Ogos 08, 2014

Group Nudist Party Penang Suka Berbogel Bukan Sebab Dia Cina Tapi Sebab Memang Diorang Buruk Akhlak

1. Beberapa hari ini bila aku struggle nak buat kerja, aku layan video Aaron Aziz menari bollwood masa dia still berlakon di Singapore.

2. Kelakar jugak la dan dapat menghiburkan hati video tu.

3. Apa yang jelas dari video tu adalah, semua orang bermula dari somewhere.

4. Isu Gaza dan Palestine nampak sudah mula mengarut2 dan meracau isunya di negara kita. Dah ada pulak orang yang sebarkan "kita semua tolong jangan boikot McDonald sebab McD ni majoriti bumiputera punya dan ini semua taktik orang Cina nak jatuhkan ekonomi orang Melayu."

5. Ditambah lagi dengan isu parti bogel Penang. Dah tengok video tu? Menyesal kan tengok sebab terlalu banyak belalai kecil yang dipaparkan.

6. Aku sure akan ada orang putar isu ni sebagai contoh "ini orang Singapore kurang hajar datang Malaysia buat sial, Cina babi!!"

7. Singapore, bila bercerita aje pasal Singapore mudah benar rakyat kita sensitif. Samalah juga kalau orang Singapore cerita pasal Malaysia.

8. Cina, Melayu, Cina, Melayu....orang Melayu standard akan jadikan Singapore sebagai contoh "jika Cina memerintah, itulah dia yang akan terjadi kepada orang Melayu."

9. Macam Aaron Aziz. "Tengok la, dia dekat Singapore, dapat watak cap ayam aje. Datang Malaysia, ambik kau, terus jadi hero. Itulah untungnya Melayu dekat Malaysia ni.."

10. Tipikal Melayu pasti akan berfikir sedemikian rupa.

11. Memandang Singapore dengan satu pandangan negatif yang dia sendiri tak tau apa puncanya.

12. Apa salahnya kalau kau pandang negatif dekat TANAH AIR SENDIRI dan tanya, "apa yang tak kenanya dengan pelakon2 kat Malaysia ni sehinggakan orang luar datang Malaysia terus jadi hero tapi orang tempatan sendiri tak ramai pun yang mempunyai karisma sedemikian?"

13. Agaknya tak ramai yang sanggup nak pandang negatif kepada diri sendiri. Self criticizing pada orang kita memang jarang berlaku.

14. Sebab itu, eksport Singapura paling femes ke Malaysia adalah Aaron Aziz dan eksport kita pada diorang yang paling femes adalah air bersih.

15. Ramai selalu sound aku dalam ni,"hey bro, lu salahkan orang lain, lu tunjuk satu jari, 4 jari lagi tunjuk dekat diri sendiri la bro!"

16. Kenapa tak aplikasikan benda tu kepada diri sendiri bila bercerita mengenai kaum Cina Malaysia, orang Cina Singapore dan apa saja isu racist yang kita selalu assume kita di pihak yang betul, sebab kita Melayu?

17. Jika ada orang Cina yang racist, tak apa. Yang penting, kita jangan racist.

18. Dah takdir Aaron Aziz berjaya di Malaysia, yang kau nak jadikan dia sebagai contoh "Singapore diskriminasi orang Melayu dan hanya di Malaysia orang Melayu akan sukses" kenapa?

19. Dia berjaya, sebab pada aku la, dia unik berbanding artis2 Malaysia yang lain. Jika aku wanita, aku akan cair melihat dia. Soal tutup periuk nasik orang lain (artis tempatan) tak perlu timbul pun sebab aku tak ada dengar pun orang kita cakap Yuna pegi US lalu tutup periuk nasik penyanyi2 lain.

20. Agak gay ayat aku di atas tapi ayat itu perlu diterjemahkan sedemikian rupa. Mesti Zed Zaidi nak tumbuk aku kalau dia jumpa aku.

21. Cina Singapore berbogel dekat Penang bukan sebab dia Cina, bukan sebab dia orang Singapore dan bukan sebab dia nak cemarkan Malaysia.

22. Diorang berbogel sebab diorang manusia tak senonoh dan dalam semua bangsa ada orang macam tu.

23. Cuma benda tu jadi besar sebab diorang Cina kan? Lagilah pulak berlaku kat Penang kan?

24. Orang putih buat shooting reality tv bogel? Haram tak keluar apa dekat media kita. Dekat Perak pulak tu shootingnya.

25. Jadi, jika kau nak berbogel dekat Malaysia, tolong make it official. Kalau dah dapat approval dari pihak berkuasa, siapa la kitorang ni bangkang pulak kan? Berbogel lah kau macam baru dilahirkan ke dunia puas2 asalkan Malaysia dapat promotion sebagai tourist destination.



Bacaan Lanjut
Tiga Siri Televisyen Akhir Zaman

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seriously, Perak?

25. Jadi, jika kau nak berbogel dekat Malaysia, tolong make it official. Kalau dah dapat approval dari pihak berkuasa, siapa la kitorang ni bangkang pulak kan? Berbogel lah kau macam baru dilahirkan ke dunia puas2 asalkan Malaysia dapat promotion sebagai tourist destination.

Hahahaaa sila pihak berjawib makan dalam.

Tanpa Nama berkata...

Seriously, Perak?

25. Jadi, jika kau nak berbogel dekat Malaysia, tolong make it official. Kalau dah dapat approval dari pihak berkuasa, siapa la kitorang ni bangkang pulak kan? Berbogel lah kau macam baru dilahirkan ke dunia puas2 asalkan Malaysia dapat promotion sebagai tourist destination.

Hahahaaa sila pihak berwajib makan dalam.

Tanpa Nama berkata...

seriusly perak?

aku tanak komen ape ape...tapi memang siri Naked & Afraid ni aku folo...kat sini derang siar kat national tv je..tapi siarannya lewat skit la..9.00mlm ke atas.

Dan, takde sensor sensor..

Tanpa Nama berkata...

naked in perak... bila polis nak tangkap nudist dan yg melulus program bogel tu... ke takpe sbb kerajaan perak dah lulus sama nudist cakap english...

Anwar Ibrahim berkata...

Salah UMNO-BN yang membiarkan bogel berleluasa..

narfey berkata...

Censored

jipang berkata...

gua nak tengok "papa & mama" panda bogel...kui kui kui

Tanpa Nama berkata...

sbab kat penang.. cube Putrajaya?
salahkan kerajaan negeri tup tup tempat kerajaan pusat yg ade kuasa luluskan..
persoalan bukan tempat, persoalan sapa yg luluskan..
buruk gile akhlak nak bogel tanpa segan silu..