Jun 14, 2013

Dia Tayang Tetek Dia. Kita Tengok Marah. Kita Tegur Pun Dia Marah

Kolot.....

Aku suka perkataan tu. Dalam zaman serba moden ni, orang2 yang kolot adalah orang yang dipandang hina.

Semua orang berlumba-lumba nak jadi cool. Cara nak jadi cool? Buat benda salah. Dari kecik lagi kita dah dididik buat benda yang lawan peraturan itu cool.

Siapa paling cool dalam sekolah? Minah dan Mamat yang merokok. Mereka2 yang ponteng sekolah. Mereka2 yang lawan cakap cikgu. Mereka2 yang belasah junior ramai2.

Yang tidak cool adalah orang2 yang ikut peraturan macam Pengawas! Bastard punya pengawas! Bastard punya kaki report dekat warden yang laporkan siapa yang keluar malam, siapa yang merokok dan siapa yang buat onar. Walau bagaimanapun, lari topik sikit, yang aku peliknya, kaki2 report ni tak pernah pulak report student mana yang menjalinkan hubungan dengan student lain.

Sebelum kau mempunyai fantasi pasal budak sekolah, perlu diingatkan, aku sekolah lelaki semua.

Berdasarkan pandangan aku, dari sekolah lagi kita dah diajar yang jadi baik itu mat skema dan yang buat jahat tu cool. Mentaliti tu kemudiannya dipraktikkan sehingga besar. Siapa cool? Mamat pegi disko. Minah kaki clubbing. Lelaki layan ganja. Mana yang paling ramai menerobos awek tu lah yang paling jantan antara semua jantan. Aku ada kawan cukup bangga cerita rekod paling cepat dia dapat main dengan awek setengah hari daripada berkenalan sehinggalah seround dua malam tu. Cuba kau ingat balik ada tak member2 kau yang bangga dan ceritakan dekat kau yang dia dengan couple dia pernah ringan2 atau lebih parah lagi, pernah romen? Mesti ada. Benda tu cool.

Tukang cerita tu share benda tu sebab dia nak rasa acknowledgement yang dia lah STUD atau STALLION! Mungkin perempuan tak paham kot tapi antara sekumpulan lelaki ni memang wujud perlumbaan untuk tengok siapa dapat tidur paling ramai dengan perempuan...mungkin kalau kau perasan benda ni berlaku dalam circle kau, cara paling baik adalah kau pegi join tabligh cepat2.

Sebab kalau kau nasihatkan member kau tu, apa akan jadi dengan kau? Kau akan dipulaukan. Sebab kau kolot. Tak moden. Tak up to date. Bukan hak kau nak sound dia.

Dalam kehidupan kita yang bukan sekadar berpaksi kepada barat, malah memang sebenarnya kita ni hidup cara barat secara majoritinya, banyak benda yang agama kita suruh buat, akan dilabelkan sebagai kolot. Pernah kau rasa pelik pegi makan dekat Chilli's tapi kau makan pakai tangan? Itulah antara pressure2 yang wujud bila kau ni kolot sket.

Gadis yang menjaga dara? Kolot. Gadis yang pakai tudung labuh? Ustazah kolot. Jejaka yang tidak ada gelfren? Loser Single Kolot.

Seolah-olah wujud satu gerakan halimunan yang mahu membuatkan orang Melayu yang nak pertahankan agama dia diherdik dengan frasa kolot. Gerakan setan! Askar2 mereka makin ramai dekat sekeliling Malaysia sekarang ni. Makin ramai manusia yang volunteer kembangkan ajaran Syaitan sebab tak mahu digelar kolot.

Bukan ke ramai anak gadis kita yang malu nak mengaku dia virgin? Kenapa malu? Nak senang, kita guna taktik tipikal Melayu salahkan bangsa lain, kita jawab sebab pengaruh orang putih. Tapi kita duduk di Malaysia! Macam mana kau boleh malu nak mengaku kau virgin padahal sekeliling kau adalah orang Melayu yang ic-nya bercop Islam?

Kau yang bertudung labuh, berbaju kurung, yang tak suka terkangkang itulah yang dianggap kolot...atau dalam bahasa modennya, konservatif. Malah ada jugak agenda sesetengah wanita yang kata "ramai pakai tudung labuh sebab nak tutup lovebite dekat leher."

Apa busuknya masyarakat Melayu ni sampai camgitu sekali pemikirannya?

Yang gua paling pelik, artis dan peminatnya. Perangai benak tahap macam mana pun artis ni, diorang tu jugakla yang orang Melayu2 puja-puja. 

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ko tak sembahyang jumaat ke Mantot?

