Ogos 25, 2014

Kebangkitan Golongan Pemikir Agama Islamik Yang Menggunakan Logik Akal Semata-Mata

*Sila baca artikel ini dengan berhati2 kerana ada sorang dua dah ingat aku ajak korang semua jangan pakai logik bila fikir pasal agama. Bacalah seolah2 aku sedang berborak dengan orang yang nak logikkan dan "ikut common sense-kan" tiap2 benda pasal agama.

Kau tak pernah jumpa  orang yang guna common sense dalam bab hukum hakam? Tu yang geng duk post gambar mayat orang sebab nak timbulkan "keinsafan."

Itu orang yang aku maksudkan. Itu baru satu jenis. Belum lagi yang letak gambar blue untuk timbulkan keinsafan. Tu lagi satu contoh.

Dan aku tergolong dalam orang2 camtu dulu.

................

1. Ini aku tujukan kepada "geng2 fikir logik semata2 dan common sense pasal agama."

2. Kau nak fikir logically semata2 mengenai Islam? Memang tak logik. Banyak gila benda tak logik!

3. Kenapa perlu berwuduk balik lepas kentut? Kita bukannya membersihkan pun pakaian kita. Apa logiknya?

4. Tu tak masuk lagi bab kahwin...kenapa seorang perempuan perlu dengar kata suami dia? Apa salahnya jika perempuan tu membuat keputusan sendiri dalam hal rumah tangga?

5. Bercakap pasal perempuan ; apa logiknya pakai tudung ni? Asal pakai sopan cukup la kan? Kenapa nak pakai tudung? Panas!

6. Aku setuju banyak gila benda yang kalau kau fikir logically mengenai Islam....memang tak logik.

7. Aku tujukan kepada golongan pemikir logik semata2 ni satu soalan; "kenapa kau tak makan babi?"

8. Babi lebih sedap berbanding ayam dan daging lembu, kata kawan Cina aku. Rasa dia sedap lemak2.

9. Kalau ikut logik, kau boleh tengok sendiri orang putih makan babi, orang cina makan babi, ramai orang lain makan babi. Sihat aje kan diorang?

10. Jadi, logically, kenapa kau tak makan babi sedangkan semua "hujah logik" kau menunjukkan kau sepatutnya dah cuba makan babi?

11. Sebab kau percaya babi haram pulak kan? Kenapa kau tak persoalkan pulak benda tu?

12. Aku tak suruh kau makan babi..tapi kalau semua benda kau nak fikir logik akal kau, KAU SEPATUTNYA DAH MAKAN BABI.

13. Kau marah dengan golongan ahli agama..kau kata diorang ni hanya pandai sebut apa yang tak boleh dan tak menjelaskan apa yang boleh.

14. Pada kau, golongan ahli agama adalah orang yang negatif.

15. Cuba beritahu aku, apa benda yang boleh dimakan dan apa yang tak boleh kau makan. Mana lagi senang nak disampaikan? Sebab itulah ahli agama tekankan apa yang tak boleh. Sebab lagi senang beritahu apa yang tak boleh berbanding yang boleh...kerana,"semua benda dalam Islam hukum asalnya adalah harus.."

16. "Arghh! Still pada aku jika masyarakat kita terlalu ikut sangat pandangan ahli agama ni, kita takkan maju! Semua benda tak boleh! Semua benda salah! Apa salahnya aku berkabung memperingati mangsa MH17? Apa salahnya aku main forex? Apa salahnya aku pegang tangan awek aku sebelum kahwin? Pegang tangan aje pun! " kata kau, puak pemikir pakai logik semata.

17. Kalau kau fikir Islam ni secara logik saja, memang kau boleh pening sebenarnya. Menghampiri sesat pun boleh.

18. Cuba kau fikir logically, kenapa wanita dan lelaki bukan mahram tak boleh bersentuh-sentuhan?

19. As long as ada self control, takde masalah kan? PTUIH! KAH KAH KAH. Karang ada pulak yang kata mana logik ada orang ketiga dengan couple ni!

20. Makin ramai take agama as sesuatu benda yang ikut logik semata2. Kau cuba berdebat dengan mereka ni, kau takkan menang......sebab kepandaian mereka dah melebihi peraturan agama sendiri. Camne kau nak justify jika seseorang tanya kau "kau solat tu sebab dia wajib ke sebab kau ikhlas? Kalau solat tak ikhlas tu sebenarnya solat untuk siapa?"

