Ogos 05, 2014

Adakah Salah Kalau Aku Mempersoalkan Fadhilat Solat Sunat Tarawikh Yang Melampau Hebatnya?

Assalamualaikum,
Nama saya Irmanyadi b.Idris.

Diharapkan agar surat ini tidak mengganggu pihak JAKIM dan dapatlah pihak JAKIM dapat meluangkan sedikit masa untuk menghuraikan apa yang bermain-main di kepala saya sepanjang Ramadhan dulu.

Pada hari terkahir sebelum masuknya Ramadhan, ketika berbincang mengenai rajin atau tidak saya hendak bersolat tarawikh, isteri saya mengatakan sesuatu yang saya tak sangka. Dia kata ada khilaf dalam pemahaman umat Islam mengenai fadhilat solat tarawikh yang diamalkan oleh kita, umat Islam. Beliau memberitahu ada beliau terbaca yang itu semua tidak sahih dan tidak ada nas atau hujah yang menyokong "jika kita solat tarawikh malam pertama, kita seolah-olah dilahirkan semula dan disucikan dari dosa."

Jujurnya, saya selalu memikirkan perkara tersebut kerana mengikut pemahaman saya yang amatlah cetek ini, hanya satu sahaja penghapus dosa kita kepada Allah SWT iaitu taubat, itupun bersyarat selagi tidak dilakukan mana-mana dosa besar.

Ganjaran yang diberikan hanya kerana kita solat tarawikh malam pertama, seolah2 jauh lebih besar, lebih mudah dan lebih senang berbanding kita memenuhi tuntutan taubat. Mungkin kerana itulah masyarakat kita berlumba-lumba mengejar solat tarawikh malam pertama kemudiannya perlahan2 mula malas hendak bertarawikh...

Ini mungkin kerana ramai yang mengejar butang reset dosa setiap bulan Ramadhan ini.
Betulkah wujud butang reset ini? Itu yang saya ragukan.

Saya cuba mencari hujah di internet sekurang2 nya untuk sedikit memahami kenapa fadhilat Ramadhan ini sebenarnya "palsu" tetapi apa yang saya jumpa hanyalah kenyataan fatwa dari Majlis Agama Brunei yang menyatakan memang benar fadhilat Ramadhan ini sebenarnya tidak sahih statusnya, tetapi masyarakat kita terus berlumba mengejar butang reset dosa level dilahirkan semula ini.

Kemudian, kebetulan pula, pada malam raya, saya keluar minum dengan seorang kawan yang baru sahaja selesai belajar agama dan beliau menyebut benda yang sama dan hujahnya kerana fahdilat ini disebut dalam hadis yang tidak sahih statusnya. Cuma isu ini takut untuk dihebohkan kerana takut masyarakat kita tersinggung atau terpana mendengarnya.

Jadi, untuk mengikut apa yang agama ajar, sebutlah yang betul walaupun pahit bunyinya, saya ingin meminta pihak JAKIM mengeluarkan kenyataan mengenai sahih atau tidak fadhilat Ramadhan kerana setiap kali saya ke surau atau masjid, ada poster yang dicetak oleh Majlis Agama negeri yang memaparkan betapa hebatnya fadhilat bertarawikh semasa Ramadhan dan saya takut, kita sedang mengikut sesuatu kefahaman yang tidak tahu mana hujung pangkalnya.

Persoalan dalam hati saya amat mudah; Solat tarawikh ini solat sunat. Sedangkan yang wajib pun tidak memberikan ganjaran sedemikian rupa, kenapa solat sunat memberikan fadhilat yang jauh lebih besar berbanding solat wajib?

Adakah ada kekeliruan pada pihak saya atau mungkin memang selama ini masyarakat kita memang dah jauh terkeliru? Bukan saya seorang yang anggap solat sunat tarawikh malam pertama adalah seperti kelahiran semula, kerana ini adalah kefahaman saya dan rakan2 saya dari zaman sekolah lagi. Jika kita cuba cari di internet dengan kata carian "Fadhilat Solat Tarawikh" apa yang kita boleh jumpa adalah fadhilat2 yang sudah kita ketahui.

Mohon pihak JAKIM huraikan isu ini agar kita dapat perjelaskan apa yang tidak jelas. Saya sudah cuba mencari di portal JAKIM tetapi tidak menemui maklumat yang saya cari-cari.

Terima kasih.

Irmanyadi b.Idris
Seorang bapa yang penyayang

ps - surat ini telah dihantar kepada pihak JAKIM dan aku akan tunggu maklum balas diorang


19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Cuma isu ini takut untuk dihebohkan kerana takut masyarakat kita tersinggung atau terpana mendengarnya"

Itu la sebabnya orang2 Agama kita senyap, Bro. :)

Tanpa Nama berkata...