Tanpa Nama berkata...

meludah ke kelangit kannnnn

Tanpa Nama berkata...

Mantot update pakai tablet on the way pegi sembahyang tu. Korang ni buruk sangka lah..

Tanpa Nama berkata...

true !!!

suria lekatlekit berkata...

di fasa baru nak rasa remaja memang dorang rasa buat jahat itu cool.. tapi bila dah mula masuk alam dewasa, kerjaya.. rumahtangga time tu la mula rasa hot sana sini.. yelah orang yang tak cool dulu mampu keja dalam aircon.. ko yang konon cool tak cukup syarat nak keja dalam aircon.. bawak lori hantu curi pasir.

Panas >>USTAZ AZHAR IDRUS DI DAKWA AJAK GADIS BERZINA?
Panas >>VITAMIN C MAIXARA BUAT AKU RASA MENGANDUNG
Wah >>Untuk Kaki Makan,Kaki Upload Gambar Makan,Kaki Jalan2 cari makan. Mesti tahu pasal ni
SERIUS >>APA YANG PEMINAT YUNA KENA TAHU TENTANG YUNA SEKARANG
Beware >>Awas Ibu Ibu.. Rahsia anda sedang di intai

enon berkata...

mmg busuk...aku sedih sbb aku org melayu dah kene set supaya berfikiran busuk...

Tanpa Nama berkata...

LOL mase aku bace title tadi, ingat ko nak cakap pasal NIP lagi... kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

kaki2 report ni tak pernah pulak report student mana yang menjalinkan hubungan dengan student lain.

ada la.. kenapa pulak takda report.. masa aku sekolah berpuluh2 couple kena pangil mengadap.. dan ada yang kena buang sekolah.. Mungkinkah ini hanya berlaku di sekolah aku aje?

Apapun "cool" diwujudkan oleh iblis dan syaitan juga.. muncul dari diri manusia dari hati manusia.. untuk meredakan keresahan hati.. jadi bila hati yang rasa tak selesa disuapkan dengan rasa cool takpe bukak aurat kan ke cool orang tengok rambut kau yang cantik boobs ko yang montok etc.. :)itu lah hati yang dibisik syaitan.. kemudian rasa haah takpe dan terus menerus buat maksiat..

wallahualam.

plain83 berkata...

haih la pompuan ni, bills n dosa dia bayor n tanggung sendiri? abih tu nnt dia mati nnt, jenazah dia boleh mandikan sendiri, korek liang lahat sendiri n berjalan masuk liang lahat sendiri yek? oh hebat hebat...

Tanpa Nama berkata...

lol.. dia akan upah orang tanam la :) kan ada duit.. :D

Orang tegur sebab sayang bukan la jeles tapi bila hati dah pakai pelindung jadi defensif dan akan serang balik walau benda tu benda yang baik.. :)

Isnin Jumaat Cool berkata...

Yang sarkastik herdik orang tu cool. Yang cakap bahasa direct tu kolot.

Tanpa Nama berkata...

fantasi budak sekolah..sapa2 rasa kurang selera dgn bini..soh la bini pakai baju budak sekolah balik...grenti mujarab....hahaha...

Unknown berkata...

salam kenal..

saya mama_ka0ri..

duk surf blog tiba2 jumpa blog kamu..saya sgt setuju ngan statement di atas tu..konon2 cool tapi sbnrnya berdosa..hahaha..mmg org melayu islam skang dahh berpegang pada cara hidup barat..punca dari mane?? tepuk dada tanyala diri sendiri..

NenetPenne (NP) berkata...

rasanya minah tu kena pi sekolah tu...sian kau lana..

hati dan pemakaian adalah dua perkara yang berbeza...jadi kalau bogel pun tak per lah sebabnya hati baik..gituh???

MIDNIGHT berkata...

bangga la sgt dpt kongkek awek, bohsia. nnti dah ada anak. anak ko plak kna kongkek dgn jantan lain. kah3..

Tanpa Nama berkata...

Berdebat dgn org jahil mmg xkan mng

Unknown berkata...

Bang Fest je la lana ni sampai insaf. Jemput kobe bryant.

Tanpa Nama berkata...

fuck lana nordin. tegur sikit je, dia dah perlekehkan orang yang mengikut syariat (tutup aurat). Walaupun ko tak hipokrit dalam kefasikan ko, tapi ko fasik jugak. bengong

Tanpa Nama berkata...

aku amat berharap lana nordin ni dapat hidayah sebelum meninggal dunia... marilah kita doakan...

hanafijaafar berkata...

Orang melayu kenal Islam sejak zaman melaka lagi, lebih kurang 600 tahun dulu.