21. Ada orang aku kenal, tah mana ilmu dia belajar....takyah solat, takyah puasa....cukup sekadar ingatkan orang lain pasal agama. Dalam bilik duk kongkek awek. Tapi mulut pandai bercakap pasal agama ni.

22.  Sekarang ni pulak, makin ramai yang jenis "akidah kau, akidah kau, akidah aku, akidah aku."

23. "Apa logiknya bapak tanggung dosa anak perempuan ni bro?" Mereka ni cuba menggunakan logik untuk berdebat. Kau kena jaga-jaga.

24. Ayat diorang paling femes,"yang penting kau jaga kau punya agama, aku jaga aku punya agama. Kubur masing-masing bro.."

25. Atau ayat paling power diorang,"yang penting Allah tahu apa aku buat.."

26. Orang camni akan sampai ke satu tahap di mana dia akan merasakan semua orang yang tak mengamalkan pemikiran yang sama macam dia, adalah orang yang terpesong Islamnya. Kawan aku kena, ayat "Ustaz" tu camni.."kamu biarkan saja mak ayah kamu tu kerana dah terlambat nak betulkan diorang...tapi kita boleh lagi diselamatkan.."

27. Buat apa solat jika tak ikhlas kerana Allah? Buat apa puasa jika puasa sebab mak suruh dan bukan kerana Allah? Buat apa bayar zakat jika bukan kerana Allah? Semua benda dia nak cek dulu keikhlasan diri baru dia nak buat walaupun benda tu wajib.

28. "Semuanya mesti kerana Allah baru lah betul! Kalau tak, kenapa perlu buat? " kata puak2 ni.

29.  Kalau kau nak fikir logik Islam ni...kau akan terbabas.

30. Sebab manusia tu sendiri tak logik.

31. Kau bedah otak manusia apa yang kau nampak? Daging. Darah.

32. Mana akalnya?

33. Kau kata kau ada akal...tapi bila bedah otak, kau tak jumpa pun akal kau.

34. Macam mana logiknya tu, wahai para pemikir logik agama?

35. Mana datang akal kau yang sangat pandai memikirkan logik agama tu?

38. Komen seseorang hari Sabtu hari tu; " berbalik pada persoalan berkabung ni. kalau korang rasa akidah terancam, jgn la ikut. apa yg penting, jaga akidah masing2 bukan sibuk pasal org lain yg ikhlas berkabung. masuk puak2 serbanistas ckp tu x betul, ni x betul, bukan ke biadab namanya?"

39. "1+1 =11"

40. Tolong jangan betulkan aku kerana aku betul2 percaya dan ikhlas yang "1+1=11"

41. Tolong jangan biadab plis.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Minta puak2 ni buat permohonan jadi saintis. Sebab kerjaya ni je la yang guna banyak logik.

Johan Marco berkata...

pertamaxxxx

Tanpa Nama berkata...

Johan Marco..lambat la luu..

muhammad hatim berkata...

bro mantot , nak kiss sikit , sbb post yang sangat awesome

Tanpa Nama berkata...

like

hazirah berkata...

Saya dari tadi nak mengaitkan kaitan gambar keratan akhbar tu dengan post. Apa motifnya mantot?

Yang saya dapat, pengikut tok guru tu banyak yang membuta tuli ikut cakap tok guru seleweng tu sebab.... well, dia tok guru. Tak guna logik dan akal. main ikut.

kepercayaan ni memang ghaib sifatnya. Macam... ya, akal kita. kepercayan kepada tuhan = balik pada fitrah. akal = sebab nak membezakan batil dan benar. Sebenarnya, dua-dua perlu.

simple je.

Dan saya nak main assume je lah, yang complaint sana sini kenapa kena pakai tudung etc, lepas tu tak mencari kebaikan di sebaliknya, sebenarnya mereka cuma tak selesa dan tak suka dengan benda yang tak masuk dengan gaya hidup mereka.

kenapa nak pin point kepada yang bertanya 'kenapa'. Mereka tanya, mereka cari jawapan, bukan ke dijanjikan iman jugak.