Persoalan ni sonang ajo jawab eh..... 1.pasal fadhilat nye.. Itu hanye hadis dhaif(tak perlu dibincangkn, kerna tak kukuh sanadnye).. 2.usah lah dikejar fadhilatnye /ganjarannye... Kerna solat tarawih memang sunnah nabi, nabi saw tetap lakukan baik bersame jemaah atau berseorangan jadi ia bukan fardu.. 3.yg bes nye, solat tarawih ni hanye boleh di lakukan pada bulan Ramadan (penghulu kepada bulan)saje.... Jadi orang yg beriman tak sabar sabar menunggu kedatangan bulan Ramadan utk melakukan solattarawih... 4.anggaplah misalnye sume yg lakukan solat tarawih samaade berjemaah ataupun berseorangan dah lakukan solat fardu dan solat sunat yg lain, kemudian, mereka lakukan pule solat tarawih.... Maka ini merupe bonus berganda utk orang orang Beriman, lalu mereka ini istiqomah sehingga berjumpe lailatulqodar... Fuh.. Tak dapek den nak gambarkannye tuan... 5.part awal bulan jemaah ramai, lepas tu makin kurang, makin kurang... Hah Itu tanyo iman masing masing.. Sendiri tau le sobab eh.. Jgn nak salahkan orang lain ye...

nutural best berkata...

Jakim lama dah keluarkan jawapan. Ini bukan hadis hanya pendapat sahabat

Tanpa Nama berkata...

Anda tertinggal bas. Dah lama surau dan masjid berhenti promot hadis palsu ni.

Tanpa Nama berkata...

Kamu hebat la gitu??

Tanpa Nama berkata...

Tak payahlah nak salahkan JAKIM. Dulu TV pun pernah siar hadis palsu ni dari hari ke hari. Dah ditegur dan berhenti pun penyebarannya. Mufti Perak pun dah pernah bagi penjelasan bbrp tahun dulu. Buatlah homework dulu sebelum buat stetmen.

Rompa berkata...

Yang dok komen jakim dah keluarkan jawapan, tertinggal bas & tak wat homework tu, bagi lah link jawapan tu. Aku pun carik link tu tp tak jumpa.. Nak menegur biar ikhlas dan secara menyeluruh. Bukan sekerat-sekerat..

Perangai melayu koman btol..

Tanpa Nama berkata...

aku x rasa mantot tertinggal bas ke, x tau pasal kesahihah hal ni ke....aku rasa la mantot buat artikel ni utk bg tau pada hamba2 Allah yg x tau pasal kes ni..& aku percaya masih ada yg percaya dgn fadhilat solat tarawikh ni..salah ke utk ulangkaji semula?

Tanpa Nama berkata...

Takkan cakap tertinggal bas pu dah marah.. Relax..

Pada saya memang mantot agak tertinggal bas. Dalam setahun dua lepas isu ni paling hangat. Dah dijelaskan fadhilat tu semua tidak kuat..

Kalau yg mintak link tu harap2 dapat diusahakan sendiri.. jgn mengharap spoon feed sahaja..

normal kot tertinggal bas.. manusia.. takkan semua benda dia akan tahu..

Apapun usaha mantot menulis surat kepada JAKIM amat tepat..


Tanpa Nama berkata...

Setuju. Bagi link. Memang banyak ustaz dah beri penerangan. Tapi dari JAKIM sendiri xjumpa tentang penerangan isu ini.

Mantot berkata...

ini bukan masalah spoon feed bang/kak

ini masalah kalau kau ada link, tolong bagi dekat aku. sebab aku dah cari dan aku tak jumpa confirmation JAKIM.

susah sangat ke nak passkan link tu?
benda baik, tolong la share

Tanpa Nama berkata...

kalau dah keluarkan n dah settle hal ni, takkan ada lagi tampal2 kat masjid surau. Tu yang duk ulang tayang lagi, bukan tertinggal bas. Dan kalau tertinggal pun, boleh beritahu tertinggal, tu pasal ada mintak link.

Mantot berkata...

mana link nya?

ADam Dryx berkata...

Assalam...

Aritu masa baca post ni, tak der komen lg... tak tahu pulak nak link...

Wallahualam... ini link nya.

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=95059

Wassalam

Mantot berkata...

last time,
ada ke link rasmi JAKIM yang digembar-gemburkan tu?

Tanpa Nama berkata...

BAGI LA LINK..CAKAP BANYAK TAK GUNA..SPOON FEED APA BENDA NYA

Tanpa Nama berkata...

Cakap je banyak..bagi la link

fat berkata...

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KepalsuanhadiskelebihanTarawih/salamaidilfitri/Artikel/index_html

http://ustazfathulbari.wordpress.com/2012/08/02/hadis-palsu-fadhilat-tarawih-pada-malam-pertama-hingga-malam-ke-30/

http://www.salamdakwah.com/baca-artikel/hadits-palsu-ttg-keutamaan-sholat-tarawih-dari-malam-1---30.html

Tanpa Nama berkata...

Bodohlah korang ni semua benda nak harap JAKIM. habis kalau link dari al Qardhawi tak authentic lah? Budaya spoon feeding nak minta suap je tapi pemalas. Bodoh bahasa Inggeris lak tu