Orang Melayu mula pakai tudung lebih kurang 20-30 tahun yang termutakhir ini je.

Jadi bagi aku, lagi kolot kalau tak menutup aurat sebab sama macam perangai orang melayu ratusan tahun dulu.

Memakai tudung dan menutup aurat adalah fenomena yang lebih terkini dan moden berbanding pakaian tidak cukup kain.

Tanpa Nama berkata...

Aku baru pakai tdg labuh awal thn ni dan doakanlah aku pakai mcm ni sampai mati. Memang org tgk atas bawah kdg tu (mcm ko ni dari zaman mana,tak tau trend ke)tp aku buat bodo jelah. Mula tu mcm nk carik geng pakai tdg labuh gak, tp takde aku stat jelah sbb takut perasaan nk berubah tu hilang..

Dulu ada la pakai tdg belit2,bajet nk ikut trend n rasa cool, tp ada 1 hari tu masa jln2 aku rasa sejuk kt leher,rupanya belit2 tertanggal..free je tayang leher kt org,aduh malu giler..masa tu of kos dgn jeans ketat n bj yg agak skimpy (sbb nk rasa cool).

Lg satu, dlm bas yg long distance..aku tido, tdg terbuka jgk.Hrp sgt takde org snap dan letak kt fb sambil buat caption ntahape(trend jgk kan).

Akhirnya aku tanya diri aku, aku pakai tdg sbb ape? mestilah sbb Allah suruh, jadi aku tekad nk tutup dgn sempurna and this change my wardobe like 360 jgkla.
It dont happen overnight, byk juga benda lain berlaku yg buat aku byk fikir. Kena byk tanya diri dan jujur. Byk2 baca buku agama which is dulu mmg takla kan..dan berdoa supaya hidayah tu datang, bila dtg jgn lengah2, buat je dan skrg aku rasa sgt tenang. Kdg aku tak percaya ini berlaku.Semua kuasa Allah.

Stop cari perhatian manusia, carilah redha Allah dan ingat mati.

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni mesti stats blog ko naik sbb ramai org masuk blog ni bila search word 'tetek'.

Tanpa Nama berkata...

tu yang dok kl agak kebaratan sebab dok kat area pantai barat semenanjung, yang dok pantai timur lebih sket la kot budaya timur dia. LOL.

Kaki pancing berkata...

Malas lah aku nak baca tapi dari tajuk tu memang itu lah realiti kah,kah,kah

Tanpa Nama berkata...

kalau la kita boleh nampak berapa banyak dosa pahala kita.. tentu kita kan cuba berbuat baik sepanjang masa :| dan menuruti suruhan Allah..

tapi tu la kan kita tak nampak.. harap pahala kita kumpul seharian lebih banyak dari dosa-dosa kita.. :|

Semoga Allah yang maha pemurah dan penyayang memberi kita hidayah dan kekuatan untuk menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa berada di dalam keberkatannya..


Tanpa Nama berkata...

tengok tabley, tegur tabley, raba boleh???

Unknown berkata...

mantot, kalau kena tangkap khalwat dekat pusat kecantikan untuk body massage, kita boleh lawan ke kes ni?

Unknown berkata...

pakai macam dah nak bogel... bila orang tengok marah pulak ... kpala pepet ko la

lu pakai wa tengok la lana...

hikari berkata...

tu namanya menempah tiket ke nurakkaa.. aduiii.. istighfar panjang aku baca capture tuh..

Tanpa Nama berkata...

Doakan semoga dia mendapat hidayah insya'Allah supaya iman kita juga semakin kuat.

lana nordin berkata...

heyyyy!!! aku peduli apa dengan korang, aku punya badan suka hati aku la..mesti korang dengki kan sebab badan aku montok gituuuuu.

tegur konon bajet diri sendiri baik, padahal dalam hati bangga dan riak konon-konon dapat tegur orang, langsung tak ikhlas, kalau nak menegur pegi tengok video mat luthfi sayap sebelah tu.

Unknown berkata...

takde sape mau tegor ko lana... aku hanya mau tengok... kalau bagi pegang pon best jugak

Nur berkata...

siapa suruh tegur depan2 camtu. of cos aa lana pun back up diri dia kan. nak tegur mesti la elok2. kalau ramai buat cara begini, ramai juga jawab balik. of cos semua org tahu apa itu dosa tapi x semua pun paham.

yeah, pasal cool dan skema tu. budak2 peer pressure kot. cousin aku terjebak dgn drugs sbb kawan2 dia buat dia rasa tak cool bila dia tak cuba. bila cuba, dah addict, guane?

mindset kena tukar. kerajaan kena tukar! *tiba2*