Buat sebab selesa, buat sebab terbiasa, which one is better?

Dan saya faham point mantot sebenarnya, ada yang anti ahli agama sampai tahap terhina agama sendiri.

Bila kita guna akal, main logik, islam punya rules banyak manfaatnya. Tapi cuma disedari lepas dikaji dan dipersoal. Siapa sangka banyak gerakan solat lebih baik daripada yoga sebenarnya. ingat info ni nak muncul kalau tak ada orang persoalkan kenapa perlu gerakan-gerakan solat lima waktu?

yaya alia berkata...

yang paling penting kepercayaan. nabi dulu pun masa nak sebarkan agama islam takde pun nak berdebat guna logik akal fikiran. yang penting dia percaya agama islam tu yang paling benar sekali . sekian .

Tanpa Nama berkata...

so... yg lu sendiri letak banner bendera malaysia separuh tiang tu apahal? lu kata berkabung tu haram dan akidah lu terancam??

hazirah berkata...

@yaya alia

saya tak setuju awak kata rasul kita tak ajak kita guna akal fikiran bila beragama. Kenapa Bilal dan ahli-ahli awal islam merasakan islam agama yang sempurna. sebab islam =keadilan. Mereka hamba yang dinafikan keadilan oleh tuan mereka. jadi, Mereka berfikir sebenarnya sebelum memluk islam.. dan hidayah dari Tuhan, of course. Sedangkan ayat al quran mengajak kita BERFIKIR tentang penciptaan alam semesta untuk kenal Dia sang pencipta.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa kamu perlu baca post tot sebelum ni. Bicara jangan menggunakan amarah dan nafsu.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa kamu perlu baca post tot sebelum ni. Bicara jangan menggunakan amarah dan nafsu.

khairi mohamad berkata...

Mantot,

Jawab soalan ini dengan ikhlas.

Jika awak lahir tanpa agama, kemudian pada usia 20 tahun, awak perlu memilih antara agama Islam dan Buddha...

What would you do?

Tanpa Nama berkata...


Orang banyak salahkan logik bila mencacatkan agama walhal yang salah adalah kebodohan bukannya logik

In fact, logik itu Allah yang buat.

Apa itu logik? Alkali campur asid jadi garam, itu logik. Tak logik kalau Amir cerita dia campur asid dengan alkali jadi air sirap.

Amir sudah tentu menipu.

Untuk membuktikan Amir berkata benar atau tipu, kita kena masuk makmal dan campurkan asid dan alkali apakah jadi garam atau sirap.

Allah wahyukan agama pada nabi, dipersampaikan ramai manusia. Untuk kita tahu sampaian itu betul atau salah, bawa ia ke makmal dan test.

Lalu kita kena check yang salah itu apakah sumber dari Quran dan Hadis, atau sebenarnya dari diskusi manusia.

Harap ini menjawab post blog mantot.

Tanpa Nama berkata...

No.26

Reflect, Mantot. Reflect.

Tanpa Nama berkata...

Salam...


Allah bg akal suruh berfikir.. tu beza manusia, malaikat dan binatang.

Akal pulak terhad.. sebagai tambahan Allah turunkan Al-Quran.

So, beringat lah. Akal kita nie sentiasa terhad.

Macam mana nak logik'n azab kubur?
-Daun-

Tanpa Nama berkata...

Utk org Islam senang je, kalau dah jelas lagi terang bab hukum hakam tentang sesuatu perkara, ikut je laa, tak perlu logik akal. Kalau tak tau hukum hakam rujuk laa dgn org alim atau ustaz. Kalau waswas, rujuk dgn 4-5 org ustaz. Kalau ada beza pendapat, ikut yg paling banyak.

Kalau bodoh jugak, keluar Islam (errr sekadar pinjam kata2 org politik hehe)

Lokie Graysean berkata...

Yes mantot.true kalau ikot logik,memang tak jadi.aku tak berani sembang bab agama sebab aku pn sedar diri aku mcm mne,tp yang aku tahu,as long as we stick to rukun islam and rukun iman,it solves everything.jika kita ikut sangat logik,haa,yang aku tahu yang tersangat logik ne,teori darwin la,yang memang sgt 'logik' sampai menyimpang dari sudut morality manusia..

khairi mohamad berkata...

mungkin mantot tak baca komen aku apatah lagi nak jwb.

good luck, mantot. aku tak sure post ni ko tulis pakai apa, akal ke hati ke telur...

