1. Perempuan tak layak jadi pemimpin
Serius shit aku tak sangka memang ada pandangan yang mengatakan benda tu betul! Jadi, sebelum kau bangun mencabut kasut tumit tinggi dan ingin memaku kepala aku kerana kau merasakan "bullshit semua ini! Kau boleh tengok sendiri result SPM gender mana yang lebih hebat!"...
Aku just nak tanya; kau marah ke tak tengok video tu? Kalau kau marah atau kau rasa tidak adil, aku nak tanya, kenapa? Atau mungkin kau setuju kerana kau tau betapa emosinya perempuan dalam mentadbir ni?
Bincangkan.
Jadi, walaupun aku agak anti BN...selepas membaca sehari dua ni, dan mengambil pelbagai sumber, aku perjelaskan dekat sini, menggunakan ayat yang mudah ; "Wan Azizah Wan Ismail tidak layak jadi Menteri Besar Selangor" pada aku. Kau nak tanya aku lebih2...aku pun tak reti. Jadi rujuklah sini.
2. Perempuan baru ber-hijabista
Aku just nak suarakan satu benda yang aku perasan.
Mungkin ramai yang perasan tapi takut nak cakap kuat2.
Kenapa perempuan yang baru berhijab ni ; dialah yang paling rajin sekali post video macam mana nak menggayakan tudung dan berfesyen dengan tudung...sedangkan, yang dah bertudung punyalah lama sebelum wujud frasa "hijabista" tu sendiri, tak ada pun upload video ajar orang macam mana nak ikat tudung dengan sempurna.
Dan lagi satu, dalam keghairahan gadis melayu mengupload video tutorial macam mana nak ikat hijab ni, kau tolonglah sedar satu benda. Tudung kau yang bapak ah komplikated adalah untuk cover apa yang nak dicover, betol?
Tapi ramai yang tak sedar...untuk membuat tutorial "shawl" ni (bahasa popularnya)....kau perlu bukak aurat kau terlebih dahulu sebelum kau ajar orang lain ber-hijab macam kau. Defeat the purpose of hijab dah la kan?
Sebelum mengamuk, tolong ingatkan diri kau, aurat perempuan tu luas. Bentuk leher kau tu aurat. Baju kau yang kau pakai walaupun tak nampak kulit tu pun aurat kalau baju kau jenis kain ketat. Bentuk lengan kau tu pun aurat. Niat kau baik, nak ajar orang macam mana nak bertudung...tapi....sedar tak sedar, kau dah bagi satu dunia tengok aurat kau.
Aku tak kata semua aa. Tapi ada. Nak aku letak bukti? Takyahlah.

15 ulasan:
tak payah letak bukti pun aku setuju dengan point2 saudara, tapi heliza memang cun hehe. mungkin beliau pemilik tulang rusuk kiri ini
UAI bagi contoh bandingan mcm tak kena je. Bab IBADAH mmg laa lelaki kena jadi ketua/imam. Itu mmg laa kita tak pertikai.. ibadah beb!
Bidang tugas MB mana ada cakap 'dia jugak akan menjadi imam dalam aktiviti ibadah'. Ketua agama negeripun tak pernah imamkan solat, itu lagi tinggi kedudukan.
kalau MB wanita, dia cuma buat kerja2 pentadbiran je.
Ada pendapat ulamak yg cakap BOLEH-wanita jadi ketua pentadbir. Bagi aku jawatan MB tu kecik jer-tadbir negeri jer kot. Apasal menteri kabinet dari kalangan wanita boleh? itu pun wakil kepada rakyat jugak?
ada ulama cakap boleh...tapi syarat nak jadi boleh tu terlalu besar..
kau boleh baca link yang aku bagi tu utk penjelasan lebih lanjut
=) memang stuju ngan point2 yg saudara bagi... tapi heliza dia mmg berhijab sejak masuk AF.. cuma skrg ni hijab dia lebih sempurna daripada yang dulu
setuju pompuan xsesuai jd mb ak nes penyelia = matron suma pompuan xpenah skali pon senangkan staf bwhan
perempuan boleh jadi pemimpin.
tapi pada aku untuk kes MB Selangor ni, tolonglah jangan letakkan Wan Azizah. peliss...
sebagai rakyat selangor...aku merayu...bukan wan azizah.
sekian, terima kasih.
p/s : aku bukan orang BN.
DSWA mempunyai latar belakang yang amat dikagumi, bergelar pelajar perubatan terbaik Royal College of Surgeon, Ireland pd tahun 1977, berkecimpung dalam dunia poltik sbg Ketua Pembangkang WANITA pertama di dlm Parlimen Malaysia
Jika Gabenor Bank Negara adalah seorang wanita dan beliau amanah dalam kerjanya., mengapa pula wanita tidak boleh mnjadi MB? Dan jika DSWA mnjadi MB Selangor, maka beliau merupakan MB Selangor wanita PERTAMA , dan wanita yang pertama di Malaysia amnya dalam sejarah diangkat dan diiktiraf dalam dunia politk oleh PR.
kalau nak harap wanita2 umngok putri2 umngok sekadar jadi lalat dan minah angguk je la dalam umno tu. Anugerah Tertinggi wanita umno yg pernah dapat pun mencuri LEMBU dan sorok dalam KONDO..Umno tidak penah mengiktiraf wanita dalam parti mereka . ini fakta.
p/s: Kalau isteri yg xde jawatan dlm kerajaan dan parti guna pesawat kerajaan dipanggil apa?
