Ogos 26, 2014

Saya Rasa Ghairah Apabila Berkhalwat Kerana Rasa Gementar Itu Membuatkan Saya Hebat Berfantasi

KUALA TERENGGANU – Tidak pernah serik, walaupun sebelum ini iaitu pada 20 Februari lalu, mereka pernah ditangkap khalwat di dalam kereta, namun sepasang kekasih ini dilihat masih belum insaf apabila mengulangi perbuatan sama selepas ditangkap dalam keadaan berbogel di tempat duduk belakang dalam sebuah kereta, 30 April lalu.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral mereka menerima pembalasan apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga minggu serta denda RM4,700 dan sembilan bulan penjara lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Namun, difahamkan, kedua-dua mereka, Alwafi Embong, 27, yang bekerja sebagai mekanik dan pasangannya, Zamiratul Akma Mohamad, 25, seorang penasihat kecantikan terpaksa memilih untuk meringkuk di penjara selama sembilan bulan tiga minggu kerana gagal membayar denda.

...............

Aku tak paham kenapa kita masih lagi mengamalkan undang2 barat dalam bab yang berkaitan dengan moral kita. Especially orang Islam.

Satu, apa yang berlaku terpulang kepada penilaian manusia lain. Oleh kerana makin ramai manusia yang lantang menyuarakan pandangan supaya kita tak judge dia kalau dia buat salah, aku harap ada yang berani mempersoalkan hakim dengan ayat "siapa kau nak judge aku?"

Dua, oleh kerana makin ramai yang mempunyai pendapat supaya kita jangan judge orang lain dan judge diri kita dulu la sebelum judge orang lain, tolong bacakan kepada aku, apa agama kita ajar bila kita nampak kemungkaran atau maksiat depan mata?

Tiga, jadi keputusan hakim memberikan mereka pilihan sama ada nak masuk penjara atau nak bayar denda. Oleh kerana tak ada duit, mereka pilih masuk penjara. Duit memainkan peranan yang besar di sini. Mungkin kerana itu ramai orang kaya boleh terlepas hukuman jenayah kerana mereka mampu bayar denda....jadi cycle tu berpusing semula...orang miskin mencuri masuk jail kerana tak mampu bayar denda, orang kaya boleh terus mencuri kerana tau dia boleh elak hukuman penjara.

Empat, kerajaan kita selalu mengatakan mereka nak elakkan maksiat...tapi selalunya yang kena tangkap, golongan yang kurang berada dan tak mampu nak sewa hotel mewah untuk berkongkek-kongkekan. Tapi yang mampu sewa hotel mewah, layan spa macam raja, bayar RM280 untuk full package? Kuranglah tangkapan dia.

Kalau tengok 999 pun, balik2 yang kena rush, hotel dua bintang....yang 4 bintang, 5 bintang....hehehe. Apa cerita? Boleh sesiapa explain apa yang berlaku atau aku perlu terus buat2 macam paham...Nak tau hotel mewah mana yang menawarkan perkhidmatan seks? Senang gila nak tau mana sebab geng2 kaki happy ending ni ramai yang aktif berforum dalam internet. Tak ada alasan langsung tak dapat nak buat rush.

Takkan nak kena tunggu orang buat report jugak kot?

Balik2 yang kena tangkap, golongan yang tak mampu. Macam mana la Tuhan tak turunkan bala dekat negara?

ps - aku tidak menanggung sebarang masalah rumahtangga yang berlaku jika suami kau pergi mencari happy ending kerana membaca posting ini. Dia yang nak pergi, bukan aku yang suruh.

12 ulasan:

Johan Marco berkata...

pertamaxxxxx

Tanpa Nama berkata...

Pilihan 1) bayar denda, 2) penjara, 3) kahwinkan pasangan terbabit :)

Kalau ada pilihan (3) kan bagus.

Radin berkata...

Walapun aku paham point kau overall, aku pulak tak paham kenapa kau masih bukak Harian Metro. Selagi kau masih ulas isu BERDASARKAN tabloid sampah, selagi tu kau buat org lain terus curious & terus beli sampah ni. Sampai bila pun, kempen jgn baca HM kau takkan berjaya selagi kau kekal camni.

Aku recommend kau refer The Star lain kali. Cukup2 guna alasan takde berita lu*** dari akhbar bkn HM utk jadi isi blog kau.

Mantot berkata...

aku tak baca harian metro.

Tanpa Nama berkata...

"Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh yang sudah bernikah empat hari lalu (21 Ogos 2014) masing-masing dikenakan hukuman denda RM2,400 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan."

dari Sinar Harian.

Unknown berkata...

Bila nak rotan...? bila nak rejam ...? selagi tak rotan dan tak rejam takde sape yang takut le ......

bean berkata...

ko kaki happy ending gak??

Mantot berkata...

tak. tapi zaman muda dulu aku selalu lepak dengan bapak ayam yang cuba jual happy ending

Tanpa Nama berkata...

happy ending je la dengan bini..

typo berkata...

kalau gi report pun diorang takkan serbu punya...

Tanpa Nama berkata...

eh eh pandai pulak ko kali ni...lola apa khabar

Totol berkata...

Slm. Duit saman tu buat apa eh?? Sapa tau tolong bagi tau. Dulu2 hakim beri saman sebab nak duit tu. Sebab tu raja2, pemerintah dan yg sewaktu dengannya loaded.