Mantot berkata...

hah?
apa dia?

apa yang aku salah? aku tak paham?

bila masa aku kata "aku buddhist" ?

khairi mohamad berkata...

Tot... tot.. aku rasa soalan aku clear...

Takkan Islam IC je tot.

khairi mohamad berkata...

ntah la aku rasa x perlu kot berdebat, tgk item no 20 kau.

kita ada akal, kita ada hati.

Logik akal, 1+1 akan jadi 2. Tapi kadang bila kita terang benda ni dekat manusia dia akan question, dua tu mcm mana kecik ke besar, kenapa dua kenapa tak boleh kepal biar jd satu balik.

Ilmu logik seperti sains, pshycology, even penyusunan Hadith, bila kita nak apply pada komuniti manusia, kita perlukan benda lain selain IQ iaitu kecerdikan emosi (EQ).

IQ dan EQ,
Niat dan Cara dua dua kena betul.

Niat/Logical awareness kita betul, kalau cara salah tak guna tot...

Allah bg kita aqal untuk measure kesahihan tindakan kita berdasarkan cause dan effect yg Allah buat. cth sng, you ada sebiji kek nak bahagi kepada 2 anak, just potong dua, bahagikan sama. Based on logic, this will be satisfied.

Allah juga bagi kita hati untuk selami emosi orang lain, fahami keadaan orang lain untuk kita preach dia so that dia faham logik yang sama seperti yg kita faham. Setiap manusia berbeza, pendekatan kita akan jd berbeza walaupun sometimes ia against logik. Cth, kek tadi untuk 2 anak, umur mereka berbeza, minat juga berbeza so pembahagian mungkin tidak lagi sama besar. (cth lain: Faraid)


Kita tak boleh salahkan penggunaan aqal sebab Allah sebut dalam Quran banyak kali, fikirlah, fikirlah, lihatlah kejadian alam, fikirlah.

Kita cuma petik mereka yang tak jujur dalam penggunaan akal. Yang bongkak, yang takabbur, yang kata tahu walaupun tak tahu.

Cth, Stephen Hawking yang tak boleh terima kewujudan tuhan sbb bagi dia manusia ni macam mesin yg akan mati dan akan gone forever. Dia pk kematian guna akal, mmg out.

As long as benda within space-time, gunalah akal semaksimum mungkin sbb keindahan islam akan dijumpai dengan ilmu (sains, sejarah, tafsir, biologi), bukan taqlid.

Untuk benda di luar space-time, hati yg jujur akan akur dan tunduk bhw ruh, akhirat, syurga neraka, berada di luar capaian akal. Jika Tuhan boleh buat universe sebegini besar, setakat nak buat sebiji neraka nak selam org bongkak celah gigi je. Tak payah neraka, lempar kat matahari dah cukup.

Mantot berkata...

Encik Khairi,
Mungkin ayat aku tu di point nombor 20 tertinggal perkataan "logik akal semata-mata".

Ada orang rasa "kenapa perlu puasa jika tak solat?" Atau "kenapa perlu dia tutup aurat jika hati dia sebenarnya tak nak."

Itu logik yang aku maksudkan.Dia guna logik untuk overwrite benda wajib...sebab pada dia, sia2 buat benda wajib kalau terpaksa buat.

Dah alang2 kita berbincang ni, aku nak tanya kau satu soalan sebab aku berminat nak tau...

"Bolehkah orang Islam menolak fatwa kerana fatwa tersebut dirasakan kurang sesuai atas dirinya?"

Harap maklum.

Aku rasa tulisan aku ni kurang jelas kerana bercampur aduk sarkastik dan jujur.

Mantot berkata...

aku dah update supaya benda tu jadi lagi clear

khairi mohamad berkata...

terima kasih encik mantot, sori gurau kasar main telur telur. aku folo blog ko jrg2 je komen.

fatwa pun ada byk toq, kedah lain, kelantan lain belum masuk syria dan saudi lg. padahal semua islam.

So mcm mana?