Jawapan : Takut bini
FULLY SUPPORT DSWA FOR SELANGOR MB!
ok now serious part.
1. bagi aku perempuan boleh jadi pemimpin, tapi itu pun kalau lelaki2 yang tinggal tu memang dah tak layak jadi pemimpin.
2. sedangkan dalam keluarga pun menjadi pemimpin adalah lelaki (suami), inikan pula pemimpin sebuah kerajaan.
3. dari segi kepimpinan, dalam agama pun dah meletakkan lelaki untuk menjadi keutamaan sebagai pemimpin. sebab itu semua nabi dan rasul adalah lelaki.
4. orang perempuan ramai lebih bijak atas kertas tapi sering emosional dan tidak rasional dalam membuat keputusan dan pertimbangan, berbanding lelaki yang ramai memang tidak bijak atas kertas tapi mereka lebih menggunakan logik dan akal dalam membuat pertimbangan dan keputusan.
5. seorang perempuan boleh jadi ketua kepada sebuah organisasi yang mana orang dibawah perlu mematuhinya, tapi dia juga ada bos dia sendiri yang dia perlu patuh iaitu suami dia (bagi perempuan yang dah kahwin).
6. memang sifat wanita untuk dijaga, dilindungi dan disayangi, dan sifat lelaki untuk menjaga, melindungi dan menyayangi.
7. last but not least, jika ditanya kepada ramai orang majoriti yang lebih suka bos lelaki berbanding bos wanita.
8. hakikat ini bukanlah bermaksud ia suatu bentuk sexist atau diskriminasi terhadap kaum wanita, tapi aku percaya lelaki dan wanita wujud di muka bumi ini dengan tujuan dan fungsi tertentu. ada benda yang lelaki boleh buat perempuan tak boleh, begitu juga sebaliknya.
9. lelaki dan wanita wujud untuk saling melengkapi, bukan untuk bersaing dan menjadi sama rata dalam semua aspek. sebab itu dalam Islam ada konsep adil iaitu meletakkan sesuatu ditempatnya.
sekian terima kasih,
jangan lupa lawatilah blog Buasir Otak yang ohsem ini hahaha
aku tak faham apa yg pkr n dap nak...apa yg korang buat sedikit sebanyak dah menurunkan sokongan aku pada korang....rafizi, pls rangka strategi yg betul strategik...maybe korang bole letak akak azizah di kerusi mb, tp tak mustahil next election korang akan kalah ngan teruk...bagi melayu agak pantang kalau melanggar arahan sultan walaupun sultan tak maksum suka minum arak etc....
Pendapat aku sama dgn noob Buasir Otak 2.26pm Aug 27 bagi points no.1, 8 n 9.
ini strategi politik yang rakyat umum tak tau
macam strategi perang jugak yang tak seharusnya pihak musuh tahu
kak jijah tak lebih dari sebuah boneka... Dlm PKR sendiri dah lama jadi boneka korang tak tau ker?...
takan lah dia nak bitau "aku ni boneka jer la bodoh"
siapa master of puppet nya?
nak bitau ker aduhaiiii....slow deh...emosi lebih dari pompuan podah mengata org dia yg lebih..arsenal betul lah..
Nak tanya korang satu soalan..
siapa PRESIDEN PKR... kak jijah ker Pak anwar? betul lah tu kak jijah jap...
satu soalan lagi
siapa lebih berkuasa al jib ker Kak Rosmah jambul?...
kita dah lama dah diperintah oleh pompuan dan pompuan tu tak pakai shawl bagai siap berjambul didepan!!
knp hj hadi x ckp je yg die x setuju azizah jd mb kerana die pompuan?
dia nak kena cakap ngan ko ker?
sbb masyarakat tak lagi bersama2 orang agama...kalau masyarakat bersama dgn orang agama, benda ni jadi mudah.
bukan stkt respon orang bukan Islam akan negatif, aku rasa jika Hj.Hadi mengakui yang Islam tak benarkan Wan Azizah jadi MB kerana lagi ramai yang lebih layak...ramai Melayu sendiri yang akan pulau dia balik.
Jadi aku harap kau paham la sendiri kat mana nilai agama ni dalam masyarakat kita skrg.
malaysia mmg sangat komplikated dia punya political system dia.
nak menegakkan agama pun kita takleh terjah2 camtu aje, sebab...hehehe..perlembagaan pun kadang2 overwrite agama punya rules.
Jadi, nak tak nak, terpaksalah diorang bangkang guna dasar perlembagaan...kalau kau tgk skrg ada yang main isu "Wan Azizah lahir Singapura dan orang yang lahir dekat SIngapura tak layak jadi MB,"...tu antara cara kita nak putar balik isu ni..sekurang2 nya still try nak prevent benda ni berlaku.
aku tak tau kenapa dorang bekeras sangat nak Wan azizah nak jadi MB..
yang aku syak PKR ramai sangat musuh dalam selimut...trojan horse pon dah mula melonjak2 silap pilih bruk padahnya... kita tak duduk dalam parti ni mungkin tak nampak betapa parahnya dorang sekarang..
UMNO pon dah tak perlu buat kerja...virus dlm PKR dah mula merebak
Aku pon muak dengan apa yang terjadi tapi rasa rasa kita dah sedia ker nak patah balik dalam pemerintah UMNO kat negeri selangor ni...
Catat Ulasan