Ogos 23, 2014

Memang Betul Kan, Makin Lama Makin Ramai Orang Dah Tak Kisah Pasal Agama

1. Hari Berkabung Malaysia semalam; pada surfacenya nampak baik untuk diikuti.

2. Tapi kalau kau selidik betul2, segala apa yang cuba dianjurkan oleh kerajaan kita semalam...

3. Sebenarnya statusnya "bertentangan/tak betul/jangan diamalkan" dalam Islam.

4. Masalahnya, kalau kau cakap pasal benda ni, majoriti orang akan jawab "apa salahnya? Jangan kolot sangat? Jangan la jadi macam extremist!"

5. Logik akal memang nampak benda tu tak salah. Ada seorang penulis keyboard warrior terkenal "membolehkan" Hari Berkabung ni sebab dia kata "kalau kita pakai common sense, apa yang salahnya pasal memperingati mereka ni?"

6. Aku sendiri tak pasti. Kau nampak gambar bendera separuh tiang kat atas tu? Kenapa aku letak benda tu kat situ?

7. Aku sendiri tak tahu sebenarnya. Cuba kau bagitau aku ikut logik akal kau, kenapa bendera separuh tiang melambangkan penghormatan pada si mati?

8. Nak pakai logik akal dan common sense sangat, cuba bagitau aku kenapa..

9. Kalau kau cuba aje carik hujah2 yang dikeluarkan oleh Ustaz2 kita, kebanyakannya....menyatakan yang Hari Berkabung Malaysia ni tak sepatutnya diadakan.

10. Sharbery Cheek umum hari tu, "ini semua keputusan Jemaah Menteri."

11. Jadi persoalannya, adakah Jemaah Menteri minta pandangan ahli agama sebelum bertindak melancarkan atau meluluskan Hari Berkabung Malaysia tiap2 22 Ogos nanti?

12. Kita akan raikan hari tu tiap2 tahun...dan masalahnya, kalau kau tengok apa ustaz2 kita kata, apa yang kita akan buat tiap2 tahun tu haram.

13. Sebab itu semua amalan orang Nasrani.

14. Tapi oleh kerana masyarakat kita ramai yang kepandaian dia dah jauh melebihi agama sendiri dan dia boleh bend agama ikut apa yang dia kehendaki...akan adalah yang kata "apa salahnya semua ni?"

15. Kalau kau tengok masyarakat kita sekarang, kita selalu create benda yang tak ada...

16. Kemudian ramai yang pakat menyokong supaya benda tu diadakan.

17. Dan siapa2 yang membantah benda tu diadakan..akan dilabel sebagai "kolot, kuno, hidup zaman jahiliyah, fikiran tak progresif dan masih ditakuk lama."

18. Sampai satu masa bila agama Islam sendiri dah jadi batu penghalang kepada masyarakat kita mengadakan sesuatu benda.....

19. Jangan terkejut jika Islam tu sendiri dilepaskan untuk pastikan kita tak ketinggalan.

20. Zaman ini, siapa2 yang ikut agamanya 100% akan dianggap kuno. Mula2 sekali yang akan dicop 'manusia zaman lampau' ni adalah ahli agama. "Ahli agama tak cool kerana mereka tak seiring zaman dan membantutkan perkembangan tamadun manusia.."

21. Kau boleh cari sendiri banyak hujah yang menyatakan, apa yang negara kita sambut semalam, salah.

22. Ya, aku kuno. Suck my ass.

23. Tahniah Mufti Perlis kerana berani melawan arus yang akan makin lama makin deras.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perasan aku jarang kau update hari sabtu.

zaminc berkata...

Efatwa kata harus.
http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-tafakkur-dan-berkabung

Tanpa Nama berkata...

orang x amik port dgn golongan agama sebab lebih byk x boleh dari boleh. silap2 sampai cara bernafas pun kena tanya ustaz.

fobia sangat dgn yahudi dgn kristian. x sedar byk je amalan org islam sama mcm yahudi kristian. kalau ikut hadis; sapa2 amalan dia menyerupai Yahudi atau Kristian maka dia tergolong dlm golongan itu.

tp ustaz2 ni x ckp haram pun. sebabnya, ustaz2 dulu x ckp benda tu haram. jd skrg ni, ustaz2 hanya menghukum benda yg haram berdasarkan ajaran turun temurun ataupun benda tu diaorg x penah blaja. nak selamat, jatuh hukum haram atau makruh je.

berbalik pada persoalan berkabung ni. kalau korang rasa akidah terancam, jgn la ikut. apa yg penting, jaga akidah masing2 bukan sibuk pasal org lain yg ikhlas berkabung. masuk puak2 serbanistas ckp tu x betul, ni x betul, bukan ke biadab namanya?

x heranla org dah x respek muslim dan islam. adab zero.