Bagi aku lah, personally, secara umum kita perlu refer ayat yg femes, atii'u llaha, wa ati'urrasul, wa ulil amri minkum... taatlah Allah, Rasul dan pemimpin. Apabila Kerajaan melantik Jakim sbg pengeluar fatwa, rakyat kena follow. Rules kerajaan kena patuh. Aku rasa benda ni sama mcm Civil law, trafik light dan KBSM. Kena follow.

Nabi ajar, jika kita nampak kezaliman, ubah dengan tangan, lidah, atau hati.

Kalau dirasa fatwa tu salah, dan hamba Allah ni dia drill down ke nas-nas asal dan ilmu dia yakin fatwa JAKIM salah, kat sini muncul peranan EQ. Dia kena jumpa mufti, jumpa pihak atasan dan bahas. Lalu kita tengok banyak para mujahid spt Abduh, Muhammad Wahhab, Ibnu Taimiyah, even Syed Qutb bangkit menyelar fatwa kerajaan yang salah malah bercanggah. some loss their lives.

Seperti Ust Asri yg byk question reference mufti yg salah.

Kalau tak mampu nak buat semua tu, kita ijtihad untuk diri sendiri dan famili. Normally benda benda furu' harian mcm rokok, qunut, yasin, doa dsb. kalau nak cuba penetrate kat jiran2 pun buat cara berhemah.

Kat sini peranan ilmu, ilmu sains atau ilmu bahasa.


Sebenarnya, menjadi tugas kita umat akhir zaman untuk sambung tradisi keagamaan dan sains, dengan new knowledge. Kita tak boleh biarkan umaat Islam terus mundur sbb tertinggal dalam ilmu yg Allah print dalam nuklear, atom, supernova, even besi.

yg mantot nampak bebudak pk logik dalam agama tu bukan salah logik, salah budak tu yang bangang. kalau dia studi lebih sikit dalam subjek logik dia tu, dia takkan tuang puasa dan semayang dan aurat dia. ilmu logik bukan sekadar tambah tolak, suka ke tak suka, ilmu logik termasuk sains sosial, psychology, biology, spiritual intelligent, cosmos, civilization, etc







amad husni berkata...

apabila seseorang yg bukan ahli buat kenyataan atau rumusan...akibatnya semua pening dan yg gembira org bukan islam...realiti bole didapati di mana2 portal news mcm malaysiakini malaysian insider malaymail online dan kebykan non muslim (esp cina) mmg suka dgn golongan liberal ni....aku lagi takut ngan kebanjiran kolumnis2 mcm ni....

Aidy berkata...

Saya sebenarnya jarangkali memberi komen, tetapi entah bagaimana saya terlintas blog saudara yang mana penulisannya agak lucu namun berat dalam mempersoalkan sesuatu yang agak serius tentang hidup beragama. Ianya mengingatkan saya tentang pengalaman diri semasa masih kabur mencari pencerahan yang sehingga kini berterusan.

Ternyata naluri manusia itu kadang kadang membuatkan kita terasa ingin tahu akan kesemua kejadian, mempersoalkan mengapa, bagaimana, siapa dan bila. Tetapi jawapannya tidak seharusnya kita capai tanpa melalui apa yang dikurniakan, satu penghidupan.

Mungkin mata kita masih belum dapat melihat, telinga kita masih belum memahami apa yang di dengari. Tingkah laku kita masih belum difahami sebabnya. Tetapi sekiranya kita sabar, tabah dan sedia menggunakan akal demi mencari ilmu dan kebenaran maka ianya akan sampai di hati walaupun puluhan tahun perjalanannya. Ada kalanya kebenaran itu hanya dapat ditemui melalui kesilapan diri atau kejadian yang menguji, janganlah kita gentar melalui.

Tak perlu juga dikhuatiri dengan kata kata sekeliling yang tidak seiris dengan kefahaman saudara kerna manusia itu sendiri tambah pengalaman akan berubah juga.

Apa yang penting adalah kefahaman asas, iaitu berbuat baik, ciri yang sedia ada didiri, tidak jahat kerna itulah logika kemanusian. Yang tidak logik adalah kita di dunia ini dihadapan computer..hanyalah debu debu di alam semesta yang luas tanpa batasan. Maka disinilah timbul logik nya hidup beragama.

Terima kasih atas penulisan saudara yang mengundang balasan. Assalamualaikum.