Jun 03, 2013

Hadiah PRU13 Barisan Nasional Untuk Rakyat Part 01



17 ulasan:

apistempur berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

beribou-ribou taniyaa semua!

Tanpa Nama berkata...

tahniah utk yg undi BN.. korang jgn nak merungut pulak.

mecha_praline berkata...

aku lihat yang banyak merungut bukan penyokong umno bn. dorang kaya-kaya. yang miskin papa kedana ni banyak penyokong PR dan hater UMNO/BN. jangan lupa bersyukur, BR1M RM1200 bakal menyusul pasni.

Tanpa Nama berkata...

Orang BN kaya-raya la.. apa taknye semua percuma so duit diaorang banyak la..

Tu yang korang taknak sokong BN naseb lar..

Tanpa Nama berkata...

psl harga minyak kat malaysia tinggi kot..hehe

Tanpa Nama berkata...

yeayyyyy, i loikeeee

Tanpa Nama berkata...

bila harga petrol dunia naik, kerajaan pun cepat naik kan...tp bila harga turun, diam aje...kenapa x adjust harga? Ron97 je turun? Ron95? kenapa eh?

Tanpa Nama berkata...

ok, make it simple, POS malaysia bukan badan, atau syarikat kerajaan. dulu adalah ye, tapi dah bebelas tahun pos malaysia jadi syarikat persendirian, atau dikenali sektor swasta. dan sektor swasta punyai hak untuk menaik atau menurunkan mana-mana harga barang atau hikmat dia sendiri, dia punye perniagaan, sama juga macam kedai nasi lemak kaktom, kedai runcit ah chong, kedai gunting rambut raju, diaorg berhak untuk naikan harga mengikut kehendak diaorg. tapi perlu ke kaitan kerajaan dengan kenaikan harga-harga semua nie, seolah semua benda x betul, kerajaan di kambing hitamkan. itu tanggapan tidak sihat, atau lebih mudah adalah fitnah. sekiranya pihak Pos punye harga melambung naik xtentu pasal, malaysia dah banyak syarikat,hikmat penghantaran barang yang lain. banyak sgt. boleh search. dan sedikit infomasi, syarikat lain yang menyediakan hikmat penghantaran ini mahal sedikit dari Pos malaysia, cuma disini nak tekankan, xperlu kita salahkan sesuatu benda yang tak elok di mata kita dengan menunding kepada pihak yang x berkenaan, sekadar pencerahan,

Mantot berkata...

Dol,

Astro nak naik harga kena dapat kelulusan Kementerian.

Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim “Bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro kepada pelanggan sekarang tidak akan diubah, apa-apa pertambahan Astro perlu berunding dahulu dengan SKMM sebelum memutuskan untuk menaikkan caj perkhidmatan mereka,” katanya.

Celcom,Digi,Maxis nak ubah rate...kena dapat kebenaran Kementerian..Unifi nak dimurahkan oleh TM? Kena dapat kelulusan Kementerian.

Pos Malaysia nak naik harga? Kau kata tak takyah dapat kelulusan?

Kau samakan Pos Malaysia dengan kedai runcit?

Itulah dia pencerahan.

Aslina berkata...

Hoh? Naik sampai 21 hengget? Baek aku guna skynet. Harga lebih kurg, tapi sampai on time. Lagi laju dari pos laju.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa,,aku rasa la kan...

kalau sesuatu badan tu diswastakan, tujuannya untuk meningkatkan kecekapan pengurusan kan.. tapi sepatutnya dia still terikat dgn beberapa syarat supaya x membebankan rakyat di kemudian rakyat.

apa2pun, seua untuk keuntungan rakyat..
tapi tak mustahil kalau ada orang dm yg dpt 'makan' di sebalik kenaikan rate ni..

kadang-kadang nak nampak tak emosional mcm pencacai2 PR ni pun, jgn la sampai terdungu-dungu sorang2.hipoooookrit sgt okeh.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous pencerahan ... gaya tulis macam bijak... in reality stended nasik lemak kak tom je hujah

Tanpa Nama berkata...

Sedikit pencerahan yang korang perlu ambil tahu.

Bahagian_01

Keperluan asas bagi seluruh rakyat iaitu meliputi keamanan, kesihatan dan pendidikan. Negara bertanggungjawab untuk memenuhi keperluaan asas ini. Syariat Islam telah menetapkan bahawa tanggungjawab pemenuhan keperluan asas ini terbeban kepada pemimpin negara.

"Imam itu adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya". (HR Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)


Tanggungjawab menjamin keperluan asas ini tidak hanya makanan, pakaian, dan tempat tinggal sahaja tetapi juga meliputi keamanan, kesihatan dan pendidikan.Penetapan keamanan, kesihatan dan pendidikan sebagai keperluan asas ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

"Barangsiapa yang bangun di pagi hari merasa aman di sekitarnya, sihat badannya serta mempunyai makanan pokok pada hari itu, seolah-olah dia telah memiliki dunia dan seisinya".


Kesetaraan antara keamanan dan kesihatan dengan makanan sebagai keperluan asas menunjukkan dahawa keamanan dan kesihatan itu juga termasuk dalam kategori keperluan asas. Mengenai pendidikan (ilmu) sebagai keperluan asas pula berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Musa ra. Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Perumpamaan petunjuk dan ilmu, yang Allah mengutusku untuk menyampaikannya seperti air hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga bertakung. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak), dan untuk bercucuk-tanam (pertanian). Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian yang lain iaitu di atas tanah yang menakung air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama (Deen). Yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah untuk menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang-orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya".