Tanpa Nama berkata...

Aku cadangkan 22 ogos tiap2 tahun kita cuti umum... baru best. boleh aku berkabung kat rumah. apa kelas berkabung kat tempat keje @ dlm kete atas jambatan.

no_answer berkata...

Well , aku pun antara orang orang yang berfikiran macam kau .

Nak je aku luahkan kat twitter etc , tapi sebelum tu ramai orang dah kena bahan dulu sebab tak setuju dengan hari berkabung ni .

semua orang cakap , benda tu tolak ke tepi sebab as long akidah kita tak hancur .

aku ada baca , ada orang cakap , islam tak ajar kita buat majlis berkabung pakai baju hitam etc semua ni . then ada pulak yang backup ,

"islam pun tak ajar kita main facebook and twitter "

lewls ,

Unknown berkata...

Orang atas mohon tanya ustaz kazim dan fathul bari apa pdpt diorg ha ha umno semua boleh, semua diorg jual, jual tanah org melayu jual agama semua boleh

Tanpa Nama berkata...

masalah geng fhm agama ni mandai2 mix kan orang yg ckp elok2 ngan orang yg tegur secara emo, leps tu lebel semua orang agama xelok memang buruk perangai je org xfhm agama ni ckp elok2 pun bukn nye dengar leps bg proof ada mcm2 pulak dia pusing...meluat pulak aku kdg2 yg aku mampu doa kan org islam dipermudahkn dalam kubur... cerita manusia bukn setakat kat dunia tp bersambung smpi ke akhirat.... kalau tu point pun terlupa ak pun xtau nak ckp apa... 2-2 kena ambil tahu...

AAA berkata...

aku pun ada monopod...ko ada>

Tanpa Nama berkata...

aku rasa ini faktor ekonomi supaya org rasa kembali yakin dgn MAS. supaya org ada mentaliti "atleast kalu mati pon, mati terhormat". atau sbb pihak kerajaan kata "kalu Belanda boleh buat penghormatan besar2an, Malaysia pon boleh la" utk di showoff kat dunia sbb kes MH17 ni kes global. sbb tu la takde hari berkabung special utk perajurit kita yg gugur kat sabah.

waz berkata...

Seriously?... -,-

Tanpa Nama berkata...

hahstag je lebih baca ke tak Al-Fatihah tu?

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya aku confius.... yang tiga hari sebelum ni ada pasang bendera separuh tiang tu apa ke benda? Bukan berkabung ka?

Habis tu kenapa kena berkabung lagi kelmarin? Kenapa tidak dikatakan sahaja HARI PENGKEBUMIAN DAN PENGHORMATAN JENAZAH MH17.

Atau pun sebab kerajaan syok tengok macam mana kerajaan Belanda layan jenazah-jenazah ini... so apa lagi Menteri-Menteri pun kata jom kita buat macam depa.. kita boleh pelekoh sahaja askar-askar kita? Tanpa tahu boleh atau tidak perkara ini dilakukan. Hadis tentang Nabi bangun memberi penghormatan pada jenazah Yahudi adalah benar (memahami kesedihan keluarga jenazah)... tetapi adakah sehingga Baginda bertafakur?

hoya berkata...

Mufti Perlis gentlemen but not gentlemen enough kerana memo yang dikeluarkan ditandatangan oleh timb.mufti...

aku yang baru tahu berkata...

sebenarnya aku baru tahu bahawa nanti tiap2 tahun kita akan sambut hari berkabung ni...biar bebetol wehhh?? terbeliak biji mata aku mengetahuinya. aku ingat hanya untuk kali ini aje...ajer gileee....

punah...punah...

Tanpa Nama berkata...

oh no!masih ada lg org mcm pengomen di atas ni...ni la zmn skg cket2 jaga hal masing2 la...

eddeved berkata...

teori aku,

a moment bila kau berkabung tuh kau bagi satu sign pada ruh yang mati bahawa itulah gesture penghormatan kau pada dia...maknanya you stand still in respect for them, you empathised with them...tak laa bermakna kau mati sama dengan dia...bagi aku ini amalan orang-orang ilmu tinggi yang sebenarnya kita yang buat nih tak faham pun!! asyik nak kondem aje mana nak faham!