Ogos 11, 2014

Cerpen : Isteriku Social Media Whore

Rashid diam. Dia hanya menunggu menantikan isterinya selesai mengambil gambar.

"Dah bang. Jom makan," ajak Seri. Rashid hanya sengih mengiyakan isterinya. Dah beberapa minit dia tercongok depan meja menunggu isterinya dan dengan perut yang memulas, agak teruji tahap kesabaran Rashid.

"Ting ting!" Telefon Seri berbunyi. Ada notis Facebook baru masuk. "Ahaa, seronoknya, kawan-kawan I kata sedapnya lauk kita malam ni!" Seri tersenyum riang.

"Eh, dah upload ke Facebook ke? Sempat tadi?" tanya Rashid, sedikit mencuka. "Dah!" jawab Seri masih riang. Dalam hati Rashid mahu saja dicelup telefon isterinya ke dalam sup ayam di depan mata, tapi mengenang itu adalah pemberian dia sendiri, sayang pulak jika wang ringgit melayang.

"Abang, abang..." tanya Seri. Rashid mendengus rimas, "haa?"

"Ramai kawan2 Seri tanya, kenapa abang tak aktif ber-Facebook.." tanya isterinya. Rashid mula dah hilang selera.

".....sampai ada yang ingat kita ni tak bahagia," sambung Seri lagi.

"Kang abang dah kata, abang tak ada masa nak ber-fesbuk fesbuk ni..." Nasik berkuah sup ayam mula rasa tawar pada mulut Rashid.

"...Tapi takkanlah tak boleh sekali sekala upload gambar kita ke, wish saya apa-apa ke, doakan kebahagiann kita ke? Bukannya besar pun permintaan saya ni bang.." rayu Seri.

"Yang awak nak tunjuk gambar kita dekat semua orang kenapa? Bukannya dapat apa2 pun," jawab Rashid. Seri mula diam.

" Besday saya hari tu tak ada pun abang wish saya!" Kisah lama mula diungkit. Rashid dah agak isu itu akan kembali.

"Kan saya dah bawak awak pergi dinner dekat JW Marriot?" tanya Rashid.

"Ye lah....tapi, bila saya post dekat Facebook gambar kita, abang tak ada komen apa pun, like pun tidak, sampaikan ada kawan saya dekat ofis cakap abang sombong.." Seri mula meradang.

Rashid diam. Dia dah dipesan oleh ayah mertua dia, Seri memang degil. Jadi kadang2 dia perlu beralah. Rashid bangun mengambil telefonnya. Jarinya menekan skrin.

"Ting ting.." Telefon Seri berbunyi. Gambar sup ayam yang baru dimuatnaik telah pun di-"sukai" oleh Abdul Rashid Mahmud.

Seri senyum. "Esok, surprise me ye?" pesan Seri pada Rashid. Rashid tak mampu berkata apa. Perancangannya mungkin nak carik gambar kata2 romantik untuk dimuat naik. Mungkin perlu create satu folder gambar sedemikian supaya senang dimuatnaik apabila masa memerlukan.

Rashid bangun mencuci tangan. Dia kemudian menekan butang remote control televisyen. Siaran berita Buletin Utama sedang disiarkan. Rashid duduk, mencapai surat khabar lalu dibaca sambil telinganya mendengar berita.

"Kerajaan akan mengkaji jika wujud keperluan untuk memblok akses Facebook kepada rakyat Malaysia. Datuk Sharbery Cheek hari ini menjelaskan, kerajaan akan mengkaji jika.." Rashid menutup mukanya dengan suratkhabar sambil sedaya upaya menahan ketawa. Seri terdiam memandang televisyen. Dia tidak percaya apa yang didengarinya.

Jari Seri pantas menekan skrin telefon untuk menaip apa yang sedang dirasakannya. "Ting-ting!" Telefon Seri berbunyi. Seri melihat ada satu notis di notification bar;

Abdul Rashid Mahmud has updated his status.
"Hahahahahahaha!"

................

ps - aku tak tau lah siapa cerdik pandai yang pandai menguatarakan isu "Banned Facebook" dalam mesyuarat Kerajaan ni....daripada kita banned Facebook baik kita banned kerajaan daripada buat2 projek mengarut macam email 1Malaysia atau E-Village.

11 ulasan:

kaki pancing berkata...

gua pun hahahahaha sekali lah

Izzuddin Fauzi berkata...

Hahaha, giler ahhh punnye saborrr... Last2 ngupdate jugak FB nye....

Tanpa Nama berkata...

rumah tangga parents saya dah nak runtuh pasal benda alah facebook ni. Tak payah la nak cerita detail, tapi memang ramai suri rumah atau kaum isteri dah jadi facebook whores. Memang sial.

titan berkata...

Haha..

Terbaik cerita kali nih.

Irfa berkata...

DAN AKU PUN SENYUM :)

Prince of Noob berkata...

kalau disebabkan fb lebih ramai isteri menjadi social media whore, aku lebih rela kerajaan tutup fb

Tanpa Nama berkata...

Hahahahha

Tanpa Nama berkata...

apa pasai cerita hang kali ni mcm mewakili perasaan lelaki macho macam aku ja..

jipang berkata...

panda tak nak ban ke?

tebing parit berkata...

Ilang kata2.
Doh x larat nak bebel.
Lantak korang la berfacebook sampai sakaratulmaut nak berselfie pon x per.kubur masing2 kan.
Sama mcm mkn.nak bedal sampai putus urat perut pon x per.pasal pilihan ditgn memasing.kubur pun senirik2.

Johan Marco berkata...

cerita ni right on target siak ...terbaik