Perumpamaan antara petunjuk dan ilmu dengan air itu menunjukkan bahawa pendidikan adalah termasuk keperluan asas. Ini kerana pendidikan adalah perkara yang sangat penting untuk manusia berperanan dalam kehidupannya sebagaimana pentingnya air dalam kehidupan manusia. Oleh itu keamanan, kesihatan dan pendidikan merupakan keperluan asas yang menjadi tanggungjawab negara untuk menyediakan segala peralatan dan memberi kemudahan secukupnya untuk memenuhi keperluan ini. Dengan itu negara mesti menyediakan peralatan dan kemudahan pendidikan dan perubatan yang baik serta menjamin keamanan rakyatnya baik lelaki, perempuan, kanak-kanak, orang dewasa, orang kaya , orang miskin, muslim atau tidak muslim tanpa diskriminasi sedikitpun. Negara (daulah) melalui pemimpinnya (khalifah) bertanggungjawab menjamin keperluan asas individu rakyat secara menyeluruh.

-
Reset_Root

Tanpa Nama berkata...

Bahagian_02

Ini semua tidak akan berlaku jika Islam dilaksanakan dalam kehidupan. Masyarakat mengamalkan cara hidup Islam secara keseluruhan. Setiap individu menjalankan tanggungjawabnya. Islam telah menyediakan sejumlah hukum syariat kepada lelaki, daulah dan masyarakat untuk menyelesaikan permasalahan keperluan asas manusia. Negara, masyarakat dan individu dalam masyarakat itu mestilah menjalankan tugas masing-masing untuk memastikan tercapainya pemenuhan keperluan asas setiap individu dan masyarakat. Oleh itu untuk memastikan jaminan keperluan asas ini tercapai, ada dua perkara yang perlu diwujudkan:

1. Perlaksanaan hukum syariat sepenuhnya dan ini berlaku hanya apabila ditegakkan sebuah Daulah Islam, Khilafah yang mana segala sistem seperti sistem masyarakat, ekonomi, politik, pendidikan, dasar luar negeri serta sistem penghakiman Islam.

2. Masyarakat Islam yang mempunyai ketaqwaan yang tinggi. Yang mana negara dan setiap individu di dalamnya akan menjalankan setiap tanggungjawabnya dengan baik dalam rangka mendapat keredhaan Allah dan balasan daripadaNya semata-mata.


Permasalahan-permasalahan yang timbul sekarang ini, seperti perbezaan yang tinggi antara orang kaya dan miskin, tunjuk perasaan golongan buruh, mogok oleh peniaga dan pengusaha terhadap pemerintah, tuntutan kemudahan sosial , kesihatan dan lain-lain termasuk banyaknya kes gangguan seksual terhadap pekerja wanita tidak akan berlaku dalam sebuah daulah yang menerapkan atauran-aturan Islam sepenuhnya.


Strategi politik ekonomi Islam menjamin tercapainya pemenuhan keperluan asas rakyat secara menyeluruh, bahkan membolehkan setiap orang untuk memenuhi keperluannya yang termasuk dalam kategori pelengkap mengikut kemampuannya. Perkara ini hanya boleh dicapai oleh satu masyarakat yang mengamalkan cara hidup Islam. Islam memandang setiap orang sebagai manusia yang mesti dipenuhi semua keperluan asasnya secara menyeluruh. Kemudian barulah Islam memandang dalam kemampuan seseorang untuk memenuhi keperluan pelengkap yang termampu. Pada masa yang sama Islam juga memandangnya sebagai individu yang terikat dengan indivuidu lain sesama mereka dalam interaksi tertentu dan dilaksanakan dengan mekanisma tertentu ( Ini dijelaskan secara lengkap dan terperinci oleh Taqiyyuddin an Nabhani dalam kitabnya An Nizhomul Iqtishodi fil Islam). Mekanisma ini akan terlaksana secara sempurna dangan perlaksanaan tanggungjawab daripada semua pihak iaitu negara, masyarakat, dan setiap individu rakyat. Ketaatan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing ini dengan sendirinya akan menghasilkan terpenuhnya hak masing-masing. dengan strategi yang mendasar dan universal ini akan dapat mencegah berbagai kerosakan dan perselisihan dalam kehidupan bermasyarakat. Wallahu ‘alam.

-
Reset_Root

p/s: tak tahu pulak ada limit karakter utk bhgn komen.huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Ada gak cai kt sini....mmg bg aku krajaan yg patut brtnggung jwb..pk la wei...bkn sume rakyat kt mlysia ni kaya mcm org sokong umno...bkak mata skit bg tgk...kt tmpat aku ada rmh nk smbah tanah pun sokong umno..klau sume kaya mcm yg sokong umno..xla kuar msalah org perlu bantuan kt tv...ko xtgk brta ke..oh lupa..'buta'..

Tanpa Nama berkata...

Anonymous June 4, 2013 at 1:28:00 PM GMT+8

Pos Malaysia adalah sebuah GLC. Sama macam TM, macam MAS, PETRONAS.

Walaupun company ni dah private and public listed, Pos Msia adalah di bawah SKMM dannnnn kerajaan. Apa-apa Pos Msia nak buat, kena dapat aproval. Apa-apa arahan kerajaan, Pos Msia kena buat.

Harap maklum. Terima kasih.