, ada pihak yang membantah larangan merokok kat kawasan RnR masa cuti Raya hari tu....aku terfikir pulak;

22. "Eh, itu adalah sesuatu yang douchebag. Adakah aku se-douchebag itu dahulu membantah sesuatu yang sebenarnya sangat elok untuk faedah semua orang?"

23. Cuba kau kira berapa lama masa suami/boifren kau ambik untuk Fantasy Football musim yang baru start ni.

24. Jika kau rasa, bola dah jadi addiction pada kau sehingga mengganggu kau dalam jadual hidup, satu aje jalan dia. Potong Astro.


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

suami aku memang pasang astro nak tgk bola.
tapi dia tak addict bola pun. ada masa2nya je dia tengok.

tapi takpe..aku pun dapat tumpang sekaki layan cerita kat astro.

takde apa yg sama. yang tak sama, aku tak potong astro. sekian.

Tanpa Nama berkata...

Bab rokok, susah nak komen tp rokok x sah taraf bersepah kt mana2. Tggl lg nak hisap ke taknak je. Aku tgk bola kdg2 je, ikut mood. Man U kalah atau menang, aku peduli apa walaupun aku peminat Man U sejak zaman mamat Perancis kolar tegak lagi. Dah dekat 2 tahun aku cut sport channel dan tukar ke channel cartoon. Anak-anak nak tengok. Paling best, bukan aku yang bayar bil astro tu....hahaha

Tanpa Nama berkata...

Aku pn sokong arsenal...masa zaman henry-bergkamp, kalau arsenal kalah esoknya aku bad mood

Tp tu dulu...bila henry blah, addiction tu pn da xde...

Adam berkata...

tahniah sbb dh berjaya memerdekakan diri drpd ketagihan.

kalau kau sedar world cup lepas tv1,tv2 hari2 tunjuk match. koman2 pkul 10 malam ada la. tu je aku tgk. haha

Nur Atiqah berkata...

betol..kalau potong astro, memang sentiasa ade je masa nak buat benda lain yang lain penting. :)

Pernah sekali rumah blackout dalam 2-3 jam, sempat kitorang satu rumah basuh kereta, mop rumah, kemas rumah disebabkan bosan tak taw nak buat ape.. atleast buat benda berfaedah jugak kalau tak melekat mata kat astro.. huuu

Nur Atiqah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

oh arsenal patut lah naif

nadzira yazid berkata...

aku minat man utd. aku busy main fantasy gak. aku lagi emo kalau point fantasy aku rendah. aku pun tak tengok world cup sebab ada highlight.

nordin Abu Bakar berkata...

Aku pun dh potong astro, memang betul banyak benda yg berfaedah boleh kita buat...

Tanpa Nama berkata...

Man Tot... Bleh try skybox plk man tot~ haha~

Cikgu Heery berkata...

kat kedai mamak tu biasa la. tapi aku paling tak puas hati bila kat stadium bola pun nak merokok juga. try la pi stadium bukit jalil/shah alam. tak malu ke diorang ni. dah la tempat tertutup (xde laluan angin). ramai budak2 kat situ. sbb tu la aku tak pi stadium lagi.

Tanpa Nama berkata...

aku tak minat bola sepak dan aku ok

Azrie berkata...

aku kaki bangku tp aku suka tgk org tgk bola kt kedai mamak..komen pelik2...

tgk cup malaysia lg best..pakcik2 tua2 punya komen..